Profile Sekolah

  Ad Sapientiam
Logo Sekolah
Lagu Sekolah

Organisasi

  Carta Organisasi
Senarai Guru

Sejarah

  Sejarah Sekolah
Pengasas Sekolah
Tokoh Sekolah
Senarai Pengetua
Nostalgia

Kurikulum

  Peperiksaan
English Section
Panitia
Projek Khas
Bank Soalan


Saya merasa amat bersyukur dan berbangga kerana SMK Clifford Kuala Lipis berjaya melancarkan laman webnya secara rasmi mulai 26 Ogos 2000. Dengan kewujudannya bermakna SMK Clifford telah berada di lebuhraya maklumat dunia seiringan dengan pengguna web yang lain memasuki era globalisasi. Kebanggaan ini bukan sahaja dirasai oleh guru-guru dan pelajar-pelajar, bahkan harus juga dirasai oleh ibu bapa dan bekas pelajar yang setia dan cinta kepada sekolah ini.
            Apabila kita telah meletakkan diri kita pada laluan lebuhraya maklumat, bermakna kita telah bersedia dan rela untuk berkongsi maklumat dengan sesiapa sahaja pengguna lebuhraya tersebut. Kita harus sedar bahawa setiap pencarian maklumat di laman-laman web adalah melibatkan kos, maka maklumat yang perolehi seharusnyalah yang boleh memberi manfaat kepada pelayar tersebut. Menyedari hakikat ini, kami di SMK Clifford menjajikan bahawa maklumat yang dipapar di laman web ini tidak hanya untuk memperkenalkan siapa kami tetapi ia juga mengandungi maklumat yang boleh dimanfaatkan oleh setiap pengunjung dengan berpegang kepada falsafah “kecemerlangan adalah untuk dikongsi”.
            Lebih membanggakan ialah dengan kewujudan laman web ini membuktikan dedikasi guru-guru bersama dengan potensi tinggi pelajar-pelajar telah berjaya digembleng secara kreatif dan inovatif. Dengan prasarana lengkap seperti Makmal Komputer (Reka Cipta) dan Kelab Komputer DiRaja menjadi faktor pendorong kepada kewujudan warga Clifford celik komputer dan memudahkan lagi proses kita menuju ke arah pembentukan “persekitarn pembelajaran bestari”.
            Pada kesempatan ini saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Haji Abd Rahim bin Haji Mohamad, Pengarah Pendidikan Pahang yang sudi melancarkan laman web ini secara rasmi pada hari ini 26 Ogos 2000.
            Penghargaan dan terima kasih juga ditujukan secara khusus kepada Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia kerana menyediakan tapak untuk laman web ini melalui server Malaysian School Net (Myschoolnet) secara percuma.

            Kepada semua guru dan pelajar-pelajar yang terlibat bertungkus-lumus menyediakan bahan isian laman web ini diucapkan syabas dan tahniah. Sesungguhnya tugas kita baharu sahaja bermula, selepas ini kita perlu sentiasa mengemaskini maklumat serta melayan segala keperluan pelajar dan siapa sahaja pengunjung yang akan berinteraksi dengan kita melalui laman tersebut.  
             Laman Web SMK Clifford adalah ciri tambahan kepada watak sekolah ini. 

Sekian terima kasih. 

                 “KEARIFAN KAMI MEMBENTUK GENERASI CEMERLANG ABAD KE-21” 

HAJI SOBIRIN BIN HAJI DULI
Pengetua
SMK Clifford, Kuala Lipis

Tarikh: 26 Ogos 2000

 

 

 

Ko-kurikulum

  Matlamat
Penglibatan
Guru Terlibat
Pencapaian 97-98
Pencapaian 99-00

Asrama

  Pengenalan
Peraturan
   Asrama

SISP

  Latarbelakang
   Konsep

Rasional
   Matlamat
     Kata-kata Aluan Pengetua