OBJEKTIF SEKOLAH

| sejarah sekolah | lokasi sekolah | falsafah pend | objektif sekolah | piagam pelanggan |
| lencana sekolah | lagu sekolah | matlamat dan moto sekolah | gambar perasmian 1965 |

1 Menyediakan para pelajar agar mempunyai pegangan dan matlamat hidup selepas alam persekolahan.
2 Menerapkan nilai-nilai amanah, bertanggungjawab, ikhlas, dedikasi, kesederhanaan, tekun, bersih, berdisplin, bekerjasama dan berbudi mulia di kalangan anggota masyarakat sekolah.
3 Meningkatkan mutu dan peratus kelulusan calon-calon dalam peperiksaan PMR, spm dan STPM.
4 Meningkatkan prestasi akademik dan bukan akademik.
5 Mengikis sikap-sikap negatif seperti cepat mengalah, 'tidak apa', suka bertangguh dan ala kadar. Sebaliknya menanamkan sikap positif seperti semangat berlumba, daya ketahanan diri,
6 Menambah serta memupuk minat pelajar yang tinggi dan berkekalan di kalangan pelajar.
7 Membina kesedaran bahawa pelajar adalah tanggungan yang besar bagi negara yang boleh dijadikan 'harta' yang tidak ternilai kepada negara.
8 Meningkatkan kecekapan dalam bidang kemahiran pembelajaran di kalangan pelajar.
9 Membina tabiat gemar membaca bahan-bahan yang dapat menambah pengetahuan yang berguna.
10 Meningkatkan pencapaian kognitif, efektif dan psikomotor di kalangan pelajar supaya menjadi individu yang berpelajaran dan berpendidikan.
11 Mengurangi kemiskinan di kalangan masyarakat luar bandar serta mewujudkan masyarakat luar bandar yang lebih progresif dan mencapai hasrat Dasar Ekonomi Baru.
12 Memelihara keadaan masyarakat yang harmoni, bersatupadu dan taat setia seperti yang termaktub dalam Rukun Negara.
13 Menanamkan kesedaran supaya para pelajar menjauhi pengaruh-pengaruh yang negatif seperti merokok, penyalahgunaan dadah dan sebagainya.
14 Memupuk minat para pelajar dalam bidang kebudayaan kebangsaan, contoh kesenian, pakaian dan sebagainya.