.:: MENU ::.
  Home
 

Objektif

  Aktiviti
  Ahli Kelab
  Ahli Jawatankuasa
  Berita
  Forum
  Galeri
  Pautan
Email
.:: AKTIVITI ::.

AKTIVITI 2 TAHUN 2003/2004

November 2003

a- Ceramah Agama

Sedang masyarakat Muslim di Lancaster sedang sibuk menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan, satu ceramah agama anjuran Kelab UMNO Lancaster-Morecambe telah diadakan di Fylde Lecture Theatre 1 pada 1 November 2003. Tetamu 2 undangan ceramah tersebut ialah Ustaz Rahim dari MSD, Ustazah Samiah dan Ustazah Masyitah (JAKIM). Berikut adalah antara isi kandungan ceramah tersebut:

Tajuk: Ramadhan dan Persekitarannya oleh Ustaz Abd Rahim

 Antara isi kandungan ceramah ini adalah:

  • Melakukan amalan-amalan sunat di bulan Ramadhan amatlah digalakkan kerana akan mendapat ganjaran pahala sebagaimana melakukan perkara-perkara wajib
  • Bulan Ramadhan adalah bulan mustajab doa
  • Galakkan membaca Al-Quran sepanjang bulan Ramadhan
  • Antara peristiwa2 yang berlaku di bulan Ramadhan ialah:
    - Perang Badar
    -
    Pembukaan Kota Mekah

Kemudian diikuti dengan pemberian ceramah oleh Ustazah Samiah di mana ustazah menekankan tentang memperbaiki sahsiah diri dan akhlak di bulan Ramadhan kerana ia akan membantu semua meningkatkan ketaqwaan terhadap Allah SWT. Selepas itu, Ustazah Masyitah memberi ceramah berkaitan dengan bab aqidah iaitu tentang “Perbezaan antara Islam dan Kristian”.

b- Majlis Berbuka Puasa

Pada 14 November 2003 (Sabtu), Majlis Berbuka Puasa beramai 2 telah diadakan di surau Grizedale College. Aturcara majlis tersebut adalah seperti berikut:


Aturcara:

4.00pm – Ketibaan Tetamu
- Berbuka Puasa
- Sembahyang Maghrib berjemaah
- Jamuan Makan Berbuka
- Sembahyang Isya’ Berjemaah
- Tazkirah

Disember 2003

a- Majlis Hari Raya Aidilfitri

Kelab UMNO Lancaster-Morecambe dan Lancaster University Malaysian Society (LUMSS) telah berkerjasama menganjurkan Majlis Hari Raya Aidilfitri. Pada 7 Disember 2003, bermulanya majlis ini di SCR Cartmel dan hampir 70 orang menghadiri majlis tersebut. Tidak lupa juga, seorang tetamu VIP telah dijemput untuk memeriahkan lagi majlis hari raya ini , iaitu Datin Siti Rahmah Ahmad.

b- Sambutan Aidilfitri bersama Datuk Shafie Afdal

 

c- Perjumpaan Ketua 2 Cawangan UMNO di UK

Pada 19 Disember 2003, Md Farid Izmeer selaku Presiden Kelab UMNO telah menghadiri satu perjumpaan antara ketua-ketua cawangan UMNO di seluruh UK di London. Ini telah memberi kesempatan kepada ketua 2 cawangan untuk membincangkan beberapa isu. Antaranya adalah:

  • Laporan Kelab dan laporan kewangan mesti dihantar kepada Ibu Pejabat UMNO di Malaysia tiga bulan sekali tentang aktiviti 2 yg telah dilakukan dan pastikan semua laporan dikemaskinikan.
  • Banyakkan aktiviti intelektual dan spiritual
  • Pastikan ada sekurang 2nya seorang wakil Kelab UMNO apabila ada pelajar baru datang dr Malaysia terutama sekali apabila bermulanya semester baru
  • Cari inisiatif baru untuk dapatkan sumber kewangan
  • Pada bulan Mac, mesyuarat bagi Ketua 2 Cawangan UMNO di UK akan diadakan.
  • Kelab UMNO Luar Negara akan adakan satu laman web rasmi
  • Setiap ahli Kelab UMNO akan mempunyai kad keahlian
  • AJK Kelab akan memegang jawatan masing2 selama 2 tahun.  

Januari 2004

a - Majlis Beramah Mesra Bersama YAB Dato’ Seri Shahidan Kassim

Pada 17 Januari 2004 (Sabtu), Majlis Beramah Mesra bersama YAB Dato’ Seri Shahidan Kassim telah diadakan di Sheraton Park Tower, London. Setiap cawangan Kelab UMNO di United Kingdom telah dijemput untuk menghadiri majlis tersebut dan dua orang wakil, iaitu Nur Diyana Adnan dan Zeti Dalina Marzuki telah meghadirkan diri bagi mewakili Kelab UMNO Lancaster-Morecambe.

Pada pukul 12 tengah hari, wakil-wakil bagi setiap cawangan telah pun berada di Sheraton Park Tower dan disusuli dengan kedatangan YAB Dato’ Seri Shahidan Kassim pada 12.45 tengah hari. Selepas itu, semua telah dijemput untuk makan tengah hari bersama YAB. Sepanjang majlis tersebut, beberapa isu telah dibangkitkan, iaitu:

  • Masalah untuk mengundi bagi mereka yang berada di UK di mana ini boleh dilakukan dengan mendapatkan borang mengundi di Ibu Pejabat Kelab UMNO di UK.
  • Pencarian penempatan sementara buat pelajar-pelajar Malaysia yang baru sampai di UK memandangkan Malaysia Hall di London telah pun ditutup.

Sejurus selepas itu, setiap Kelab UMNO telah diberi peruntukan wang bagi menjalankan aktiviti masing-masing. Kelab UMNO Lancaster-Morecambe diberi peruntukan sebanyak £650.

Februari 2004

a- Majlis Hari Raya Aidiladha & Gong Xi Fa Cai

Majlis anjuran bersama antara Kelab UMNO dan LUMSS diadakan sekali lagi bagi menyambut perayaan Hari Raya Aidiladha dan Tahun Baru Cina pada 7 Februari 2004 di SCR Cartmel. Hampir 70 orang tetamu yang hadir bagi memeriahkan suasana. Pelbagai juadah menarik disediakan dan tidak lupa juga ada permainan diadakan buat para tetamu sebagai hiburan untuk menyerikan lagi majlis tersebut.

 

Copyright © 2003, _mes|s_ - The OFFICIAL UMNO Lancaster & Morecambe Club. All Rights Reserved