W asiat 1
Wasiat 2
Wasiat 3
Wasiat 4
 Wasiat 5
Wasiat 6
Wasiat 7
     Wasiat 8
Wasiat 9
Wasiat 10
 
 
 


 

  Wasiat kedua: Bacalah Al-Quran

Bacalah al-Quran, buatlah kajian, dengarlah ilmu atau berzikirlah
Janganlah habiskan masa saudara pada perkara yang tidak
memberi faedah.

   Membaca Al-Quran

Al-Quran adalah perlembagaan bagi satu kehidupan jalan petunjuk
dan hidayah yang sebenar.Hidayah dan petunjuk ummat dan
individu dinilai dari sudut sejauh hubungan mereka dengan
 al-Quran dan sejauh manakah mereka mengamalkannya.
Al-Quran adalah asas hukum dan perundangan, sumber
bimbingan yang produktif dan sumber arahan yang tepat dan
selamat.  Berpegang kepada Al-Quran akan membawa kekuatan dan
kemenangan, menyimpang dari ajarannya akan membawa
kelemahan dan kehinaan.
Orang yang menjadikannya sebagai penyuluh jalan,akan berjaya.

     Adab-adab membaca Al-Quran

    Membaca al-Quran punya adab dan cara. Orang yang
     membaca al-Quran dengan memelihara adab-adab dan
     caranya, seperti khusyu', membuat penelitian, mengambil
     pengajaran, menyebut huruf-huruf mengikut makhrajnya dan
     memberi hak-hak tilawah merekalah sebenarnya orang yang
     beriman kepada Allah dan khusyu' kepadaNya.
     Allah menekankan cara bacaan yang misali ini didalam
     firmannya:

       "Dan janganlah kamu tergesa-gesa membaca al-Quran
       sebelum disempurnakan mewahyukannya kepadamu."
                                                       ( S 20:  114 )

      Allah mengecam cara mereka yang membaca al-Quran dengan
      tidak memahaminya apa yang mereka baca walau sedikit pun.

       "Maka apakah mereka tidak memperhatikan al-Quran
        atau hati mereka terkunci?"

                                                        ( S 47 : 24 )

       Al-Quran boleh resap kedalam hati para pendengarnya
       melewati pendengaran mereka dan terus berbicara dengan
        akal dan jiwa mereka, maka Allah memerintahkan kita supaya
       diam ketika al-Quran dibaca dengan meninggalkan sesuatu 
        yang boleh menggangu dari mendengar al-Quran.

        Diam dan mendengar al-Quran dengan  sebaiknya apabila ia
        dibacakan merupakan dua perkara yang menjadi sebab
        kepada turunnya rahmat Allah kepada mereka yang 
        mendengar.

        "Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik iaitu
        al-Quran yang serupa (mutu ayat-ayatnya) lagi berulang
        -ulang; gementar keranyanya kulit orang--orang yang takut 
        kepada Tuhan kemudian menjadi tenang kulit dan hati
        mereka di waktu mengingati Allah."

                                                        ( S 39: 23)

        Orang yang tidak mendapat kesan-kesan ini dalam dirinya
        bererti beliau tidak mendengar al-quran dengan teliti dan tidak
        memahami maknanya.
 
 

                                                                                            [ home ]
 
 

 







Copyright © Krai8857229618020. All Right reserved