Mr. Scanner / Celik Mata Hati / Bunuh Diri
24 Zulkaedah 1427H / 15 Disember 2006

Pengenalan
Katalog

Katalog #12
Katalog #11
Katalog #10
Katalog #09
Katalog #08
Katalog #07
Katalog #06
Katalog #05
Katalog #04
Katalog #03
Katalog #02
Katalog #01

Pesanan
Hubungi Kami

Umrah & Haji (Akan Datang)


Katalog : #10
Kod Pesanan : AA238-239-240
Harga bagi 3 kaset: RM20.00 termasuk penghantaran
Beli secara online, boleh menjimatkan MINYAK, MASA & WANG.


MR. SCANNER

Oleh Al-Ustaz Shamsuri Hj Ahmad (60 minit)

Harga biasa : RM7.50 (Sila klik untuk gambar lebih besar)


AA238 Tajuk : Mr Scanner - Superpower oleh Ust Shamsuri

Pengajian Ust Shamsuri Hj Ahmad ini bersandarkan kepada Kitab Bahrul Mazi Jilid 18 mukasurat 215 iaitu yang menyatakan Bab : Hak Allah ke atas hamba-hambaNya. Yakni, tanggungjawab manusia kepada Allah yang memerlukan sedaya upaya menuaikan segala kewajiban yang telah ditentukan olehNya. Selepas itu, jika tidak mampu atau tidak boleh melakukan, hendaklah mohon ampun pada Allah.


Marfum hadith shahih yang diriwayatkan oleh Tarmizi daripada Muaz bin Jabal yang bermaksud :


Sabda Rasulullah saw bertanya pada Muaz : "Hai Muaz, apakah engkau tahu tanggungjawab kepada Allah?". Jawab Muaz : "Allah dan RasulNya lebih mengetahui". Sabda Rasulullah : "Hak Allah, menyembah kepada Allah dan mengEsakan Allah dan tidak sekutukan Allah".


Bagaimana penjelasan atau penerangan hadith diatas? Dan, bagaimanakah pula sambungan kepada hadith ini?


Siapakah yang sebenarnya "Super Power"?


Masaalah : "Apakah boleh Allah menghukum azab ke atas orang-orang yang baik, tidak berdosa dan tidak berbuat maksiat? Bagaimanakah iktikad Ahlul Sunnah berhubung masaalah ini?


Apakah pula soalan yang tidak boleh kita bertanya pada Allah?


Siapakah golongan Muktazilah dan bagaimana pegangan iktikad mereka? Bagaimana pula untuk mengenali golongan ini?


Bab yang seterusnya pula adalah bab yang menerangkan orang yang mati yang tidak mensyirikkan atau tidak sekutukan Allah.


Orang yang banyak berdosa dan meninggal dunia tetapi si mati tidak mensyirikkan pada Allah semasa hayatnya di atas dunia, apakah hukuman kepada si mati di akhirat kelak? Bagaimana penjelasannya?


Bagaimanakah pula kepada orang-orang yang menafikan kalam Allah? Sumber Hadith yang manakah yang menyokong perkara-perkara ini?


Bagaimanakah iktikad golongan Ahlul Sunnah ini pula? Apakah definasi IMAN?


Apakah benar iman memberi faedah dan manafaat kepada diri seseorang? Bagaimana? Apakah yang berlaku apabila iman terbatal?


Kuliah Ustaz Shamsuri Hj Ahmad ini juga membincangkan mengenai bagaimana orang yang telah meninggal dunia mendapat faedah dari orang yang masih hidup.


Apakah puasa atau zikir (cthnya, membaca Surah Yassin pada malam Jumaat) untuk si mati sampai kepada si mati? Bagaimana Mazhab Imam Shafie, Imam Hanafi, Imam Hambali dan Jumhur Ulama' membahaskan perkara ini ?


Bagaimana yang dikatakan doa itu adalah "otak bagi segala ibadah"?


Ada juga perbincangan antara ulama' : "Adakah afdal berdoa ketika ditimba bala atau ujian ? Atau, hanya memdiamkan diri ketika menerima musibah ?"



CELIK MATA HATI

Oleh Al-Ustaz Shamsuri Hj Ahmad (60 minit)

Harga biasa : RM7.50 (Sila klik untuk gambar lebih besar)


AA239 Tajuk : Celik Mata Hati - Kepentingan oleh Ust Shamsuri

Kuliah Ustaz Shamsuri Hj Ahmad kali ini menggunakan Kitab Tafsir Nurul Ehsan Jilid 3 mukasurat 204 yakni sambungan tafsir Surah Al-Qasas ayat ke 43.


Ust Shamsuri Hj Ahmad menekankan bahawa tujuan Al-Quran di bawa turun ke muka bumi ini adalah bertujuan untuk mencelikkan "Mata Hati" manusia. Makna celik disini adalah bagi menampakkan kebenaran, menerima rahmat dari Allah dan menerima keredhaanNya.


Tafsir surah ini menceritakan atau memberitahu kepada Nabi Muhammad s.a.w mengenai kisah-kisah nabi terdahulu iaitu Nabi Lut, Nabi Musa, Nabi Noh, kisah-kisah zaman kaum Aad dan Salleh dan juga kisah Firaun.


Ust Shamsuri Hj Ahmad juga menerangkan bagaimana umat Islam hari ini telah menjadi "Pasembor & Rojak".


Terdapat sebuah hadis marfumnya, "Sesiapa yang tafsir Quran mengikut akal, siaplah dirinya di neraka". Al-Quran dan As-sunnah adalah komplimen antara satu sama lain. Ia menjadi batas dan sempadan dan seterusnya peraturan bagi manusia. Bagaimanakah penerangan beliau ini?


Apakah "lame excuses" orang-orang kafir atau tidak mahu beriman ini pula? Bagaimana seerah (sejarah) ini terus berlaku di zaman hari ini?


Yakni 1001 alasan akan diberikan oleh manusia apabila tidak mahu mendengar atau pergi ke kelas penggajian agama samada di masjid atau surau ataupun mendengar dari kaset-kaset rakaman penggajian.


Apakah terdapat "kepentingan peribadi" menjadi punca utama tidak mahu beriman? Kepentingan diutamakan dari menegakkan kebenaran?


Orang yang cerdik dan berilmu sahaja boleh "menghidu" kepentingan !!


Berhujah adalah untuk mencari kebenaran dan bukan berhujah untuk menang !! Kebenaran itu adalah Quran dan As-Sunnah.


Seterusnya pendengar boleh mendengar kisah Abdullah bin Salam dan sahabat-sahabat beliau seramai 80 orang memeluk Islam dan beriman kepada Al-Quran dan Rasullulah saw. Mereka adalah golongan Ahli Kitab yang dapat 2 kali ganda pahala. Mereka juga dimaki, dicemuh dan dihina oleh masyarakat ahli-ahli kitab yang lain.


Ikutilah juga kisah yang tragis di saat kematian Abu Talib (bapa saudara nabi saw)



Untuk mendapat jawapan bagi persoalan diatas, ikutilah kuliah kaset Ustaz Shamsuri siri kali ini. InsyaAllah, persoalan-persoalan di atas akan terurai.



BUNUH DIRI

Oleh Al-Ustaz Shamsuri Hj Ahmad (60 minit)

Harga biasa : RM7.50 (Sila klik untuk gambar lebih besar)


AA240 Tajuk : Bunuh Diri - Mati Dalam Hutang oleh Ust Shamsuri Ahmad

Pengajian berdasarkan kepada Bahrul Mazi Jilid 8 mukasurat 13 yakni Bab yang membincangkan tentang "Bunuh Diri". Apakah perlu seseorang yang mati bunuh diri dikafankan dan di sholat jenazah seperti orang yang mati biasa?


Bagaimana pendapat para ulama' tentang perselisihan pendapat tentang sholat jenazah orang mati yang bunuh diri? Hadis yang mana menjadi sandaran?


Seterusnya, apakah hukum syarak mengenai bunuh diri? Apakah ianya suatu perbuatan dosa besar? Bagaimana azab yang akan diterima di akhirat kelak bagi orang yang bunuh diri?


Adakah orang yang mati bunuh diri ini masih dikira orang Islam? Atau, ia dikira mati kafir bagi sesetengah pendapat masyarakat?


Sesungguhnya, diri kita ini adalah hakmilik Allah. Hakikatnya, semua yang ada di dunia ini adalah milik Allah.


Bab seterusnya masih perbincangkan mengenai azab kubur. Apakah benar mayat masih boleh mendengar dan melihat?


Bagaimana Malaikat Mungkar & Nakir memenuhi formaliti dan procedur bagi setiap insan apabila sampai ke liang lahat? Wajah siapa yang akan dijelmakan di dalam kubur nanti? Siapakah yang akan tidak diizinkan mengucap syahadah di dalam kubur?


Apakah benar mayat akan memohon dari Malaikat Mungkar & Nakir untuk pulang untuk bertemu ahli keluarganya? Apakah jawapan dari malaikat?


Ia semua adalah berkait rapat dengan kerja-kerja yang dilakukan di atas dunia ini.


Semua persoalan di atas akan terjawap setelah mendengar dan meneliti kaset pengajian ini, InsyaAllah. Ruangan sinopsis ini tidak dapat menghuraikan setiap topik atau tajuk yang diajar melainkan setelah mendengar sendiri huraian atau penjelasan dari kaset pengajian Ust Shamsuri sendiri.


Ia juga dapat dimanafaatkan bersama keluarga dan mendapat kebaikan di dunia dan di akhirat, InsyaAllah.


Bagaimana Untuk Membuat Pesanan


Anda boleh menuruti 3 langkah berikut :-

Pertama, tentukan “Kod Pesanan” dan harganya.

Contohnya, kod pesanan barangan adalah AA210-211-212 dan
jumlah harganya ialah RM20.00

Kedua, bayaran boleh dibuat secara internet banking atau manual deposit ke salah satu akaun internet bank berikut :

      Akaun Sdr Razman Abd Manan
      Bank Islam   :  12-038-02-309596-8 ( Bankislam.com.my )
      Muamalat   :  1401-0020705-72-6
      Maybank2U  :  114-012-157-599 ( Maybank2U.com.my )

      ATAU

      Akaun Sdr Azha Abu Hasan
      Bank Islam   :  12-038-02-526402-5 ( Bankislam.com.my )
      Maybank2U  :  114-084-129-637 ( Maybank2U.com.my )
      RHB Bank : 162250-00083458 ( RHBbank.com.my )
      Hong Leong Bank : 6551081981 ( HLB.com.my )

Ketiga, anda perlu memaklum kepada kakitangan kami :

Sdr. Razman Abd Manan tel : 019-3443 123 atau

Sdr. Azha Abu Hasan tel : 012-349 2203 atau 013-378 9180

atau

email ke : KasetAgama@gmail.com

dengan memaklumkan :

i. kod pesanan barangan (contohnya, AA210-211-212 )
ii. nama tuan/puan
iii. alamat penghantaran
iv. tarikh & masa bank slip atau transaction.



PENGHANTARAN

Penghantaran akan menggunakan POS MALAYSIA BERDAFTAR dan dihantar secepat mungkin, InsyaAllah. Sekian terima kasih.


Kaedah Pembayaran Menggunakan
Internet Banking.
berikut :-









Ruangan Iklan :




Pengenalan   |   Katalog   |   Pesanan   |   Hubungi Kami
 Copyright ©2006   Syarikat Sophia Natasha Trading, Malaysia (Reg. Co. 87/05).   Hak Cipta Terpelihara.