Penulis berharap ia akan membantu pengguna-pengguna awal PHP mengenali dengan lebih dekat apa itu PHP.
Sila beri komen, jika terdapat kesilapan dalam tutorial ini Pengenalan dan sejarah PHP
Apa itu PHP?PHP adalah singkatan kepada "PHP Hypertext Preprocessor" iaitu bahasa skrip sebelah pelayan yang diletakkan ke dalam kod HTML.
Contohnya:
Perhatian:
1. Kod PHP dilaksanakan di sebelah pelayan, jadi apabila pelanggan melihat hasilnya hanya kod HTML akan dipaparkan.
2. Berbeza dengan skrip CGI yang ditulis dalam bahasa PERL atau C, kita tidak perlu menulis arahan yang banyak untuk menghasilkan keluaran kod HTML.
3. PHP juga menyokong penggunaan pelbagai jenis pengkalan data terutamanya pengkalan data jenis MySQL.
Sejarah Ringkas PHP
Idea PHP dilahirkan oleh Rasmus Lerdorf pada 1994. Versi pertama mula digunakan pada awal 1995. Pada pertengahan 1995 versi PHP/F1 dihasilkan.Pada pertengahan 1997 Zeev Suraski dan Andi Gutmans menulis semula PHP/F1 dan menjadi asas kepada PHP versi 3. Versi terbaru (PHP 4) menggunakan skrip enjin Zend bagi menghasilkan prestasi yang lebih baik. Pada ketika ini lebih daripada 5,100,000 halaman web telah menggunakan PHP lebih sedikit daripada halaman web yang menggunakan Pelayan IIS Microsoft (5.03 million).
Halaman Web Rujukan Berikut adalah senarai halaman web yang boleh anda layari jika ingin mengikuti perkembangan pembangunan projek PHP, Apache dan MySQL:
http://www.php.net/
http://www.mysql.com/http://www.phpbuilder.com/
http://www.devshed.com/
Jenis dan nilai data
Jenis Data Asas:
1. Integer
Integer adalah nombor bukan perpuluhan dalam julat -2 billion hingga +2 billion. i.e. 2 ,3 , 4
2. Double
Double juga dikenali sebagai float (floating point) atau real iaitu nombor perpuluhan atau nombor eksponen. i.e. 2.0 , 2.00 , 3.145...
3. Rentetan (String)
Rentetan digunakan untuk mewakili data bukan nombor dan juga nombor dengan dilingkupi oleh tanda " " i.e "2" , "2 jam" , "ayam" , "burung" , "itik", "ali" , "siti"
Data jenis tatasusunan dan objek akan dibincangkan dalam bab yang seterusnya. PHP tidak mengandungi data jenis Boolean untuk mewakili nilai logik "benar" dan
salah", sebaliknya menggunakan ekspresi daripada tiga jenis data asas di atas:
Jenis Data | Benar | Salah |
Integer | 1 | 0 |
Double | 1.0 | 0.0 |
Rentetan | "any" | " " |
Bagi data jenis rentetan sebarang nilai rentetan yang mewakili nilai "benar" dan " " sebagai "salah".
Nilai Data:
1. Pemalar (constant)
Pemalar adalah nilai data yang tidak berubah. Mengisytiharkan nilai pemalar data menggunakan fungsi "define()": e.g.
define ("company","Anipchin Corporation");
echo ("Kerja Kosong di ". company);
// paparkan "Kerja kosong di Anipchin Corporation .
2. Pembolehubah (variable)
Pembolehubah pula adalah nilai data yang boleh berubah.Berbeza dengan pemalar, nilai data diisytiharkan secara langsung apabila sesuatu nilai ditugaskan kepada pembolehubah PHP. Penugasan dibuat dengan menggunakan operator "=". Setiap nama pembolehubah PHP mesti dimulakan dengan tanda "$". Pembolehubah boleh terdiri daripada sebarang huruf, digit, "underscore" tapi tidak boleh dimulakan dengan digit.
contoh:
$j = 21; // pembolehubah $j bernilai 21
$produk = "benang"; /*pembolehubah $produk bernilai rentetan "benang" */
$var = 'Ayam';
$Var = 'Kucing';e
cho "$var dan $Var"; // Akan memaparkan "Ayam dan Kucing"
$3leet = 'Beruang'; // tidak sah kerana bermula dengan nombor
$_3leet = 'Beruang'; // sah kerana bermula dengan garis pembawah
$harga = 22.00;$penghantaran = 5.00;
$jumlah = $harga + $penghantaran;
$a = 1; // pembolehubah $a adalah integer
$a = 1.3; // pembolehubah $a sekarang adalah double
$a = "A"; // pembolehubah $a sekarang adalah rentetan
$jln = "16 Jalan Meranti 9";
$x = 3 + $jln; // adalah sama dengan $x = 19;
echo ($jln); // papar: "16 Jalan Meranti 9"
/* Jika permulaan rentetan bermula dengan nombor yang sah,
ia dinilai sebagai nombor tersebutselain dari itu dinilai sebagai sifar.*/
$a = 1; // pembolehubah $a adalah intege
r$b = 1.0; // pembolehubah $b adalah double
$c = $a + $b; // pembolehubah $c adalah double (nilai 2.0)
$d = $c + "6th"; // pembolehubah $d adalah double (nilai 8.0)
$a = 21.8; // $a adalah double
$a = (int) 21.8; // $a adalah integer(nilai 21)
$a = (double) $a; // $a adalah double (nilai 21.)
$b = (string) $a; // $b adalah rentetan (nilai "21")
3.Dalam PHP versi 4 (PHP 4) anda boleh perwakilan pembolehubah dengan rujukan (assign by reference). Dengan kata lain pembolehubah tersebut adalah rujukan bagi pembolehubah asal. Ini bermaksud tiada penyalinan berlaku maka proses berlaku dengan lebih cepat.
contoh:
$var = 'Ayam'; // mewakilkan pemboleh ubah $var dengan nilai 'Ayam'
$bar = &$var; // merujuk pemboleh ubah $bar kepada $var
echo $bar; //akan memaparkan "Ayam"
$bar = "Anak $bar" // menulis semula nilai $bar dan $var
echo $bar . $var; // akan hasilkan "Anak AyamAnak Ayam"
kita nampak kedua-dua pembolehubah sudah berubah nilai ini berbeza dengan konsep penyalinan pembolehubah
$var = 'Ayam';
$bar = $var;
echo $bar; // akan memaparkan "Ayam"
$bar = "Anak $bar"; // menulis semula nilai $bar sahaja
echo $bar . $var; // akan menghasilkan "Anak AyamAyam"
berbeza nilai dengan konsep penugasan dan penyalinan. Anda akan perasan kelajuan penggunaan perwakilan dengan rujukan apabila berhadapan dengan satu tatasusunan (array) yang besar.
Binaan Tersedia PHP (PHP build-in Function) untuk pembolehubah
- gettype() - menentukan jenis data dalam pembolehubah
- settype() - mensetkan jenis data yang dikehendaki e.g. $a = 7.4 // $a adalah doublesettype ($a,"integer"); // now it's an integer (value 7)
- isset() - menentukan samaada pembolehubah telah diberi nilai, jika ya pulang "benar" atau 1
- unset() - memusnahkan pembolehubah
- empty() - pulang nilai "benar" atau 1 jika pembolehubah belum diset
- is...() - menentukan samaada variable adalah int/double/string/array/object:
is_int($a), is_double($a), is_string($a), is_array($a), dan is_object($a).
- ...val() - mensetkan jenis data pembolehubah
:intval($a), double($a), dan strval($a) tapi tidak boleh digunakan untuk mensetkan array dan object.
PEMBOLEHUBAH PEMBOLEHUBAH (VARIABLE VARIABLES)
Saya jarang menggunakan konsep ini dalam pemprograman saya, tetapi ia berguna apabila sesuatu pembolehubah ingin dinamakan secara dinamik dari pengkalan data.contoh:
/* berlaku setelah hubungan dengan pengkalan data dibuat.
Menggunakanjadual(table) ringkas berikut Jadual Kategori
kategori |
PHP |
ASP |
Python |
*/
$qid = mysql_query("select kategori from Kategori");
for($i=0;list($kategori) = mysql_fetch_array($qid);$i++)
{ $$kategori = $i;}
echo $PHP; // akan memaparkan "0"
echo $ASP; // akan memaparkan "1"
echo $Python; // akan memaparkan "2"
Ini adalah satu daripada kegunaan pembolehubah pembolehubah dan saya biarkan fikiran anda menerawang untuk kegunaan yang lebih baik dari contoh yang saya berikan.
RENTETAN(STRING)
Sekarang setelah mengetahui beberapa asas pembolehubah, saya akan menerangkan bagaimana menggunakan pembolehubah tersebut didalam rentetan. String adalah satu siri karektor dan di dalam PHP satu karektor adalah bersamaan dengan satu bait. Ia juga dibahagikan kepada 3 jenis
1. Satu 'Quote'
2. Dua "Quote"
3. Sintaks "Heredoc"
Contoh Satu Quote (karektor ')
echo 'Saya adalah contoh rentetan satu quote ';
Contoh Dua Quote (karektor ")
echo "Saya adalah contoh rentetan dua quote";
Contoh Sintak Heredoc
$rentetan = <<
adalah contoh string yang boleh ditulis dalam beberapa baris mengikut
ciri-ciri bahasa PERL iaitu anak dengan anak panah yang berlainan arah iaitu >>>
;MULA;
Sekarang saya akan menerangkan perbezaan ketiga-tiga jenis ini dan peringatan sebelum menerangkan perbezaan rentetan tersebut iaitu permulaan rentetan dan pengakhiran mestilah ditutup dengan jenis yang sama. contoh:
echo 'Ini tidak sepatutnya menghasilkan apa-apa";
echo "ini jugak tidak hasilkan apa-apa';
echo "Ini akan 'berjaya' menghasilkan keputusan";
echo 'Dan ini "juga" akan berjaya menghasilkan keputusan';
Sekarang masuk semula ke perbezaan antara ketiga-tiga rentetan ini.
1.rentetan satu quote tidak akan menterjemahkan pembolehubah didalamnya
$var = 'Ayam';
echo 'ini akan memaparkan $var';
// akan hasilkan "ini akan memaparkan $var"Berbeza dengan rentetan dua quote
$var = 'Ayam';
echo "ini akan memaparkan $var"; // akan hasilkan "ini akan memaparkan Ayam"
Rentetan dua quote dan sintaks Heredoc akan menterjemahkan pembolehubah didalamnya kecuali sintaks Heredoc akan membolehkan rentetan ditulis dalam banyak baris. (Ada keadaan rentetan dua quote dibolehkan untuk menulis dalam banyak baris, saya tidak nampak perbezaan sangat dalam kedua-dua jenis ini kecuali Heredoc mengikut cara pemprograman bahasa PERL). Sekarang anda mungkin sudah faham bagaimana untuk memanipulasi data,pembolehubah serta pernyataan yang mudah. Untuk tajuk Siri Bercakap Dengan PHP - 2, saya akan menerangkan bagaimana menggunakan operator, seperti tambah, tolak, bahagi, lebih besar daripada, lebih kecil daripada.
RUJUKAN:
Variables http://www.php.net/manual/en/language.variables.php
Strings http://www.php.net/manual/en/language.types.string.php
Using Strings - Nathan Wallace http://zend.com/zend/tut/using-strings.php
String Theory By Vikram Vaswani http://www.devshed.com/Server_Side/PHP/StringTheory/page1.html
Using Variable Variables in PHP By Eric Seufert http://www.devshed.com/Server_Side/PHP/VarVar/page1.html
Variable Variables, PHP, and You - Robert Berkowitz http://phpbuilder.net/columns/robert20000928.php3