Home Wasiat
1
|
Janganlah saudara banyakkan perdebatan dalam semua urusan, walau bagaimanapun keadaannya, kerana per tengkaran itu tidak mendatangkan kebaikan. Dalam wasiat ini Imam Syahid Hassan Al-Banna menegah perbuatan sengaja mengada-adakan perdebatan dan memperbanyakkannya. Beliau menyeru muslim supaya membataskan per debatan-perdebatan yang membuahkan hasil kiranya perlu, kerana perdebatan tidak mendatangkan kebaikan dalam apa perkara pun. Inilah intipati dari wasiat ini. Apakah pula bukti dalilnya dari sumber sumber syariat dan pemikiran Islam. Kita akan dapat melihatnya dalam pembentangan ringkas yang akan datang ini. Pengertian "jadal" perdebatan dari sudut bahasa. "Al-jadal " dan al-jidal, maknanya bertarung dalam bentuk beradu dan tewas menewas. asal kalimat ini ialah " saya menyimpul tali " yakni......apabila saya memperkemaskan simpulannya. "tali yang tersimpul" ialah tali yang telah dikemas kuatkan simpulannya. Ini membawa erti, seolah olah mereka yang berdebat saling memperkuatkan hujjah dan menyimoulkannya, sebagaimana beliau memperkemaskan simpulan tali, supaya dengan memperkemas kuatkan hujjahnya beliau dengan akan dapat menewakan lawannya. Pengertian di sudut
bahasa bagi kalimat 'jidal" atau " jadal" mempunyai hubungan
erat dengan pengertiannya ditinjau dari sudut istilah,kerana kedua
dua pihak yang berdebat masing masing berpegang dengan satu "pendapat"
atau "sikap" dan masing masing mencari helah sedaya mampu untuk mempertahankannya
disamping berusaha untuk menolak pendapat atau sikap pihak
lawan dengan tidak memperdulikan hujjah-hujjah pihak lawan,
1- Menggalakkan manusia sentiasa dalam keadaan yang bergeseran dan menjauhkan mereka dari hakikat sesuatu perkara.
2- Kemudian penyakit ini akan memarakkan fitnah dan permusuhan antara sesama
manusia kerana mencari kemenangan
3- Seterusnya ia akan memecah-belahkan ummat yang padu
Islam mempunyai sikapnya yang tersendiri terhadap permasalah perdebatan
dan pertengkaran ini. Cukuplah bagi kita mengambil panduan
dari al-Quran dan bimbangan Rasullah s.a.w. dalam menjelaskan sikap Islam
terhadap perdebatan dan keburukannya.
Perdebatan di dalam al-Quran Di antara bukti-bukti yang menunjukkan al-Quran melihat permasalahn perdebatan dengan amat hati-hati. Firman Allah:
( S: 22: 68 ) Dalam ayat ini Allah memerintahkan agar Rasulnya tidak menuruti perdebatan mereka, malah beliau mestilah menutup pintu perdebatan itu dengan cara yang paling ringkas dengan mengatakan: Allah amat mengetahui apa yang kamu lakukan. " Mereka tidak memberikan perumpamaan itu kepadamu melainkan dengan maksud membantah (memdebat) sahaja."
( S.43 : 58 )
|