Berita HTAA Febuari 2002
Bil.73 Thn.7 ISSN 1511-1741 Edaran Umum Februari 2002

Penasihat
Dr. Kamariah bt.Junoh
Timb.Pengarah (Perubatan)
Hospital Tengku Ampuan Afzan
Kuantan

Ketua Pengarang
Haji Abdul Hamid bin Abdullah

Grafik Berkomputer
Zulkifli Bin Yaacob

Percetakan/Penjilidan
Sabaruddin Mohd Said / Hafizad

Jurufoto
Sabaruddin Mohd Said / Hafizad

Koresponden
Ketua Unit / Jabatan / Pakar /Penyelia /
Ketua Jururawat / Jururawat

Alamat Redaksi
Perpustakaan Perubatan & Unit Pendidikan HTAA
Telefon: 2417 / 2022

Segala sumbangan dari seluruh kakitangan
Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan
amatlah dialu-alukan.
Adalah menjadi tanggungjawab
penyumbang dan tidak semestinya
menggambarkan sikap serta
pegangan sidang pengarang.

Pemenang Anugerah
Hospital Akreditasi 1999-2002

Berita HTAA diterbitkan
pertama kali pada
Januari 1996

Sidang Pengarang
HTAA kini nampak ceria dan berseri setelah dikenakan cat baru. Setelah lebih enam tahun beroperasi cat yang lama kian pudar dan memang kena pada masanya ia dimekapkan kembali supaya tampak lebih menarik dan menjadi salah satu mercu tanda bandar Kuantan yang pesat membangun.

Bertepatan dengan itu juga seharusnya warga kerja HTAA yang nadi penggerak wawasan institusi ini memainkan peranan yang lebih berkesan dalam merealisasikan matlamat menjadi sebuag hospital yang disegani di rantau ini.

HTAA telah banyak mencipta sejarah merangkul berbagai anugerah berprestij. Sebolehnya kita haruslah meneruskan kecemerlangan tersebut sebagai budaya kerja kita agar terus kekal sebagai yang terbaik.

Baru-baru ini kita telah berjaya menganjurkan satu majlis korban sempena memperingati peristiwa korban Nabi Ibrahim keatas anaknya Nabi Ismail 1422 tahun lalu. Semoga kita semua dapat mengambil iktibar dan pengajaran diatas pengorbanan beliau itu dalam urusan seharian kita.

Sesungguhnya pengorbanan yang besar itu amat sukar untuk dilaksanakan namun disebaliknya tersembunyi satu hikmah yang maha hebat yang hanya dapat dimengertikan oleh mereka yang bertaqwa.

Ketua Pengarang
Hj.Abdul Hamid b.Abdullah


Majlis Korban HTAA
laporan: Zul

25 Februari 2002 Jawatankuasa Penyelaras Agama Islam Hospital Tengku Ampuan Afzan telah berjaya menganjurkan Majlis Korban Aidil Adha 1422H bertempat di perkarangan kuarters kakitangan HTAA.

Sebanyak 4 ekor lembu telah di korbankan pada hari tersebut melibatkan 28 bahagian peserta. Majlis yang bermula kira-kira jam 8.00 pagi itu telah dihadiri oleh Pengarah HTAA Dr.Zahari Che Dan dan Timbalan Pengarah HTAA Dr.Kamariah Junoh.

Lebih 25 orang petugas bertugas mengendalikan sembelihan korban dari awal hinggalah kepada membahagikan daging sembelihan.

Apa yang menarik pada hari itu ialah berlaku kejadian yang agak mencemaskan seketika apabila seekor daripada lembu korban telah mengamuk dan lari serta hampir mencederakan petugas, namun segalanya berjalan lancar apabila lembu tersebut berjaya ditangkap semula.

Jamuan makan tengahari untuk petugas korban disediakan setelah kerja-kerja melapah daging selesai. Keletihan terubat juga dengan petugas sama-sama menjamu selera menikmati hidangan daging korban segar.


Konvensyen Kesedaran Siswi UTM Cawangan Pahang
laporan: Rudy

2 Februari 2002 Unit Pendidikan Pesakit HTAA telah diberi penghormatan untuk mengadakan pameran di Konvensyen Kesedaran Siswi (Konsesi 2002) UTM Cawangan Pahang.

Pemeran yang diadakan di DK6 Universiti Teknologi Malaysia Kampus Cawangan Pahang Indera Mahkota bertemakan Penyakit Jantung dan Promosi Keluarga Sihat.

Turutsama mengadakan pameran ialah Jabatan Narkotik, PDRM dan Jabatan Polis Trafik PDRM. Seramai 4 kakitangan HTAA bertugas di Majlis tersebut iaitu Tuan Hj.Abd.Hamid Abdullah, En.Arif Abu, En.Hafizad dan En.Sabaruddin.


Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Mangsa Banjir
laporan: Rudy

Seperti yang kita ketahui Daerah Kuantan dan Pekan telah dilanda banjir teruk baru-baru ini. Antara tempat-tempat yang dilanda bencana tersebut ialah Perkampungan Sungai Isap, Permatang Badak, Cenderawasih, Sg.Lembing dan Pekan.

Seramai 300 kakitangan HTAA telah terlibat dalam bencana alam ini. Sehubungan dengan itu pungutan derma bagi membantu mangsa banjir telah dijalankan oleh Jabatan Orthopedik HTAA. Usaha murni dan mulia Jabatan ini diketuai oleh Madam Razana telah mendapat kerjasama dari Pegawai Perubatan dan kakitangan Jabatan tersebut dan berjaya mengumpul sejumlah RM2,040.00

Pada 9 Februari 2002, bertempat di Kelas Pendidikan Wad Kiambang 2 telah diadakan Majlis penyampaian sumbangan tersebut yang telah disempurnakan oleh Dr. Kamariah Junoh Tim.Pengarah (Klinikal) HTAA.

Senarai penerima sumbangan terdiri dari Puan Noraini Mohamad, Puan Ramadiah Yaacob, Puan Siti Aminah, En.Rafar Ali, En.Zaharuddin dan En.Saiful. Hadir sama di majlis tersebut ialah Madam Razana Pakar Klinikal Orthopedik, Ketua Jururawat dan kakitangan wad kiambang dan orthopedik.

Semoga usaha murni Jabatan Orthopedik ini akan menjadi contoh terbaik yang patut diteladani oleh semua Jabatan dan Unit di HTAA.


Kursus Peningkatan Atendan Kesihatan KKM Tahap 2
laporan: Rudy

1-3 Februari 2002 Hospital Tengku Ampuan Afzan dengan kerjasama Kolej Kejururawatan Kuantan telah menganjurkan Kursus Peningkatan Atendan Kesihatan KKM Tahap 2. Kursus yang diadakan di Dewan Sri Pelangi dan Dewan Nightingle (Kolej) dihadiri seramai 98 orang Atendan. 58 orang peserta dari HTAA, 26 dari Pekan, 13 dari Muadzam Shah dan seorang dari Rompin.

Peserta telah didedahkan dengan taklimat penyakit berjangkit, pembuangan sisa, pengenalan ubatan, penjagaan pop, pemakanan pesakit, pemberian oksigen/sedutan, pemerhatian TPR & Tepid Sponging, Psikiatri dan skin/prep/kondom. Para penceramah terdiri dari Pengajar Kolej Kejururawatan Pn.Mahaini, Pn.Sumathi, Pn.Sabidah dan Cik Merilyn.

Objektif kursus ialah untuk memberikan pendedahan dan pengetahuan asas perawatan perubatan kepada atendan kesihatan dalam penjagaan pesakit. Memperluaskan peranan tugas dan tanggungjawab atendan kesihatan supaya mereka lebih efisyen dalam memberi sumbangan kearah meningkatkan mutu perkhidmatan penjagaan pesakit. Kursus ini juga diharap dapat menimbulkan rasa kepuasan bekerja dan kemajuan kerjaya kepada atendan kesihatan.

Majlis perasmian kursus ini telah disempurnakan oleh Dr.Zahari Che Dan Pengarah HTAA manakala majlis perasmian penutup oleh En.Ahmat Mat Zain Penolong Pengarah (Pengurusan) M3. Pengalaman dan pengetahuan berguna yang dipelajari selama 3 hari ini diharap dapat dipraktikkan dalam tugas seharian mereka.


Konvensyen Kesedaran Siswi UTM Cawangan Pahang
laporan: Rudy

2 Februari 2002 Unit Pendidikan Pesakit HTAA telah diberi penghormatan untuk mengadakan pameran di Konvensyen Kesedaran Siswi (Konsesi 2002) UTM Cawangan Pahang. Pemeran yang diadakan di DK6 Universiti Teknologi Malaysia Kampus Cawangan Pahang Indera Mahkota bertemakan Penyakit Jantung dan Promosi Keluarga Sihat.

Turutsama mengadakan pameran ialah Jabatna Narkotik, PDRM dan Jabatan Polis Trafik PDRM. Seramai 4 kakitangan HTAA bertugas di Majlis tersebut iaitu Tuan Hj.Abd.Hamid Abdullah, En.Arif Abu, En.Hafizad dan En.Sabaruddin.


Renungan

Ciri-ciri Sahabat Sejati

Berpesan Al Qomah kepada puteranya, Wahai puteraku, sekiranya kamu merasakan perlu untuk bersahabat dengan seseorang maka hendaklah kamu memilih teman-teman yang memiliki sifat berikut:

Jika kamu ditimpa bencana maka temanmu itu akan cuba melakukan  sesuatu untuk menghilangkan dan meringankan kesusahanmu itu.
  Jika kamu meminta sesuatu bantuan atau pertolongan dari temanmu itu maka akan segera mengusahakannya.
  Jika kamu merangcangkan sesuatu maka temanmu itu akan turut membantu dengan memberikan pandangannya.
  Jika bercakap-cakap dengan temanmu maka ia akan membenarkan kata-katamu.
  Jika temanmu melihat sesuatu yang tidak baik dari perbuatan atau perkataanmu maka ia akan menutupinya.
  Jika kamu mengeratkan hubungan persahabatan dengan temanmu maka ia akan membalas dengan baik pertalian persahabatan itu.
  Jika kamu menghulurkan sesuatu kebaikan kepada temanmu maka ia menerimanya dengan baik malah membalasnya kembali.
  Jika temanmu mendapat sesuatu kebaikan atau kebajikan darimu maka ia akan mengingati dan menghargainya malah akan menyebutnya selalu.
Jika kamu berdiam diri atau kerana malu untuk meminta sesuatu darinya maka ia akan bertanyakan kesusahanmu itu.
  Jika kamu berselisih faham dengan temanmu maka ia lebih rela mengalah demi untuk memelihara persahabatanmu itu.

Berkata Hukama:
"Sekiranya kamu hendak mengetahui akan tingkah laku, peribadi atau kelakuan seseorang adakah ianya seorang yang soleh atau toleh maka tidak perlulah kamu bertanyakan disana-sini. Cukup dengan kamu melihat siapakah kawannya dan siapakah orang-orang yang disayanginya dan dari itu kamu akan mengetahui peribadinya kerana seseorang yang berkawan ia akan mengikut dan meniru perlakuan kawannya itu."

  Berkata Ulama:
"Janganlah kamu berkawan melainkan dua orang dari tiga orang iaitu orang yang kamu pelajari daripadanya sesuatu tentang urusan agamamu maka orang itu pun memanafaatkan ilmunya kepadamu. Kedua ialah orang kamu sendiri memanfaatkan ilmu agamamu kepadanya lalu ilmu itu diterima daripadamu dan diamalkannya. Ketiga ialah orang yang kamu tidak mempelajari apa-apa ilmu agama pun darinya dan kamu sendiri tidak mengajarkan kepadanya maka yang lebih eloknya, larilah kamu daripadanya."


Tahukah Anda

Majlis Makan Malam HTAA Pertama Kali diadakan
Pada 16 April 1994 di Meranti Lounge Hyatt Hotel

Majlis Jamuan Makan Malam Sempena
Sambutan 90 Tahun Hospital Kuantan telah Diadakan
Pada 28 Julai 1995 Di rasmikan Oleh
Ybhg.Tan Sri Abu Bakar Sulaiman
Ketua Pengarah Kesihatan


[ Index ] [ Latarbelakang ] [ Keahlian ] [ Perkhidmatan ] [ Hotlink ] [ Renungan ] [ Berita HTAA Online ] [ Koleksi ]