KOLEKSI 1 | KOLEKSI 4 |
KOLEKSI 2 | KOLEKSI 5 |
KOLEKSI 3 | KOLEKSI 6 |
ADIK AZUANKU SAYANG
Di usia sebayamu
riang rakanmu bermain tertawa
tanpa ada masalah...
bermanja bermesra beribu bapa
sejahtera bahagia tanpa airmata
Terasa sedihnya nasib dirimu
sebaliknya dari rakan sebaya
sudah jatuh ditimpa tangga
namun usah berduka...
kerana dugaan Allah
ada hikmah sentiasa...
Kuatkan semangatmu dik...
menghadapi dugaan dunia...
kami semua berdoa dan berusaha
membantu merawatmu segera
agar dirimu sejahtera semula
menikmati hidup sihat bahagia
Semoga Allah sentiasa memeliharamu
semoga Allah memulihkan kesihatanmu
Allah tetap sayang kita semua
selagi kita sentiasa di jalan Nya
Wahai Para Dermawan...
segeralah hulurkan bantuan
setiap yang dihulurkan ada balasan
itulah janji Allah
dermamu tak akan sia-sia
pahalanya akan berganda
menjadi saham akhirat selamanya
yang pasti dituai nantinya...
Pahala amalan sedekah jariah
akan hidup selamanya
walau dirimu telah tiada di dunia
ikhlaslah, hulurlah, berdermalah...
untuk adik Azuan demi kesihatannya...
agar dapatlah dirasanya bahagia
dan keringlah airmatanya...
kerana kesihatan yang sejahtera...
Nukilan,
NURDINA M.Y.
MELAKA.
18 April 98.
Kembali ke atas
(Sajak ini adalah hadiah dari seorang kenalan cyber kepada saya yang
mempunyai bakat kreatif yang terserlah juga, lahir dari rasa prihatinnya
sebagai sesama insan. Walaupun hanya berkenalan dalam tali cyber, tapi
sajak ini lebih bermakna kerana dapat melahirkan seribu lagu. Ribuan
terima kasih diucapkan kepada beliau yang mempunyai rasa prihatin)
Mana lindungan yang ditindih
corak warna mengadun kasih
sayup menutupi cerita sedih
senyum sebak mengukir pulih
Diantara dua mata dunia
manakah pendahulu bahagia
siapakah yang mencipta ceria
tunduk berpaling kata mulia
Putus tinggal kenangan manis
Memupuk peluk suara tangis
Hilang tiada hati mengemis
Menggenggam moga tak terhakis
Rundung kasih malang menyeri
ditapak semai tercipta tari
yang dahulu tanpa pinta cari
Memeluk erat mengurut duri...
Nukilan,
ARBANJI PAIPI,
JITRA, KEDAH.
13 Mei 1998.
Ke Pentas Arbanji
Ke
Puisi Rasa
UBAT HATI
Seketul daging
bernama hati
baik ia baiklah diri
buruk ia buruklah peribadi
Jasad lahir perlu dirawati
hati nurani perlu diubati
sakit lahir dapat dilihati
sakit rohani deritalah hati
Ubatilah hati selalu
dengan zikrullah, selawat rasulullah
baca Al Quran sentiasa
tak lupa suruhan Allah
ditinggalkan segala laranganNya
Sesungguhnya
dengan mengingati Allah
hati akan menjadi tenang
jiwa akan menjadi lapang
Lazimilah sentiasa mengubati hati...
agar bahagia di jiwa menanti...
Nukilan,
Noor Ainy M. Y. @Nurdina M.Y.
14 Mei 1998
Jam:10.30malam
(Dilinkkan ke homepage yang boleh kita semua mengubat hati)
Ke
Laman Kasim's Homepage
Ke
Laman Ustaz M.Sani Homepage
Ke Laman Solat.Net
Ke Laman
Al-Ahkam Online
Ke
Laman Al-Manahil
Ke
Laman Suhaizad Ibrahim
Ke
Laman Ustaz Syed Hasan Alatas
Ke
Laman Surau Al-Ikhlas Bukit Belimbing
Ke
Laman Islamic Links
Ke
Laman Masjid Al Barakah
Ke
Laman Buletin Masjid Al Barakah
RAMBU-RAMBU
(Sajak ini adalah hasil nukilan rakan
cyber yang selalu menghantar artikel melalui emel
kepada saya. Artikelnya saya abadikan di laman Am4 homepage saya ini. Terima
kasih
diucapkan kepada beliau. Kami
menunggu lagi nukilan beliau sekiranya ada untuk diabadikan
di sini.)
Dalam kekelaman malam
aku menapak dijalan batu
mencari erti kemanusiaan
tiba-tiba aku tersentak
dikejutkan suatu imbauan
berlabuh sebentar
dipangkuan kupingku
Kutoleh ke kiri
kekumbang terbang
kutoleh ke kanan
lelabah singgah
untuk seketika
Jauh di jalanan ini
cuma kelihatan kerlipan bebayang
cahaya berkerdip bagai bintang
tak tercapai dek tangan yang panjang
Ku lalui kerikil tajam
walau terus menikam
ku lalui untuk mencari
erti kemanusiaan
Di kiri dan kananku
di depan dan belakangku
di atas dan bawahku
cuma ada rambu-rambu
itulah kehidupan.
Nukilan,
MUZIR,
KUALA LUMPUR.
Jun 1998.
(Sajak ini kiriman dari En. Muzir iaitu
dari koleksi sajak simpanannya. Terima kasih diucapkan
kepadanya.)
DESTINASI SEJATI
Dalam kemerahan warna bunga
terbayang riak aksimu
tegas, jelas, terang, telus
dalam persembunyianmu
tergambar ukiran wajah perilaku:
prihatin.
Ketabahan dalam menujak duri tajam
tanpa hirau luka berdarah
menitis
tes tes tes
semangat terus membara
perjalanan masih jauh
tidak perlu bertangguh-tangguh
Dalam kepanasan mentari
sinarnya tetap ditadah
pada jasadmu, penuh tabah
Dalam raut wajah,
kekadang terlintas bayangan ungu
tapi
kemerahan warna menutup kekelaman
Semalam,
sang camar di laut datang
pungguk diujung cemara bernada
angin bertiup lembut
jasad tetap gugup
kerja nun jauh di sudut kalbu
kelam kelabu bercampur sinar pelita
kelip-kelip tapi nyata
bagai bintang nun jauh dipuncak awan
Walau bulan tetap kan bersinar
tapi mentari pergi bersembunyi
bintang-bintang penghias jagatraya
manakan sama terangnya
antara siang dan malam
Ku menjenguk ditingkap kaca
kubaca cerita semalam
tika angin berhembus
tika seluang berbicara
tika bulan menghilang cahaya
tika tiada taburan bintang-bintang
tika kegelapan
tika sinar kian menipis
tika perjalanan semakin hampir
destinasi sejati.
Nukilan,
MUZIR,
KUALA LUMPUR.
HANYA UNTUK-NYA
Seorang insan yang hatinya
hanya kepada Allah
sangat menginginkan
tiadanya kepentingan peribadi
atau untuk duniawi
Dirinya menginginkan
tunduk khusyuk hanya kepada-Nya
dipenuhi masa bertakwa sentiasa
merasa betapa ruginya
membuang masa sia-sia
ingin sentiasa menambah pahala
Andaikan lebih dihajatinya
dirinya bagai malaikat
tanpa keperluan peribadi
segalanya darinya hanyalah
untuk pengabdian kepada Allah
Allah-lah segala-galanya...
yang menyiram air ketenangan
yang menyinar cahaya keteduhan
di ruang hati yang berseri
bersinar cahaya kebahagiaan...
abadi sentiasa...
Itulah pencinta Allah
Islam junjungannya...
Rasulullah ikutannya...
Al-Quran amalannya...
Nukilan,
Noor Ainy M. Y. @Nurdina M.Y.
Melaka.
19 Jun 1998
Jam: 8.20 malam.
(KE LAMAN PERINDU CINTA ALLAH)
Kembali ke atas
(Sajak ini kiriman dari En. Hamurabai@Ismail
Muzir dari koleksi sajak simpanannya. Terima kasih diucapkan kepadanya.)
LAGU-LAGU SEMALAM
Lagu-lagu semalam
telahku nyanyikan
bersama alunan ombak
memukul pantai
Lagu-lagu semalam
kusimpan dimuzium kalbuku
untuk warisan
selagi hayatku
masih bersama
Lagu-lagu semalam
kekadang terimbau dek angin lalu
menitiskan embun
sesejuk salju
Lagu-lagu semalam
sampaikan beburung terbang
kicauannya
bagai muzik latar
laguku berdendang
walau lain seni katanya
Lagu ku lagunya
berkumandang
dipuncak alam
unggas dan mergastua
memasang telinga
manusia
tuli membisu.
Nukilan,
HAMURABAI @ISMAIL MUZIR,
KUALA LUMPUR.
Jun 1998.
HATI YANG MENANGIS
Betapa hatiku terhiris
menangis memandang
sekelilingku ...
penuh duri ranjau
menikam kalbu
di manakah keadilan kini
hak asasi dicabuli
dalam negeriku sendiri
yang Islam sebagai agama rasmi
Mengapa ada umat agama lain
dalam negeriku ini
telah sanggup menikam hati
umat agama Islam sendiri
apakah mereka ...
sudah tidak iktiraf lagi
Islam sebagai agama rasmi
Menangis hatiku jua hati ...
umat Islam sekelian di sini
tempat suci kesayangan mereka
ingin dihancurkan dan dimusnahkan
setelah atau jika dibalas ...
apakah mereka suka ...
negara ini berkonfrantasi lagi
sudah tidak aman lagi
apakah itu yang mereka cari
baru mereka puas hati...
Bertambah lagi tangisnya hati
bila muda-mudi dah tak sayang
agama Islam lagi
sanggup keluar Islam
menjadi murtad, memohon murtad
menjual agama menggamit neraka
sedang nikmat Islam mereka abaikan
membeli neraka menjual syurga
apakah mereka rasa dirinya bijak
atau sebaliknya...
fikirlah wahai saudara Islamku
sayangi agamamu demi dirimu...
sebelum terlambat untuk bertaubat
Pelajari agamamu
pasti cintakan agama
terpahat kukuh di hatimu...
Bagaimanakah boleh
ku senang hati, apatah lagi
ulamak pewaris nabi
tentu mereka selalu
menitisi airmata hati
bermujahadah di dingin pagi
bersama doa tangan tertadah
ke Hadrat Ilahi Yang Maha Suci
kerana hanya Dia lah
penolong dan pelindung kami....
Ya! Allah, kasihanilah...
kami yang selalu tertindas
di bumi sendiri...
Ya! Allah, lindungilah kami
dari kafir laknati....
Terangkan cahaya agama kami
di seluruh pelusuk negara
malah dunia....
Amiin!... perkenankanlah
Ya! Allah Ya! Tuhan kami...
Yang Maha Mengasihani...
Nukilan,
Noor Ainy M. Y. @Nurdina M.Y.
Melaka.
23 Jun 1998
Jam: 9.20 malam.
Kembali ke atas
(Sajak ini kiriman dari En. Ismail Muzir
dari koleksi sajak simpanannya. Terima kasih diucapkan kepadanya.)
PUISI UNTUK ALAM
Semalam kehijauan menghias semesta
sejuk mata, tenang jiwa
air terjun berlagu riang
seriang reriang di belantara
Gunung membiru
tempat mergastua bertapa
tempat mergastua berpesta
tempat mergastua berkeluarga
Tasik mencermin wajah kesucian
sang ikan berlumba
sang udang ketawa
sang kodok berlagu
menunggu hujan turun
Sungai tempat tumpahan rezeki
alirannya selancar biduk lalu
tempat bermandi
tempat bersuci
Laut yang setia
tetap kepantai
tempat berkelah
menyimpan sejarah
Hari ini sudah berubah
manusia mencipta
kecanggihan komputer
usahawan berjaya
saintis berbangga
tamaddun tercipta
alam menderita
Hutan Lipur Templer,
Jun 1995
************************
BOHSIA KOTA
Kelmarin Kulihat
seorang hawa
berdiri lawa
di tengah kota
Kulihat aksi jejaka
berambut panjang
berjeket hitam
bermotor
bertopi keledar
kutemui kedua-duanya
berbicara ringkas
disulami tawa
terus berdua
pergi
menghilang diri
dalam keremangan kota
Hari ini
kutemui hawa
sama rupa
digendung peria
lain rupa
lain hala
Kutanya pada teman
"Siapa?"
"Bohsia"
Kuala Lumpur, Ogos 1995
**************************
LAGU SANG CAMAR
Kutulis puisi ini
untuk sang camar
yang terbang bebas
merentas lautan biru
Kubaca lagumu
bersama laut
bersama ribut
Semalam kau rebah
sayapmu patah
lemah
Hari ini
kau terbang lagi
menahan sakit
mencari ubat
mencari sihat
di Kalbumu
ada rindu
ada sendu
ada rahsia dalam rasa
Teluk Cempedak, Kuantan,
Disember 1995
***************************
SEBUAH POTRET
Sebuah potret
tersangkut di dinding kamar
senyumannya menyapaku
kerlingan matanya manja
rambut mayang mengurai
Sebuah potret
lahir pada rasa
diajak bicara
bisu
Sebuah potret
menghias kesepian kamar
kekadang berdebu
perlu disapu
Sebuah potret
sekadar santapan mata,
kalbu dan rasa
walau
kaku, bisu dan beku
tapi perlu
Hotel Clifornia, USA
1993, Jun
(Kiriman dari Ismail Muzir,
K.L)
Kembali ke atas
(Di bawah ini saya
abadikan sajak yang ditulis oleh
anakanda saya yang kini berusia
12 tahun (Darjah 6 - `98) iaitu Nurul Diyana bte Jalil. - Mungkin
kata-kata- nya belum boleh dinilaikan sebagai sajak - tapi saya ingin memaparkan
apa yang difikirkan olehnya sebagai pelajar sekolah rendah... hasil daripada
pembelajaran disekolah kebangsaan dan sekolah agama (petang) yang telah
mendidiknya... terima kasih kepada semua guru anakku yang telah mencelikkannya
menjadi orang yang tahu (berilmu) daripada seorang kanak-kanak yang tidak
tahu dan tidak berilmu.... Sesungguhnya guru adalah insan mulia menerangkan
akal yang gelap gelita kepada cahaya ilmu yang bersinar kepada muridnya...
sebagai manusia yang diamanahkan sebagai Khalifah Allah di dunia... Kegemarannya
ini tidak didorong oleh saya... tapi dirinya sendiri yang berminat menulis
di waktu lapangnya bila ilham datang difikirannya, katanya... Saya tidak
mengubah atau menambah apa yang telah ditulisnya...)
Kita juga sepatutnya tahu
bahawa Allah itu
Maha Mengasihani dan
Maha Penyayang
Seharusnya kita bersyukur
kerana kita tidak cacat tubuh badan
dan mudah membuat kerja
walaupun kerja itu berat
Kita sepatutnya bersyukur
kerana kita tidak mengalami
apa-apa penyakit
yang merbahayakan
Dan sepatutnya kita tahu
bahawa kita hanya menumpang
di muka bumi ini
dan seharusnya kita menjaga
alam yang indah ini
Kita juga seharusnya tahu
jika kita beri pinjam
seseorang itu barang
kita pasti akan mengambilnya
begitu juga Allah
yang memberi pinjam nyawa
kepada kita, akhirnya akan
diambil-Nya nyawa itu...
Nukilan,
Anakanda,
Nurul Diyana Jalil,
Darjah 6 Usaha,
S.K. Pernu, Melaka.
- Mei 1998. -
***************************************************
DUNIAKU
Duniaku yang serba indah ini
telah dimusnahkan oleh manusia
yang tidak berhati perut
Allah telah jadikan kita
supaya menjadi insan berguna
Allah juga telah mencipta dunia
tempat kita tinggal
Jika kita memusnahkannya
di manakah kita harus tinggal?
Itulah menjadi sangsi
ke atas diriku ini
Duniaku sesungguhnya kau lah
tempat kami tinggal
tetapi ada juga insan
yang tidak memperdulikan kau
Kau dijadikan oleh Allah
dengan bentuk tersendiri
di permukaan kau
ada laut dan darat
mengapa harus manusia
memusnahkan kau sedangkan
mereka juga ciptaan dan makhluk
yang telah Allah jadikan
Perkara itu sentiasa
tertanya-tanya difikiranku
walau bagaimana pun aku tetap
berdoa dan bertawakkal
kepada Allah Yang Maha Esa
dan Maha Kuasa.
Nukilan,
Anakanda,
Nurul Diyana Jalil,
Darjah 6 Usaha,
S.K. Pernu, Melaka.
- Mei '98. -
***************************************************
ALAM
Alam yang indah ini
telah menjadi mangsa
kekejaman manusia
manusia yang kejam
adalah insan yang tidak
bertanggungjawab
ke atas alam sekitar
Alam....
kau bak istana
dalam hati setiap insan
yang bertanggungjawab
tapi ada juga insan
yang suka memusnahkan
alam yang indah
Alam yang indah
kau dijadikan
dengan seindah-indahya
kau dijadikan
dengan bentuk yang cantik
dipermukaanmu
ada laut dan darat
dan kau dijadikan
oleh Allah s.w.t.
Alam...
kau bagai cahaya di hatiku
seorang hamba Allah
yang tidak berdaya
dan tidak mempunyai kuasa
untuk memarahi mereka
yang tidak bertanggungjawab
walaupun begitu aku tetap berdoa
supaya kau tidak dimusnahkan
suatu hari nanti.
Nukilan,
Anakanda,
Nurul Diyana Jalil,
Darjah 6 Usaha,
S.K. Pernu, Melaka.
- Mei '98. -
*************************************************
REMAJA ZAMAN SEKARANG
Remaja zaman sekarang
membantah cakap ibu bapa
tidak mendengar nasihat guru
dan membuli orang yang lebih kecil
Remaja zaman sekarang...
kau memuji orang kaya
dan kau menghina orang miskin
itukah namanya ...
orang yang bertanggungjawab?
Remaja zaman sekarang...
kau berpoya-poya
kau meminum arak
kau membuat perkara
yang keji dan hina
Nukilan,
Anakanda,
Nurul Diyana Jalil,
Darjah 6 Usaha,
S.K. Pernu, Melaka.
- 29 Disember '97 -
Kembali ke atas
(Sajak kiriman dari Penulis Melaka, Ismail Adnan (Isbiha)
ERTI KEMERDEKAAN
Lorong sempit itu terjaga kembali
menyambut kehadiran malam
dengan hiruk pikuk pendatang
asing
mengaut rezeki yang melimpah
ruah
kerana kita sanggup menggadai
maruah
merelakan nikmat sebuah kemerdekaan
gerai sabsidi kerajaan bertukar
tangan.
Di satu sudut lorong sempit itu
seorang lelaki tua berlagu sayu
memancing simpati orang ramai
menjaja suaranya dengan kalimat
Allah
lantas hati nan lembut
menghulur ihsan ramah menyapa
dengan deringan sen.
Menjelang subuh lorong sepi itu
menjadi saksi pendatang asing
menghitung ratusan ringgit
esok lusa kan bertukar
menjadi jutaan rupiah
sedang lelaki tua tersenyum
membayar upah
penagih dadah memimpinnya pulang
ke rumah
sambil dia mentafsir erti sebuah
kemerdekaan
dengan deringan sen yang terhimpun
di bank
sementara anak-anak riang ria
di luar negara
megemis ilmu dengan biasiswa.
Demikian erti sebuah kemerdekaan
mengangkat darjat dari lembah
kehinaan.
Nukilan,
Ismail Adnan (Isbiha)
Melaka.
HIDUPKAN SILATURRAHIM
Memang sukar
untuk menyatukan hati
dan bersilaturrahim
bila manusia
hanya menurut kata hati
Memang sukar
untuk menyatukan hati
malah dalam keluarga sendiri
apatah lagi sebangsa, seagama
senegara malah sedunia
bila ikut hati tanpa panduan suci
begitulah yang akan terjadi
Manusia suka menegakkan
emosi sendiri walau tak pasti
ianya hitam atau putih..
cemar atau bersih
kerana bila hati dan rasa
menjadi ikutan dan panduan
bukan Al Quran dan Al Hadith
menjadi pegangan, panduan
dan pedoman...
akan terjadilah segala
yang tidak menyenangkan
dan porak perandalah
sesama insan malah...
mencacat celalah sebuah negara.
tercinta....
Marilah kita bersama
menegakkan ukhuwah Islamiah
dan bersilaturrahim
demi berpegang pada tali Allah
dan tidak berpecah belah
atau bercerai-berai...
Nabi tercinta telah meninggalkan
kepada kita umatnya dua perkara
yang jika kita berpegang teguh
kepada keduanya
tidak tersesatlah kita...
iaitulah Al Quran dan Al Hadith
Marilah bersama
kita menjunjungnya
dan mengamalkan
isi panduannya
perintah dan larangnya
demi untuk selamatnya kita
dan bahagia dunia akhirat...
Nukilan,
Noor Ainy M. Yusoff,
Melaka.
11 Julai 1998
jam: 7.00 pagi.
Kembali ke atas
MENGHAYATI
/ MEMAHAMI AL QURAN
___________________________________________________
UNTUKMU ADIK MUHAMAD FAZRUL
Di usia kecilmu meniti remaja
kau didatangi ujian dugaan
untukmu dan keluarga
menitip kesabaran
Sabar itu buah keimanan
yang mekar ranum untuk dijamah
di syurga Ilahi
dengan seizin-Nya
Pemurah itu
tuntutan agama
sedekahlah walau sebelah kurma
sedekah itu pendinding neraka
Ayuhlah ... apa lagi dinanti...
hulurkan segera, dermakan rezeki
Ilahi
sebahagian yang kau miliki
untuk yang memerlukan, mengharapkan
Demi sebuah kesejahteraan
untuk Adik Muhamad Fazrul
hulurkan tangan kananmu
berdermalah dengan keikhlasan
membantu sesama insan
semoga kembali ia sejahtera
semoga kembali gembira tanpa derita
Semekar senyuman terukir semula
dari sebuah kehidupan
Adik Muhamad Fazrul
Untukmu Adik Muhamad Fazrul
semoga kau selamat sentiasa
semoga terpelihara...
dilindungi Allah.
Nukilan,
Nurdina M. Y,
Melaka,
26 Oktober 1998
Jam: 10.10 malam.
Kembali ke atas
SIMPATI ONLINE
_________________________________________________
HATI NURANI SEORANG PESAKIT
Tika siang
tertinjau-tinjau
terjenguk-jenguk
menanti kunjungan
pelawat
Tika malam
terkenang-kenang
teringat-ingat
mana kawan,
sanak-saudara
menjenguk simpati
pun hargai diri
Terkadang-kadang
tersayu-sayu
terpilu-pilu
bila sepi tanpa
dikunjung
dan tika diri
dilawati
hilanglah sedikit
beban penyakit
Begitulah bila
diri
tersisih sendiri
dengan diulit
layu sakit
di wad dirawat
pulih penyakit
Itulah aku...
tika bermukim
di wad Hospital
Homeopathy MJ
354-1, Bt.2
1/2, Semabok
75050 Melaka.
ditahan akibat
keracunan makanan
Angkara makan
satay
dibeli diwarong
tepi jalan
tercemar keracunan
tanpa kebersihan
mementingkan
keuntungan
tanpa peduli
kesihatan pelanggan
akhirnya aku
dan anak lelakiku
terlantar seminggu
di wad ini
Alhamdulillah...
di sini terpulih
keracunan
terubat penyakit
lain
yang menetap
di badan
Sesungguhnya....
Homeopathy,
kau memang ku
yakini...
memulih, menghilang penyakit
dengan restu Ilahi....
Nukilan,
Noor Ainy M.Yusoff
@Nurdina M.Y
6 Oktober 1998 (Selasa)
Jam: 4.30 petang,
Di Wad Homeopathy,
Semabok.
Kembali ke atas
LAMAN MELAYU COM
- BAKAT KAMI
INDEX
OF MELAYU
SUMBANGAN UNTUK MELAYU.COM
___________________________________________________