OPERATOR
Pengenalan
Operator digunakan untuk menentukan nilai data dengan melakukan operasi ke atas satu atau lebih nilai data lain.
Arithmetic Operators
Sama seperti bahasa pengaturcaraan lain, PHP juga menggunakan operator matematik asas :
Operator |
Operasi |
Contoh |
Penerangan |
+ |
Tambah |
5 + 2 |
Kira jumlah 5 dan 2 : 7 |
- |
Tolak |
5 - 2 |
Kira beza 5 dan 2 : 3 |
* |
Darab |
5 * 2 |
Kira darab 5 dan 2 : 10 |
/ |
Bahagi |
5 / 2 |
Kira bahagi 5 dan 2 : 7 |
% |
Modulus |
5 % 1 |
Kira baki hasil 5 bahagi 2 : 1 |
The Unary Operator
Tanda tolak (-) digunakan digunakan bersama satu nilai bernombor positif untuk menjadikannya suatu nilai negatif.
i.e.
$a = 9 ; // $a bernilai positif 9
$b = - $a ; // $b = -9
Operator Untuk Penugasan Pembolehubah
Operator "=" digunakan untuk mewakili mensetkan suatu nilai data kepada pembolehubah:
i.e.
$a = 3; // menugaskan nilai data integer 3 kepada pembolehubah $a
$b = "anipchin Co."; // menugaskan rentetan "anipchin Co." kepada pembolehubah $b
Perhatian! Tanda "=" adalah tidak sama dengan tanda "==".
Operator Pembanding
Operator pembanding digunakan untuk menguji nilai pembolehubah (keadaan ujian). Ekspresi yang menggunakan operator pembanding sentiasa mempertimbangkan nilai Boolean, sama ada "benar" atau "salah". Ia akan memulangkan nilai "benar" jika syarat operasi dipatuhi dan "salah" jika sebaliknya.
Operator |
Maksud |
Contoh |
Menilai "benar" apabila: |
== |
Sama |
$a == $b |
$a dan $b mempunyai nilai sama |
=== |
Serupa |
$a === $b |
$a dan $b mempunyai nilai dan jenis yang sama |
< |
Kurang daripada |
$a < $b |
$a kurang daripada $b |
> |
lebih daripada |
$a > $b |
$a lebih daripada $b |
<= |
kurang daripada atau sama |
$a <= $b |
$a kurang daripada atau sama $b |
>= |
lebih daripada atau sama |
$a >= $b |
$a lebih daripada atau sama $b |
!= |
tidak sama |
$a != $b |
$a tidak sama $b |
!== |
tidak serupa |
$a !== $b |
$a dan $b mempunyai nilai yang tidak sama atau jenis yang tidak sama |
<> |
tidak sama |
$a <> $b |
$a tidak sama $b |
Operator Logik
Operator logik digunakan untuk menguji gabungan keadaan ujian.
Nama Operator |
Contoh |
Menilai "benar" apabila: |
And |
$a && $b |
$a dan $b adalah "benar" |
Or |
$a || $b |
salah satu atau kedua $a dan $b adalah "benar" |
Exclusive Or |
$a xor $b |
salah satu $a dan $b adalah "benar" tapi bukan keduanya |
Not |
!$a |
$a tidak dinilai "benar" |
The String Concatenation Operator
Tanda "." digunakan sebagai operator untuk menggabungkan dua atau lebih rentetan menjadi
satu rentetan.
i.e.
$a = "Kedai"; // rentetan Kedai
$b = " "; // rentetan "space"
$c = "Makan"; // rentetan Makan
$penuh = $a . " " . $b;
echo ($penuh); // paparkan "Kedai Makan"
Perhatian! Berhati-hati apabila menggunakan operator ini dengan rentetan bernombor.
i.e.
echo ("4" . "5") // papar 45
echo (4 . 5) // papar 4 5 dengan "space"
echo (4.5) // papar 4.5 tanpa "space"
Operator Keadaan (?:)
Operator ini menjalankan satu operasi pada tiga nilai.
i.e
$a==0 ? "sifar" : "bukan sifar";
$a==0 digunakan untuk menguji keadaan Boolean, jika nilai "benar" dipulangkan operasi
akan memulangkan nilai "sifar" dan memulangkan nilai "bukan sifar" jika nilai "salah
dipulangkan".
Singkatan Penugasan Pembolehubah
Singkatan |
Persamaan |
$a += $b |
$a = $a + $b |
$a -= $b |
$a = $a - $b |
$a *= $b |
$a = $a * $b |
$a /= $b |
$a = $a / $b |
$a %= $b |
$a = $a % $b |
$a &= $b |
$a = $a & $b |
$a |= $b |
$a = $a | $b |
$a ^= $b |
$a = $a ^ $b |
$a .= $b |
$a = $a . $b |
$a >>= $b |
$a = $a >>$b |
$a <<= $b |
$a = $a <<$b |
$a ++ |
$a = $a + 1 |
$a -- |
$a = $a - 1 |
Miscellaneous Operators
Operator Pembolehubah
Tanda ($) digunakan untuk menyatakan bahawa perkataan selepas tanda itu merupakan pembolehubah (i.e $a) seperti yang telah kita lihat sebelum ini.
Operator Pengaturcaraan Objek
Tanda (->) dan (new) digunakan apabila kita melakukan pengaturacaraan objek. Kaedah ini tidak akan dibincangkan pada peringkat asas PHP-MySQL.
Operator (@)
Operator (@) digunakan untuk tidak memaparkan laporan kesalahan semasa perlaksanaan aturcara PHP.