Penasihat Dr. Kamariah bt.Junoh Timb.Pengarah (Perubatan) Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan
Ketua Pengarang
Grafik Berkomputer
Percetakan/Penjilidan
Jurufoto
Koresponden
Alamat Redaksi
Segala sumbangan dari seluruh kakitangan
Pemenang Anugerah
Berita HTAA diterbitkan |
Sidang Pengarang Selamat Tahun Baru 1423 Hijrah kepada semua warga HTAA. Lambaran baru bagi kita dan Umat Islam seluruh dunia. Sebagaimana biasa segala amalan dan pekerjaan tahun lepas akan direkodkan dan bermula pula episod baru dengan buku rekod baru. 1422 Hijrah memahatkan sejarah hitam Islam seluruh dunia bilamana pihak barat mengecap dan melabelkan Islam sebagai pengganas ekoran peristiwa 11 September 2001. Sudahlah sepanjang masa kita tertindas dan ditindas, seperti apa yang berlaku di Palestin dan Iraq, malah terus-terusan Umat Islam terus ditekan sedemikian rupa. Mengapa ini harus terjadi. Satu jawapan yang pasti dipersetujui oleh semua ialah tiadanya perpaduan dan sepakat antara Umat Islam itu sendiri yang mudah sekali diratah dan dikelar saban hari oleh musuh Islam. Mereka seolah-oleh diikat tangan dan kaki dan hanya memandang sahaja apa yang terjadi tanpa ada perasaan persaudaraan. Sesungguhnya Umat Islam itu Bersaudara. Sejenak kita berfikir tentang nasib saudara kita di Palestin, Iraq dan Afganistan bertilamkan pasir, berbumbungkan langit. Alas perut cuma dengan helaian rumput. Secebis kenangan 1422H untuk kita sama-sama renungi dan muhasabah diri agar tidak terleka oleh keasyikan duniawi. Semoga 1423H bakal diisi dengan seribu kebaikan buat semua Umat Islam Sedunia.
Ketua Pengarang |
26 Feb 2002 Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan buat pertama kalinya menerima kunjungan lawatan dari 6 buah hospital terdiri dari Negeri Johor. Hospital tersebut terdiri dari Hospital Sultanah Aminah, Muar Kluang, Muar, Mersing, Tangkak, Permai dan Segamat.
Anggota rombongan pelawat seramai 34 orang pegawai dan kakitangan diketuai oleh Dr.Mondzi b.Basir Timb.Pengarah Hospital Sultanah Aminah. Turut serta adalah Pengarah-pengarah Hospital Mersing, Tangkak, Segamat dan Muar.
Lawatan bertujuan untuk menimba pengalaman bagi proses Akreditasi di HTAA. Hospital Sultanah Aminah adalah dalam proses pemilihan Akreditasi 2003.
Taklimat Akreditasi HTAA telah disampaikan oleh Dr.Jayasubramaniam Ketua Jabatan Kecemasan/Unit Kualiti HTAA. Hadirsama dimajlis tersebut ialah Dr.Kamariah Junoh Timb.Pengarah (Klinikal) HTAA, Cik Wee Suat Bee (Pegawai Farmasi), Penyelia Jururawat Cik Hasmah Muda, Pn.Dasimah Ahmad dan Ketua-ketua Jururawat.
4 Mac 2002 Bertempat di Dataran Pentadbiran HTAA telah diadakan Majlis Penyampaian Anugerah Ahli Lembaga Pelawat Hospital 2001.
Majlis penganugerahan ini selalunya disampaikan di Majlis Makana Malam Tahunan HTAA akan tetapi disebabkan sebahagian besar kakitangan HTAA ditimpa bencana banjir, Majlis Makan Malam telah dibatalkan.
Majlis penganugerahan ini diadakan dalam program Majlis Perhimpunan Pagi Mac 2002. Wad Terbaik jatuh kepada Wad Kiambang 2, Kaunter Terbaik ialah Kaunter Farmasi Klinik Pakar, manakala Klinik Terbaik ialah Klinik Pembedahan (SOPD) dan Unit Sokongan Terbaik dimenangi Unit Fisioterapi.
Para pemenang anugerah ini menerima replika cek RM500 beserta sijil. Penyampaian ALPH 2001 telah disampaikan oleh Cik Tay Keng Chee selaku Pengerusi ALPH. Hadir sama dimajlis tersebut ialah semua Ahli Lembaga Pelawat Hospital serta Ketua-ketua Jabatan dan staf. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima anugerah
4 Mac 2002 Bertempat di Shahzan Inn Hotel Kuantan telah diadakan Majlis Makan Malam perpisahan Ybhg. Datin Shamsiah bt.Omar (Matron KKM) yang akan bersara pada April 2002.
Hadir di majlis tersebut Dr.Santokh Singh (Timb.Pengarah Kesihatan Pahang), Dr.Zahari Che Dan (Pengarah HTAA), Dr.Kamariah Junoh (Timb.Pengarah Klinikal HTAA) serta Matron dan Ketua Jururawat dari seluruh hospital daerah dalam negeri Pahang.
6-7 Mac 2002 Bertempat di Dewan Sri Pelangi HTAA telah diadakan Program Orientasi untuk Jururawat U8 dan Jururawat Masyarakat U12. Seramai 50 orang Jururawat U8 dan Jurarawat Masyarakat U12 telah mengikuti program ini.
Objektif program ini adalah untuk memperkenalkan perkhidmatan jabatan dan unit di Hospital Tengku Ampuan Afzan. Menjelaskan peranan jabatan dan unit bagi meningkatkan kualiti kecekapan dan keberkesanan kerja. Mengenalpasti serta memahami tugas-tugas di wad agar dapat dilaksanakan dengan licin dan teratur.
Antara taklimat yang disampaikan ialah Universial Precaution, Pengenalan HTAa, Keselamatan Dalam Pekerjaan, Tanggungjawab dan Tugas Jururawat Terlatih, Disaster Plan, CME, Peraturan Am/PKPA, Etika Kerja, Leadership In Nursing, Budaya Korporat, Medicolegal dan Pengurusan Ubatan.
Perasmian penutup program orientasi Jururawat U8 telah disempurnakan oleh Dr.Kamariah Junoh Timb.Pengarah HTAA.
11 Mac 2002 Jabatan Kesihatan Negeri Pahang dengan kerjasama Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan telah menganjurkan Kejohanan Olahraga JKN Pahang bagi memilih wakil ke Kejohanan Sukan Kementerian Kesihatan Malaysia di Kuching Sarawak Mei 2002.
Kejohanan yang berlangsung di Stadium Darul Makmur disertai oleh 150 orang Atlit dari HTAA, Hospital Pekan, Jengka, Maran, Lipis, Pergigian Kuantan, PKD Kuantan, Kesihatan Bera, Kesihatan Temerloh, Kesihatan Bentong, Kesihatan Cameron Highland, Pejabat Pengarah dan Kolej Kejururawatan Kuantan.
Sebanyak 25 acara dipertandingkan. Keputusan penuh:
100 M(L) 1. Mohamad Faizal Ismail HTAA 2. Mohd Rezan Hussin Mentakab 3. Sh. Rosli Sh.Ahmad HTAA
200 M(L)
400 M(L)
800 M(L)
1500 M(L) Veteran
5000 M Jalankaki (L)
Lompat Jauh (L)
Lontar Peluru (L)
Melempar Cakera (L)
Merejam Lembing (L) |
100 M(W) 1. Rosilawati Salleh Kolej 2. Norhaida A.Malek Mentakab 3. Suriati Zawawi Kolej
200 M(W)
400 M(W)
800 M(W)
1500 M(W)
5000 M Jalankaki (W)
Lompat Jauh (W)
Lontar Peluru (W)
Melempar Cakera (W)
Merejam Lembing (W) |
23 Tanda Sifat Munafik
Mengambil atau merampas harta orang lain dengan aniaya dan menindas, iaitu cara yang tidak diizinkan dan diredai oleh agama islam.
Bergaul serta mendekati terhadap golongan yang sering mempersendakan dan memperolokkan keterangan Allah dan Rasulnya terutamanya golongan kaum munafik dan kafir.
Mengambil dan memakan harta anak yatim dengan cara yang tidak sah serta menzaliminya.
Mendedahkan rahsia keburukan orang lain kepengetahuan umum dengan niat untuk mengaibkannya.
Tidak pernah merasa sesal diatas kesalahan dosa, maksiat dan kemungkaran yang dilakukannya malah merasa gembira, tenang dan aman dengan perbuatan yang dimurkai Allah.
Menipu dalam urusan jual beli samada dalam sukatan atau timbangan ataupun menyembunyikan kecacatan dan kerosakan sesuatu barang yang mana akhirnya menimbulkan kekecewaan sebelah pihak.
Dengan sengaja melengah-lengahkan pembayaran balik hutangnya sedangkan ia mampu untuk menyelesaikannya dengan segera.
Menjadi saksi palsu atau memberi keterangan palsu dan dusta bagi menyelesaikan sesuatu kes dan permasalahan pada jalan mencari kebenaran.
Menghina para sahabat Rasulullah s.a.w serta mereka yang telah menyatakan keislamannya dengan beriman kepada baginda semasa hayatnya.
Tidak mahu berjihad dan berjuang pada jalan Allah bagi menentang kezaliman, kemungkaran serta kebatilan yang ada malah menghalang dan menghasut umat Islam dari keluar berjuang.
Merasakan berat dan malas dalam menunaikan ibadah yang diperintahkan termasuk Fardu Ain dan Fardu Kifayah.
Melupai Allah samada dalam keadaan senang atau susah, kaya atau miskin, sibuk atau kelapangan.
Melengah-lengahkan sembahyang fardu dengan sengaja dan melewatkannya sehingga tamat waktu.
Tidak Khusyuk dalam sembahyang dengan rukuk, sujud dan bacaan yang tidak sempurna.
Enggan Solat berjamaah tanpa keuzuran walaupun setelah mendengar azan tetapi tidak mahu mendatangi masjid.
Mempersendakan kesucian dan kebenaran Agama Islam dan sunnah Rasul.
Mengingkari ketetapan dan takdir Allah keatas setiap makhluk samada derita, bahagia, senang, susah, kaya, miskin, sakit, sihat dan sebagainya adalah ketentuan dariAllah yang telah menjadi hak mutlaknya.
Mengungkit kembali pemberian kepada seseorang dengan tujuan diingati kembali jasa dan sumbangannya itu disamping nak menyakiti hati orang lain.
Mengumpat menceritakan keburukan orang lain dengan niat sengaja untuk memalukannya.
Mencaci maki terhadap saudara seagama kerana ini akan memecah belahkan perpaduan dan keharmonian.
Menyembunyikan Ilmu pengetahuan atau kedekut ilmu, apabila ditanya tentang sesuatu permasalahan sedang ia mempunyai kemahiran mengenainya dengan sengaja tidak mahu menjelaskannya.
Memiliki sifat Riak seperti kata Saidina Ali r.a: tiga tanda orang bersifat riak, iaitu malas apabila bersendirian, rajin bila depan khalayak ramai, ia akan menambah amalannya bila dipuji dan mengurangkannya bila dicela.
Menyimpan sifat dendam dan hasad dengki, suka membuat fitnah serta melaga-lagakan masyarakat, sentiasa bercakap dusta, memungkiri bila membuat janji dan bersifat bakhil lagi kedekut.
26 April 1997
4 Mei 1998
HTAA Telah Menganjurkan
Ekspidisi Gunung Tapis
HTAA Telah Menganjurkan
Ekspidisi Gunung Kinabalu