TROMBOSIS

Arterosklerosis menyebabkan deposit lemak pada bahagian dalam dinding saluran darah. Ini boleh membawa kepada trombosis apabila plak lemak menyempitkan saluran darah dan bekuan darah atau trombus menghalang aliran darah.

    Pengambilan lemak berlebihan akan meningkatkan risiko terhadap trombosis. Namun, bukan semua lemak mempunyai kesan buruk. Sesetengah lemak poli tak tepu mengandungi asid lemak omega-3 yang mengurangkan kelikatan darah bagi mencegah pembentukan bekuan darah.

    Risiko terhadap trombosis meningkat dengan umur, obesiti, tabiat merokok dan kekurangan aktiviti fizikal. Anda boleh mengurangkan risiko terhadap trombosis dengan menguranagkan rokok, mengawal berat badan dan bersenam dari semasa ke semasa. Minuman alkohol secara sederhana juga dipercayai dapat mengurangkan risiko trombosis dengan mendilatasikan saluran darah kecil.

Tip Rawatan:

Memperbanyakkan

       

Bawang merah                                                  Ikan

Mengurangkan