Kita Sentiasa Beralasan !
Pada hari kiamat nanti Allah akan menolak 4 macam alasan dari 4 jenis golongan manusia iaitu :
1. Allah menolak alasan dari orang kaya kalau sekiranya ia berkata, "Kekayaan yang aku cari dengan usaha titik peluh sendiri telah menyibukkan aku sehingga aku tidak sempat melaksanakan amal ibadah dan kebajikan."
Firman Allah kepadanya, "Kekayaanmu tidaklah setanding dengan kekayaan Nabi Sulaiman tetapi dia sedikit pun tidak lalai dan lupa dari mengingati Aku.
2. Allah menolak alasan dari hamba sehaya sekiranya ia berkata, "Aku adalah seorang hamba dan sentiasa terikat kepada suruhan yang menjadikan aku tidak bebas. Oleh sebab itu aku tidak berpeluang untuk beribadat kepadaMu."
Firman Allah kepadanya, "UtusanKu yang bernama Nabi Yusof juga pernah menjadi hamba tetapi tidak pula ia leka dari mengerjakan ibadatnya terhadapKu."
3. Allah menolak alasan dari orang miskin sekiranya ia berkata, "Kemiskinan dan kekurangan yang aku miliki inilah yang menyebabkan aku tidak berpeluang untuk beribadat kepadaMu."
Firman Allah kepadanya, "Kemiskinan yang kamu rasai tidaklah semiskin sebagaimana seorang utusanKu iaitu Nabi Isa a.s dan tidaklah pula mengabaikan tanggungjawabnya kepadaKu."
4. Allah menolak alasan dari orang yang menderita sakit sekiranya ia berkata, "Penyakit inilah yang menghalang aku dari melakukan sujud terhadapMu."
Firman Allah kepadanya, "Penyakitmu itu tidaklah seteruk seperti apa yang dialami oleh hambaKu yang mulia iaitu Nabi Ayub a.s tetapi lidah dan hatinya sedikit pun tidak berhenti-henti dari menyebut namaKu."
|