KOLEKSI 1 | KOLEKSI 4 |
KOLEKSI 2 | KOLEKSI 5 |
KOLEKSI 3 | KOLEKSI 6 |
KENANGAN
BERSAMA GURU
Guru,
masih
lekat dihatiku
kenangan
disekolah lalu
Guru
ceria, mesra
segarkan
suasana
tegas
dan cergas
sentiasa
membekali kerja
disenangi
olehku
Ilmu
yang diajar
lekat
diminda
minat
dan terus berusaha
mencapai
jaya
terbukti,
pelajaran ajarannya
ku
cemerlang berjaya
Terkenangku
jua
guru
sains yang tegas cergas
hingga
gementar rasa
dinubari
tika sampai
masa
ajarannya....
kami
diminta mengingati
melukis
gambarajah
dan menjawab fakta
malu
terasa, jika tidak berjaya
akan
didenda pula
Namun
ternyata....
ada
hikmah disebaliknya
lalu
berusahalah kami
mengingati
segala
fakta
dan gambar rajah
menghafal
di rumah dan di sekolah
enggan
didenda semula
Ternyata
guru begitu jua
pelajaran
ajarannya
kami
berjaya....
Begitulah
mungkin
kejayaan
adalah
dari
kreativiti guru jua
disamping
kesedaran
dan
usaha berterusan
dari
muridnya....
Untukmu
guru
tetap
kami ingati
dan
sanjung tinggi
selamanya....
Terima
kasih guruku
Allah
jua yang memeliharamu....
Oleh
: Noor Ainy M.Yusoff, Melaka
22
Mac 98 - 10.30 Malam.
Kembali ke atas
RENUNGAN
Aku
terlihat...
manusia
bertelingkahan
sesama
Islam...
ada
yang melalui jasad
ada
yang melalui rohani
tulisan,
mencerca nista
apakah
jua membenci
Apakah
semua itu
ajaran
Nabi/Rasul
ajaran
Allah/Al-quran
sehingga
mesti dipertahankan
Sudahkah
dikhatam
intisari
Al-quran
sudahkah
difahami
isi
makna solat
sudahkah
diteliti
setiap
hadis Nabi
sudahkan
diamalkan
segala
intisari
Daripada
masa dibuang berlalu...
percuma...
sia-sia...
dengan
bertelingkah
menambah
dosa
Tidak
mengetahui...
bertanyalah
kepada
ulamak
muktabar
atau
aulia kerana mereka
adalah
pewaris nabi
supaya
akidah tidak terpesong
dan
tersesat dari jalan
kebenaran...
Berkitab
hendaklah berguru
jika
enggan syaitan dipergurui
jika
berlaku pertelingkahan
kembalilah
kepada Al-quran
ulamak
sebagai guru
bukan
semua boleh dipergurukan
kelak
tersesat... merbahaya...
Alangkah
ruginya
jika
terbuang masa
tanpa
menimba ilmu agama
dan
menambah bekal amal ke sana
untuk
hidup di negeri abadi
hidup
sebenar tak lagi sementara
seperti
di dunia...
Jika
tiba-tiba nyawa diambil olehNya
penyesalan
di sana
sudah
tidak bermakna...
Peringatilah
diriku...
dirimu
jua...
demi
keselamatan bersama...
dan
kebahagiaan natijah akhirnya...
Oleh
: Noor Ainy M.Yusoff, Melaka
14
April 98 - 5.30 Malam.
BAGAIMANAKAH
Masa
itu hendak ku
penuhkan
berisi..
dengan
pahala
tidak
ku mahu
terbuang
sia-sia
Usia
yang tinggal sedikit
saban
hari menjadi baki
berkurang
bukan bertambah
bagaimanakah
nanti
kesudahannya
diriku
di
negeri abadi nanti
Sedangkan
hidup di sana
lebih
panjang dan kekal
dari
di sini hidup yang pendek
dan
sementara...
Tuhan
!...
kasihanilah
hambamu...
janganlah
Kau biarkan hamba
tanpa
menerima hidayahmu
selalu...
Agar
di negeri abadi
yang
tidak mati lagi
aku
terlindung dari azab Mu
yang
tidak mungkin
aku
sanggup menghadapi siksanya...
dan
mendapat perlindungan Mu
Perkenankanlah
Ya Allah...
Permohonan
hamba Mu ini...
Oleh
: Noor Ainy M.Yusoff, Melaka
02
Meil 98 - 10.58 Malam.
Kembali ke atas
NATIJAH
AKHIR
Di
sini bukan di syurga
boleh
hidup senang lenang
di
sini di dunia sementara
menghadapi
sukar payah
sebelum
mencapai bahagia
hidup
abadi di syurga...
Di
sini untuk mencapai
bahagia
di sana
mesti
bijak memilih
antara
intan dan kaca
dimana
intan bersalut sukar
intan
dilitupi ketidaksukaan insan
intan
ibarat bakal mencapai
bahagia
di sana...
Di
sini bakal menerima
siksa
di sana
dilihat
cantik indah di mata
menjadi
kesukaan manusia
kaca
di sini yang diselaputi
intan
di mata manusia
adalah
bakal mendapat
siksa
di sana...
Pastinya...
berhati-hatilah
melayari
hidup di dunia
agar
tidak hanyut dan karam
lemas
di lautan api siksa di sana...
Pastinya...
bijaklah memilih
antara
intan dan kaca
antara
kaca dan intan
antara
syurga dan neraka
antara
bahagia dan siksa
natijah
akhir hidup kita
sebagai
manusia...
yang
hidup di dua dunia...
Bersamalah
kita
ingat
mengingati
bersamalah
kita
insaf
menginsafi
agar
bahagia mencapai bersama
hidup
abadi di sana nanti
yang
tidak akan mati lagi
Agar
menyesal tidak di hati
di
kemudian hari nanti...
Oleh
: Noor Ainy M.Yusoff, Melaka
09
Meil 98 - 4.35 Petang.
Kembali ke atas
Kembali
ke Laman