Berita HTAA Ogos 2002
Bil.79 Thn.7 ISSN 1511-1741 Edaran Umum Ogos 2002

Penasihat
Dr. Kamariah bt.Junoh
Timb.Pengarah (Perubatan)
Hospital Tengku Ampuan Afzan
Kuantan

Ketua Pengarang
Haji Abdul Hamid bin Abdullah

Grafik Berkomputer
Zulkifli Bin Yaacob

Percetakan/Penjilidan
Sabaruddin Mohd Said / Hafizad

Jurufoto
Sabaruddin Mohd Said / Hafizad

Koresponden
Ketua Unit / Jabatan / Pakar /Penyelia /
Ketua Jururawat / Jururawat

Alamat Redaksi
Perpustakaan Perubatan & Unit Pendidikan HTAA
Telefon: 2417 / 2022

Segala sumbangan dari seluruh kakitangan
Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan
amatlah dialu-alukan.
Adalah menjadi tanggungjawab
penyumbang dan tidak semestinya
menggambarkan sikap serta
pegangan sidang pengarang.

Pemenang Anugerah
Hospital Akreditasi 1999-2002

Berita HTAA diterbitkan
pertama kali pada
Januari 1996

Sidang Pengarang

Kejadian sumbang mahram begitu ketara sekarang. Perbuatan sumbang ini bukan sahaja mencerminkan betapa teruknya peribadi dan tingkahlaku pelakunya malah membabitkan kumpulan masyarakatnya.

Kita orang timur yang dikenali sebagai masyarakat yang bersopan santun tetapi akhir-akhir ini ianya tidak begitu tepat.

Perbuatan haruslah ditangani dengan cermat dan berhati-hati agar tidak menjadi barah yang sudah hendak disembuhkan jika ianya diperingkat parah. Perhatian dan komitmen khasnya warga HTAA memainkan peranan yang penting bagi membenteraskannya. Kita warga HTAA menjadi pemerhati dan cuba melaporkan agar tidak berleluasa.

Berkemungkinan kita dapat menolong pihak berkuasa agar perbuatan sumbang mahram ini dapat dibendung sepenuhnya. Sekian, sama-samalah kita berusaha bagi mengatasinya demi agama, bangsa dan negara. Rosak keluarga kerana ketuanya, rosak masyarakat kerana kaumnya, rosak negara kerana umatnya.

Ketua Pengarang
Hj.Abdul Hamid b.Abdullah


Lawatan Sambil Belajar
Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam
Laporan: Rudy

9 Ogos 2002 – HTAA telah menerima kunjungan lawatan dari Sekolaah Menengah Agama Bukit Ibam Kuantan.

Anggota rombongan seramai 50 orang murid diketuai oleh Ustaz Aminizam bertujuan untuk memahami lebih mendalam bidang perubatan dan rawatan yang dijalankan di HTAA.

Disamping itu juga lawatan ini diharap dapat melatih murid-murid sekolah agar lebih prihatin tentang penjagaan kesihatan diri dan dapat membantu masyarakat yang dalam kecemasan.

Taklimat ringkas telah disampaikan oleh En.Yahya Ali Pembantu Perubatan U7 dan S/N Wan Rohani Wan Mustafa.

Hadir sama Matron Ratmah, Sister Lee Mieok dan Hanippa Abd.Hamid. Rombongan kemudiannya dibawa melawat ke Jabatan Kecemasan, Wad Kiambang 2&3, Wad Dahlia Lelaki dan Wad Dahlia Wanita.


Kursus Dalam Perkhidmatan Atendan Kesihatan
Laporan: Rudy

9 Julai 2002 Hospital Tengku Ampuan Afzan telah menganjurkan Kursus Dalam Perkhidmatan Atendan Kesihatan. Kursus yang diadakan di Dewan Sri Pelangi dihadiri seramai 38 orang Atendan Kesihatan.

Objektif kursus ini adalah untuk memberi peluang kepada peserta bagi menghargai dan seterusnya mengamalkan perlakuan baik yang akan menjadi teras budaya kerja cemerlang.

Peserta telah didedahkan dengan taklimat:

* Tanggungjawab Atendan Kesihatan
* Penjagaan Harta Benda
* Ibadat Dalam Pekerjaan
* Amalan Pencegahan Universal
* Perkhidmatan Kaunter

Kursus ini diharap dapat memperluaskan peranan tugas dan tanggungjawab atendan kesihatan supaya mereka lebih efisyen dalam memberi sumbangan kearah meningkatkan mutu perkhidmatan penjagaan pesakit.

Juga dapat menimbulkan rasa kepuasan bekerja dan kemajuan kerjaya kepada atendan kesihatan.


Konvensyen QAP 2002 Peringkat
Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan
Laporan: Rudy


Konvensyen QAP 2002 peringkat Hospital Tengku Ampuan Afzan telah berlangsung pada 29 Julai 2002 di Dewan Sri Pelangi.

Sebanyak 10 kumpulan QAP telah mempersembahkan projek masing-masing. Unit Kawalan Rapi (ICU) dengan projek “Accidental Exubation” telah memenangi tempat pertama. Mereka menerima Piala Pusingan QAP beserta wang tunai RM300 dan sijil.

Tempat kedua Unit Kejururawatan HTAA dengan projek “Towards Reducing The Incidence Of Inaccurate Intravenous Infusion”, menerima wang tunai RM200 dan sijil dan tempat ketiga Farmasi Satelit dari Unit Farmasi dengan projek “Kajian Bagi Mengatasi Masalah Penyimpanan Stok Ubat Berlebihan di Wad Perubatan”, menerima wang tunai RM100 dan sijil.

Panel hakim terdiri dari Dr. Shaari Ngadiman Ketua Penolong Pengarah Kesihatan Awam, Dr.Hj.Sapian Mohamed Ketua Penolong Pengarah Kesihatan (Vektor) dan Dr.Kamariah Junoh Timbalan Pengarah HTAA (Klinikal).

Majlis penutup dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Dr.Kamariah bt.Junoh Timbalan Pengarah HTAA (Klinikal).


Kursus Motivasi Cemerlang Bersama
Laporan: Rudy

Jawatankuasa Promosi Imej Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan telah menganjurkan Kursus Motivasi “Cemerlang Bersama” pada 15-16 Julai 2002. Kursus dua hari ini dihadiri oleh 46 orang kakitangan HTAA dan diadakan di Dewan Sri Pelangi HTAA.

Objektif kursus motivasi ialah:

* Memberi kesedaran kepada individu dan kumpulan betapa pentingnya motivasi diri bagi membentuk anggota yang bertanggungjawab.
* Membentuk individu yang berwawasan dan berperanan sepenuhnya dalam menjalankan tugas.
* Mewujudkan satu pasukan kerja yang komited dan sedia berdaya saing bagi mencapai matlamat (goal) jabatan.

Antara topik yang dibincangkan dalam kursus ini ialah Etika Kerja Dalam Perkhidmatan, Melangkah Ke hadapan, Pembentukan Sikap dan Keyakinan Diri, Sifat-sifat Cemerlang dan Demotivator serta Forum.

Majlis penutup dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Dr.Kamariah bt. Junoh Timbalan Pengarah HTAA (Klinikal).

Semoga apa yang dipelajari selama dua hari itu akan dapat dipraktikkan oleh peserta bagi menambahkan ilmu dan pengalaman dalam tugas seharian.


Kursus Asas Pendidikan Pesakit HTAA
Laporan: Rudy

Jawatankuasa Pendidikan Pesakit HTAA telah menganjurkan Kursus Asas Pendidikan Pesakit HTAA pada 18-19 Julai 2002.

Kursus yang dihadiri oleh 25 orang Jururawat Terlatih telah diadakan di Dewan Sri Pelangi HTAA.

Objektif kursus ialah:

Objektif Umum

Mencapai tahap lebih ramai pesakit dan keluarga memahami penyakit mereka dan seterusnya berusaha secara optima mengawal penyakit dengan betul, melalui pendekatan pendidikan pesakit.

Objektif Khusus
Meningkatkan bilangan penceramah dan penyokong program pendidikan pesakit.

Antara topik yang dibincangkan dalam kursus ini adalah:

* Teknik ceramah/penerangan
* Perinsip Pendidikan Pesakit
* Protokol Pendidikan Pesakit (Diabetis)
* Kertas kerja kumpulan (Apakah punca pesakit gagal mengawal tahap penyakit mereka)
* Komunikasi pendidikan

Para penceramah terdiri dari En.Nik Derahman Mamat Peg.Pendidikan Pesakit HTAA, En. Abd.Jabar Ahmad


Kursus Psikiatri Emergency Peringkat Negeri Pahang
Laporan: Rudy

25-26 Julai 2002 Jabatan Psikiatri HTAA dan Pejabat Pengarah Kesihatan Negeri Pahang telah menganjurkan Kursus Psikiatri Emergency Peringkat Negeri Pahang.

Kursus dua hari itu dihadiri oleh 60 kakitangan hospital dari semua daerah di negeri Pahang dan diadakan di Hotel Vistana Kuantan.

Objektif Kursus ini adalah :

* Memahirkan kakitangan dalam mengendalikan kes-kes kecemasan yang melibatkan pesakit psikiatri.

* Mempertingkat kemahiran kakitangan serta membiasakan mereka mengendalikan pesakit semasa kecemasan.

* Mengurangkan kecederaan yang akan berlaku kepada kakitangan dan pesakit serta mengurangkan kerosakan harta benda dalam masa kejadian mengendalikan kes-kes tersebut.

Para penceramah terdiri dari Dr.Ahmad Zafri Abu Bakar Ketua Jabatan Psikiatri HTAA, Dr.Lazli b.Bakar, Dr.Junid b.Mohd Rozali dan S/N Jamilah bt.Othman.

Majlis penutup kursus dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Ybhg.Dr.Santokh Singh Timbalan Pengarah Kesihatan Pahang.


Lawatan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia
Laporan: Rudy

19 Ogos 2002 HTAA menerima kunjungan lawatan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia Y.bhg. Tan Sri Datu Dr.Hj. Mohamad Taha Bin Arif.

Taklimat Pembangunan Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuatan telah disampaikan oleh Dr. Kamil Hassan Pengarah HTAA manakala Dr.Sara bt.Yaacob Pengarah Kesihatan Pahang memberi taklimat berkaitan Jabatan Kesihatan Pahang.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Dr.Kamariah Junoh Timb.Pengarah (Klinikal), En.Nazri Yusof Timb.Pengarah (Pengurusan), En.Ahmat Mat Zain Pen. Pengarah (Pengurusan), Prof. Dato’ Dr.Md. Tahir Azhar (Dekan Kuliyyah Fakulti Perubatan UIAM) semua Ketua Jabatan, Ketua Unit, Pakar-pakar, dan Ketua Jururawat.

Aturcara majlis lawatan Tan Sri Datu Dr.Hj. Mohamad Taha Bin Arif diteruskan dengan Majlis Perasmian Klinik Urologi HTAA yang telah dimulakan perkhidmatannya pada bulan Julai 2002.

Beliau kemudiannya dibawa melawat Bilik Pemeriksaan Magnetic Resournance Imaging (MRI) yang telah dimulakan perkhidmatannya pada bulan Mei 2002.


Adab Memberi Salam

Laporan: Rudy

Hukum Memberi Salam
Hukum memberi salam adalah sunat muakad bagi perseorangan dan sunat kifayah kifayah bagi berkumpulan sedangkan menjawab salam pula adalah wajib bagi perseorangan dan fardu kifayah bagi perkumpulan.

Orang Yang Paling Utama Memberi Salam
Yang berjalan kepada yang duduk
Yang muda kepada yang lebih tua
Yang berkenderaan kepada yang berjalan kaki
Yang berada di luar kepada yang berada di dalam
Yang berada di belakang kepada yang berada di depan
Yang mahu meninggalkan majlis kepada yang masih berada dalam majlis

Makruh Diucapkan Salam Kepada
Orang yang sedang azan atau iqamah
Orang yang sedang mengajar ilmu agama
Orang yang sedang membaca Al-Quran
Orang yang sedang membuang air besar/kecil
Orang kafir dan musuh-musuh Islam

Orang Yang Tidak Wajib Menjawab Salam
Orang yang sedang sembahyang
Orang yang sedang membuang air besar/kecil
Orang yang sedang mengajar ilmu agama
Orang yang menerima salam setelah bercakap-cakap dengannya
Orang yang suka meminta-minta

Hikmah Memberi Salam
Mendapat keredhaan Allah
Mendapat doa dari para Malaikat
Akan mendukacitakan Iblis
Dapat membersihkan hati dari sifat-sifat Mazmumah (keji)
Dapat mengukuhkan persaudaraan Islam


[ Index ] [ Latarbelakang ] [ Keahlian ] [ Perkhidmatan ] [ Hotlink ] [ Renungan ] [ Berita HTAA Online ] [ Koleksi ]