Keahlian
Kelayakan untuk menjadi ahli Perpustakaan ini adalah :
a) Pegawai & Kakitangan Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.
b) Pegawai & Kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri / Daerah.
c) Pelatih Kolej Kejururawatan HTAA
d) Semua kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Syarat-syarat keahlian / Peraturan penggunaan
Semua Pegawai dan kakitangan di atas secara automatik menjadi ahli Perpustakaan Perubatan setelah mendaftar sebagai ahli di Perpustakaan dengan mengisi borang keahlian dan setuju dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak perpustakaan.
1) Setiap ahli boleh meminjam tidak lebih dari dua buku dalam satu masa untuk tempoh tidak lebih dari 2 minggu dan 2 journal untuk satu tempoh tidak lebih dari 1 minggu sahaja.
2) Kesemua buku-buku yang bertanda R dan journal-journal yang sedang dipamer (terbaru) di atas rak tidak boleh dipinjam tetapi boleh dirujuk di Dewan Perpustakaan sahaja.
3) Sekiranya bahan yang dipinjam telah tamat tempoh tetapi masih diperlukan lagi, sila datang ke berjumpa Peg. bertugas untuk pem- baharuan tarikh pinjaman. Peg. bertugas berhak melulus / menolak permohonan bergantung kepada keperluan.
4) Peminjam dikehendaki datang sendiri ke Perpustakaan untuk meminjam / memulang bahan. Sebarang urusan melalui pihak ke 3 adalah dilarang.
5) Mana-mana bahan yang didapati hilang / rosak, dalam tempoh pinjaman, pengguna dikehendaki menggantikannya iaitu dengan membayar balik harga bahan dan caj perkhidmatan sebanyak RM 10.00.
6) Pengguna pada bila-bila masa hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat peraturan Perpustakaan ketika keluar/masuk ke Dewan Bacaan, tidak membawa barang-barang yang tidak dibenarkan spt. beg, buku-buku, makanan/minuman dan sebagainya.. barang-barang seperti ini hendaklah diletakkan di rak yang disediakan di luar Dewan Rujukan.
7) Pengguna perlu melalui kaunter pemeriksaan sebelum masuk/ keluar Dewan Bacaan.
Nota : Sebarang kemusykilan/pertanyaan lanjut mengenai syarat-syarat dan peraturan sila berhubung Pegawai Bertugas.

Download Borang Keahlian

[ Index ] [ Latarbelakang ] [ Keahlian ] [ Perkhidmatan ] [ Hotlink ] [ Renungan ] [ Berita HTAA Online ] [ Koleksi ]