[HOME]
[User]
Kepada sesiapa yang ingin menyumbang cerita kelakar sila email ke veteranchat@yahoo.com
(Kesemua cerita ini adalah hasil dari kiriman email yang diterima dan tidak diketahui siapa penulis asalnya... jadi kepada sesiapa yang nak duit royalti tu... mintak maaf jer lah... roti aku ada laa... ekekekekekek )
[Guestbook]
[Cerita - English]
[Cerita - Melayu 1 ~ 2]
[Cerita - Melayu 3]
Nukilan ke enam belas:

Maka tersebutlah kisah memurid tahun 6 purple menyambut hari guru. Masing-masing berebut-rebut nak bagi hadiah kat cikgu kesayangan mereka...Ms. Choo (kira-kiranya cikgu mithali le nie). Bila loceng berbunyi dan waktu Bahasa Inggeris tamat..maka beraturlah memurid tahun 6 purple nak bagi hadiah buat guru kesayangan mereka nie. Dari kad berukuran biasa hinggalah kepada kad yang sebesar gajah...ada yang bagi hadiah...selepas bagi hadiah/kad masing-masing mengucup pipi Ms. Choo sambil mengucapkan Selamat Hari Guru.

Maka tibalah giliran Anita Mui, si ketua kelas...dengan kotak hadiahnya yang bersaiz besar...lain dari yang lain...beriben merah cantik bungkusannya ... dengan senyum simpulnya si Anita Mui meminta Ms. Choo meneka apa yang dihadiahkannya...Maka jenuhlah si Ms. Choo meneka dari kek sampailah kepada lampu tidur...semuanya disambut dengan geleng kepala oleh si Anita Mui tadi.

Tiba-tiba adalah cecair yang meleleh dan menitis dari bucu kotak tu..Ms. Choo segera menyambut titisan cecair tu dan memasukkan ke dalam mulutnya dan merasa...."Hummm...masam, Cikgu dah tau dah...kamu hadiahkan cikgu Jeruk Pelam ... sedap-nya ...cikgu suka jeruk pelam tau".

...Errrrr...sebenarnya cikgu...saya hadiahkan anak KUCING ...

Cerita ke tujuh belas;

SEORANG pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekali gus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya pada penjaga bilik berkenaan.
POLIS :       Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
PENJAGA : Lelaki pertama sedang bersanding, tiba-tiba di serang strok. Lelaki kedua pula khabar nya menang loteri dan mati di serang sakit jantung, manakala yang ketiga di sambar petir.
POLIS :       Ha....kenapa disambar petir pun tersenyum?
PENJAGA : Masa itu dia ingat orang sedang ambil gambarnya.
[Cerita - Melayu 4]
[Cerita - Melayu 5]
[Cerita - Melayu 6 ~ 7]
[Cerita - Melayu 8]
[Cerita - Melayu 9 & 10]
[Cerita - Melayu 11 ~ 12]
[Cerita - Melayu 13]
[Cerita - Melayu 14]
[Cerita - Melayu 15]
[Cerita - Melayu 16 & 17]
[Cerita - Melayu 18]
[Cerita - Melayu 19]
[Cerita - Melayu 20]
[Cerita - Melayu 21]
[Cerita - Melayu 22 ~ 23]
[Cerita - Melayu 24 ~ 25]
[Cerita - Melayu 26 ~ 28]
[Cerita - Melayu 29]
[Berita]
[Link]
[Renungan - English]
[Renungan - Melayu]
[Album Gathering]