Berita HTAA Jun 2002
Bil.77 Thn.7 ISSN 1511-1741 Edaran Umum Jun 2002

Penasihat
Dr. Kamariah bt.Junoh
Timb.Pengarah (Perubatan)
Hospital Tengku Ampuan Afzan
Kuantan

Ketua Pengarang
Haji Abdul Hamid bin Abdullah

Grafik Berkomputer
Zulkifli Bin Yaacob

Percetakan/Penjilidan
Sabaruddin Mohd Said / Hafizad

Jurufoto
Sabaruddin Mohd Said / Hafizad

Koresponden
Ketua Unit / Jabatan / Pakar /Penyelia /
Ketua Jururawat / Jururawat

Alamat Redaksi
Perpustakaan Perubatan & Unit Pendidikan HTAA
Telefon: 2417 / 2022

Segala sumbangan dari seluruh kakitangan
Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan
amatlah dialu-alukan.
Adalah menjadi tanggungjawab
penyumbang dan tidak semestinya
menggambarkan sikap serta
pegangan sidang pengarang.

Pemenang Anugerah
Hospital Akreditasi 1999-2002

Berita HTAA diterbitkan
pertama kali pada
Januari 1996

Sidang Pengarang
“Bersama Hayati Keindahan Islam” tema sambutan Maulidur Rasul 1423H pada kali ini. Ia disambut oleh semua Umat Islam seluruh dunia termasuk Malaysia.

Majlis yang diadakan setiap tahun ini adalah bagi memperingati junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta mengambil iktibar dan pengajaran dari sifat dan perlakuan Rasullullah untuk diterapkan ke dalam kehidupan kita seharian.

HTAA juga tidak ketinggalan mengimarahkan Majlis Maulidur Rasul ini seperti lazimnya dengan acara tazkirah disertai bacaan selawat . Semoga semua warga HTAA dapat mencontohi teladan dan sunnah yang ditinggal kepada kita oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Pada bulan ini juga kita di kejutkan dengan berita pertukaran Pengarah HTAA Dr. Zahari Che Dan yang telah dinaikkan pangkat ke Jawatan Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu. Tempatnya telah diambil alih oleh Dr.Mohd Kamil Hassan sebagai Pengarah HTAA yang baru.

Syabas diucapkan atas kenaikan pangkat tersebut dan semoga Beliau akan lebih cemerlang di tempat baru kelak. Majlis serah tugas Pengarah HTAA telah dilangsungkan pada 6 Jun 2002 bertempat di Bilik Baiduri.

Semoga HTAA akan lebih cemerlang lagi di masa-masa akan datang walaupun pucuk pimpinan bertukar namun realitinya kita masih warga HTAA yang dahagakan kecemerlangan sepanjang masa.

Ketua Pengarang
Hj.Abdul Hamid b.Abdullah


Majlis Jamuan Perpisahan Pengarah HTAA
laporan:Rudy


Pengarah Hospital Tengku Ampuan Afzan, Dr.Zahari b.Che Dan akan bertukar sebagai Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu pada 23 Mei 2002. Pengurusan HTAA telah menganjurkan Majlis Jamuan Perpisahan tersebut pada 21 Mei 2002 bertempat di Hotel MS Garden.

Majlis dihadiri lebih 100 orang tetamu terdiri dari Dr.Santokh Singh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, Dr. Kamariah Junoh, Timbalan Pengarah (Klinikal) En.Ahmat b.Mat Zin Timbalan Pengarah (Pengurusan) En.Mazlan b.Md Amin Pengurus Radicare Caw.Pahang, Ketua-ketua Jabatan, Pakar-pakar, kakitangan HTAA, Radicare dan Ahli Lembaga Pelawat.

Dalam ucapan perpisahannya, Tuan Pengarah menyatakan harapan beliau agar semua kakitangan HTAA akan meneruskan budaya kecemerlangan dan kualiti di HTAA. Beliau juga telah merakam penghargaan dan terima kasih kepada semua pegawai, kakitangan HTAA, Radicare (M) Sdn.Bhd, dan Ahli Lembaga Pelawat Hospital yang telah memberi kerjasama bagi kecemerlangan sepanjang perkhidmatan beliau di HTAA.

Sebagaimana lazimnya, majlis perpisahan dalam suasana sayu, walaubagaimanapun pihak penganjur telah menceriakan suasana dengan ucapan-ucapan perpisahan yang ditujukan khas untuk Tuan Pengarah.

Antara yang tampil memberi ucapan ialah Dr.Kamariah Junoh Timbalan Pengarah (Klinikal) Cik Tay Keng Chee Pengerusi ALPH, Dr.Ghazali Ismail Ketua Jabatan O&G mewakili Pakar-pakar dan En.Mazlan b.Md.Amin Pengurus Radicare Caw.Pahang.

Penyampaian cenderahati dan acara memotong kek sumbangan MS Garden oleh Tuan Pengarah menjadi acara penutup majlis tersebut. Syabas dan tahniah kepada Dr.Zahari Che Dan di atas kenaikan pangkat ini dan selamat bertugas di tempat baru. Semoga maju jaya.

MAKSUKES HTAA juga telah menganjurkan Majlis yang sama pada 24 Mei 2002 bertempat di Kafetaria Kolej Kejururawatan Kuantan.

Majlis ini dihadiri oleh lebih 60 orang ahli MAKSUKES dan keluarga. Setiausaha MAKSUKES Hj.Abd.Halim Wahab memulakan aturcara majlis dengan ucapan perpisahan dan diikuti oleh ucapan oleh Pengerusi MAKSUKES iaitu Dr.Zahari b.Che Dan.

Hadir sama di majlis tersebut ialah Pn.Sheriffah Bardad Idid bt Syed Abdyllah Idid (isteri Dr.Zahari), Dr.Kamariah bt. Junoh Timb.Pengarah (Klinikal), dan En.Omran Mat Ali Pegawai Kebajikan Perubatan.

Majlis diakhiri dengan penyampaian Cenderahati MAKSUKES HTAA kepada Dr.Zahari yang disampaikan oleh Tuan Hj.Abd.Halim Wahab.


Kursus Dalam Perkhidmatan Jururawat U8
laporan:Rudy

23-24 Mei 2002 Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan telah menganjurkan Kursus Dalam Perkhidmatan Jururawat U8. Kursus yang diadakan di Dewan Sri Pelangi ini telah dihadiri oleh seramai 55 orang jururawat U8 HTAA.

Objektif kursus ini adalah untuk memberi peluang kepada peserta menghargai dan seterusnya mengamalkan perlakuan baik yang akan menjadi teras budaya kerja cemerlang disamping mengulangkaji serta memberi maklumat yang terkini dalam bidang kejururawatan.

Antara taklimat yang disampaikan ialah tentang:

a. Akauntabiliti dan assertiveness dalam bidang kejururawatan.
b. Peranan dan tanggungjawab jururawat semasa kecemasan.
c. Peranan jururawat dalam pemberian ubat.
d. Keselamatan pekerjaan.
e. Medico Legal, menulis laporan, I/V infusion, kaunseling.
f. Kaunter servis dan PKPA Bab D.
g. Penjagaan harta benda dan wang pesakit di hospital.
h. Infection Control, Etika Kerja, Pendidikan Pesakit.

Majlis perasmian penutup kursus ini telah disempurnakan oleh Dr.Kamariah bt, Junoh Timb. Pengarah (Klinikal) HTAA.

Pengalaman dan pengetahuan berguna yang dipelajari sepanjang kursus selama dua hari ini diharap dapat dipraktik dan diterjemahkan dalam tugas seharian mereka.


Kursus Pengurusan Laktasi
laporan:Rudy

28-30 Mei 2002 HTAA telah menganjurkan Kursus Pengurusan Laktasi Kearah Pengekalan Hospital Rakan Bayi. Kursus ini bertepatan dengan peingiktirafan HTAA menerima Anugerah Hospital Rakan Bayi pada 19 Mac 1997 daripada WHO dan UNICEF.

Objektif kursus ini selain untuk mengekalkan taraf Hospital Rakan Bayi, juga untuk meningkatkan pengetahuan peserta mengenai kepentingan penyusuan susu ibu serta teknik penyusuan susu yang betul dan memahami “Tata Etika Susu Berformula”

Kursus selama 3 hari ini dihadiri oleh 55 orang terdiri dari 52 kakitangan HTAA, 2 Rumah Sakit Angkatan Tentera, dan seorang dari klinik Al-Farabi.

Antara taklimat yang disampaikan ialah mengenai penyusuan susu ibu dan penghidupan kanak-kanak, anatomi payudara dan fisiologi laktasi, promosi penyusuan susu ibu, permulaan kearah penyusuan susu ibu, masalah awalan payu dara dan masalah lanjutan, pemerahan susu ibu dan teknik penyusuan, mengatasi bayi enggan menyusu, penggalakkan penyusuan susu ibu yang berterusan kearah menjayakan masyarakat rakan bayi dan tata etika susu berformula.

Pengalaman dan pengetahuan sepanjang tiga hari ini diharap dapat membantu matlamat untuk mengekalkan taraf Hospital Rakan Bayi (Baby Friendly).


Workshop On New Treatment For Genuine Stress Incoming (GSI)
laporan:Dr.Lee Say Fat

A hands-on workshop on the new treatment for genuine stress incontinence using the tension free vaginal tape (TVT) was recently held on this hospital on the 17th April 2002. This workshop was organized by the department of Obstetrics and Gynaecology HTAA. The objectives of the workshop were:

i. To provide an overview of the aetiology of urinary incontinence and the investigation of women with GSI.
ii. To understand the technical and clinical aspect of the Tension Free Support for incontinence.
iii. An opportunity to observe live TVT surgery and hands-on on pelvic trainers.

A total of 15 participants took part in the workshop. Dr Soon Ruey, the Consultant O&G from Maternity Hospital Kuala Lumpur was invited to give lectures and conduct the workshop. The advantage of the TVT as compared to other conventional of GSI are:

i. Patient generally requires no post-operative catheterization and experience less post-operative pain.
ii. Patient may return home on the same day or the day after operation.
iii. The sick leave period is shorter-on averange of ten days.
iv. It has lower risk of complication.

There were three patients scheduled for the TVT insertion in the general operating theatre (under spinal anaethesia) and all them underwent the procedure without any complication. A live telecast was also done whereby the doctors and staffs could watch the procedure in the doctors rest-room in the general operating theatre.

Review of the patients at 4 days, 1 week and 4 weeks post procedure showed that all of them had no more urinary leakage related to increased intra-abdominal pressure. All the patients were happy with the treatment provided.


Kursus Pengenalan Dan Domukentasi MS ISO 9000
laporan: MA Razak Md Diah

14-16 Mei 2002 bertempat di Dewan Sri Pelangi telah berlangsung kursus pengenalan dan dokumentasi MS ISO 9000 peringkat Negeri Pahang.

Kursus yang bertujuan memberi kefahaman tentang konsep MS ISO 9000 dan penyediaan dokumen itu telah dihadiri oleh lebih kurang 42 orang pegawai dari hospital-hospital di Negeri Pahang. Penceramah utama kursus tersebut ialah Dr.Shankar seorang Pakar Penasihat yang berpengalaman dalam membantu hospital-hospital untuk mendapatkan persijilan MS ISO 9000 serta dibantu oleh kakitangan dari Pusat Inisiatif Kualiti HTAA.

Diharapkan dengan adanya kursus ini akan dapat memberi kefahaman yang lebih kepada pegawai-pegawai dan membantu mereka dalam penyediaan hospital masing-masing untuk mencapai tahap MS ISO 9000.


Renungan
Adab Terhadap Kedua Ibubapa

Firman Allah s.w.t, “Maka janganlah sekali-kali kamu mengatakan kepada kedua-dua orang tuamu dengan perkataan ‘uhh’ dan janganlah kamu mengherdik akan keduanya. Dan katakanlah kepada kedua-duanya dengan ucapan yang mulia (sopan), merendahlah diri kamu dihadapan keduanya dengan menunjukkan kasih sayang dan katakanlah, “Ya Tuhanku! kasihanilah kedua ibubapaku sebagaimana mereka telah mengasihani aku diwaktu aku kecil dahulu. (Al-Isra’ 23-24) Tanggungjawab Anak Terhadap Kedua Ibubapa. 1. Apabila keduanya memanggil maka anak harus segera menyahut dan hadir kepadanya.
2. Anak dilarang memanggil kedua ibubapanya dengan panggilan nama mereka.
3. Bercakaplah dengan keduanya dengan gelaran yang hormat dan mulia.
4. Anak harus berbicara dengan lemah lembut terhadap kedua orang tua mereka, jangan sesekali mengkasarinya atau berlaku biadap.
5. Sentiasa merendahkan suara bila bercakap dengan keduanya.
6. Bila keduanya menyuruh untuk melakukan sesuatu maka anak harus melaksanakan dengan penuh taat selama suruhan itu tidak berupa maksiat. Jika suruhan itu berupa maksiat sekalipun maka tolaklah dengan lemah lembut serta penuh rasa hormat dan meminta maaf. Jangan menolak secara kasar ataupun berhujah dengan mereka.
7. Bila berjalan bersama mereka maka anak harus berada dibelakangnya.
8. Bila keduanya memerlukan layanan maka anak harus melayaninya dengan penuh rasa hormat walaupun kadangkala ibubapa tidak berlaku adil diantara anak-anaknya anaknya.
9. Sentiasalah merendah diri bila berada dihadapan keduanya dan cuba untuk mengembirakan hati mereka.
10. Bila anda hendak keluar rumah atau kemana sahaja maka beritahulah keduanya dan mintalah izin darinya.
11. Jangan memasuki bilik tidur kedua orang tua kita sebelum meminta izin terlebih dahulu dari keduanya.
12. Bila keduanya memarahi ataupun memukul kita maka terimalah ini sebagai satu hukuman atau jangan menunjukkan sifat kebencian atau marah kita kepada keduanya.
13. Bila ibubapa memerlukan kepada pakaian maka anak harus menyediakan sekadar kemampuan.
14. Bila ibubapa memerlukan kepada makanan maka anak harus memberinya sekadar kemampuan.
15. Setiap kali anda membuatkan mereka merasa kecewa, sedih, dukacita atau sebagainya maka segeralah menyesal diatas ketelanjuran tersebut serta segera memohon kemaafan dari keduanya.
16. Jika anda sedang solat sunat tiba-tiba keduanya memanggil, maka berhentilah dari solat itu dan sahutlah seruan mereka walaupun seruan itu tidak ada perkara yg penting.
17. Anak mestilah rela terhadap keduanya sebagaimana anda merasa rela terhadap diri sendiri.
18. Jangan terlalu melebihkan isteri/suami dari kedua orang tua kita.
19. Setiapkali berdoa anak mestilah mendoakan akan keampunan Allah terhadap kedua ibubapanya dan berusahalah dengan amalan yang soleh mengikut kemampuan sendiri.
20. Sekiranya keduanya telah meninggal dunia maka tinggikanlah martabat dan kemuliaan mereka, bayarlah hutang piutang merek yang masih ada dan berbuat baik dan hormatilah terhadap sahabat.
21. Jika mereka ada meninggalkan wasiat maka tunaikanlah wasiat mereka itu mengikut kemampuan anda.

Hikmah Berbakti Kepada Kedua Ibubapa

1. Berkhidmat kepada kedua ibubapa adalah lebih utama daripada keluar berjihad pada jalan Allah.
2. Memberi khidmat kepada kedua ibubapa pahalanya adalah menyamai pahala orang yang keluar mengerjakan haji, umrah dan jihad.
3. Berkhidmat kepada kedua ibubapa akan meluaskan rezeki anak dan Allah akan melanjutkan usianya.
4. Memandang kepada kedua ibubapa dengan penuh rasa cinta dan kasih sayang, pahalanya sama dengan orang yang mengerjakan haji.
5. Syurga yang kita impikan terletak di bawah tapak kaki ibu, dengan keredaan ibu barulah kita boleh menjejaki syurga Allah.
6. Kegembiraan ibubapa seiring dengan kegembiraan Allah sedang kemarahan keduanya adalah seiring dengan kemurkaan Allah.
7. Berkhidmat kepada kedua ibubapa adalah amalan yang paling mulia sekali diantara ibadah-ibadah yang lain.

Azab Menderhakai Kedua IbuBapa

1. Menderhakai terhadap kedua ibubapa adalah termasuk dalam kategori dosa-dosa besar kepada Allah selepas dosa syirik.
2. Allah dan sekalian para malaikatNya akan mengutuk anak yang menderhakai terhadap kedua ibubapanya.
3. Anak yang sentiasa menyusahkan kedua ibubapanya maka Allah akan menyempitkan kehidupannya di dunia ini malah di akhirat nanti ia akan ditambah lagi dengan azab yang berlipat ganda.
4. Anak-anak yang menderhakai terhadap kedua ibubapanya maka Allah akan segera membukakan pintu-pintu neraka untuknya.


Citrawarna 2002


26 Jun 2002 Citrawarna 2002 telah berlangsung dengan gilang gemilang disaksikan oleh pelbagai kaum di Malaysia di TV1 dan TV3 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada jam 8.30 malam.

Seramai 300 orang peserta yang mewakili negeri Pahang termasuk dua orang kakitangan dari Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan telah terpilih iaitu En.Rohaizad dan S/N Rafidah terbabit dalam perarakan tersebut.

Citrawarna 2002 kali yang ke 4 ini telah dilancarkan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Kementerian Kebudayaan Kesenian Dan Pelancongan Malaysia dan Pejabat Kebudayaan Dan Kesenian Pahang mengucapkan ribuan terima kasih kepada peserta yang terlibat dalam perarakan Citrawarna Malaysia 2002.


Tahukah Anda?
Pada 22 Jun 1999
Hospital Tengku Ampuan Afzan
telah mengadakan satu
Majlis DiAmbang Alif HTAA-UIA.

Majlis ini adalah sambutan bagi
Kumpulan Pertama Pelajar
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Caw.Pahang yang menjalani
latihan di HTAA


[ Index ] [ Latarbelakang ] [ Keahlian ] [ Perkhidmatan ] [ Hotlink ] [ Renungan ] [ Berita HTAA Online ] [ Koleksi ]