Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.
Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambaNya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus direntap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.
Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :
Tanda 100 hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa
mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
Tanda 40 hari sebelum hari mati.
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar.
Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut.Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
Tanda 7 hari sebelum hari mati.
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
Tanda 3 hari sebelum hari mati.
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang
yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan
sukar ditegakkan.
Tanda 1 hari sebelum hari mati.
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda akhir sebelum hari mati.
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.
Wallahualam
Ayat 9
Untuk keselamatan diri
Ayat 12
Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini di hafal oleh setiap mukmin dan mukminat.
Ayat 13-35
Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.
Ayat 22-23
Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak.
Ayat 29
Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut.
Ayat 30
Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t.
(harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).
Ayat 32
Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik.
Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t. Kita umat Muhammad, Kita orang Islam.
Ayat 33-35
Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur
Ayat 36
Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh. Caranya: Baca dan berdoa. Hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.
Ayat 37
Adalah untuk menetapkan hati - aqidah diri sendiri. Hati yang kering akan hidup semula.
Ayat 38
Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.
Ayat 39
Mengisahkan ilmu falak.
Ayat 40
Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.
Ayat 41
Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal - Elok di baca sewaktu menaiki kenderaan.
Ayat 44
Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Di baca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.
Ayat 45-48
Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.
Ayat 49
Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.
Tiupan 1 - Datang dengan tiba-tiba
Tiupan 11 - Hancur
Tiupan 111 - Semua orang hadir di Padang Mahsyar.
Ayat 50
Setiap orang akan dihisap mengikut amalannya.
Ayat 76
Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan.
Ayat 78-79
Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa bermula daripada Ayat yang bermaksud: 78. "dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur? 79. Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk."
Ayat 82
Untuk Hajat Caranya:
Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut
Baca pada air (100x)
Dan berdoa apa sahaja hajat
Buah-buahan yang diceritakan dari dalam Al-Quran adalah:
Buah Zaiton - Elok untuk kulit
Kurma - Berkhasiat (memberi tenaga)
Delima - Dalam sebiji buah ada sebutir biji yang menjadi penawar ubat yang mujarab
Ad Tin - Memberi kekuatan - tenaga, fikiran lemah, tidak boleh beranak.
Wallahualam.
Jika hendak digambarkan melalui pepatah, seperti kera mendapat bunga-mungkin yang paling sesuai. Segala-galanya perlu dipatuhi dan tindak tanduk jangan sesekali dipertikaikan.
Jika ada yang berani bersuara, pasti akan disenarai hitamkan. Sudahnya, orang bawah tidak berani angkat muka bukan kerana hormat tetapi meluat. Di depan mengiyakan apa saja tetapi di belakang, tidak cukup sumpah seranah dihamburkan.
Rasanya tidak salah orang kita yang berada di atas menghormati dan bertimbang rasa pada orang bawahan. Sesekali ingatlah, tanpa orang bawah, kita tidak akan berada di atas.
Tidak rugi berbaik-baik dengan orang bawah. Setiap kali disebut kebaikan yang dibuat, bukankah pahala balasannya? Tambah-tambah lagi di doa pula kesejahteraan oleh orang bawah. Pasti rezeki berlipat kali ganda.
Namun jarang sekali berjumpa dengan orang atas yang begitu. Yang selalu didengar ialah bos itu, bos ini, bos begini.
Mungkin tidak semua yang keluar daripada mulut orang bawah itu benar belaka tetapi jika tiada angin, masakan pokok bergoyang.
Satu kisah seorang Hamba Allah pekerja kilang. Setiap pagi dan petang orang besar di kilang itu, seorang rakyat jepun akan pergi kepada setiap pekerja sambil mengucapkan selamat pagi dan selamat petang dalam bahasa Melayu.
Iya, dia mengucapkannya kepada semua pekerja walaupun sekadar menjadi operator pengeluaran. Dengan senyuman manis, dia ramah bertanyakan khabar setiap pekerja.
Keramahannya itu tidak pula diambil kesempatan oleh pekerja sebaliknya mereka menjadi semakin hormat kepadanya. Tidak ada kutuk mengutuk sebaliknya pujian yang selalu diberikan kepada orang jepun itu.
Apa sudah jadi pada kita, orang Melayu yang selalu gah dengan adap sopan Timur tetapi tidak begitu tidak begitu jadinya apabila sudah berada di atas. Kita juga perlu ingat yang hidup ini umpama roda.
Hari ini kita di atas dan dengan izin Tuhan, sekelip mata sudah berada di bawah. Kita juga manusia yang akan sentiasa membuat dosa samada secara sedar atau tidak.
Apa salahnya kita beringat, setinggi mana pun pangkat di dunia ini, apabila meninggal dunia nanti, yang dibawa cuma kain putih yang tidak semahal mana. Ditanam di dalam kubur, silap haribulan, orang bawahan yang selalu kita peras dan tekan itu pula yang memijak tanah. Memanglah sebagai orang atas besar kuasa tetapi besar juga tanggungjawab. Kebajikan orang bawah perlu dijaga.
Jangan pula dianiaya kerana doa orang teraniaya itu dimakbulkan Tuhan. Berbaik-baiklah dengan orang bawah, barulah mendapat keberkatan dan kesejahteraan.
Bukan dipuji di depan, tetapi di belakangnya dimaki hamun dan diumpat keji.
Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.
1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya, Allah jadikan hatiku bersih"
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.
5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)
7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya
8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa).
10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah.
12. Belanja orang makan.
13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat.
14. Berkawan dengan ulama.
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).
16. Pesan pada orang, jadi baik.
17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat.
"sampaikanlah pesanan ini walaupun 1 ayat"
KITA sering mendengar perkataan ‘rampas suami orang’. Perkataan ini keluar daripada mulut perempuan yang suaminya berkahwin seorang lagi. Rampas suami orang atau ambil suami orang lain masih ada yang mempertikaikannya kerana setiap lelaki bukan hak milik seorang perempuan, kecuali perempuan yang sememangnya hak milik seorang lelaki saja.
Apakah benar perempuan berkahwin dengan lelaki yang sudah mempunyai isteri itu hak orang, sedangkan setiap lelaki diharuskan oleh syarak berkahwin lebih daripada satu, tetapi tidak melebihi empat orang. Lain halnya jika perempuan yang sudah bersuami. Mereka itu adalah hak milik seorang lelaki saja dalam satu masa. Perempuan dilarang untuk memiliki dua suami pada satu-satu masa, manakala lelaki boleh berkahwin lebih daripada satu (poligami) dalam satu-satu masa jika mereka mampu zahir dan batin.
Seperti firman Allah bermaksud: “Maka kahwinlah perempuan yang kamu sukai dua, tiga atau empat”. Allah mengingatkan setiap lelaki, tetapi jika kamu khuatir tidak dapat berlaku adil, hendaklah satu saja”. Persoalan sekarang mengapa hampir seratus peratus perempuan mendakwa suami mereka hak milik mereka seorang dan tidak boleh dimiliki dua tiga atau empat perempuan? Pada hal suaminya bukan hak milik mereka seorang.
Barangkali salah faham inilah yang membuat kebanyakan perempuan sangat marah apabila suaminya berkahwin seorang lagi dan mendakwa perempuan berkahwin dengan suami mereka sebagai ‘merampas suami orang’. Allah menyatakan lelaki boleh berkahwin lebih daripada satu jika mereka mampu zahir dan batin serta sanggup berlaku adil terhadap isterinya. Rasulullah memberitahu kita “suami yang baik ialah lelaki yang baik pergaulannya dengan keluarganya dan aku adalah yang paling baik di antara kamu”.
Yang menyedihkan kita hari ini lelaki yang baik ialah lelaki yang mengamalkan monogami iaitu tidak berkahwin lebih daripada satu. Inilah suami yang baik, walaupun mereka itu menyimpan perempuan simpanan. Satu perkara lagi lelaki yang sememangnya baik dengan keluarga, apabila ditakdirkan Allah berkahwin seorang lagi, mereka itu dianggap baik selama ini sudah dituduh sebagai ‘jahat’ kerana menduakan isteri, manakala perempuan yang jadi isteri kedua itu dituduh merampas suami orang dan sejahat-jahat perempuan.
Bayangkan lelaki menjadi suaminya selama empat puluh tahun dan baik perangainya tiba-tiba dicap jahat kerana berkahwin lain. Lelaki tadi dituduh jahat. Benarkah lelaki itu jahat orangnya, sedangkan kehidupan berumahtangga itu diibaratkan sebagai bahtera mengharungi lautan bergelora dan perlu dikendalikan dengan bijaksana.
Allah memilih lelaki untuk menjadi pentadbir keluarga, manakala perempuan sama sekali dilarang menjadi ketua rumah tangga, iaitu menolak kekuasaan lelaki seperti dinyatakan oleh Allah menerusi firmannya bermaksud: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap perempuan salih kerana Allah melebihkan orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang perempuan dan juga kerana orang lelaki membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian daripada harta mereka. Maka, perempuan yang salih itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya) dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa juga yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolongannya.” (surah An-Nisaa’ ayat 34).
Adalah tidak sepatutnya seorang perempuan memarahi suami berkahwin seorang lagi, jika mereka mampu zahir dan batin, kerana marah atau tidak membenarkan suami berpoligami bererti isteri sudah derhaka dan masuk campur dalam perkara dibenarkan syarak. Atas sebab itulah setiap lelaki berpoligami tidak mendapat keberkatan dan jauh sekali mendapat pemeliharaan dan pertolongan Allah, sebaliknya rumah tangga yang bahagia selama ini mudah hancur dan runtuh.
Tidak dinafikan perempuan memiliki sifat kasar dan mementingkan diri sendiri serta mempunyai dua unsur iaitu baik dan jahat, lemah dan kuat, lembut dan keras dan kena ingat dengan perintah Allah “mesti taat kepada suami masing-masing”. Sifat ini jugalah membuat perempuan memberontak apabila mendapati suaminya berkahwin satu lagi, tanpa menyedari itu adalah hak setiap lelaki yang mampu zahir dan batin dan isteri sama sekali tidak boleh masuk campur kerana setiap lelaki berkahwin lebih daripada satu itu berupaya berlaku adil dengan pertolongan Allah.
Islam memberi kelebihan kepada lelaki untuk memberi perangsang dan mendisiplinkan isteri daripada bersikap boleh mendatangkan kesan yang baik kepada kehidupan rumah tangga iaitu menerusi ‘akhlak yang mulia’.