SEJARAH SEKOLAH
| sejarah
sekolah | lokasi sekolah
| falsafah pend | objektif
sekolah | piagam
pelanggan |
| lencana sekolah | lagu
sekolah | matlamat dan
moto sekolah | gambar
perasmian 1965 |
![]() |
Inilah rupa blok A pada awal pembukaannnya pada tahun 1964. |
Sekolah Menengah Tengku Mahkota Muar ditubuhkan pada Mei 1962. Nama "Tengku Mahkota" diambil bersempena dengan perlantikan Tengku Mahkota Johor waktu itu iaitu Tengku Mahmud Iskandar Ibni Sultan Ismail(sekarang baginda adalah DYMM Sultan Iskandar Shah - Sultan Johor). Pada mulanya sekolah ini adalah sekolah untuk menjalankan kelas-kelas pelajaran lanjutan bagi memberi pendidikan kepada murid-murid yang gagal dalam peperiksaan Darjah Enam. Sebelum itu kelas-kelas pelajaran lanjutan menumpang di Bangunan Chung Hwa Primary 3 Muar untuk murid lelaki dan di Bangunan Sek. Men. Perempuan Sultan Abu Bakar Muar untuk murid perempuan.
Bangunan sekolah sekarang telah siap dibina pada September 1963 dan pada 4 Januari 1964 digunakan secara rasmi. Pada peringkat permulaan, sekolah ini ditadbir oleh dua bahagian pentadbiran iaitu kelas pelajaran lanjutan aliran Bahasa Melayu di sebelah pagi dan kelas pelajaran lanjutan aliran Bahasa Inggeris di sebelah petang. Pada waktu itu pengetua aliran Bahasa Melayu ialah En. Hassan bin Othman manakala pengetua aliran Bahasa Inggeris ialah En. Kahar bin Hashim. Pada Januari 1965 bangunan sekolah ini diserah dengan rasminya kepada pentadbiran Sekolah Pelajaran Lanjutan Inggeris kerana Sekolah Pelajaran Lanjutan Melayu telah mendapat bangunan baru di Parit Beting Muar ( SM Tun Perak sekarang). Dengan ini Sekolah Pelajaran Lanjutan Inggeris di Parit Raja telah bersendirian dan mengadakan pelajarannya pada waktu pagi sepenuhnya. Bilangan murid pada waktu itu cuma 350 orang dengan 12 orang guru.
![]() |
Perasmian SMK Tengku Mahkota Muar oleh YB En. Mohd Khir bin Johari Menteri Pendidikan Malaysia pada 1 Julai 1965. |
Pada 1 Julai 1965, sekolah ini dirasmikan oleh Menteri Pelajaran YB En. Mohd Khir bin Johari, . Turut hadir ialah Menteri Besar Johor YB Dato' Hj. Hassan bin Hj. Yunos dan Pengarah Pelajaran Johor En. Tan Bak Seng. Sekolah ini dinamakan Sekolah Menengah Rendah Tengku Mahkota. Pada masa itu sekolah ini hanya mempunyai 3 blok bangunan yang mengandungi pejabat pengetua, bilik kerani, dua buah bilik Seni Perusahaan, dua buah bilik Sains Rumah Tangga dan 10 buah tingkatan.
![]() |
Bangunan tambahan (blok C) siap dibina pada tahun 1966. | ![]() |
Bangunan sekolah pada tahun 1967. Perhatikan Jalan Temenggong Ahmad di depan sekolah yang hanya sebuah jalan kecil satu lorong. |
Pada tahun 1967 kerja-kerja membina padang sekolah dimulakan. Pada tahun 1968 padang ini telah dapat digunakan untuk Kejohanan Olahraga Tahunan buat kali pertama. Pada tahun 1969 sekolah ini mengadakan kelas tingkatan 4 dan pada 1970 para pelajar menduduki peperiksaan MCE buat kali pertama.
Pada tahun 1970, pengetua En. Kahar bin Hashim bertukar ke Segamat sebagai Pengelola Sekolah Daerah Segamat setelah berkhidmat selama 7 tahun. Tempat beliau digantikan pula oleh En. Hussien bin Ismail sebagai pemangku pengetua. Selang 2 bulan memangku,, En. Hussien telah menyambung pelajarannya di Universiti Malaya. Tempat beliau diambil oleh En. Abd. Malek bin Md. Dom. Tahun 1972, lagu sekolah "Mahkota Jaya" telah dicipta. Pencipta lagu tersebut ialah salah seorang guru di sekolah ini iaitu En. Tee Chark Keng manakala liriknya ditulis oleh En. Abu Bakar bin Bachik.
Pada tahun 1973, En. Wahab bin Suradi menjadi pengetua sehingga tahun 1979. Di bawah beliau surau sekolah pertama pada 1978 dan tahun ini juga Aliran Sains Tulin diperkenalkan di tingkatan 4.Pada 1980 sebuah bilik bacaan dan 3 buah makmal Sains Tulin dibina untuk para pelajar yang mengikuti mata pelajaran Fizik, Kimia dan Biologi.
Pada tahun 1979 En. Wahab bin Suradi bertukar ke Sekolah Tinggi Muar dan tempat beliau digantikan oleh En. Abu Bakar bin Arshad. Pada tahun 1982 En. Abu Bakar bertukar ke Kulai dan tempat beliau digantikan pula oleh Tn. Hj. Abas bin Draman sehingga 15.02.96. Kemudian Tn. Hj.Abas bertukar ke Sekolah Tinggi Muar dan tempat beliau digantikan oleh Pn. Waginah bt. Abd Majid. Pada September 1999 Pn. Waginah bertukar pula ke SMK Sultan Abu Bakar Muar dan tempat beliau digantikan pula oleh Tn. Hj. Baharoldin bin Hassan sehingga tahun 2001. Mulai Tahun 2002 sekolah ini diterajui pula oleh Tn. Hj. Mokhtar bin Hj. Kasim sehingga sekarang.
Dari segi perkembangan fizikal, beberapa buah bangunan tambahan separuh kekal telah dibina hasil sumbangan ahli-ahli YB, wakil-wakil rakyat dan masyarakat setempat. Diantaranya bangunan gotong royong, bangunan kooperasi dan bilik sakit PBSM, Bilik Pengawas(sudah dirobohkan), Stor Sukan(sudah dirobohkan), dan Bilik Kegiatan(sudah dorobohkan).
Pihak kerajaaan telahpun mengambil alih tanah di persekitaran kawasan sekolah seluas 13 ekar untuk projek masa depan. Pada tahun 1989 dua buah kelas tingkatan 6 rendah dibuka dan para pelajar menduduki peperiksaan STPM pada 1990. Pada tahun 1990 juga, sekolah ini mendapat bangunan tambahan 4 buah bilik di bawah projek gotong royong untuk menampung kemasukan pelajar tingkatan 6.
Pada tahun 1994 sebuah bangunan tambahan tiga tingkat telah dibina dengan kemudahan 6 buah bilik darjah, sebuah bilik guru-guru ketua bidang, sebuah ruangan ketua pejabat, dua buah setor dan dua buah tandas. Sebuah balai Islam juga telah dibina dengan peruntukkan lebih RM150,000 dan mula digunakan pada bulan Jun 1995.
![]() Rupa bangunan sekolah kini........ |
Pada 1999 beberapa pengubahsuaian bangunan telah dibuat. Antaranya bengkel Enjin bersebelahan Perpustakaan telah diubah suai menjadi bilik Pusat Sumber yang lebih besar, selesa dan banyak kemudahan. Dua buah kelas diubah suai menjadi bilik Seminar berupa Dewan Kuliah di Universiti. Manakala pada tahun 2000 mana-mana bangunan separuh kekal yang menyakitkan 'mata memandang' telah dirobohkan antaranya setor dan bilik rehat pekerja (digantikan dengan bilik baru), bilik kegiatan badan uniform (rupanya macam blok setinggan), setor Sukan dan bilik pengawas. Semua bilik-bilik buruk yang dirobohkan ini telah digantikan dengan bilik-bilik baru yang lebih selesa. Pada tahun 2002 sekolah ini berkembang lagi dengan pembinaan 2 blok 4 tingkat di tapak lama bangunan pusat sumber dan blok bangunan gotong royong di tepi padang. Pembinaan bangunan ini dijangka siap pada tahun 2004. |