SEJARAH SEKOLAH
 
 
                                     MEMORIAL SEKOLAH       
 
 
            Sejarah Sekolah Kebangsaan Undang Jelebu bermula dengan pembukaan kelas Bahasa Inggeris di sebuah bangunan di Pekan Kuala Klawang oleh En.Abd.Hamid(Masjistreet Bersara).Usahanya disambung oleh En.S.T.Harun dari Perak.Tahun 1947,sekolah ini diswastakan oleh En. Ibrahim b. Hj.Mansor. 
            Tahun 1953,Standard Type Primary School atau Government English School (GES) ditubukan bertempat di bangunan  Sekolah Latihan Squard Hutan,Kuala Klawang,sekolah ini mengunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.Tugas-tugas Guru Besar dikendalikan oleh En.Appudurai sebelum kedatangan En.J.A.Louis. 
            Tahun 1970,sekolah ini menukar namanya kepada Sekolah Rendah Kebangsaan Undang Jelebu (SRKUJ) dengan bahasa pengantarnya Bahasa Melayu. 
            Dalam penggal kedua 1984,SRKUJ berpindah kebangunan tinggalan Sekolah Menengah Undang Jelebu ( SMUJ ) di Pekan Kuala Klawang.Jaraknya dari Seremban 38km dan 60km dari Pekan Kuala Pilah melalui Bukit Tangga dan Bukit Pergai. 
            Awal Mei 1994,sekolah ini telah dinaikan tarafnya dari sekolah Gred B ke sekolah Gred A. 
            Januari 1998, SRKUJ telah bertukar namanya kepada Sekolah Kebangsaan Undang Jelebu (SKUJ). 
            Aktiviti ko-kurikulum dan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK)dijalankan di Padang Majlis Daerah Jelebu yang terletak 200m dari sekolah. 

                                                        TERIMA KASIH 
 
 

 
 
[Sejarah Sekolah] [Piagam Sekolah] [Organisasi Sekolah] [PIBG]
[Album] [Akademik] [Hal Ehwal Murid] [Ko-Kurikulum] Menu ]