BADAN DAKWAH DAN TARBIAH ISLAM (BADATI)
Badan ini ditubuhkan bertujuan sebagai badan induk yang menyelaraskan
kegiatan agama di sekolah ini yang mana kegiatannya bercorak agama.Kegiatan
yang telah dijalankan antaranya ialah:
* mengadakan usrah secara besar-besaran iaitu
penyertaan terbuka kepada semua pelajar secara sukarela
* menganjurkan ceramah yang berkaitan dengan peristiwa
penting yang berlaku dalam tahun Hijrah
* mengadakan program pengurusan jenazah bagi tingkatan enam
atas dan tingkatan enam bawah
*menganjurkan program Qiamullai bagi pelajar menengah atas dan menengah
bawah
Program yang dilakukan ini adalah untuk mempertingkatkan lagi kecemerlangan
akademik pelajar-pelajar dari segi kualiti atau kiantiti,mempertingkatkan
kecemerlangan sahsiah pelajar,merapatkan hubungan silaturrahim dan menambahkan
kefahaman Islam yang sebenar serta memupuk kepimpinan dan kesedaran berdakwah
di kalangan pelajar.
Objektif ini
bersesuaianlah dengan moto badan ini iaitu :
"PEMBENTUKAN INSAN MELALUI TARBIAH"
|