Berita HTAA April 2002
Bil.75 Thn.7 ISSN 1511-1741 Edaran Umum April 2002

Penasihat
Dr. Kamariah bt.Junoh
Timb.Pengarah (Perubatan)
Hospital Tengku Ampuan Afzan
Kuantan

Ketua Pengarang
Haji Abdul Hamid bin Abdullah

Grafik Berkomputer
Zulkifli Bin Yaacob

Percetakan/Penjilidan
Sabaruddin Mohd Said / Hafizad

Jurufoto
Sabaruddin Mohd Said / Hafizad

Koresponden
Ketua Unit / Jabatan / Pakar /Penyelia /
Ketua Jururawat / Jururawat

Alamat Redaksi
Perpustakaan Perubatan & Unit Pendidikan HTAA
Telefon: 2417 / 2022

Segala sumbangan dari seluruh kakitangan
Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan
amatlah dialu-alukan.
Adalah menjadi tanggungjawab
penyumbang dan tidak semestinya
menggambarkan sikap serta
pegangan sidang pengarang.

Pemenang Anugerah
Hospital Akreditasi 1999-2002

Berita HTAA diterbitkan
pertama kali pada
Januari 1996

Sidang Pengarang
Bulan Muharram bulan bersejarah. Banyak peristiwa sejarah kebangkitan Islam berlaku dalam bulan ini. Salah satu darinya ialah peristiwa hijrah Rasulullah dari Mekah ke Madinah selepas menerima perintah dari Allah s.w.t

Tahun baru bagi umat Islam juga diambil bersempena peristiwa penghijrahan ini yang mana berlaku dalam bulan Muharram. Kemuncak kebangkitan Islam pada masa itu memaksa pembesar-pembesar Mekah ketika itu bercadang untuk membunuh Rasulullah untuk melenyapkan terus penyebaran agama Islam.

Namun kekuatan mereka tidak dapat mengatasi KeESAan Allah yang mana Nabi Muhhamad s.a.w berjaya juga mengharungi seribu keperitan untuk membuka satu pentadbiran baru Islam iaitu di Madinah.

Bertolak dari situlah Islam mulai kuat sehingga akhirnya berjaya menawan kembali Kota Mekah dari puak Kafir Quraish.

Sebagai pengajaran kepada semua Umat Islam melalui Hijrah Rasulullah ini ialah Kepatuhan dan Ketaatan yang jitu kepada Yang Maha Esa telah memungkinkan kejayaan dengan pertolongan dariNYA.

Amalkan segala perintah Allah dan tinggalkan segala laranganNYA, itulah resepi sebenar kejayaan didunia dan diakhirat. Buat semua warga HTAA berhijrahlah, dan jadikanlah hari esok lebih baik dari hari semalam dan begitulah untuk hari-hari seterusnya.

Ketua Pengarang
Hj.Abdul Hamid b.Abdullah


Renungan Pagi

Disampaikan oleh: Dr.Kalavathy Ketua Jabatan Patologi HTAA
Pada perhimpunan pagi bulan April 2002

Selamat pagi dan salam sejahtera diucapkan kepada semua.
Kita sekarang di dalam bulan April 2002, dan hari ini adalah pertama bagi penggal kedua tahun ini. Pada minggu lepas, anak saya yang berumur 7 tahun bertanya, “Mama, kenapa tahun ini berlalu terlalu cepat? “ Saya menjawab, “ Mungkin disebabkan kita terlalu sibuk dan banyak perkara yang berlaku. “Ini memang tepat sekali. Banyak kursus dan mesyuarat telah diadakan dari awal tahun ini. Kakitangan jabatan kami telah mula menghadiri kursus dan mesyuarat sejak bulan januari ini. Maksud saya adalah berkenaan dengan persiapan untuk ISO/IEC `17025.

Hospital ini (HTAA) juga berharap akan dapat mencapai tahap ISO 9000 pada tahun ini. Saya rasa kita telah bersedia dari segi dokumentasi, iaitu penyuratan, penulisan, pendokumenan. Tetapi, saya tidak pasti adakah kita bersedia untuk diaudit nanti. Kita semua di hospital ini, termasuk jabatan yang tidak terlibat secara langsung juga, perlu memberi komitmen dalam melaksanakan, mengkaji semula dan meningkatkan apa yang telah kita dokumenkan.

Semua anggota, bermula dari PRA, Atendan, Jururawat, Juruteknologi, semua kakitangan allied health hingga kepada Pegawai Perubatan dan Pakar perlu melaksanakan apa yang kita dokumenkan dan juga mendokumenkan apa yang kita laksanakan.

Pada pendapat saya, jika kita berjaya memperolehi ISO ianya adalah berasaskan kerja kuat dan semangat yang tinggi dari kita semua. Oleh itu, kita harus memanfaatkan pengiktirafan tersebut (ISO) untuk mencapai standard yang lebih tinggi dalam perkhidmatan perubatan. Ini bukan sahaja memberi faedah kepada pelanggan kita, malah akan turut meningkatkan suasana kerja, baik fizikal, mahupun mental. Ini kerana, suasana kerja sihat adalah satu aspek penting dalam ISO.

Akhir kata, marilah kita bersama-sama menghargai kerja kita, dan lakukan dengan sebaik mungkin. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berjaya kepada semua atlit dari hospital ini yang mengambil bahagian dalam sukan Kementerian Kesihatan Malaysia di Kuching, Sarawak. Meskipun kita kesuntukan masa, saya pasti Tuan Pengarah berharap agar kita semua telah berjaya mengumpul wang yang mencukupi melalui Kad Jogathon.

Sekian, terima kasih.


Kursus Peningkatan Atendan Kesihatan KKM Tahap 2
laporan: Rudy

25-27 Mac 2002 Unit Kejururawatan HTAA dengan kerjasama Kolej Kejururawatan Kuantan telah mengadakan Kursus Peningkatan Atendan Kesihatan KKM Tahap 2 bertempat di Dewan Sri Pelangi HTAA. Kursus dihadiri oleh lebih 115 peserta dari HTAA, Muadzam Shah, Mentakab dan Rompin.

Para peserta kursus telah didedahkan dengan taklimat penyakit berjangkit, pembuangan sisa, pengenalan ubatan, penjagaan pop, pemakanan pesakit, pemberian oksigen/sedutan, pemerhatian TPR dan Tepid Sponging, Psikiatri dan Latihan praktikal pemerhatian pesakit skin prep dan kondom.

Objektif kursus ialah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan asas perawatan perubatan kepada atendan kesihatan dalam penjagaan pesakit, memperluaskan peranan tugas dan tanggungjawab atendan kesihatan supaya mereka lebih efisyen dalam memberi sumbangan kearah mutu perkhidmatan penjagaan pesakit.

Para penceramah terdiri dari Pengajar Kolej Kejururawatan Cik Marilyn, Cik Hazmah, Pn.Sumathi, Pn.Saedah, Pn.Adida dan Pn.Rohaiza. Pengalaman dan pengetahuan berguna yang dipelajari selama kursus tiga hari ini diharap dapat dipraktikkan dalam tugas seharian atendan kesihatan.


Kursus Kaunseling Dan Victomologi Rumahtangga Peringkat Negeri Pahang
laporan: Rudy

20-22 Mac 2002 Unit Forensik HTAA dengan kerjasama Pejabat Pengarah Kesihatan Negeri Pahang telah mengadakan Kursus Kaunseling dan Viktomologi Rumahtangga peringkat negeri Pahang. Kursus tiga hari ini dihadiri oleh 50 kakitangan hospital dari HTAA, Mentakab, Pekan, Muadzam Shah, Jerantut, Bentong, Temerloh, Kuala Lipis, Raub dan Jengka.

Objektif Kursus:

* Pendedahan tentang asas kaunseling
* Memberi panduan tentang Akta Keganasan Rumahtangga 1995 (Akta 521), Akta Perlindungan Kanak- kanak 1991 dan berkaitan
* Memberi kesedaran tentang kepentingan kakitangan mengendali kan kes-kes rumahtangga

Para penceramah terdiri dari Puan Asmah Othman dari Kolej Islam Pahang, Puan Zuniza Abu Bakar dari Sek.Men.Abd.Rahman Talib (SMART), Puan Shamsiah Hj.Hussein dari Jab.Kebajikan Masyarakat dan Dr.Ahmad Zafri Abu Bakar Pakar Psikiatri HTAA.

Topik yang dibincangkan ialah:

* Kaunseling untuk mangsa keganasan dari aspek perundangan
* Menghadapi mangsa keganasan
* Kaunseling untuk mangsa serangan seksual dan domestik
* Aspek psikologi mangsa keganasan dan kesedihan
* Kaunseling kesedihan dan perkabung- an untuk waris simati

Perasmian penutup dan penyampaian sijil kursus ini telah disempurnakan oleh Dr.Jayasubramaniam Ketua Jabatan Kecemasan HTAA.


Lawatan Sambil Belajar PBSM SMART Kuantan

30 Mac 2002 HTAA menerima kunjungan lawatan dari 40 orang murid-murid serta guru dari Persatuan Bulan Sabit Merah Pasukan Belia Sekolah Menengah Keb.Abdul Rahman Talib Kuantan.

Anggota rombongan diketuai oleh Cik Normala Samsudin Penolong Penasihat PBSM dan Norfarah Suhaili (Sarjan) Pengerusi PBSM SMART.

Lawatan adalah bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan pelajar dalam bidang perubatan disamping mendapatkan pengetahuan tentang kerjaya yang terdapat dalam bidang pertolongan cemas dan perubatan.

Taklimat telah disampaikan oleh En.Yahya Ali Pembantu Perubatan U7, Wan Rohani Wan Mustafa dan En.Sabaruddin Mohd Said. Anggota rombongan telah dibawa melawat ke Jabatan Kecemasan, Pengimejan dan Diagnostik, Forensik, Psikiatrik, Wad Kenanga 3 dan Wad Kiambang 3.


Lawatan Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 Kuantan
laporan: Rudy

23 Mac 2002 Hospital Tengku Ampuan Afzan menerima kunjungan lawatan dari pelajar dan pensyarah Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 Kuantan. Anggota rombongan seramai 23 orang terdiri dari pensyarah dan pelajar diketuai oleh Tuan Hj. Zulkifli b.Haji Ali Al-Hafiz Pengetua Maahad Tahfiz. Taklimat ringkas telah disampaikan oleh Tuan Hj.Abdul Hamid Abdullah Pembantu Perubatan U7 dan Sister Siti Aishah.

Lawatan adalah bertujuan untuk tuk mengisi program ziarah sambil menderma. Anggota rombongan ini telah menyampaikan sumbangan bungkusan makanan dan risalah kepada pesakit kanak-kanak di wad Kenanga 3.

Rombongan juga turut dibawa melawat ke wad Dahlia dan Unit Forensik HTAA. Maahad Tahfiz ini telah ditubuhkan pada 1 Januari 1996 dan telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Adnan b. Yaacob Menteri Besar Pahang selaku Pengerusi Ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Pahang.


Pencegahan Sakit Belakang

Sebab-sebab Sakit Belakang:

* Posisi kerja yang tidak betul
* Berdiri atau duduk terlalu lama
postur yang tidak selesa atau salah
* Mengangkat beban dengan cara yang
tidak betul atau lebihan bebanan
* Stesyen kerja yang tidak sesuai (ergonomik)
seperti aras meja atau kerusi yang tidak
sesuai dengan ketinggian
* Menggunakan kasut yang tidak sesuai
* Jatuh atau tercedera
* Berat badan yang berlebihan
* Osteoporosis

Panduan Pencegahan:

* Angkat barang dengan cara yang betul
* Angkat pesakit dengan cara yang betul
* Duduk dengan cara yang betul apabila menggunakan komputer
* Bekerja dengan stesyen kerja yang sesuai
* Persekitaran kerja yang kemas, teratur
dan selesa (Good Housekeeping)
* Lakukan senaman untuk menguatkan otot dan tulang
* Kurangkan berat badan
* Gunakan kasut yang sesuai
* Makan makanan seimbang

Ketahuilah:

* Sakit belakang merupakan salah satu masalah
utama dikalangan masyarakat umum
* Sakit belakang boleh berpunca dari pada otot,
tulang, ligamen, saraf atau cakera vetebra
* Sakit belakang boleh dielak dan dicegah

Amalkan
Budaya
Kerja
Sihat
Dan
Selamat

Tahukah Anda?

Pada 1 November 1998
Bermulanya Perkhidmatan
“Unit Palliative Care HTAA”

Pada 8 Jun 1998 Berlangsung
Forum Q Bersama Kebangsaan Kali Ke 6
Anjuran HTAA, MAMPU Dan MPK
Di Wisma Belia Indera Mahkota


[ Index ] [ Latarbelakang ] [ Keahlian ] [ Perkhidmatan ] [ Hotlink ] [ Renungan ] [ Berita HTAA Online ] [ Koleksi ]