LENCANA MMP
Sekolah MMP mempunyai satu lambang khas sebagai pengenalan dan imej bagi
warga MMP seiring bermulanya sessi persekolahan pada tahun 1937. Setiap rekaan
dan warna yang dihasilkan kebiasaannya terkandung maksud dan makna
tersirat,begitu juga dengan lambang sekolah kami.
KUNING : KEUTUHAN
Menandakan betapa utuhnya semangat warganya dalam menimba ilmu pengetahuan.
MERAH : KEBERANIAN
Menjadi tampuk keberanian para pelajar menyusuri liku-liku perjalanan dalam
menggapai kejayaan.
HIJAU : KEHARMONIAN
Menyatakan kepada masyarakat bahawa warga MMP hidup dengan penuh harmoni dan
bersatu demi melahirkan barisan pemimpin berkaliber dan berketrampilan.
PUTIH : KETULUSAN
Menunjukkan ketulusan dan keikhlasan warganya dalam membongkar dunia keilmuan di
MMP.
HITAM : KECEKALAN
Menjadikan warga MMP agar cekal menghulur tangan , berganding bahu serta
bergerak sederap untuk menyempurnakan tanggungjawab.
Selain daripada warna ini objek yang terdapat dalam lambang ini juga mengandugi
maksud tersendiri. Makna setiap objek ini bertitik tolak dari tasawwur diatas
meneliti , menganalisa seta mengasaskan matlamat dan objektif yang berkaitan
dengan tuntutan setempat.
KITAB : AL- QURAN & AL- SUNAH
BULAN & BINTANG : AGAMA ISLAM
Bintang & Bulan terletak dibahagian atas lambang mengambarkan matlamat kami
untuk meninggikan syiar Islam yang ditatang dengan manhaj yang benar.
MIZAN : KESEIMBANGAN ILMU DUNIA DAN AKHIRAT
Suata konsepsi yang menitik-beratkan keseimbangan
Ilmu dunia untuk memakmurkan hidup warga MMP sebagai suatu gerbang dan jalan
menuju kesejahteraan akhirat.
Bertepatan dengan visi warga MMP untuk mengamalkan`ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP'
semaksimum mungkin dengan bercirikan kefahaman dan penghayatan terhadap
kesyumulan Islam yang hakiki.Jadi,warga MMP tidak boleh memandang enteng visi
ini.
Apabila kesemua komponan warna,objek juga misi telah bercantum menjadi satu,maka
terbentuklah satu rekaan untuk menyatakan bahawa lambang MMP ini adalah tanda
falsafah besar MAAHAD MUHAMMADI PEREMPUAN KOTA BHARU.
|