Berita Hospital Tengku Ampuan Afzan Tahun 2002 Berita Hospital Tengku Ampuan Afzan Tahun 2003
Berita Januari 2002 Berita Januari 2003
Berita Februari 2002 Berita Februari 2003
Berita Mac 2002 Berita Mac 2003
Berita April 2002 Berita April 2003
Berita Mei 2002 Berita Mei 2003
Berita Jun 2002 Berita Jun 2003
Berita Julai 2002 Berita Julai 2003
Berita Ogos 2002 Berita Ogos 2003
Berita September 2002 Berita September 2003
Berita Oktober 2002 Berita Oktober 2003
Berita November 2002 Berita November 2003
Berita Disember 2002 Berita Disember 2003

Makluman:
Berita htaa hentikan penerbitannya mulai Oktober 2002 kerana tiada mendapat kerjasama dari AJK badan tersebut. Segala kesulitan amatlah dikesali. Badan Redaksi amat berharap AJK dan semua kakitangan memberi kerjasama dalam menjayakan penerbitan berita htaa. Semoga berita htaa yang mula diterbitkan 1996 tidak akan berkubur begitu sahaja. Dengan sokongan pihak pengurusan sewajarnya ia kembali diterbitkan seperti dahulu.


Tingkatkan Perpustakaan
Utusan Malaysia 30/7/2007
Oleh Mohamad Sofee Razak

Perpustakaan atau kutub- khanah adalah citra korpus ilmu dan lambang intelektual sesebuah bangsa, agama dan negara yang bertamadun. Institusi ini telah lama wujud sejak ribuan tahun dulu di mana sejarah kegemilangan tamadun agung Mesir, Rom, Parsi, China, India dan sebagainya adalah seiring dengan kewibawaan serta keagungan perpustakaan.

Perpustakaan terbesar dunia The Library of Congress di Amerika Syarikat (AS) yang memiliki jutaan koleksi keilmuan adalah inspirasi dan aspirasi sebenar dinamis perpustakaan dunia.

Perpustakaan dikatakan wujud semasa berkembangnya kebudayaan dan keilmuan Sumeria, Babylon dan Assyria yang terletak di Lembah Sungai Tigris dan Euphrates sekitar tahun 3000 hingga 650 Sebelum Masihi.

Perpustakaan Alexandria atau Iskandariyah yang dibina pada awal abad ke-3 Sebelum Masihi pada masa pemerintahan Ptolemeus II umpamanya pernah menjadi perpustakaan terbesar di dunia, menyimpan kira-kira 400,000 sehingga 700,000 naskhah gulungan papirus dalam pelbagai disiplin ilmu termasuk geometri, kedoktoran, astronomi, bahasa dan sebagainya.

Dr. Mustafa As-Siba‘i telah menukilkan bahawa Muhammad Bin Abdul Malik Az- Zayyad memberi 2,000 dinar setiap bulan kepada penterjemah dan penyalin buku sebagai ganjaran di atas usaha gigih mereka.

Khalifah Al-Makmun pula selalu memberi hadiah emas kepada Hunain Bin Ishaq seberat buku-buku yang telah diterjemahkan beliau ke dalam bahasa Arab. Ini adalah contoh unggul betapa pemerintah silam begitu mengambil berat dan telah melaksanakan inisiatif penting meneruskan sejarah kegemilangan buku dan perpustakaan.

Sejarah keagungan Islam merekodkan kegemilangan tradisi intelektual Islam dengan terbinanya perpustakaan yang berkaliber seperti Perpustakaan Khalifah Dinasti Fatimiyah dan Darul Hikmah di Mesir, Perpustakaan Baitul Hakam di Baghdad, Perpustakaan Al-Hakam di Andalus, PerPustakaan Bani Ammar di Tripoli, Perpustakaan Al-Fath Bin Khaqan dan banyak lagi yang menjadi rujukan peminat serta pencinta buku dan pelajar dari seluruh dunia.

Di sini mereka menjalankan aktiviti diskusi, mentelaah, menyalin buku dengan bebas tanpa sebarang sekatan, bahkan diberi galakan dan insentif dari pihak pemerintah ketika itu.

Turut dilaporkan juga lahirnya begitu ramai genre penyalin dan penterjemah buku- buku yang bermutu tinggi dalam pelbagai bidang ilmu diperoleh melalui pembelian, pemindahan, pertukaran oleh pihak pemerintah dan termasuk proses penaklukan ke atas Ankara, Armenia, Cyprus dan sebagainya. Proses pemindahan ini telah mengubah landskap transformasi penterjemahan, penyalinan dan perkembangan dunia buku serta korpus ilmu dunia Arab.

Kewujudan perpustakaan menimbulkan integrasi minat membaca di kalangan masyarakat dan berlakunya proses menginstitusikan budaya membaca dalam sistem pemerintahan negara.

Menyelami perkembangan perpustakaan sebagai institusi kecemerlangan umat, maka kita perlu memperkasa dan mempertingkatkan lagi fungsi perpustakaan sewajarnya di negara kita.

Perpustakaan adalah khazanah dan aset negara yang amat berharga serta perlu diberikan pembelaan sepenuhnya. Di samping kewujudan Perpustakaan Negara Malaysia, kita memiliki perpustakaan awam hampir di setiap negeri termasuklah perpustakaan daerah, perpustakaan desa dan perpustakaan bergerak.

Namun begitu, kebergantungan kepada institusi ini tidak cukup dan ini menuntut semua pihak sama ada agensi kerajaan atau swasta perlu mewujudkan perpustakaan di premis masing-masing.

Sebagai contoh mahkamah di seluruh Malaysia perlu mewujudkan perpustakaan di kompleks mahkamah agar sesiapa yang berminat boleh membuat rujukan berkenaan undang-undang secara langsung tanpa perlu pergi ke perpustakaan awam dan universiti.

Walaupun perpustakaan yang ada kini hanyalah bersifat koleksi peribadi para hakim dan majistret sahaja, tidak dibuka kepada umum, maka langkah menyediakan kemudahan perpustakaan memudahkan orang ramai, pelajar, pesalah, tertuduh dan sesiapa sahaja membuat rujukan dan carian akademik serta maklumat berkaitan undang-undang. Kemudahan ini secara tidak langsung dapat membantu kerajaan mewujudkan masyarakat celik undang-undang.

Hospital serta klinik kerajaan dan swasta juga perlu menyediakan kemudahan perpustakaan kepada orang ramai, pelajar dan pesakit agar mereka boleh mendapatkan akses maklumat dan ilmu pengetahuan berkaitan bidang perubatan dan kesihatan, di samping dapat mengisi masa lapang ketika mereka berada di hospital dan klinik.

Melalui kemudahan perpustakaan ini diharapkan dapat membantu usaha kerajaan membimbing dan membentuk masyarakat yang sihat dan bermaklumat. Pusat dan agensi peranginan, hotel, pusat rekreasi dan percutian juga perlu menyediakan kemudahan perpustakaan kepada pelanggan mereka di samping bercuti, mereka juga dapat menambah ilmu pengetahuan di mana sahaja mereka berada serta pada bila-bila masa.

Di samping itu kompleks beli-belah, pasar raya besar seperti Tesco, Giant, Carrefour, Makro dan sebagainya juga digalakkan menyediakan kemudahan yang sama walaupun terdapat banyak kedai buku besar yang menyediakan kemudahan membaca dan merujuk buku secara percuma.

Pejabat-pejabat kerajaan, syarikat korporat, lapangan terbang, hendaklah menjadi contoh dan model penting menjadikan perpustakaan sebagai prasarana utama dalam proses pentadbiran dan pengurusan mereka. Dengan adanya perpustakaan, kemudahan menyimpan pelbagai koleksi maklumat dan menyediakan perkhidmatan dapat dilakukan seperti buku, majalah, jurnal dan sebagainya. Gudang maklumat ini juga dapat menghimpun sumber bercetak, tidak bercetak dan elektronik untuk kegunaan syarikat dan rujukan orang ramai yang berminat terutamanya pelajar dan penyelidik.

Masjid dan surau juga wajar menyediakan kemudahan perpustakaan untuk kemudahan ahli jemaah dan kariah setempat. Tradisi Islam membuktikan perpustakaan telah memainkan peranan yang cukup penting dan merupakan pusat maklumat dan ilmu pengetahuan yang cukup berkesan.

Buku, jurnal, majalah dan bahan ilmu lain tidak semestinya bersifat keagamaan semata-mata tetapi perlu dipelbagai merangkumi ekonomi, teknologi, pendidikan, sosial, sains dan sebagainya.

Perpustakaan mencerminkan keadaan tahap sosioekonomi, sosial dan budaya serta taraf pendidikan negara dan masyarakat di Malaysia secara langsung.

Negara dan masyarakat yang bertamadun dan memiliki budaya menghargai ilmu pengetahuan perlu menterjemahkannya kepada pembangunan perpustakaan dan sebagai permulaan, maka setiap dari kalangan kita perlu memiliki sekurang-kurang perpustakaan peribadi di rumah dan bilik pejabat masing-masing.

* MOHAMAD Sofee Razak ialah seorang peguam.


Sihat: Artritis Reumatoid bukan penyakit orang tua, angin
Oleh Hidayah Mohammad

Lima daripada 1,000 penduduk Malaysia dianggarkan mengalami masalah kronik babitkan keletihan, sendi

ANDAIAN masyarakat bahawa penyakit artritis reumatoid (RA) adalah penyakit orang tua, penyakit angin atau ‘yap foong’ menyebabkan penyakit ini sering dipandang sebelah mata. Hakikatnya, RA antara penyakit kronik yang boleh meletihkan badan, sekali gus mampu menyebabkan pesakit hilang keupayaan diri.

RA tidak menunjukkan gejala kerana ia menyerang sendi secara senyap sehingga kita sering mengabaikan tanda awal yang sinonim dengan penyakit ini. Kurang kesedaran dan pendidikan awal dalam mengawal serta mencegah penyakit berkenaan dilihat sebagai punca mengapa penyakit itu sering dikesan pada peringkat serius.

Sehubungan itu, Yayasan Artritis Malaysia (AFM) buat julung kali melancarkan Hari Artritis Reumatoid Kebangsaan, baru-baru ini dengan harapan dapat meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat mengenai RA.

SIHAT: Senaman membantu mengurangkan kesakitan dan ketegangan pada sendi.

Presiden AFM, Dr Chow Sook Khuan, berkata pengenalan terhadap Hari Artritis Reumatoid Kebangsaan itu juga adalah untuk memberi pendidikan kepada masyarakat mengenai bahaya penyakit RA selain memberi maklumat mengenai cara pengawalan penyakit berkenaan.

“Ramai antara kita menganggap bahawa penyakit ini tidak bahaya, malangnya salah faham itu menyebabkan ramai pesakit RA gagal mengenalpasti penyakit berkenaan serta tidak mendapatkan rawatan sewajarnya bagi menanganinya secara optimal.

“Dianggarkan lima daripada 1,000 penduduk di negara ini menghidap penyakit RA dan angka itu amat membimbangkan. Pelancaran hari khusus untuk meningkatkan kesedaran awam terhadap penyakit ini diharap dapat membuka minda masyarakat terhadap RA,” katanya pada majlis pelancaran Hari Artritis Reumatoid Kebangsaan di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Majlis berkenaan disempurnakan oleh penaung AFM, Datuk Dr Aishah Ong.

Sempena majlis itu, beliau turut mengumumkan bahawa 7 Julai sebagai tarikh yang ditetapkan bagi sambutan Hari RA Kebangsaan.

Pada majlis itu, satu pameran mengenai penyakit RA turut diadakan seiring dengan matlamat meningkatkan memberikan pemahaman orang ramai mengenai bahaya penyakit itu.

Kajian menunjukkan pada 2000, penyakit RA menyerang lebih enam juta orang dan mendapati pesakit wanita lebih ramai berbanding lelaki. Malah, kajian itu juga mendapati penyakit berkenaan boleh berlaku pada usia kurang 50 tahun.

Dr Chow berkata, kebanyakan pesakit hanya berjumpa doktor selepas tidak mampu menahan sakit atau ketika menghadapi masalah dalam melakukan tugas harian.

Malah, katanya, ada juga antara mereka yang sudah mencapai tahap yang membimbangkan iaitu mengalami kerosakan atau kecacatan teruk terhadap sendi sehingga menyukarkan pergerakan.

“Tanda awal menunjukkan seseorang akan menghidap penyakit RA ialah bermula pada jari, tangan dan pergelangan kedua-dua belah tangan. Antara lain pesakit menjadi letih, berlaku kekejangan pada waktu pagi atau duduk dalam tempoh yang lama, badan lemah, selesema sehingga demam, sakit, pada otot badan, hilang berat badan, anemia serta kelenjar berlendir,” katanya.

Dalam jangka masa panjang, pesakit akan mengalami pelbagai masalah dan menjejaskan mutu kehidupan termasuk sukar untuk bekerja berikutan pergerakan terbatas. Bahaya penyakit RA dan kesan jangka panjang jelas menunjukkan betapa perlunya masyarakat memahami kesan terhadap pesakit.

Sehubungan itu, beliau menyeru masyarakat yang ada menunjukkan gejala awal penyakit itu seperti mengalami kesakitan terutama pada bahagian sendi supaya berjumpa doktor atau pakar reumatologi secepat mungkin.

Pengesanan dan rawatan awal dapat mengelak penyakit daripada terus merebak ke tempat lain dan sampai ke tahap yang lebih teruk.

“Pada peringkat awal atau sebelum menghidap penyakit ini, orang ramai dinasihatkan supaya melakukan lebih banyak senaman. Bagaimanapun, mereka yang sudah dikesan menghidap penyakit RA bimbang bahawa senaman akan meningkatkan tahap kesakitan.

“Hakikatnya, senaman secara tetap akan membantu mengurangkan kesakitan dan ketegangan pada sendi. Pada masa sama, senaman juga dapat melenturkan dan memberi kekuatan pada otot serta memberi kesihatan pada jantung dan memberi daya ketahanan yang tinggi,” katanya.

FAKTA: Penyakit Artritis Reumatoid (RA)

· penyakit jangka masa panjang

Rawatan:

· Biologik- mengandungi protein manusia dan haiwan

Pemakanan:

· Kepelbagaian - makan pelbagai jenis makanan untuk khasiat pemakanan yang diperlukan.

· Keseimbangan - kurangkan lemak, gula dan lebihkan buah-buahan dan sayuran, ikan serta yang mengandungi kalsium dan zat besi.

· Kesederhanaan - makan dengan jumlah yang kecil tetapi lebih kerap bagi menjaga berat badan.


Keasyikan Perpustakaan
Utusan Malaysia 13/2/2006


Htaa sudah temui kaedah baru kesan MELIODOSIS
Berita Harian 14/9/2006


Kakitangan Awam perlu henti persoal habuan
Berita Harian 11/10/2006


Doktor, Jururawat diminta waspada guna jarum suntikan
Berita harian 13/7/2007

Penyusuan Ibu Jamin Kesihatan
Oleh Samsudin Awang
Berita Harian 4/9/2007 ruangan CITRA

Genetik haiwan dalam susu formula boleh pengaruhi mentaliti kanak-kanak hingga dorong perlakuan luar batasan manusia KESEDARAN yang masih rendah di kalangan wanita terhadap pentingnya menyusukan bayi dengan susu ibu, mendorong Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan mengadakan Kempen Menyusu Bayi Dengan Susu Ibu Peringkat Negeri Pahang di hospital itu, baru-baru ini.

Program itu diharap memberi pendedahan kepada masyarakat berhubung maanfaat kesihatan dan faedah sosial daripada susu ibu untuk bayi, manakala penggunaan susu formula yang menjadi amalan kebanyakan ibu ketika ini, didedahkan segala kesan sampingannya. Tumpuan utama program berkenaan adalah untuk meningkatkan kesedaran kepada golongan ibu berkerjaya supaya tidak mudah mengakhiri penyusuan susu ibu kepada bayi mereka pada usia bayi terlalu awal semata-mata untuk kembali berkerja selepas cuti bersalin tamat.

Ahli Jawatankuasa Kesihatan Pahang, Dr Nasharudin Zainudin, berkata sikap wanita zaman ini yang masih mempunyai menganggap menyusukan bayi dengan susu badan adalah satu bebanan menyebabkan mereka cenderung bertukar kepada susu formula pada usia bayi terlalu awal.

"Ia berpunca dari faktor gaya hidup yang semakin berdaya saing waktu ini, mendorong kaum ibu berkerjaya mendapatkan khidmat pengasuh atau pembantu rumah seterusnya bayi ditamatkan menyusu badan.

"Dari aspek kesihatan yang baik, setiap bayi perlu diberikan susu ibu secara eksklusif selepas satu jam dilahirkan sehinggalah ke usia bayi kurang-kurangnya enam bulan kerana sentuhan dan belaian ibu dalam tempoh berkenaan juga penting untuk tumbesaran asas minda kanak-kanak itu.

"Islam sendiri amat mementingkan susu ibu kerana pada zaman Rasulullah dulu pun, masyarakat Arab tidak mengamalkan memberi susu haiwan sebaliknya berusaha sedaya mungkin mendapatkan khidmat ibu tumpang atau ibu susuan supaya anak mereka mendapat susu ibu sehingga berusia dua tahun," katanya pada majlis perasmian kempen berkenaan.

Seramai 100 suri rumah hadir mendengar ceramah berkenaan. Aktiviti yang diadakan termasuklah forum kesihatan keluarga, pertandingan bayi sihat, pameran kesihatan bayi serta ibu mengandung dan demonstrasi penyusuan bayi secara selamat. Turut diadakan kuiz kesihatan bayi dan pertandingan pidato bertemakan susu ibu oleh pelajar daripada 20 sekolah sekitar Kuantan yang membahaskan kebaikan susu ibu serta keburukan mengamalkan susu formula khususnya yang berasaskan susu lembu.

Nasharudin berkata, secara puratanya di Pahang hanya lima hingga enam peratus saja ibu berkerjaya menyusukan bayi mereka secara eksklusif sehingga usia enam bulan. "Untuk meningkatkan kadar ini, sewajarnya ilmu kesihatan keluarga dan penyusuan bayi ini dipupuk sejak dari awal bakal pasangan pengantin lagi iaitu ketika mereka mengikuti kursus pra perkahwinan. "Ini juga pendekatan terbaik untuk menangani masalah gejala sosial remaja kerana penyusuan susu formula berasaskan haiwan mempengaruhi mentaliti kanak-kanak berkenaan akibat genetik haiwan itu seterusnya boleh mendorong kepada perlakuan di luar batas kemanusiaan," katanya.

Beliau berkata, majikan juga perlu prihatin untuk memperuntukkan masa dan ruang khas di tempat kerja untuk membolehkan ibu berkerja menyusukan bayi mereka seperti dilaksana di beberapa jabatan kerajaan waktu ini.


Tangan Petugas Hospital Mesti Bersih
Oleh Sariha Mohd Ali
Berita Harian 14/9/2007

[ Index ] [ Latarbelakang ] [ Keahlian ] [ Perkhidmatan ] [ Hotlink ] [ Renungan ] [ Berita HTAA Online ] [ Koleksi ]