KOLEKSI 1 | KOLEKSI 4 |
KOLEKSI 2 | KOLEKSI 5 |
KOLEKSI 3 | KOLEKSI 6 |
KOLEKSI 7 | KOLEKSI 8 |
KOLEKSI 9 | KOLEKSI 10 |
KOLEKSI 11 | KOLEKSI 12 |
DALAM KEKELAMAN BERTEMU SINAR IMAN....
Dalam kekelaman siang
pun kegelitaan malam
duhai..... sukarnya menemukan
sinar cahaya.... bagi mereka yang alpa...
cahaya di mata hilang sirnanya
cahaya di hati hilang terbangnya...
bertukar gelap gelita teraba-raba
cahaya iman, Islam jauh dari sudut hatinya
tak ternampak oleh mereka.... lagi sinarnya...
yang pasti cahaya merah neraka... kekafiran...
menggamit mesra hati mereka...
dengan kesenangan sementara di dunia...
lalu tertutuplah mata dan hatinya... buta...
dari cahaya Nur Ilahi.....Sinar Rabbani...
Duhai..... wanita Islam
wahai..... pemuda Islam
bangunlah menentang kekafiran/Murtad...
berjuanglah berjihadlah
di jalan KeIslaman
jalan penuh kebahagiaan
yang penuh onak duri di dunia ini
hadiahnya syurga menanti...
di akhirat nanti...
Usah kau tertipu kilauan dunia
yang menjanjikan pura-pura....
renunglah hayatilah Sinar Al Quran
Mukjizat satu-satunya di dunia
jua hadith peninggalan Nabi tercinta...
penuh kebenaran penuh kesyahduan...
dampingilah pelajarilah dari pewaris Nabi
Ulamak warisatul Anbia' yang mulia...
menjanjikan kebahgiaan...ketenangan
keselesaan, kejayaan selamanya di dunia
hingga ke akhirat... penuh takwa keyakinan...
Marilah menuju kebenaran
Marilah menuju kejayaan
Marilah menuju kebahagiaan...
Allahu Akbar, Subhanallah... Alhamdulillah
Laa ilaaha illallah... Muhammadurrasulullah.....
Karya,
Noor Ainy M.Y. (Nurdina M.Y.)
15 September 1998.
ALLAH
MAHA BIJAKSAN
HAYATILAH
AJARAN AL QURAN
KE LAMAN AL QURAN
KE LAMAN
NASYID
KE
LAMAN CERAMAH
_________________________________________________________________
(Emel daripada rakan cyber - terima kasih diucapkan menitipkan kata-kata bermakna untuk semua.)
"jebat adi putra" <jebat_1@hotmail.com>
Assalamualaikum.........Noory
Terimalah kata-kata di bawah ini:-
JANGAN DIKATAKAN PENA PANDAI
YANG PANDAI PENULISNYA
JANGAN DIKATAKAN KERIS BERSILAT
YANG BERSILAT PENDEKARNYA
JANGAN DIKATAKAN LUKISAN INDAH
YANG INDAH IDEA PELUKISNYA
JANGAN DIKATAKAN NASI SEDAP
YANG SEDAP SELERA PEMAKANNYA
JANGAN DISANGKA KITA BIJAK
YANG BIJAK ITU ALLAH JUA
JANGAN DISANGKA KITA PANDAI
YANG PANDAI ITU ALLAH JUA
JANGAN DISANGKA KITA TAHU
YANG TAHU ITU ALLAH JUA
BIJAK,PANDAI,TAHU
SEMUA ITU MILIK ALLAH
KITA HANYA ALATNYA
KITA HANYA PENZAHIRANNYA.
______________________________________________________________________
APALAH GUNANYA PARANG
KALAU TIDAK BOLEH MENEBAS
APALAH GUNANYA SENAPANG
KALAU TIDAK BOLEH MENEMBAK
APALAH GUNANYA PENA
KALAU TIDAK BOLEH MENULIS
APALAH GUNANYA WANG
KALAU TIDAK LAKU
APALAH GUNANYA RUMAH
KALAU TIDAK BOLEH DIDUDUKI
APALAH GUNANYA BUNGA
KALAU TIDAK CANTIK
APALAH GUNANYA ILMU
KALAU TIDAK DIAMALKAN
APALAH GUNANYA TEORI
KALAU TIDAK DIPRAKTIKKAN
APALAH MAKNANYA IMAN
KALAU TIDAK DIHAYATKAN
APALAH MAKNANYA MUHAMMAD
KALAU TIDAK DITURUTKAN
APALAH MAKNANYA ALLAH
KALAU TIDAK DI TUHANKAN
WASSALAMUALAIKUM
-------------------------------------------
(Terima kasih daripada pengirim:
(Jebat adi putra) yang saya kenali hanya
melalui cyber .... chat diamboi...net.)
berfaedah juga saya meluangkan masa di situ... selain daripada menitipkan/meninggalkan
alamat website saya untuk dilawati dan dihayati... begitu juga bertukar
fikiran tentang hal semasa terutama hal agama Islam tercinta, malah
rupanya dapat juga saya abadikan kata-kata bermakna di atas dari rakan
cyber saya hasil dari kenalan di ruangan cyber tersebut...) jangan disangka
membuang masa bersembang dinet, kadang kadang ada juga faedahnya seperti
ini... tak sangka beliau boleh menggubah nukilan kata yang bermakna...
untuk dihayati oleh kita semua.).. malah ada yang telah dan akan masuk
Islam setelah dan berminat mendalami agama Islam juga dari sembang sembang
sambil berdakwah di net....dari makluman mereka kepada saya... selain daripada
mengenali kehidupan manusia lain yang tidak kita kenali rupanya... senang
susahnya... simpati dan nasihat menasihati... untuk kebaikan.. tapi jangan
pula kearah keburukan.. bergantung kepada niat kita, baik niat pahalalah
dapat, buruk niat... tanggunglah sendiri akibat...) - ikhlas
daripada Noory - (05 Nov. 1998.)
__________________________________________________________________
(Assalaamu'alaikum w.w. para pengunjung
yang dihormati sekelian.... di bawah ini bukanlah koleksi berupa karya
tetapi ia adalah suatu coretan emel yang amat berharga untuk kita semua
renungkan semasa ada hayat di dunia, semoga juga, dengan itu, akan menambah
lagi keyakinan, keimanan, ketakwaan dan berusaha menghimpun bekalan yang
baik untuk hidup abadi di sana nanti yang bakal kita semua tempohi dan
jalani ... insyaAllah... semoga balasan baik yang kita terima.) Emel ini
saya terima dari ahli hizbi.net.)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~******~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
-----Original Message-----
From: Achmed Badaruddin Mohamad
Yatim/KLIAB
[SMTP:Achmed_Badaruddin_Mohamad_Yatim/KLIAB.KLIAB@kliab.com.my]
<mailto:>
Sent: Wednesday, August 05, 1998
7:03 AM
To: IT Services; Administration;
Finance; Planning_SP; Hasbullah Abu
Talib/KLIAB; zainal; asmamy
Subject: fwd: Fw: [Fwd: FW: SAAT
PALING NIKMAT BAGI PENGHUNI SYURGA]
This is a good story!!
Diriwayatkan setelah para penghuni
syurga selesai menikmati di hari pertama mereka dikumpulkan beramai-ramai
di dalam perkampungan syurga yang serba indah di dalam suasana yang amat
berbeza dan paling menakjubkan, lalu
mereka pun dipakaikan pula dengan
pakaian yang serba indah yang dihadiahkan oleh Allah.
Setelah itu Allah memerintahkan
malaikat Jibrail menghantar bau-bauan harum untuk para tetamu yang tidak
terbilang ramainya itu. Kemudian muncul pula seekor burung yang ajaib rupanya
dan terlalu cantik pula warnanya terbang
di udara taman syurga yang permai
itu. Burung ajaib itu terbang di atas perhimpunan yang ramai itu sambil
mengembangkan sayapnya mengelilingi
bahagian atas kepala mereka. Dari kedua belah sayapnya itu terperciklah
bau-bauan yang harum semerbak yang merenjis pada tubuh badan setiap ahli
syurga itu. Maka harum dan bertambah nyaman lah suasana syurga pada masa
itu.
Alangkah tercengangnya para tetamu
di perkampungan syurga itu melihat beberapa kejadian ajaib yang ditunjukkan
oleh Allah sebagai janji tentang kesenangan dan kebahagiaan yang bakal
dinikmati oleh manusia yang beriman
di alam akhirat.
Seketika kemudian terdengar suatu
suara paling ganjil dan menakjubkan memenuhi ruang taman syurga yang terbentang
itu. Suara itu merupakan kalimah dari Allah S.W.T sendiri yang pertama
kali didengar oleh manusia
"Apakah lagi permintaan kamu kepada
Aku wahai hamba-hamba Ku. Mintalah kepada Aku dan Aku akan memenuhi kehendak
kamu semuanya" Demikian kalimah yang berkumandang di setiap penjuru alam
syurga pada ketika itu.
Tercengang dan terperanjatlah sekelian
manusia penghuni syurga bila mendengar kalimah dari Allah sendiri di bumi
syurga yang amat keramat dan bertuah itu.
Mendengar kalimah suara dari Allah
S.W.T. merupakan suatu nikmat yang paling berharga dan mulia yang bakal
dikecap oleh manusia beriman dan beramal soleh di syurga nanti. Ia lebih
berharga dari segala-galanya dan lebih nikmat dari setiap apa yang pernah
dirasai oleh umat manusia di muka bumi ini.
Peristiwa ini tidak akan dikecap
oleh manusia kufur dan kafir. Kerana di akhirat nanti bukan sahaja Allah
jijik dan benci melihat mereka malah Allah akan menghalang pendengaran
mereka dari mendengar suara dan kalimah Nya,
apalagi untuk melihat wajah Allah
Kemudian seluruh manusia yang memenuhi ruang taman syurga itu berkata,
"Wahai Tuhan kami, sesungguhnya
telah Engkau sempurnakan janjiMu tentang kenikmatan yang akan Engkau anugerahkan
ke atas hamba-hamba Mu yang mensyukuri setiap nikmat yang telah Engkau
kurniakan semasa di dunia.
Demikian pun wahai Tuhan kami izinkanlah
kepada kami untuk melihat wajahMu di hari akhirat yang engkau janjikan
itu."
Melihat wajah Allah dengan jasad
dan mata sendiri merupakan suatu perkara yang paling mustahil dapat dicapai
seseorang manusia, kecuali junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W melalui
peristiwa Israk dan Mikraj dalam masa
hidup di dunia dahulu. Tetapi apakah
kita akan mendapat nikmat melihat wajah Allah di syurga nanti?
Inilah suatu kejadian yang akan
dinikmati sendiri oleh orang-orang yang mukmin,yang beriman, yang percaya
kepada Allah serta mempercayai pula kepada perkara-perkara yang ghaib,
bila dihimpunkan di syurga nanti.
Seketika kemudian secara tiba-tiba
muncullah sebuah mimbar yang amat ajaib di taman syurga yang penuh berisi
dengan manusia yang ramai itu. Malaikat Jibrail muncul di tengah manusia
yang ramai itu sambil membimbing tangan
Nabi Musa A.S naik ke atas mimbar
yang indah itu untuk membacakan kitab Taurat supaya dapat dihayati oleh
seluruh umat manusia di dalam syurga itu.
Setelah Nabi Musa A.S berada di
atas mimbar itu, beliau pun memperdengarkan bacaan Taurat denagn bacaan
yang lembut dan jelas didengar oleh manusia di situ. Selepas itu Jibrail
mempersilakan pula Nabi Isa A.S ke atas mimbar
yang sama untuk memperdengarkan
bacaan kitab Injil yang pernah diturunkan kepada beliau oleh Allah S.W.T.
Setelah Nabi Isa A.S tamat memperdengarkan
bacaannya, kemudian tibalah giliran Nabi Daud A.S untuk memperdengarkan
bacaan kitab Zabur kepada manusia di taman syurga itu, beliau pun membaca
kitab suci itu dengan
suara yang lemah-lembut dan paling
indah hingga menjadi terpegunlah sekelian manusia di taman syurga mendengar
suara Nabi Allah itu.
Selepas itu, malaikat pun
mempersilakan Nabi Muhammad S.A W naik ke atas mimbar itu untuk memperdengarkan
bacaan kitab suci Al-Quran. Rasululullah S.A.W pun naik ke atas mimbar
itu lalu membacakan kitab suci Al-Quran
dengan suara yang paling merdu
dan tidak pernah didengar oleh sebarang manusia sebelum ini. Setelah selesai
pembacaan kitab-kitab suci yang pernah diturunkan oleh Allah kepada umat
manusia itu, maka tiba-tiba terangkatlah suatu hijab (halangan) di langit
syurga ketika itu. Apabila terbuka sahaja hijab itu, maka keluarlah angin
yang lembut bersama dengan sejenis bauan yang sangat harum dan menakjubkan.
Sekelian manusia yang berada di taman itu berasa terkejut melihat suatu kejadian paling ajaib yang tidak pernah tefikir oleh akal mereka sebelum ini. Dan selepas itu terbukalah suatu hijab yang lebih besar lagi iaitu hijab yang menghalang setiap makhluk dari melihat wajah Allah S.W.T . Di sinilah merupakan saat paling nikmat dan paling berharga bagi setiap penghuni syurga kerana di sinilah tempat pertemuan sebenarnya antara manusia dengan Tuhannya. Allah lalu memberi salam kepada sekelian manusia yang memenuhi taman syurga pada ketika itu, dan seluruh manusia penghuni syurga tersebut menyambut semula salam Allah dengan rasa nikmat dan syukur yang tidak terperi.
Kemudian berkatalah seluruh manusia
itu kepada Allah Maha Pencipta, Allah Maha Berkuasa, Yang Maha Pengasih
dan Maha Mengasihani, "Wahai Tuhan kami, izinkanlah kami sujud kepadaMu
hari ini." Allah membalas permintaan
seluruh manusia itu dengan kalimahNya
"Wahai hamba-hambaKu, hari ini bukanlah merupakan suatu hari untuk kamu
semuanya rukuk dan sujud kepada
Ku. Tetapi hari ini adalah hari pembalasan nikmat untuk kamu semua. Sesungguhnya
wahai hamba-hambaKu, syurga bukanlah tempat untuk kamu semua berbuat ibadat,
tetapi ia merupakan tempat mulia untuk kamu semua merasa pembalasan nikmat
dan kesenangan yang berkekalan. Walaupun begitu, Aku izinkan kamu semua
sujud sekali kepadaKu pada hari ini"
Saudara-saudara sekelian, yakinlah
dengan sepenuh-penuhnya keyakinan bahawa di akhirat nanti, kita akan bertemu
dengan Tuhan yang kita puja dan sanjung. Rasulullah S.A.W sendiri menerangkan
kepada kita bahawa kita akan dapat melihat Allah S.W.T di akhirat nanti.
- KISAH TELADAN
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
(Ini satu lagi emel dari ahli hizbi.net.
untuk peringatan dan perhatian kita semua)
-----Original Message-----
From: Achmed Badaruddin Mohamad
Yatim/KLIAB
[SMTP:Achmed_Badaruddin_Mohamad_Yatim/KLIAB.KLIAB@kliab.com.my]
<mailto:>
Sent: Tuesday, August 04, 1998
6:41 PM
To: Mohd Zaki Mohd Yusof/KLIAB;
zainal
Subject: fwd: utk. dikongsi sesama
Islam...
Saudara/ri sekelian,
Kalau anda perihatin dengan agama
dan survival orang Melayu Islam di tanahair kita, sila baca mesej dibawah.
Semalam saya berkesempatan menghadiri
satu sessi dialog diantara ahli jemaah mesjid saya dan Sdr Zulkifli Nordin,
seorang peguam yg mengendalikan kes murtad Nor Aishah bt Bukhari, yg heboh
sikit masa dulu. Saya percaya
saudara/ri sendiri pernah mendengar
dari beliau pasal hal ini, tapi berita yg saya ingin kongsi bersama
di sini agak terkini dan menakutkan kita orang Islam.
Hasil siasatan beliau sebagai seorang peguam yg bertanggungjawab terus dengan kes sebegini, beliau dapati sampai sekarang sudah ada 7 kes yang sama dgn kes Nor Aishah. Yang menggerunkan kita adalah kesemua gadis yg telah dimurtadkan secara terpaksa ini bukannya dari golongan bohsia/bohjan tapi adalah dari golongan mereka yg menutup aurat (bertudung) dan highly-educated, sebahagiannya lulusan luar negeri dan bergaji besar, tetapi masih solo dan tinggal sendiri berkerja di lembah Klang, jauh dari sanak sedara. Ini amat memeningkan beliau kerana sekarang ikut saya ke gereja". Maka bermulalah episode ngeri yg kita takutkan. Di gereja, paderi akan main peranan mengkristiankan gadis ini secara diam2 tanpa diketahui oleh ibubapa mereka sendiri. Dgn menjauhi mereka ini dari keluarga dan agama mereka, maka senanglah usaha mereka untuk menukar agama gadis2 ini secara formal, maka makin bertambahlah statistik umat Islam nak tukar nama atas alasan menukar agama.
Kepada saudara/ri sekelian yg mempunyai anak remaja, sepupu, anak saudara atau kaum kerabat terdekat perempuan, ambillah iktibar dari cerita benar ini, demi untuk kepentingan dan survival umat Islam Melayu. Ambillah sedikit inisiatif untuk semak aktiviti mereka seharian, kemana mereka pergi, apa mereka buat dan dengan siapa mereka berkawan, SEBELUM TERLAMBAT.
Fenomena diatas sedang melanda negara kita tanpa kita sedari, dalam keadaan ramai yang lalai dibuai kesenangan dunia yg sementara. Jangan sampai cucucicit dan generasi kita yg akan datang menyumpah kita kerana akibat kelalaian kita, mereka semua terlepas keluar dari pelukan Islam.
Pengirim,
- Ahmad Disa -
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
(Ini satu lagi emel dari ahli hizbi.net. untuk perhatian/panduan kita sekeluarga)
Assalamualaikum
Buat renungan sahabat2..
*******************ISTIMEWANYA
WANITA**********************
*******************________________________*********************
1. Doa wanita lebih makbul
daripada lelaki kerana sifat penyayang yang
lebih kuat daripada lelaki.
Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan
hal tersebut,jawab baginda: "Ibu
lebih penyayang daripada bapa dan doa
orang yang penyayang tidak akan
sia-sia."
2. Wanita yang solehah (baik)
itu lebih baik daripada 1,000 orang
lelaki yang soleh.
3. Barang siapa yang menggembirakan
anak perempuannya, darjatnya
seumpama orang yang sentiasa menangis
kerana takutkan Allah S.W.T dan
orang yang takutkan Allah S.W.T
akan diharamkan api neraka ke atas
tubuhnya.
4. Barang siapa yang membawa
hadiah (barang makanan dari pasar ke
rumah) lalu diberikan kepada keluarganya,
maka pahalanya seperti
bersedekah. Hendaklah mendahulukan
anak perempuan daripada anak lelaki.
Maka barang siapa yang menyukakan
anak perempuan seolah-olah dia
memerdekakan anak Nabi Ismail A.S
5. Wanita yang tinggal bersama
anak-anaknya akan tinggal bersama aku
(Rasulullah S.A.W) di dalam syurga.
6. Barang siapa mempunyai
tiga anak perempuan atau tiga saudara
perempuan atau dua anak perempuan
atau dua saudara perempuan, lalu dia
bersikap ihsan dalam pergaulan
dengan mereka dan mendidik mereka dengan
penuh rasa takwa serta bertanggungjawab,
maka baginya adalah syurga.
7. Daripada Aisyah r.a. "Barang
siapa yang diuji dengan sesuatu
daripada anak-anak perempuannya,
lalu dia berbuat baik kepada mereka,
maka mereka akan menjadi penghalang
baginya daripada api neraka.
8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
9. Apabila memanggil akan
engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah
panggilan ibumu dahulu.
10. Wanita yang taat berkhidmat
kepada suaminya akan tertutup
pintu-pintu neraka dan terbuka
pintu-pintu syurga. Masuklah dari
mana-mana pintu yang dia kehendaki
dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat akan
suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di
udara, malaikat di langit, matahari
dan bulan, semuanya beristighfar
baginya selama mana dia taat kepada
suaminya dan direkannya(walinya)
(serta menjaga sembahyang dan puasanya).
12. Aisyah r.a berkata "Aku
bertanya kepada Rasulullah S.A.W, siapakah
yang lebih besar haknya terhadap
wanita? Jawab baginda, "Suaminya."
"Siapa pula berhak terhadap lelaki?"
Jawab Rasulullah S.A.W, "Ibunya."
13. Perempuan apabila sembahyang
lima waktu, puasa sebulan Ramadan,
memelihara kehormatannya serta
taat akan suaminya, masuklah dia dari
pintu syurga mana sahaja yang dia
kehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong
suaminya dalam urusan agama, maka
Allah S.W.T memasukkan dia ke dalam
syurga lebih dahulu daripada
suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan
mengandung janin dalam rahimnya, maka
beristighfarlah para malaikat untuknya.
Allah S.W.T mencatatkan baginya
setiap hari dengan 1,000 kebaikan
dan menghapuskan darinya 1,000
kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan
mulai sakit hendak bersalin, maka Allah
S.W.T mencatatkan baginya pahala
orang yang berjihad pada jalan Allah
S.W.T
17. Apabila seseorang perempuan
melahirkan anak, keluarlah dia daripada
dosa-dosa seperti keadaan ibunya
melahirkannya.
18. Apabila telah lahir (anak)
lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap
satu tegukan daripada susunya diberi
satu kebajikan.
19. Apabila semalaman (ibu)
tidak tidur dan memelihara anaknya yang
sakit, maka Allah S.W.T memberinya
pahala seperti memerdekakany 70 orang
hamba dengan ikhlas untuk membela
agama Allah S.W.T
************************************
Semoga apa yang disampaikan dpt
dijadikan renungan, diamal dan di
sampaikan kpd yang lain. Insya
Allah.
Wassalam
Pengirim: "ZahrulRodian MohdAnwar"
<bocut@hotmail.com>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
MULIA MU WANITA
Betapa darjat dirimu mulia
wahai wanita... puteri, suri, ibu
kau amanah Allah pada mereka
pada ibu ayahmu, pada abangmu
pada adik lelakimu, pada suamimu
pada anak lelakimu....
sesungguhnya kau tak perlu bimbang
bernafas di dunia ini....
kerna jika mereka faham amanahnya
kau tidak akan tersia-sia...
dan pasti dipeliharanya sempurna
hingga akhir nafasmu di maya...
Wanita.... perlulah berperibadi mulia
semoga warismu terpelihara dari neraka
kerna tanggungjawab mereka
bukan saja memastikan kebajikanmu
malah juga amalan kebaktianmu
pada Ilahi untuk hidup abadi nanti...
andai amalan buruk yang kau bawa
pemegang amanahmu jua akan
terseret sama... ke jurang neraka....
Duhai pewaris wanita...
bimbinganmu bukan sahaja
kebajikan mereka malah
wajib pula membimbing mereka
ke jalan Allah menuju syurga
bukan menuju neraka..
Ingatlah pewaris wanita...
Ayah, anak lelaki,
saudara lelaki, suami...
peganglah amanah Allah ini
terhadap wanita tanggunganmu
sebagai ibumu, isterimu
anak puterimu, saudara perempuanmu
Kau tidak terlepas bahagia di syurga
jika mereka semua terabai
dan tidak kau tunaikan
amanah Allah yang kau terima...
renungilah bersama....
wahai ayah, anak lelaki,
abang, adik lelaki dan juga suami
amanahmu bukan sahaja
untuk negara, keluarga
malah juga untuk mereka
wanita.... jangan kau sia-siakan
demi keredhaan Allah
demi mengecap bahagia di syurga
impian semua...
Wahai orang-orang yang beriman
peliharalah dirimu
dan ahli keluargamu
yang diamanah dibahumu
dari siksa api neraka
yang bahan bakarnya adalah
terdiri dari batu dan manusia....
Nukilan,
Noor Ainy M.Y (Nurdina M.Y)
17 September 1998.
___________________________________________________________________________________
(Ini satu lagi emel yang
bermanfaat untuk perhatian/panduan kita sekeluarga)
Subject:
FW: Wasiat Nabi junjungan kepada Saidina Ali r.a
Date:
Wed, 25 Nov 1998 10:02:17 +0800 (Taipei Standard Time)
From:
Azila Kamarudin <Azila.Kamarudin@wdc.com>
To:
AneeS@mni.com.my, an@arkib.gov.my, eennaa@rocketmail.com, mazwinm@pc.jaring.my,
ZFATIM01@sgecdu.umw.com.my, KhadiyatiS@tnb.com.my, awwin@hotmail.com,
n.azlina@helm.hitachi.com.sg, noorainy@tm.net.my, altn_gal98@yahoo.com,
roslina@sjac.po.my,
RUZITAR@PROTON.COM.MY, s.sabariah@helm.hitachi.com.sg, HSALIN01@sh2.umw.com.my,
h.siti@helm.hitachi.com.sg, SUZANARO@mutiara.com.my, wanhab@medicine.med.um.edu.my,
wsalmiah@scs.com.my, Zalina.Mohamed.Zain@wdc.com, zita@tm.net.my, Ahalim@csd.tnb.com.my,
rhi8@yahoo.com, kumraihan@hotmail.com, abujihad@usa.net, Amir.Hamzah.Abdul.Hamid@wdc.com,
ataufek@sig.celcom.com.my, badrulamin@iiu.edu.my, kamarudin@ids.org.my,
faizul@my.ibm.com,
hattamr@medic.ukm.my, ida_mickey@hotmail.com, c_u_amigo@yahoo.com, j_sha@hotmail.com,
kpsb@tm.net.my, mohd_h_yahya@amoco.com, chee104@hotmail.com, raihani19@yahoo.com,
pascomp@hotmail.com, mansyah@ids.org.my, a.salim@BPMB.GLOBALDEN.com
Wasiat Nabi junjungan kepada
Saidina Ali r.a
Wahai Ali,
Bagi orang mukmin ada 3 tanda-tandanya
Tidak terpaut hatinya pada harta
benda dunia
Tidak terpesona dengan pujuk
rayu wanita
Benci terhadap perbualan dan
perkataan sia-sia
Wahai Ali,
Bagi orang alim itu ada 3 tanda-tandanya
Jujur dalam berkata-kata
Menjauhi segala yang haram
Merendahkan diri
Wahai Ali,
Bagi orang yang takwa itu ada
3 tanda-tandanya
Takut berlaku dusta dan keji
Menjauhi kejahatan
Memohon yang halal kerana takut
jatuh dalam keharaman
Seseorang wanita itu apabila
di hari akhirat akan menarik empat
golongan lelaki bersamanya ke
dalam neraka.
Pertama:-ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar
ayah tidak memperdulikan
anak-anak perempuannya di dunia.
Dia tidak memberikan
segala keperluan agama seperti
mengajar solat, mengaji
& sebagainya. Dia memperbiarkan
anak-anak perempuannya
tidak menutup aurat.....tidak
cukup kalau dengan hanya
memberi kemewahan dunia sahaja
maka dia akan ditarik
oleh anaknya.
Kedua:-suaminya
Apabila sang suami tidak memperdulikan
tindak tanduk
isterinya. Bergaul bebas di
pejabat,memperhiaskan diri
bukan untuk suami tapi untuk
pandangan kaum lelaki yg
bukan mahram..apabila suami
mendiam diri......walaupun
dia seorang alim etc solat tidak
tangguh, puasa tidak
tinggal maka dia akan ditarik
oleh isterinya.
Ketiga:-abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab
menjaga maruah
wanita jatuh ke pundak abang-abangnya.....jikalau
mereka
hanya mementing keluarganya
sahaja dan adik perempuannya
dibiar melencong dari ajaran
ISLAM ....tunggulah tarikan
adiknya di akhirat
Keempat:-anak lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati
seorang ibu perihal
kelakuan yang haram dari Islam,
maka anak itu akan disoal
dan dipertangungjawabkan di
akhirat kelak.......nantikan
tarikan ibunya
Maka kita lihat bertapa hebatnya
tarikan wanita bukan
sahaja di dunia malah di akhirat
pun tarikannya begitu
hebat...maka kaum lelaki yang
bergelar ayah/suami/abang
atau anak harus memainkan peranan
mereka yang sebenar
tidak silap firman ALLAH SWT:-
"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI
KAMU SERTA AHLIMU DARI
API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA
IALAH MANUSIA DAN BATU-BATU..."
Hai wanita, kasihkan ayah anda,suami
anda ,abang-abang
anda serta anak-anak lelaki
anda...kesiankanlah mereka
dan diri kamu sendiri......jalankan
perintah ALLAH SWT
bersungguh dan dengan ikhlas..
Akhir kata,marilah kita berdoa
agar kita semua terselamat
dari ditarik dan tertarik....oleh
mana-mana pihak.
>> > >
Harga seseorang muslim adalah
sangat berharga. ALLAH SWT
nilaikan seseorang muslim dengan
SYURGA...semua kaum muslim masuk
syurga...janganlah kita membuang
atau tidak mengendahkan janji ALLAH
SWT.
SEMOGA KITA SEMUA TERGOLONG DARI
AHLI SYURGA YANG
MEMASUKI NYA TANPA
HISAB AMIN...YA RABBALALAMIN
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kembali
ke atas
Kembali
ke Laman