MASJID PARIT SETONGKAT MUAR

| masjid pertama | masjid jamek muar | masjid pt setongkat | masjid pt keroma |
| masjid pt bakar | surau jln hashim | surau jln daud | surau kg serkam | madrasah al haji taib |

Masjid ini terletak tidak jauh daripada persimpangan Jalan Bakariah, Jalan Ismail dan Jalan Salleh.

Masjid ini mula-mula sekali dibina di tepi Parit Sapun Jalan Bakariah< Mukim Parit Setongkat Muar oleh peneroka Kampung Parit Setongkat pada tahun 1876.

Imamnya yang pertama bernama Abdul Hamid (terkenal sebagai Imam Kamit) yang datang dari Selangor kerana melarikan diri daripada Perang Raja Mahadi  dengan Tengku Kudin (1868 -1872). Belaiu telah tinggal di Sabak Aur, Parit Setongkat hingga akhir hayatnya.

Kemudian pada tahun 1907, Masjid Parit Setongkat ini dipindahkan ke Jalan Salleh ditempat yang ada sekarang. Pemindahan ini berlaku dalam zaman Naib Penghulu Haji Hassan bin Haji Omar Al-Ikram, terkenal dengan panggilan Naib Kasan.

Pada tahun 1933, masjid ini dibina semula oleh Haji Abdul Rahman bin Khamis dengan wangnya sendiri dan dengan kerjasama beberapa orang yang berada yang memberikan bantuan.