INTISARI AYAT
1. Orang yang mempermainkan agama atau mempersendakan ajaranNya kerana terpengaruh dengan kemewahan dan kepentingan hidup di dunia sebenarnya sengaja mendedahkan diri kepada kebinasaan dan akan ditimpa azab Allah s.w.t.
2. Allah memerintahkan rasulNya supaya memberi peringatan kepada golongan ini untuk menyelamatkan mereka kebinasaan tersebut kerana tiada yang dapat menyelamatkan mereka melainkan Allah.
3. Allah mengingatkan bahawa manusia bertanggungjawab terhadap perbuatannya sendiri dan dosanya tidak boleh ditanggung oleh orang lain. Orang yang berdosa akan mendapat pembalasan azab yang amat pedih di akhirat nanti.
4. Setiap muslim WAJIB menghalang dan mengambil tindakan pencegahan terhadap perbuatan mempersendakan agama ini.
|