http://www.mgaa-org.net.tc

 

 

Menu

 

 - HOME

 - Seismology

 - Meteorology

 - Geology & Oceano

 - Astronomy

 - Report Earthquake

 - Tsunami Warning

 - Satellite Image

 - Radar Image

 - News Release

 - Articles

 - Who are we?

 - Contact Us

 - Feedback

 - Links

Last Updated:
29-May-2005 11:11 AM

Pelawat sejak 31 Mac 2005
Free Tell A Friend from Bravenet.com

Malaysia Maju 2020

 

 

       Welcome to Malaysia Geological and Atmosphere Administration

 

 :: Gempa Bumi meramal boleh, mengelak tidak ::  

 

Potensi Gempa Bumi di Sabah

Pulau Borneo sememangnya berpotensi untuk terjadinya gempa bumi terutamanya dikawasan Gunung lipat muda. Ini adalah kerana Pulau Borneo terbentuk hasil daripada proses mampatan kerak bumi di Benua Asia kira-kira 35 juta tahun dahulu yang dikenali sebagai gunung lipat muda. Lipatan ini bermula dari Pusaran Pamir dan menganjur ke arah timur lalu membentuk Banjaran Himalaya, Banjaran Karakoram, Kunlun Shan dan Tien Shan. Proses lipatan dari Banjaran Himalaya bersambung dan menganjur ke tenggara dan melengkok ke selatan Asia Tenggara,Bukit Naga dan Bukit Chin di Thailand dan Arakan Yoma di Myanmar.Seterusnya proses lipatan ini merebak dan membentuk Banjaran Barisan di Sumatera, Jawa Selatan, Bali, Flores, Banda, Sulewesi dan Banjaran Kapuas Hulu, Banjaran Iran di Sarawak serta Banjaran Crocker di Sabah. Proses lipatan ini juga menyebabkan pulau-pulau di luar pantai barat sumatera seperti Pulau Nias, Kepulauan Mentawai dan Pulau Timor terbentuk. Sebahagian Asia Tenggara mengalami gempa bumi dan letusan gunung berapi kerana terletak dalam Lingkaran Api Pasifik. Namun begitu, kita patut bersyukur kerana Malaysia bukanlah negara yang terletak dalam Lingkaran Api Pasifik ini. Walaubagaimanapun, Sabah amnya terdedah kepada bahaya gempa bumi. Ini kerana plat pertembungan di Banjaran Crocker yang terletak di kawasan Rugading, Ranau yang menganjur sehingga ke Kawasan Tawau saling bertembungan.

Gegaran yang pernah dirasai di daerah Ranau pada 26/5/91 dan awal 1960an pada kekuatan 5.5 skala ritcher menyebabkan Bangunan Flet Guru di SMK Mat Salleh retak dan tidak selamat diduduki. Dan terbaru gegaran yang berukuran 4.1 pada skala ritcher mengegarkan daerah berkenaan pada 3 Februari 2005. Biasanya kawasan ini menghasilkan gegaran tidak lebih daripada 6 skala richter dan pada tahap kedalaman 0-50 km sahaja serta tidak mampu menghasilkan letusan Gunung Berapi. Kawasan ini disebut sebagai “Lipasu Area” , iaitu satu kawasan seismik yang belum stabil sepenuhnya. Namun begitu, ini merupakan perkara yang normal yang sering terjadi dan tidak perlu dikhuatiri kerana kawasan yang mempunyai gunung lipat muda sememangnya mengalami fenomena sebegitu rupa. Berbeza pula bagi Banjaran Titiwangsa di Semenanjung Malaysia. Ia terbentuk hasil daripada gunung lipat tua yang terbentuk 100 juta tahun lalu yang dimana telah mengalami gondolan serta permukaan gunung-ganang lebih rata dan tidak begitu tinggi. Kawasan ini telah pun stabil dan tidak lagi berlaku gegaran akibat gempa bumi.

-Terima Kasih diucapkan kepada Dr.Mustafa Nasir, Ketua Penyelidik PUSKAL-Sabah yang sudi memberikan maklumat.

 

 

 
 
MALAYSIA GEOLOGICAL AND ATMOSPHERE ADMINISTRATION
Any comment or suggestion please e-mail it to:webmaster
©2003-2005 All Right Reserved-
MALAYSIA GEOLOGICAL AND ATMOSPHERE ADMINISTRATION, Kota Kinabalu,Sabah