LOKASI MMP
Sekolah Maahad Muhammadi (P) terletak
di tengah pusat bandar Kota Bharu iaitu di Jalan Merbau, 15300 Kota Bharu ,
Kelantan. Kedudukannya yang strategik ini membolehkan sebahagian pelajar puteri
sekolah ini sering berulang alik dari sekolah ke rumah dengan kenderaan awam
atau keluarga.
Pada umumnya, kedudukan sekolah ini berhampiran dengan bangunan Pasar Besar Siti
Khadijah (dulu dikenali dengan Pasar Besar Buluh Kubu), Masjid Baraah (dalam
kawasan pasar tersebut), bangunan Flat Buluh Kubu , bangunan pusat membeli-belah
Pantai Timur, The Store (Kota Bharu), Pasar Borong Mydin dan Stesyen Bas SKMK.
Bersebelahan sekolah ini, terdapat dua buah sekolah Kementerian iaitu SRK.
Merbau dan SM.Zainab (2) iaitu di Jalan Merbau.
Pintu masuk utama ke sekolah ini adalah menghala ke hadapan bangunan ini di
Jalan Merbau iaitu bersebelahan dengan bangunan Asrama Puteri. Berdekatan pintu
masuk utama tersebut, terdapat sebuah pondok jaga (pengawal) sekolah yang juga
menempatkan tempat menunggu berbumbung bagi pelajar-pelajar yang berulang-alik
dengan kenderaan keluarga mereka. Pintu masuk utama ini merupakan laluan masuk
para guru, pelajar dan kakitangan sekolah ini. Selain itu, terdapat dua lagi
pintu masuk ke sekolah ini. Kedua-dua pintu ini adalah menjadi pintu masuk utama
pelajar-pelajar yang berkenderaan awam dan berjalan kaki ke sekolah. Pintu masuk
tersebut, satunya menghala ke kiri sekolah ini iaitu merupakan jalan tengah
antara bangunan Flat Buluh Kubu dengan bangunan SRK. Merbau, dan satu lagi
menghala ke bangunan pusat membeli-belah Pantai Timur yang berada di belakang
blok bangunan sekolah ini.
Sekolah ini dianggap ‘unik’ oleh sesetengah guru di sini kerana ia bukan sahaja
mempunyai padang rumput yang luas di tengah-tengah antara blok banguan ini,
bahkan jarak antara blok-blok bangunan kelas, pejabat, makmal sains perpustakaan
dan kantin agak jauh. Malah ada cikgu ‘terpaksa’ menggunakan kenderaan( kereta @
motorsikal ) untuk pergi ke kelas-kelas tertentu. Menurut mereka, situasi
sekolah ini seolah-olah seperti berada di ‘universiti’ kerana bukan sahaja
keadaan fizikal sekolah yang berbeza malah budaya belajar pelajar berbeza.
Bersebelahan kanan sekolah ini,terdapat tiga buah blok Asrama Puteri iaitu
Asrama A, Asrama B dan Asrama C. Berdekatan asrama ini, terdapat satu rumah lama
berbentuk bulat (pondok-dulu merupakan bekas tapak lama sekolah ini yang
dikenali dengan al-Madrasah al-Arabiyyah Jami’ Merbau al-Ismaili-1942-1956).
Rumah ini telah dijadikan sebagai perpustakaan utama untuk kemudahan rujukan
para pelajar dan guru yang dikenali sebagai Maktabah Maahad Muhammadi (P).Berhampiran
rumah ini juga,tersergam indah sebuah masjid yang didirikan ditengah-tengah
antara blok-blok asrama.Selain itu, terdapat sederetan bangunan lama (seperti
rumah panjang)yang dulu merupakan bekas asrama.Kini,bangunan lama ini masih
dikekalkan sebagai asrama pelajar(Asrama B),dua unit rumah warden,bilik Urusetia
dan bilik tayangan.Di sekitar asrama ini,terdapat beberapa rumah atau pondok
yang kecil untuk pengawal asrama,kantin dan garaj.Di sekeliling asrama ini telah
dihiasi dengan taman-taman bunga dan tempat-tempat istirehat khusus untuk
penghuni asrama ini.
|