ASRAMA MMP (ASPURI)
Asrama Maahad Muhammadi Perempuan terdiri
daripada 3 blok iaitu blok A,B,dan C yang menampung 464 orang pelajar merangkumi pelajar
dari semua tingkatan bermula tingkatan peralihan hingga enam atas yang berasal dari
pelbagai negeri .
Organisasi asrama
terdiri daripada 6 panel yang bertanggungjawab merancang dan melaksanakan aktiviti untuk
para penghuni aspuri . Panel - panel tersebut ialah :
1. Panel Keamanan yang berperanan
mengawal hal - ehwal keselamatan , disiplin , dan keluar
masuk pelajar asrama.
2 . Panel Kesihatan yang
ditugaskan memastikan kesihatan penghuni asrama menyediakan bekalan ubat
ubatan yang mencukupi untuk waktu kecemasan .
3 . Panel Harta benda yang
bertanggungjawab menjaga harta benda aspuri dan
mengenalpasti sebarang kerosakan
yang berlaku di dalam asrama .
4 . Panel Kebajikan berperanan
menguruskan aktiviti yang dijalankan di atas masjid waktu maghrib dan isyak seperti
ceramah serta mengadakan kursus imamah bagi para imamah yang baru dilantik .
5 . Panel Kebersihan bertugas
memastikan kebersihan dan keceriaan aspuri serta mengadakan Pertandingan Bilik Terbersih
pada setiap bulan .
6 . Panel Pendidikan
bertanggungjawab menyelia kelas PREP supaya berjalan dengan lancar dan memberi motivasi
kepada pelajar pelajar untuk meningkatkan pencapaian akademik.
Pelbagai aktiviti diadakan khas
untuk penginap - penginap aspuri seperti majlis berbuka puasa bersama guru , majlis
Maulidur Rasul , kursus kepimpinan dan banyak lagi .
|