[HOME]
[User]
Kepada sesiapa yang ingin menyumbang cerita kelakar sila email ke veteranchat@yahoo.com
(
Kesemua cerita ini adalah hasil dari kiriman email yang diterima dan tidak diketahui siapa penulis asalnya... jadi kepada sesiapa yang nak duit royalti tu... mintak maaf jer lah... roti aku ada laa... ekekekekekek )
[Guestbook]
[Cerita - English]
[Cerita - Melayu 1 ~ 2]
[Cerita - Melayu 3]
Cerita kelakar (Bahasa Malaysia)

Cerita ke sembilan ;

Ceritanya begini..

Didalam satu bas diwaktu petang semasa ramai orang berebut-berebut untuk pulang ke rumah terdapat seorang gadis yang keadaanya agak resah sedang duduk berdepan dengan seorang lelaki jawa yang sedang berdiri berhimpit-himpit dengan penumpang yang lain. Memang kebiasaannya di waktu begini jalankan jem. Jadi bas tu tak dapat le bergerak dengan sempurna.

Gadis yang resah tu rupanya ..nak terkencing. Tetapi dia tak dapat turun sebab orang ramai dan bas tidak berhenti rumahnya pun jauh lagi. Tahan punya tahan last-last terkencing le sikit. Bila dia perasan dia pun buat-buatle buka handbag dan cuba mencari sesuatu .

Tanpa disedari Jawa didepannya dah perhatikan dia dengan agak lama juga.

Nak jadi cerita orang yang duduk sebelah gadis tersebut pun bangun sebab dah sampai. Jadi gadis tersebut pun alih le ketempat tersebut kerana sit dia
dah basah. Jadi Jawa ni pun nak duduk le. Bila dia tengok basah dia tanye kat gadis tersebut.

"Aduh bu..ngapa tempat ni basah ya"...

Jawab gadis tersebut "Ohh... tadi botol minyak wangi saya tertumpah. Saya cari tutupnya tapi tak jumpa. Dalam beg tangan pun tidak ada".

Jadi Jawa tu pun keluarkan le saputangannya dan lap sebelum duduk. Setelah duduk dia pun cium le saputangan tersebut untuk menghidu wangiannya. Bau-bau punya baru le jawatu tau rupanya air kencing sambil tersenyum jawa tu jawab.."Lo...Kalau minyak wangi jenama ini..Kalau mau,  saya ada penutupnya.".....

Cerita ke sepuluh;

satu malam tu, adala sorang mamat sedang menunggu durian yang jatoh  dipondok  burok,  tunggu punya tunggu maka ternampak lah dia sesuatu benda terbang lalu meminum air yang terdapat dilopak yg berhampiran, dibiarkan saja  ia berlalu  kerana dia bersaorangan . 

Keesokan harinya, diceritakan olehnya hadapan rakan-rakannya,  ada lah pulak seorang tua tlah memarahinya dengan berkata   bodoh punya budak,   kenapa tak ambil paku lalu cucok   pasti ia  akan bertukar menjadi wanita yang cantik dan kau bolehlah mengawininya,  lalu diberinya  paku sepanjang 7inchi  kepadanya.

Keesokan malam hari ditunggunya lagi,   maka terjadilah  apa yang disangkanya,   pontianak itu pun turun lagi utk minum air dilopak  tersebut,   dengan segera pemuda tu berlari lalu mencucok paku di dibelakangnya, pontianak itu terbang dengan suara yang agak kesakitan  tambah menyeramkan. terpinga-pinga pemuda tersebut.

Maka keesokan hari,   dia memarahi orang tua tu , lantas  dia dimarahi balik oleh orang tua tu   kerana pemuda tu  tersalah cucok paku ( yg sepatutnya betul-betul cucok dikepala  pontianak itu tapi pemuda tu cucok ditengkok haaa meraungla ia)  

Lalu  ditunggunya lagi, berharap malam ni berhasillah usahanya itu, tapi agak sekian lama  ditunggunya (agaknya  pontianak tu lambat pasal nak cabut paku tulah  kot )   maka datanglah pontianak itu , dengan gairah dan berani   diajukan paku tu dikepala pontianak tu. TAPI tak disangka, pemuda tu tergaman dan lari lintang pukang,   lalu pontianak tu pun   terbang dengan senang hati  & ketawa mengilai-ngilai. keesokan harinya,  pemuda tu mengeloh kerana tak dapat mencucok paku dikepala pontianak  itu dan harapannya untuk kawin ngan pontianak musnah, hampeh & buang karan jer,  sebab PONTIANAK TU  PAKAI HELMET ..........
[Cerita - Melayu 4]
[Cerita - Melayu 5]
[Cerita - Melayu 6 ~ 7]
[Cerita - Melayu 8]
[Cerita - Melayu 9 & 10]
[Cerita - Melayu 11 ~ 12]
[Cerita - Melayu 13]
[Cerita - Melayu 14]
[Cerita - Melayu 15]
[Cerita - Melayu 16 & 17]
[Cerita - Melayu 18]
[Cerita - Melayu 19]
[Cerita - Melayu 20]
[Cerita - Melayu 21]
[Cerita - Melayu 22 ~ 23]
[Cerita - Melayu 24 ~ 25]
[Cerita - Melayu 26 ~ 28]
[Cerita - Melayu 29]
[Berita]
[Link]
[Renungan - English]
[Renungan - Melayu]
[Album Gathering]