SURAU JALAN HASHIM

| masjid pertama | masjid jamek muar | masjid pt setongkat | masjid pt keroma |
| masjid pt bakar | surau jln hashim | surau jln daud | surau kg serkam | madrasah al haji taib |


Surau Jln. Hashim terletak  tidak jauh dari bangunan Cosmopoint Muar

Dipintu masuk surau jelas tertulis tahun surau ini dibina.

Pada tahun 1886, anak-anak Haji Sharif dari Tedung Melaka seramai tiga beradik iaitu Muhamad Taha, Maaruf dan Abd Rahman telah berpindah ke Muar kerana hendak bekerja di kelong-kelong dan jermal-jermal di laut Kuala Muar.

Pada tahun 1909 , Abd Rahman telah mendirikan sebuah surau di Jalan Hashim yang diberi nama Surau Jalan Hashim. Pada tahun itu juga surau ini telah mengadakan Majlis Khatam Quran buat pertama kalinya. Sejak itu Majlis Khatam Quran ini terus diadakan setiap tahun hingga sekarang.