LATAR BELAKANG PERKEMBANGAN KESUSASTERAAN JAWA

 

Pengenalan


Perkataan kesusasteraan berasal daripada bahasa Sanskerta yang dibawa oleh orang Hindu ke Indonesia. Perkataan sastera adalah kata asing yang telah terserap ke dalam bahasa kita. Ketika nenek moyang kita bercampur gaul dengan bangsa Hindu, sudah tentu mereka meminjam kata-kata Hindu dalam bahasa Indonesia. Kesusasteraan dalam bahasa Indonesia bermaksud seni dan keindahan dalam bahasa yang meliputi beberapa hal, baik dalam prosa mahupun dalam puisi.

 

Dari segi etimologinya perkataan ini dapat dihuraikan seperti berikut;
Su : ertinya indah, bagus, lebih baik atau lebih berfaedah.
Sastra : ertinya huruf, tulisan, karangan atau buku.
Kesusasteraan : ertinya tulisan atau karangan yang indah bahasanya dan baik isinya.

 

Oleh sebab itu, bahasa yang tidak mengandungi unsur keindahan, kelebihan serta tanpa faedah tidak dapat digolongkan dalam kesusasteraan yang bermaksud keindahan. Bahasa yang mudah difahami ertinya senang dicerna maknanya. Keindahan susunannya dapat dinikmati sebagai hasil sastera.

Dalam tulisan, kemahiran sang pengarang amat dituntut untuk menunjukkan hasil ciptaannya memiliki nilai sastera kerana kesusasteraan adalah getaran jiwa, getaran sukma serta menggambarkan pribadi serta watak seorang pengarang.

Dalam kesusasteraan Melayu, definisi kesusasteraan amat sering dikaitkan dengan asal-usul perkataan kesusasteraan seperti yang terdapat dalam huraian sebelumnya. Namun demikian perkataan ¡°sastera¡± berasal dari kata castra dan disebut syastra, yang bererti kitab suci. ¡°Susastra¡± memberi erti seni sastera atau seni bahasa, dan secara umumnya dimaksudkan persuratan yang bersifat halus atau indah. Oleh yang demikian, dalam perkembangan pengajian kesusasteraan Melayu, istilah ¡°persuratan¡± digunakan bagi menjelaskan sekumpulan hasil seni bahasa. Justeru itu, pandangan umum menerima hasil yang tertulis itu sebagai lebih tinggi nilainya daripada hasil lisan.

Kesusasteraan dikatakan juga sebagai perhimpunan atau pengumpulan segala hasil atau karangan yang indah dan gubahan yang baik iaitu mengandungi makna dan mempunyai nilai seni.20 Justeru itu, segala bentuk tulisan adalah dianggap sastera jika ia melibatkan keserasian bahasa dan mengungkapkan gagasan.

Kesusasteraan mempunyai hubungan yang amat rapat dengan masyarakat, malah ia dianggap sebagai salah satu unsur kebudayaan yang amat penting dalam mencerminkan kehidupan masyarakat. Usman Awang, seorang penulis yang amat komited dengan pergolakan masyarakat, menyatakan:

Bicara tentang sastera, tidak lain daripada bicara tentang manusia, bererti berbicara tentang seluruh kehidupan lahiriah dan batiniahnya; suka duka, marah bencinya; kecewa hampanya; sedih rawannya dengan segala sifat-sifat yang merangkuminya; baik jahatnya; kejam buruknya, budi mulianya, takut beraninya, emah-gagahnya dan sebagainya lagi. Dan segala ini dipengaruhi oleh corak dan sistem ekonomi dan politik yang merantai kehidupan mereka, yang memberi pengaruh pula kepada hasil seni, termasuk ciptaan sastera.

Justeru itu, kesusasteraan juga boleh dianggap sebagai manifestasi kepada kehidupan manusia daripada aspek keseniannya, dan sebagai peristiwa seni yang menjadikan bahasa media utamanya.

 

 

 

 

 

 

 

Kesusasteraan

tulisan atau karangan
yang indah bahasanya
dan baik isinya.


 

Perkembangan kesusasteraan Jawa bermula dengan kesusasteraan Jawa Kuno yang mengandungi unsur-unsur Hindu yang amat ketara terutamanya di dalam puisinya yang dipanggil kekawin.
Namun begitu unsur Hindu menjadi semakin berkurangan pada zaman kesusasteraan Jawa Tengahan.
Pengarang mula mencari jati dirinya dengan menggunakan unsur-unsur tempatan yang terdapat di sekeliling mereka.
Pada zaman Kesusasteraan Jawa Baru yang dikenali sebagai zaman Surakarta awal muncul bentuk penulisan baru.
Pada zaman ini karya sastera Jawa Kuno telah di salin semula dalam bentuk Jawa Baru, manakala dalam kesusasteraan Jawa Moden pula Balai Pustaka telah berperanan penting dalam menerbitkan buku-buku untuk bacaan kanak-kanak.

 


LATAR BELAKANG
PERKEMBANGAN KESUSASTERAAN JAWA
Oleh: yusmilayati dari Malaysia.

 

Sumber:

•M.Roeslan Effendy, Selayang pandang kesusasteraan Indonesia, P.T. Bina Ilmu, Surabaya, 1984. •Ibid. •Ali Ahmad, Sastera dan kesusasteraan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1994. •Darus Ahamd, Persuratan Melayu lama-baru, Penerbit Sinaran Bros, Pulau Pinang, 1969. •Baharudin Zainal, Mendekati kesusasteraan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1979. •Noriah Mohamed, Kesusasteraan Jawa dalam hubungannya dengan kesusasteraan Melayu trsdisional, dalam Siti Hawa Haji Salleh (pngr.), Cendekia kesusasteraan Melayu tradisional, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1987. •J.J. Ras, Bunga rampai sastera Jawa mutakhir, PT Grafitipers, Jakarta, 1985. •Zoetmulder, Kalangwan sastera Jawa Kuno selayang pandang.•Boris Parnickel, Perkembangan sastera Nusantara serumpun (abad ke 7 ¨C ke 19), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kulala Lumpur, 1995.•Noriah Mohamed, Laporan Penyelidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 1994. •Soesatyo Darnawi, Pengantar puisi Jawa, PN Balai Poestaka, Djakarta, 1964.