ASTRO: Kesahan dan Kandungan


Perkhidmatan-perkhidmatan ASTRO, MEASAT yang memperkenalkan 20 saluran television digital dan lapan saluran radio digital akan terus haram sehingga tahun depan memandangkan Rang undang-undang Pindaan Penyiaran ini tidak akan dapat menjadi undang-undang sehingga ke bulan Januari atau Februari awal tahun depan

Bulan Jun tahun lepas, Menteri Penerangan, Datuk Mohamad Rahmat berkata bahawa orang awam yang menggunakan antena parabolik untuk menerima television satelit akan disahkan selepas sahaja pindaan ke atas Akta Penyiaran 1988 diluluskan, dan beliau juga telah menetapkan jenis-jenis antina parabolik yang dibenarkan itu.

Beliau berkata bahawa sebaik sahaja dish satelit diperkenalkan, semua dish-dish parabolik yang sedia ada dan digunakan secara haram di Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia akan dengan serta mertanya menjadi tidak efektif dan mereka tidak akan dapat menerima trasmisi television percuma seperti dahulu.

Rang Undang-undang Pindaan Penyiaran yang dibentangkan di Parlimen semalam tidak akan menjadi undang-undang sehingga ia diluluskan oleh kedua-dua Dewan di Parlimen, perlu mendapat persetujuan Diraja dan diwartakan, tetapi Menteri Penerangan pula telah bertukar pendapatnya terhadap keesahan dish-dish satelit ini.

Beliau memberitahu para wartawan di Parlimen semalam bahawa penggunaan dish-dish satelit kini adalah sah sungguhpun Rang Undang-undang berkenaan hanya dibentangkan hari semalam, kerana dalam Akta Telekomunikasi, ujudnya provisi yang membenarkan Menteri berkenaan mengeluarkan lesen untuk penggunaan dish-dish ini.

Menurut beliau, penyiaran program-program oleh Asian Satellite Television dan Radio Services (ASTRO) juga akan menjadi sah kerana ia adalah untuk tujuan `promosi dan ujian sahaja’. Beliau juga berkata bahawa perkhidmatan Astro hanya akan diperkenalkan pada bulan Januari tahun depan.

Rakyat Malaysia patut ingat lagi ugutan-ugutan yang telah dikeluarkan sejak tahun 1991 oleh Menteri Tenaga, Telekom dan Pos terhadap 23,000 pemilik dish satelit di Sarawak dan Sabah mengenai tindakan keras yang akan diambil ke atas mereka selepas pindaan 1991 ke atas Akta Telekom, di mana ultimatum demi ultimatum telah ditetapkan untuk memansuhkan dish-dish mereka -- tetapi semua ini berakhir begitu saja tanpa sebarang apa tindakan yang diambil kerana perubahan yang begitu pantas dalam dunia teknologi, di mana dish-dish satelit telah menjadi mudah alih malah boleh dilipat, dan baru-baru ini muncul pula dish yang bersaiz sebesar sekeping pizza!

Rakyat Malaysia tidak dapat elak dari bersikap skeptik apabila Mohamed Rahmat mendakwa bahawa Menteri Telekom telah menggunakan kuasanya yang diberikan oleh Akta Telekom untuk mengesahkan dish-dish satelit.

Tiga pertanyaan muncul dengan serta merta:

(1) Adakah Menteri Penerangan berkata benar apabila beliau mendakwa bahawa Menteri Telekom telah mengesahkan penggunaan dish-dish satelit. Jika benar, mengapakah tindakan ini disimpan seperti rahsia dan tidak diumumkan sehinggakan Menteri Penerangan perlu menjustifikasikan operasi perkhidmatan penyiaran satelit ASTRO?

(2) Bilakah Menteri Telekom mengesahkan dish-dish satelit dan di manakah notis warta arahan sedemikian?

(3) Sekiranya dish-dish satelit boleh disahkan mengikut Akta Telekom, mengapakah kita perlu meminda Akta Penyiaran untuk memberikan kuasa yang berlebihan kepada Menteri Penerangan untuk mengesahkan dish-dish satelit?

Dakwaan Mohamed Rahman bahawa perkhidmatan ASTRO MEASAT ini hanya untuk tujuan promosi dan ujian juga tidak setara dengan fakta sebenar.

Menurut kempen publisiti yang disiarkan dalam lapan mukasurat di akbar-akbar tempatan baru-baru ini, ASTRO telah memberikan butir-butir mengenai perkhidmatan penyiaran digital Direct-to-U (DtU) satelitnya, menawarkan pakej standard ASTRO yang mempunyai lebih dari 20 saluran television digital dan sehingga ke lapan saluran radio digital. Harga runcit sistem DtU adalah RM1,500, kos pemasangan RM180, dan langganan bulanan RM80. Langganan untuk bulan Oktober adalah percuma tetapi kutipan akan bermula pada bulan November.

Dalam laporan akhbar Khamis lepas, MEASAT Broadcast Network Systems Bhd mengumumkan bahawa ia telah mencatitkan 1,032 pelanggan sejak perlancaran fasa pertamanya pada 1 Oktober.

Adalah jelas bahawa perkhidmatan-perkhidmatan ASTRO MEASAT yang menawarkan sebanyak 20 saluran television digital dan lapan saluran radio digital adalah haram kerana Rang Undang-undang Penyiaran hanya dibentangkan di Parlimen pada hari semalam dan akan terus haram sehingga ke awal tahun depan kerana Rang Undang-undang ini tidak akan sempat menjadi undang-undang sehingga ke Januari atau Februari tahun depan.

Biasanya sesuatu Rang Undang-undang memerlukan dua hingga enam bulan untuk mendapat persetujuan Diraja dan diwartakan selepas Parlimen meluluskannya. Sebagai contoh, Akta Pendidikan 1996 telah diwartakan dan berkuatkuasa hanya pada 1 Ogos sungguhpun ia telah diluluskan oleh Parlimen pada bulan Disember tahun lepas - masa yang diambilnya selama tujuh bulan.

Sekiranya MEASAT mula mengutip wang langganannya pada bulan November, maka ia boleh dianggap sebagai melakukan tindakan yang haram, dan saya menyeru supaya MEASAT menghormati rule of law dan mengumumkan secara mutlak bahawa ia tidak akan mengutip sebarang wang langganan bulanan sehinggalah Akta Pindaan Penyiaran diwartakan dan menjadi undang-undang.

Menyokong cadangan supaya yuran TV dimansuhkan memandangkan ASTRO kini juga memancarkan RTM 1 dan 2

Semalam, ahli Parlimen dari Sri Aman mencadangkan supaya dimansuhkan yuran televisyen. Saya menyokong cadangan bahawa yuran-yuran TV harus dimansuhkan memandangkan kini ASTRO juga memancarkan RTM 1 dan 2.

Apabila beliau berada di Sarawak February tahun ini, Menteri Penerangan berkata bahawa dengan memperkenalkan TV satelit maka ia dapat mengatasi masalah rakyat yang berada di kawasan pendalaman Sabah dan Sarawak yang tidak dapat menerima pancaran TV.

Saya mendapati kenyataan `tongue-in-cheek’ Menteri Penerangan ini sungguh memeranjatkan kerana ia menunjukkan seorang Menteri Persekutuan yang tidak mempunyai belas kasihan sosial. Beliau harus tahu bahawa mereka yang duduk di kawasan pendalaman Sabah dan Sarawak adalah rakyat Malaysia yang berada di strata sosial paling miskin, yang setentunya tidak akan berupaya untuk membelanja sebanyak RM1,680 untuk menyewa pancaran ASTRO dan membayar sewa bulanan setinggi RM80. Mengapakah seorang Menteri boleh mengeluarkan kenyataan yang begitu sinikal sehingga memperolok-olokkan kemiskinan rakyat yang duduk di pendalaman Sabah dan Sarawak ini?

Cadangan Menteri Penerangan supaya mereka yang duduk di pendalaman Sabah dan Sarawak membayar ASTRO untuk mendapat pancaran RTM 1 dan 2 adalah sungguh tidak bertanggungjawab dan melanggari prinsip asas bahawa penyiaran awam harus dibekalkan secara universal, dengan harga yang mampu ditanggung dan boleh diakses oleh semua rakyat secara adil dan saksama, terutama sekali mereka yang merupakan sektor lebih miskin dalam masyarakat kita ini.

Adakah RTM mengutip wang dari ASTRO kerana membenarkannya memancar RTM 1 dan 2 ataupun ASTRO yang melakukan perkhidmatan khas kepada RTM 1 dan 2 dengan memancarkan rancangan-rancangannya dengan “kualiti bunyi dan gambar yang dipertingkatkan”? Parlimen dan negara pada keseluruhannya harus diberitahu apakah hubungan sebenar di antara RTM 1 dan 2 dengan ASTRO, dan sekiranya ASTRO yang dikenakan yuran, berapakah yang ia perlu bayar?

Adakah RAM mempunyai sebarang rancangan untuk menghentikan secara berperingkat-peringkat penyiaran analog untuk digantikannya dengan penyiaran digital

Yuran yang dikenakan oleh ASTRO ke atas perkhidmatan penyiaran digitalnya adalah sungguh mahal sekali, dan rakyat Malaysia berhak mengharapkan perkhidmatan penyiaran digital dari RTM sendiri.

Saya ingin bertanya Menteri Penerangan samada kerajaan mempunyai sebarang rancangan untuk menghentikan secara berperingkat-peringkat penyiaran analog untuk digantikannya secara keseluruhan dengan penyiaran digital, dan sekiranya ya, bilakah proses sedemikian dapat diselesaikan.

Radio Digital boleh membekalkan bunyai yang sungguh jelas setara degan kualiti cakera padat (CD) ataupun kesan akustik sebuah dewan konsert yang baik. Radio analog yang konvensional tidak dapat mencapai standard seperti ini kerana had teknologi yang digunakannya dan persekitaran pemancaran penyiarannya. Dengan kata lain, sungguhpun radio analog boleh kedengaran baik, tetapi ia tidak akan setanding dengan radio digital, sama seperti LP tidak dapat menyampaikan kesan dinamic CD.

Oleh sebab penerima radio digital adalah ‘smart’ set, fungsinya lebih dari hanya menerima isyarat radio. Oleh sebab radio digital mempunyai liquid crystal display (LCD), ia akan dapat menerima perkhidmatan-perkhidmatan seperti:

Ada lagi lain-lain kemungkinan masa depan untuk radio digital yang dapat dibangunkan lagi - termasuklah digunakan untuk memancar dan menerima Computer file downloads dan pancaran faks.

Radio digital telah dihuraikan sebagai `sound of the future’, dan stesen-stesen penyiaran di lain-lain negara sedang menghentikan secara peringkat-peringkat penyiaran analog untuk membekalkan pendengar mereka dengan kualiti bunyi yang paling baik di atas radio: bunyi yang setaraf dengan sumber-sumber audio tinggi nilainya seperti CD, digital cassettes dan perkhidmatan-perkhidmatan audio digital.

Di sini saya ingin bertanya kepada Menteri Penerangan samada Malaysia menyokong resolusi World Administrative Radio Conference 1992 yang mengendalikan peruntukan frekuensi sedunia, secara rasminya mengagihkan L-Band sebagai pusat sedunia masa depan radioa digital, dan samada Malaysia telah mencapai persetujuan dengan negara-negara jiran kita atas isu penggunaan sebenar L-Band oleh Malaysia.

L-Band merupakan jalur radio digital dalam lingkungan 1452-1492 Megahertz, yang membolehkan penerimaan kedua-dua isyarat darat dan yang berasal dari satelit - dan jalur untuk FM adalah 88-108Mhz sementara jalur untuk AM adalah 0.52-1.705 Mhz, kedua-duanya tidak sesuai untuk isyarat satelit.