Home



Wasiat 1
Wasiat 2
Wasiat 3
Wasiat 4
Wasiat 5
Wasiat 6
Wasiat 7
Wasiat 8
Wasiat 9
Wasiat 10


sabda Rasullullah :
"Ada lima malam yang 
tidak di tolakkan
permintaan (doa), iaitu
malam pertama dari
bulan Rejab, malam 
nifsu Sya'ban, malam
Jumaat, dan dua 
hariraya."



 


 


 
 
 
 
 

 

Wasiat Pertama: Segera tunaikan solat.
        Imam Syahid Hassan Al-Banna menasihatkan supaya muslim
bersegera menunaikan solat apabila beliau mengetahui waktu solat 
telah masuk dan tidak ada halangan syari' yang membolehkan
 solat diakhirikan,pt halangan dalam bentuk darurat syari'. Muslim juga tidak seharusnya mendahulukan kerja-kerja lain dari solat.

      Solat didalam al-quran:

     1. Solat merupakan sumber kejayaan.

         "sesungguhnya beruntunglah orang yang membersihkan
           diri(dengan beriman). Dan dia ingat nama Tuhannya
           lalu dia sembahyang" (S87 : 14--15)

    2. Solat memelihara dari penyelewengan dan perlakuan
          maksiat. Dalam hubungan ini Allah berfirman:

           "Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan-
            perbuatan keji dan mungkar". (S29 :45)

      3. Solat merupakan pertolongan yang paling besar bagi
         orang yang melakukannya untuk memikul kesusahan dan 
         mampu mengatasi situasi situasi genting.

       4. Solat merupakan alamat pertama, setelah taubat,
           yang dapat melepaskan orang yang melakukannya
           dari musibah menerima hukuman, sekalipun taubatnya
           itu dari kufur kepada iman.

        5. Solat adalah salah satu daripada perkara-perkara
            yang menjamin kemenagan dan mendapat sokongan
            Allah. Solat juga dapat menghapuskan kejahatan dan
            kesalahan.

        6. Solat merupakan hasil dari sifat istiqamah, iman dan
            melaksanakan ajaran al-quran.

        7. Solat merupakan matlamat suci bagi para nabi dan
            rasul. Mereka memohon taufiq bagi diri mereka dan
            pengikut-pengikut yang datang kemudian untuk melakukan
            solat. Mereka juga saling memeperingati antara satu
            sama lain tentang solat.

        8. Apabila Allah menyebutkan solat di samping ibadat
            ibadat lain dalam alquran, Allah akan mendahulukan
            menyebut solat kecualilah ibadat yang disebut
            bersama-sama solatiut lebih istimewa kedudukannya dari
            solat sama ada kerana kewujudannya lebih dahulu dari
            solat seperti iman dan taubat atau kerana ibadat itu
            lebih umum pengertiannya dari solat spt Allah mendahulu-
            kan sabar dari solat.

        9. Oleh kerana kedudukan solat yang tinggi ini, kita lihat
            nas-nas al-Quran yang memerintahkan supaya solat
            ditunaikan dan dijaga sesempurnanya, yakni sempurna
            dengan syarat, rukun, sunat-sunat, khusyu' dan
            melakukannya dengan tetap. Sekiranya solat dilaksana-
            kan dalam keadaan yang sempurna spt ini ia akan
            melahirkan natijah dan dapat mencapai apa yang
            diharapkan darinya. Tetapi sekiranya solat  di-
            lakukan dalam bentuknya yang zahir sahaja, ia tidak
             akan membuahkan sebarang hasil dan akan dikembalikan
             kepada orang yang melakukannya(yakni tidak diterima)

       10. Untuk lebih menekankan kehormatan solat, Allah telah
             mensyariatkan penunaian solat di medan perang.
 
 
 

                     I Previous I  I  home  I  I Next I








Copyright © Krai8857229618020. All Rights Reserved.