KOLEKSI 1 | KOLEKSI 4 |
KOLEKSI 2 | KOLEKSI 5 |
KOLEKSI 3 | KOLEKSI 6 |
Kerana kau tahu... tak guna berseteru
merugikan rakyat bangsamu...
tabah, sabar, bijaksana penuh
keimanan
itulah amalan berguna...
mengisi kemerdekaan negara...
yang kini maju jaya...
Semoga kau terus gagah
tanpa huru hara
semoga kau terus berjaya
menempa mencipta nama
di persada dunia....
Islam junjunganmu...
berbudi berbahasa berperibadi
mulia
berpendidikan... berwawasan...
anjuran untuk seluruh isi rakyatmu..
berpandu Islam agama rasmimu...
selamat sentiasa selamanya ...
InsyaAllah...
dilindungi Allah ... yang Maha
Kuasa ...
Bila kau dan rakyat isinya
penuh berbakti ta'ati Ilahi
yang Maha Suci... Ya Rabbi...
agar dilimpahi-Nya lagi...
cahaya kemerdekaan
cahaya kebahagiaan
seisi negaramu...
Malaysia tercinta,
negara berbudaya, bercahaya...
bijaksana... bertakwa...
Negaraku ... tanggungjawabku
Negara kita ... tanggungjawab
kita
peliharalah bersama negara tercinta
untuk hidup sejahtera dan berjaya...
sentiasa... selamanya...
Tuhan... peliharalah tanahair
kami
yang tercinta ini... Amiin...!
Nukilan,
Noor Ainy M. Yusoff (Nurdina
M.Y)
Melaka - 31 Ogos 1998.
Jam: 1.20 malam.