Carta Organisasi Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan


Carta Organisasi Perpustakaan Perubatan HTAA
Pengarah Hospital : Dr.Ardi Bin Hj.Awang
Timbalan Pengarah (Pengurusan)En.Razak Bin Jusoh
Ketua Unit : Pn.Noor Fairizan Jaafar (Penolong Pengarah Pengurusan [pentadbiran])
Pembantu Perpustakaan: En. Zulkifli b. Yaacob


Objektif
Untuk Menjadi Sebuah Pusat Sumber Rujukan Dan Penyebaran Maklumat Sains Perubatan Terkini
Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan


Lokasi
Perpustakaan Perubatan HTAA terletak di aras 5 bangunan Pusat Rawatan Harian (ACC) yang mula beroperasi Febuari 2005.


Latar Belakang Sejarah
Perpustakaan Perubatan Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan dulunya dikenali sebagai Khutub Khanah Hospital Umum Kuantan, diujudkan pada tahun 1976 terletak di sebuah bilik kecil berkeluasan 100 kaki persegi di tingkat 1 Bahagian Pentadbiran. Ia hanya dilengkapi dengan 4 tempat duduk pembaca. Kemudian berpindah ke bangunan baru bersebelahan Jabatan Pesakit Luar Hospital Besar Kuantan pada 1 September 1985 berkeluasan 336 kaki persegi dengan kapasiti 12 orang pembaca dan ditukar nama kepada Perpustakaan Hospital Besar Kuantan.

Pada 18 Mei 1991, perpustakaan ini telah berpindah ke Dewan Bersalin yang tidak digunakan lagi dengan keluasan 600 kaki persegi dan maksimum 16 tempat duduk pembaca. Pada 1 Oktober 1996 Perpustakaan ini telah ditukar nama kepada Perpustakaan Perubatan Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan dengan berpindahnya ke tingkat bawah bangunan Utama Hospital Tengku Ampuan Afzan, yang mempunyai keluasan keseluruhan 2,800 kaki persegi yang mengandungi 6 ruang utama:-

(1) Dewan Bacaan - Keluasan Ruang Dewan 1,600 kaki persegi,
boleh memuatkan 30 orang pengguna sekaligus,
(2) Mini Auditorium 252 kaki persegi dengan 18 tempat duduk
(3) Sudut Rehat & Membaca Akhbar 180 kaki persegi
berserta Set TV dan sofa 7 tempat duduk
(4) Sudut Komputer Gunasama keluasan 100 kaki persegi
(5) Setor
(6) Bilik Pembantu Perpustakaan keluasan 160 kaki persegi

Pada 19 Febuari 2005 sekali lagi perpustakaan berpindah ke bangunan baru yang diberi nama Pusat Rawatan Harian (ACC) yang menempatkan kesemua klinik pakar.Perpustakaan terletak di aras 5.Bersebelahan dengan Unit Pendidikan Kesihatan. Antara kemudahan yang terdapat di sini ialah:
(1) Ruang legar Bacaan yang luas
(2) Sudut Komputer dilengkapi kemudahan Internet
(3) 3 bilik seminar
(4) 1 bilik cetakan
(5) Stor simpanan majalah lama yang luas


[ Index ] [ Latarbelakang ] [ Keahlian ] [ Perkhidmatan ] [ Hotlink ] [ Renungan ] [ Berita HTAA Online ] [ Koleksi ]