Profile Sekolah

  Ad Sapientiam
Logo Sekolah
Lagu Sekolah

Organisasi

  Carta Organisasi
Senarai Guru

Sejarah

  Sejarah Sekolah
Pengasas Sekolah
Tokoh Sekolah
Senarai Pengetua
Nostalgia

Kurikulum

  Peperiksaan
English Section
Panitia
Projek Khas
Bank Soalan

Sekolah Indera Shahbandar Pahang

Latar belakang

Ia merupakan projek khas Menteri Pendidikan Malaysia khusus untuk Jabatan Pendidikan Negeri Pahang .
Idea ini bermula pada 24 nevember 1996 apabila Menteri Pendidikan malaysia memaklumkan kepada Pengarah Pendidikan Pahang bahawa beliau berhasrat untuk menubuhkan dua buah sekolah khas yang menggunakan konsep gabungan pendidikan rendah dan menengah di bawah satu bumbung.bermula dari pertemuan inilah beberapa orang pegawai dari Unit Kurikulum JPN, Pusat Sumber Sekolah Negeri Pahang dan Pejabat Pendidikan daerah telah bekerja keras menyediakan kertas konsep bagi melahirkan projek SISP ini.
Sebagai langkah permulaan dua buah sekolah menengah telah dipilih untuk menjayakan projek ini iaitu

Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford,Kuala Lipis
Sekolah Menengah kebangsaan Seri pekan, Pekan

Konsep projek SISP

Sekolah ini menyediakan pendidikan bermula dari tahun 4 hingga tingkatan 5. Ini bermakna sekolah tersebut menyediakan pendidikan KBSR dan KBSM kepada pelajar dalam kelompok tersebut.
Projek ini merangkumkan idea-idea prjek-projek khas lain yang dijalankan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Pahang seperti Kelas Rancangan Khas (KRK), Kelas Aliran Agama, Sekolah berasrama Penuh, Sekolah Harapan Negara, Sekolah Efektif dan sekolah Rancangan Khas.
Pelajar-pelajar sekolah ini terdiri daripada pelajar cemerlang yang terpilih dan disaring dari setiap sekolah dari daerah-daerah tertentu.
Sekolah akan disediakan dengan kemudahan fizikal pendidikan KBSR/KBSM yang secukupnya termasuk asrama,rumah guru dan kemudaha sukan/riadah.
Pelajar akan disokong oleh sistem bantuan kewangan,buku teks,makanan dan diberi perhatian istimewa terutama di tahun-tahun kritikal (UPSR/PMR/SPM)
Pengurusan dan oraganisasi sekolah pula disokong oleh guru-guru,tenaga pengajar dan kakitangan sokongan di kalangan yang terbaik (terpilih) memandangkan sekolah ini adalah projek khas.
Sekolah ini tidak bertaraf Sekolah Berasrama Penuh tetapi mempunyai kemudahan asrama dan pelajar yang tinggal di asrama diberi jagaan dan seliaan yang terbaik.

 

 

Ko-kurikulum

  Matlamat
Penglibatan
Guru Terlibat
Pencapaian 97-98
Pencapaian 99-00

Asrama

  Pengenalan
Peraturan
   Asrama

SISP

     Latarbelakang
   Konsep
Rasional
   Matlamat
     Projek Sekolah Khas