|

Asas
dan Tujuan pergerakan kelab adalah -
(a) untuk mempertahan, menegak dan mengembangkan agama Islam disamping
menghormati prinsip kebebasan beragama;
(b) untuk mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan
Negeri-Negeri dan prinsip Raja Berperlembagaan;
(c)
untuk merapatkan serta menyatupadukan masyarakat Melayu di United
Kingdom dan Eire bagi membela dan memperjuangkan nama dan masa depan
bangsa Melayu;
(d)
untuk menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan, iaitu bahasa Melayu,
sebagai bahasa rasmi tunggal negara dan Kebudayaan Kebangsaan yang
berasaskan kebudayaan Melayu;
(e)
untuk merapatkan hubungan dan kerjasama antara kaum bagi melahirkan
satu masyarakat Malaysia yang kuat dan bersatu;
(f)
untuk menjalankan apa-apa aktiviti untuk menjaga kebajikan masyarakat
Melayu, khasnya dan masyarakat Malaysia, amnya di United Kingdom
dan Eire;
(g)
untuk mengadakan kerjasama dengan persatuan, pertubuhan, kumpulan
orang atauorganisasi lain yang mempunyai cita-cita dan tujuan-tujuan
yang selaras dengan Kelab;(h) untuk menjalankan, melaksana dan menunaikan,
mengikut peruntukan-peruntukan Perlembagaan ini semua kuasa, tugas
dan kewajipan yang diberi kepada, diadakan atau ditanggungkan ke
atas Kelab oleh peruntukan-peruntukan itu; dan
(i)
untuk menjalankan apa-apa aktiviti lain yang sewajarnya.
|