Wasiat ketiga:
Berusahabercakap dalam
bahasa arab fusha
Imam Syahid Hassan al-Banna menasihatkan supaya
setiap muslim mengorbankan seluruh kemampuan dan
tenaga untuk mempelajari Bahasa Arab fusha (persuratan)
begitu juga bercakap dalam Bahasa Arab fusha dalam
semua urusan. Beliau memberikan alasan bahawa bercakap
dalam bahasa arab fusha merupakan salah satu syiar
Islam yang di tuntut.
Allah berfiman :
"Sesungguhnya kami menurunkannya berupa al-Quran
dengan Bahasa Arab agar kamu memahaminya."
( S: 12 : 2 )
Ayat ini merupakan dalil yang amat nyata bahawa pen-
jelasan dan penerangan terhadap Islam itu dalam Bahasa
Arab. Banyak ayat-ayat al-Quran yang memperkuatkan
bahawa Al-Quran itu dalam Bahawa Arab ."
Firman Allah:
" Agar Engkau (muhammad) menjadi salah seorang di
antara orang-orang yang memberi peringatan dengan
Bahasa Arab yang jelas."
( S:26 : 194 )
"Dan demikianlah kami menurunkan al-Quran dalam
Bahasa Arab."
( S: 20 : 113 )
" (ialah) Al-quran dalam Bahasa Arab yang tidak ada
pembengkokan (di dalamnya) mudah-mudahan mereka
bertaqwa."
( S: 39 : 28)
|