Penasihat Dr. Kamariah bt.Junoh Timb.Pengarah (Perubatan) Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan
Ketua Pengarang
Grafik Berkomputer
Penasihat Web
Percetakan/Penjilidan
Jurufoto
Koresponden
Alamat Redaksi
Segala sumbangan dari seluruh kakitangan
Pemenang Anugerah
Berita HTAA diterbitkan |
Sidang Pengarang MENTOR dalam erti kata penulisan adalah seorang (arif dan berpengalaman) yang boleh menjadi pembimbing atau penasihatan kepada seseorang yang lain yang berhasrat untuk memajukan diri dalam kerjaya.
Sistem mentor merupakan sistem yang telah lama wujud dalam sejarah tamadun manusia. Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w kaedah ini telah dikembangkan di Kota Madinah (Yathrib) iaitu sistem Mu’akhah.
Perjuangan baginda telah diikuti oleh para sahabat baginda dan membentuk Umat Islam yang begitu disegani dan dihormati pada ketika itu. Kini dunia Islam telah berubah dan sebaliknya jauh ketinggalan dari arus perubahan teknologi moden dan Umat Islam telah bergolak sesama sendiri.
Saya menyeru agar kita warga HTAA agar kepincangan yang lalu dijadikan pengajaran dan seterusnya membentuk satu pasukan kerja yang jitu dan berdaya saing dan sanggup menghadapi cabaran.
Sebagai anggota awam kita harus sedar bahawa kita bertugas di atas landasan yang betul dan mencapai matlamat dan cita rasa pelanggan kerana pelanggan adalah steck holder yang harus kita penuhi. Jadilah kita sebagai mentor kepada keluarga, jabatan, bangsa dan seterusnya negara yang tercinta ini.
Ketua Pengarang |
6 Jun 2002 Majlis penyerahan tugas Pengarah HTAA telah diadakan di Bilik Baiduri HTAA. Pada Majlis tersebut, YH Dr.Zahari b.Che Dan telah menyerahkan Nota Serah Tugas kepada Dr.Mohd Kamil b.Hassan selaku Pengarah Hospital yang baru.
Upacara penyerahan tugas ini disaksikan oleh Dr.Sarah bt. Yaakob Pengarah Kesihatan Negeri Pahang dan Dr.Santokh Singh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Pahang.
Hadir sama di majlis tersebut ialah Dr.Kamariah bt.Junoh Timbalan Pengarah (Klinikal) HTAA, Ketua-ketua Jabatan, Pakar-pakar dan Ahli Lembaga Pelawat Hospital. (ALPH)
Dr.Zahari b.Che Dan telah memulakan tugas selaku Pengarah HTAA pada 1 Oktober 2000. Sebelum itu beliau pernah berkhidmat di Cawangan Penyakit Bawaan Vektor Kementerian Kesihatan Malaysia Kuala Lumpur. Dr.Zahari telah dinaikkan pangkat ke Jawatan Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu berkuatkuasa 25 Mei 2002.
Dr. Mohd Kamil Hassan sebelum ini bertugas sebagai Pegawai Perubatan Pentadbir U2 di Pejabat Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu telah dinaikkan pangkat ke Jawatan Pengarah Hospital Tengku Ampuan Afzan.
Jawatankuasa Agama Islam HTAA dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Daerah Kuantan sekali lagi telah berjaya menganjurkan Majlis Tilawah Al-Quran (KKM) peringkat daerah Kuantan pada 18 Jun 2002 bertemptat di Surau Baru HTAA.
Seramai 18 orang peserta dari 14 penyertaan yang terdiri dari 3 orang Qari dan 10 orang Qariah telah memperdengarkan bacaan masing-masing yang dihakimi oleh para hakim yang dijemput khas dari Masjid Sultan Ahmad 1 dan Pejabat Agama Islam Pahang.
En. Ahmad b.Idris dari HTAA yang membaca surah Al-Imran telah muncul Johan Qari manakala Naib Johan En.Mansur Mustaffa dari Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan dan tempat ketiga En.Ismail b.Hussin dari Pejabat Pergigian Daerah Kuantan.
Johan Qariah pula disandang oleh Pn.Noriah bt.Hj.Yaacob dari Jabatan Pesakit Luar Kuantan yang telah membaca surah Al-Imran. Pn.Noriah juga telah memenangi Johan Qariah bagi tahun 2000 dan 2001. Naib Johan Qariah disandang oleh Pn.Noorzabitah bt.Ismail dari PKD Kuantan dan tempat ketiga oleh Cik Nor Aini bt.Md.Nor dari HTAA Kuantan.
Johan Qari dan Qariah menerima RM100.00 beserta sijil manakala Naib Johan RM75.00 dan tempat ketiga RM50.00. Tilawah kali ini turut disertai oleh dua orang Doktor iaitu Dr.Norsamsiah bt.Nyak Abdullah dari Jabatan Pesakit Luar Kuantan dan Dr.Siti Suhaila bt.Suradi dari Klinik Kesihatan Gambang.
Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Dr.Mohd Kamil Hassan Pengarah Hospital Tengku Ampuan Afzan sementara pengacara majlis ialah Hj.Wan Abdullah b.Wan Hassan Pembantu Perubatan U7.
Tahniah dan syabas kepada semua jawatankuasa penganjur majlis tilawah ini. Semoga usaha murni ini diberkati Allah s.w.t
Johan Qari En.Ahmad Idris dan Johan Qariah Pn.Noriah bt Hj.Yaacob akan mewakili Daerah Kuantan ke Musabaqah Al-Quran (KKM) peringkat Negeri Pahang di Kuala Lipis Pahang.
Seramai 810 anggota kejururawatan HTAA telah menyambut hari Jururawat Sedunia 2002 pada 24-6-2002 lepas bertempat di Pejabat Penyelia Jururawat bagi menghargai sumbangan dan jasa-jasa jururawat.
Terimakasih diucapkan kepada MAKSUKES HTAA Kuantan di atas sumbangan ikhlas dan semua jururawat yang telah menjayakan sambutan Hari Jururawat Sedunia 2002 pada kali ini.
5-8 Jun 2002 Jabatan Kesihatan Negeri Pahang dengan kerjasama Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan telah mengadakan Kursus Kaunseling Pusat Khidmat Sepadu (OSCC).
Kursus ini menggabungkan peserta dari pegawai NGO dan anggota kesihatan dana perubatan dalam negeri Pahang.
Peserta yang terlibat seramai 40 orang terdiri daripada Ahli Sukarelawan Hospital (HTAA), Pegawai Perubatan, Pembantu Perubatan dan Jururawat dimana anggota yang terlibat secara langsung mengendalikan kes-kes Pusat Khidmat Sepadu (OSCC) seluruh negeri Pahang.
Tujuan kursus diadakan ialah untuk memberi pendedahan terhadap kes-kes penderaan kenak-kanak, perkosaan dan sebagainya.
Melalui kursus seumpama ini dapatlah para peserta mengenali dan mentafsirkan kes-kes yang melibatkan berbagai pihak dan merujuk kes-kes kepada pihak yang berwajib.
Penceramah terlibat terdiri dari Puan Shamsiah Hj.Husin dan En.Hamazah dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kuantan, Dr.Ahmad Zafri Pakar Psikiatri HTAA dan Dr.Zahari Noor Pakar Forensik HTAA.
Majlis perasmian pembukaan dan penutup telah disempurnakan oleh Dr.Santokh Singh Timbalan Pengarah (Perubatan) Negeri Pahang.
Jamuan makan malam keluarga HTAA 2002 bertemakan “Keluarga Bahagia Masyarakat Sihat” telah dilangsungkan di Dataran Kuarters HTAA pada 29 JUN 2002.
Ybhg.Dr.Mohd Kamil Hassan Pengarah HTAA dan Dr.Zahari Che Dan Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu beserta isteri Pn.Sheriffah Bardad Idid telah sudi menjadi tetamu kehormat pada malam tersebut.
Hadir sama Dr.Kamariah Junoh Timb.Pengarah (Klinikal), En.Nazri Yusof Timb.Pengarah (Pengurusan), Dr.Ardi Awang Pegawai Kesihatan Daerah Kuantan, Cik Tay Keng Chee Pengerusi ALPH, Ahli Lembaga Pelawat Hospital dan warga HTAA beserta keluarga yang dianggarkan hampir 800 orang.
Majlis dimulakan dengan persembahan tarian kebudayaan dan ucapan Pengarah HTAA Dr.Mohd Kamil Hassan. Beliau mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur kerana dapat mengadakan jamuan tersebut di HTAA bagi mengeratkan hubungan warga HTAA dengan keluarga dan masyarakat.
Ini adalah kerana pada lazimnya jamuan makan malam tahunan HTAA selalunya diadakan di Hotel terkemuka yang hanya dihadiri oleh segelintir kakitangan sahaja.
Majlis jamuan ini turut diserikan dengan persembahan jabatan dan unit serta pakaian beragam kanak-kanak dan cabutan nombor bertuah.
SUDUT SASTERA Cebisan Perjuangan
HIDUP KITA BAGAIKAN RODA BERPUTAR
MENGENANGKAN KEHIDUPAN INI
ADAKAH RUANG BAGI KITA MENEBARKAN SAYAP
RASA BETAPA KERDILNYA DIRI INI
TANGGAL 12 MEI KITA DIRAIKAN, KITA MERAIKAN
BEGITULAH HAKIKAT KEHIDUPAN BERPEJUANGAN Nukilan: Azida Dahaman |
A Day To Remember Nurses May twelve is a day of the year To remember Florence Nightingale. Obedience to God’s calling since her early year. Caring for the sick as we continue even this day. With a lamp in her hand, From one end of the ward to the other end. Tirelessly she served like an ant, Always on her feet with her nursing plans Serving medicine and giving injection Teaching patient health education, With the aim of preventing readmission. Patient’s full recovery is her ambition. With thanksgiving in her heart, For what God has make thus far. Caring for everyone irrespective who they are. Her skillful hands a precious gift from God by far. Working serving with no definite hour, Helping, caring even though legs are sour. Together with relatives she directs, Nursing patients with good effect. She receives very little praises everyday Even though she worked very hard all the day. God will help her to keep on shining all the way Until the end of the day. A day is reserved and it is call the ‘NURSES DAY’ Let us all remember that it is a special day For all nursing staff today Shout heartily ‘HAPPY NURSES DAY’. Nukilan: Ling Hee Choo |