TEKANAN DARAH
Nutrisi yang baik dan pertumbuhan yang sihat yang dipupuk semenjak kecil sememangnya dapat mencegah tekanan darah tinggi (hipertensi) dewasa kelak. Kajian yang telah dijalankan mencadangkan bahawa diet seimbang adalah sangat penting semasa hamil dan beberapa tahun selepas lahir. Bagaimanapun, pemakanan atau diet yang tidak sihat dipercayai menjadi penyumbang kepada hipertensi walaupun tekanan darah manusia sememangnya akan meningkat sejajar dengan peningkatan usia secara semula jadi. Selain daripada diet, faktor-faktor lain seperti masalah emosi, keresahan dan tekanan menjadi penyumbang kepada masalah hipertensi.
Penyebab Paling Biasa
Hipertensi boleh disebabkan oleh kegagalan ginjal atau ketidakseimbangan hormon terutamanya malfungsi kelenjar adrenal. Kadangkala kehamilan atau penggunaan pil kontraseptif juga menyebabkan kejadian hipertensi sementara waktu. Walaupun sebab sebenar hipertensi tidak diketahui, faktor genetik juga diimplikasikan sebgai punca masalah tekanan darah tinggi.
Tip Rawatan:
Memperbanyakkan
buah-buahan segar dan sayur-sayuran hijau
ikan berminyak seperti salmon
ikan salmon
Mengelakkan
makanan masin atau ditambah garam
makanan dijeruk
lemak, terutamanya lemak tepu
alkohol yang banyak
Elakkan pengambilan alkohol dan makanan masin
Kenapa Diet adalah Penting
Selain daripada medikasi, biasanya doktor akan mencadangkan pengawalan diet yag sihat dengan pengurangan pengambilan alkohol sebagai kawalan tekanan darah tinggi. Selain itu, obesiti juga menjadi penyumbang kepada masalah penyakit hipertensi. Dengan mengurangkan pengambilan alkohol, tekanan darah dapat dikurangkan dengan nyata, begitu juga dengan orang yang obes yang mengurangkan berat badan mereka kepada berat badan ideal dapat kembali ke tekanan darah yang lebih rendah. Bagaimanapun jika berat badan menurun dengan terlalu mendadak dan meningkat semula, tekanan darah akan kembali meningkat.
Kurangkan Pengambilan Garam
Statistik menunjukkan prevalen hipertensi di Britain dan Amerika Syarikat menurun dalam kalangan mereka yang mengurangkan pengambilan garam dalam diet mereka. Dalam kes hipertensi yang dikawal dengan drug, pengurangan pengambilan garam dalam diet masih mampu untuk mengurangkan tekanan darah mereka. Kebanyakan garam ditambah di atas maja ataupun semasa makanan dimasak, tetapi masih terdapat makanan proses yang mengandungi garam yang terselindung seperti roti, keju dan bijiran sarapan. Walaupun agak sukar untuk mengelakkan makanan proses dalam kehidupan harian kita, kita masih boleh kurangkan pengambilan garam dalam diet dengan mengurangkan makanan dijeruk, disalai dan masin.
Pemakanan yang kaya dengan buah-buahan (terutama bawang putih dan sayur saderi), iaitu sekurang-kurangnya 1/5 daripada keseluruhan makanan harian dapat membantu menurunkan tekanan darah. Kalium yang banyak terdapat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran dipercayai dapat menindas kesan yang disebabkan oleh peningkatan pengambilan garam. Bagaimanapun, pesakit hipertensi yang mengalami penyakit renal tidak digalakkan mengambil makanan berkalium tinggi kerana ia tidak diekskresi melalui renal bermasalah lalu berakumulasi di renal. Dengan memperbanyakkan pemakanan ikan berminyak juga dapat mengurangkan tekanan darah.