Laman Am
INTISARI LAMAN INI DIPETIK DARI KITAB-KITAB
LAMAN
AM 1 ||||| LAMAN
AM 2
LAMAN
AM 3||||| LAMAN
AM 4
LAMAN
AM 5 |||||
LAMAN AM
6
LAMAN
AM 7 |||||
LAMAN AM
8
RUKUN ISLAM
(5 PERKARA)
Ertinya menyembah dan mengabdikan
diri kepada Tuhan melalui seluruh kehidupan kita, jiwa raga kita dan harta
milik kita sehingga tertegaknya
keISLAMan yang sempurna.
1. MENGUCAP DUA KALIMAH
SYAHADAT
"Aku naik saksi bahawa tiada
Tuhan yang disembah melainkan
Allah dan Nabi Muhammad itu
adalah pesuruh-Nya" Dengan
Syahadat, kita mengabdikan
diri dengan hati sanubari dan
dengan pengakuan lidah bahawa
Tuhan yahg Maha Esa itu
adalah Allah s.w.t. dan Nabi
Muhammad itu adalah pesuruh-NYa.
2. SOLAT LIMA WAKTU SEHARI
SEMALAM
Dengan sembahyang, kita mengabdikan
seluruh tubuh badan kita
menyembah kepada-Nya. Mulai
dari lidah membaca, tangan
bergerak, mata, telinga dan
fikiran terpusat dengan susunan
rukun sembahyang yang diajar
oleh Nabi s.a.w.
3. MENGELUARKAN ZAKAT
Dengan zakat, kita mengabdikan
kepada Allah dengan
menyerahkan sebahagian dari
harta milik kita kepada mereka
yang berhak menerimanya.
4. BERPUASA PADA BULAN RAMADAN
Dengan berpuasa, kita mengabdikan
hawa nafsu dan segala
keinginan kita kepada Allah
dengan menahan nafsu makan dan
minum serta menjauhkan larangan-Nya.
Ini secara langsung
akan melahirkan rasa keinsafan
serta meningkatkan ketakwaan
kepada Allah s.w.t.
5. MENGERJAKAN HAJI DI BAITULLAH
Dengan mengerjakan haji, kita
menyembah Allah dengan harta
kekayaan milik kita dan mengunjungi
ke Baitullah kepada mereka
yang mempunyai kemampuan sekurang-kurangnya
sekali dalam hidup.
____________________________________________________________________
RUKUN
IMAM
(6 PERKARA)
Ertinya bagi meningkatkan batas-batas
keIMANan serta
keyakinan dan kepercayaan
kepada Tuhan.
1. PERCAYA KEPADA ALLAH
S.W.T.
Dengan iman, kita membulatkan
keyakinan dan menundukkan
diri serta hati kita hanya
kepada-Nya. Secara positif kita menuju
Tauhid yang semurni-murninya
dan secara negatif kita menolak
segala bentuk pemujaan kepada
selain Allah s.w.t.
2. PERCAYA KEPADA MALAIKAT-MALAIKAT.
Dengan iman kita mempercayai
adanya makhluk ghaib yang
bernama malaikat yang menjalankan
tugasnya mengikut perintah
Allah. Secara positif kita
percaya kepada alam ghaib yang
ditegaskan oleh Allah dan secara
negatif kita menolak segala
bentuk benda ghaib yang tidak
dinyatakan Allah.
3. PERCAYA KEPADA KITAB-KITAB
Dengan beriman kepada kitab-kitab
suci, kita mempercayai
adanya kitab-kitab Allah yang
memimpin manusia, yang
diakhiri dengan kitab AL-QURAN.
4. PERCAYA KEPADA NABI-NABI
DAN RASUL-RASUL
Dengan beriman kepada nabi-nabi
dan rasul-rasul, kita
mempercayai adanya manusia
pilihan yang diutuskan oleh
Allah untuk memberi petunjuk,
yang diakhiri dengan
Nabi Muhammad s.a.w.
5. PERCAYA KEPADA HARI KIAMAT
Dengan iman, kita mempercayai
bahawa disebalik
kehidupan di dunia yang fana
ini masih ada lagi
kehidupan yang abadi dan berkekalan
iaitu suatu tempat
penentuan kedudukan manusia
samada di syurga
atau neraka.
6. PERCAYA KEPADA QADA'
DAN QADAR
Dengan beriman kepada qada'
dan qadar, kita mempercayai
bahawa disamping kita berusaha
dan merancang akan
kehidupan di dunia ini, Allah
telah menentukan segala
sesuatu itu dan terletak di
dalam kekuasaan-Nya.
____________________________________________________________________
RUKUN
SEMBAHYANG
(13 PERKARA)
Dengan Nama Allah Yang Maha
Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
"Sesungguhnya berjayalah orang-orang
yang beriman. Mereka itu
adalah orang-orang yang khusyuk
dalam sembahyang. Dan mereka
juga menjauhkan diri dari perbuatan
dan perkataan yang sia-sia
(dunia dan akhiat)" - (Maksud
surah Al Mukminun: Ayat 1-3)
1. NIAT - di
dalam hati (Menentukan sama ada sembahyang
fardhu, sunat dan semumpamanya.
2. QIYAM - (Berdiri
dengan betul bagi yang berkuasa).
3. TAKBIRATUL IHRAM -
(Wajib dilafazkan bagi yang berkuasa).
4. MEMBACA SURAH AL-FATIHAH
PADA SETIAP RAKAAT.
5. RUKUK SERTA TOMAKNINAH.
6. IKTIDAL
7. SUJUD
8. DUDUK ANTARA DUA SUJUD DAN
TOMAKNINAH
9. TASYAHHUD/TAHIYYAT AKHIR
10. DUDUK TASYAHHUD AKHIR
11. SELAWAT KE ATAS NABI S.A.W.
12. SALAM PERTAMA
13. TERTIB.
TERTINGGAL RUKUN.
Sesiapa yang tertinggal rukun
sembahyang tidak boleh diganti
dengan sujud sahwi, malahan
jika dia teringat ketika sembahyang,
wajib bersegera mengulangi
sembahyang dari tempat yang tertinggal itu.
____________________________________________________________________
SUNAT
SEMBAHYANG
SUNAT DALAM SEMBAHYANG TERBAHAGI
KEPADA
2 BAHAGIAN IAITU:
A. SUNAT HAI'AH - Sekiranya
ditinggalkan, tidak dituntut
melakukan apa-apa. Ianya pada
14 tempat iaitu:
01. Mengangkat
tangan.
i. Ketika takbiratulihram
ii. Ketika rukuk
iii. Ketika iktidal
iv. Ketika bangun dari sujud.
02. Meletakkan tangan kanan
di atas tangan kiri diantara
dada dengan pusat dan memegangnya.
03. Membaca doa iftitah
04. Membaca A'uzubillah.
05.Membaca Fatihah dan surah
dengan suara yang kuat pada
2 rakaat yang pertama seperti
pada sembahyang Maghrb, Isyak,
Subuh, Jumaat, dua hari raya
dan sebagainya.
06. Membaca 'Amiin' selepas
fatihah
07. Membaca surah selepas fatihah
08. Membaca takbir (Allahhu
Akhbar) ketika rukuk dan
membaca (Sami'allah huliman
hamidah) ketika bangun
dari iktidal.
09. Membaca tasbih ketika rukuk
10.
Membaca tasbih ketika sujud
11. Meletakkan kedua tangan
di atas peha dengan melepaskan
semua anak jari semasa duduk
antara dua sujud
12. Duduk "Iftiraasyi' iaitu
duduk di atas buku lali kiri dengan
menegakkan tapak kaki kanan
pada semua duduk
13. Duduk `Tawarruk' iaitu
duduk pada tahiyyat akhir dengan
mengeluarkan kaki kiri ke sebelah
kanan dan punggungnya
diletakkan di atas lantai sedang
kaki kanan menegak.
14. Memberi salam yang kedua.
B. SUNAT AB'ADH -
iaitu jika ditinggalkan, maka ia dituntut
untuk melakukan sujud sahwi.
Ianya ada pada 7 tempat iaitu:
01.
Duduk tahiyyat awal
02. Membaca
tahiyyat awal
03. Selawat
dalam tahiyyat awal
04. Doa
qunut Subuh dan juga pada solat witir 15 yang
terakhir Ramadhan.
05. Selawat
dalam qunut
06. Berdiri
semasa berqunut
06. Selawat
ke atas keluarga nabi semasa tahiyyat akhir.
____________________________________________________________________
MAKRUH
SEMBAHYANG
PERKARA YANG MENGURANGKAN PAHALA
SEMBAHYANG
01. Meninggalkan
yang sunat
02. Memaling
muka ke kanan dan ke kiri
03. Memandang
atau mengankat muka ke atas
04. Rukuk
dan sujud yang dilakukan dengan tidak sempurna
05. Menyapu
pasir atau tanah yang terdapat di tempat sujud
ketika hendak sujud kecuali
perbuatan itu dilakukan hanya
sekali dalam keadaan terpaksa
06. Meludah
ke kanan atau ke hadapan sebaliknya hendaklah
meludah ke kiri atau ke bawah
tapak kaki kirinya (jika solat
berseorangan dan tidak dilakukan
di dalam masjid).
07. Solat
dengan meletakkan kedua-dua tangannya
pada pinggang
08. Memberi
isyarat tertentu dengan tangannya kecuali isyarat
menjawab salam atau untuk menegur
imam
09. Mengira
atau membilang sesuatu.
10. Mengangkat
tangan ke atas atau membalik-balikkannya
ketika mengucapkan salam.
11. Membuka
mulut ketika menguap. Rasulullah s.a.w.
bersabda dari Abu Hurairah
r.a. katanya, "Menguap
dalam solat adalah dayang daripada
syaitan, jika seseorang
kamu menguap maka hendaklah
ia berusaha menahannya
(dari membuka mulut lebar-lebar).
Riwayat Tarmizi & Muslim.
12. Solat
dalam keadaan menahan diri dari membuang air
kecil dan air besar atau menahan
lapar.
13. Memandang
kepada sesuatu yang melalaikan yang
berada di hadapan seperti gambar,
pakaian yang
berwarna-warni dan sebagainya.
14. Menurunkan
kain hingga mencecah ke lantai serta
menutupi kedua-dua buku lali
(bagi lelaki)
15. Solat
dalam keadaan mengantuk.
16. Membunyikan
ruas-ruas tangan (meletupkan
anak-anak jari).
____________________________________________________________________
SYARAT
SAH SEMBAHYANG
SYARAT WAJIB SEMBAHYANG
01. ISLAM
02. BALIGH
02. BERAKAL
SYARAT SAH SEMBAHYANG
01. MENGETAHUI
TELAH MASUK WAKTU. JIKA ADA
YANG BERSEMBAHYANG TANPA MEYAKINI
MASUKNYA WAKTU MAKA SEMBAHYANG
ITU
TIDAK SAH SEKALIPUNTEPAT PADA
WAKTUNYA.
02. MENGHADAP
KE KIBLAT. DIMAKSUDKAN
DENGANNYA IALAH DADA. JIKA
MUKA ATAU
KEPALA YANG BERPALING SEMASA
SEMBAHYANG
TIDAKLAH MEMBATALKAN CUMA MAKRUH.
SEBALIKNYA JIKA DIGERAKKAN
3 KALI BERTURUT-
TURUT MAKA BATALLAH SEMBAHYANG
ITU.
03. MENUTUP
AURAT. AURAT LELAKI DARI PUSAT
KE LUTUT DAN AURAT PEREMPUAN
SELURUH
BADAN KECUALI MUKA DAN DUA
TAPAK TANGAN.
04. SUCI
DARI NAJIS, BAIK PADA PAKAIAN,
ANGGOTA BADAN DAN TEMPAT SEMBAHYANG.
05. SUCI
DARI HADAS, ERTINYA TELAH
MENGAMBIL WUDUK.
PERKARA YANG MEMBATALKAN SEMBAHYANG
MAKSUD BATAL IALAH SEMBAHYANG
YANG
DIKERJAKAN ITU DIKIRA TERPUTUS
DAN IA
WAJIB MENGULANGI SEMULA SEMBAHYANG
ITU.
01. BERKATA-KATA
DENGAN SENGAJA SELAIN DARI
LAFAZ AL QURAN.
02. MELAKUKAN
LEBIH DARI 3 PERGERAKAN
YANG DILUAR DARI GERAKKAN SEMBAHYANG
DENGAN SENGAJA.
03. KELUAR
HADAS SAMA ADA HADAS KECIL
ATAU HADAS BESAR.
04. TERDAPAT
NAJIS YANG TIDAK BOLEH
DIMAAFKAN SEPERTI PADA PAKAIAN,
BADAN ATAU TEMPAT SEMBAHYANG.
05. TERBUKA
AURAT WALAUPUN DENGAN
TIDAK SENGAJA SEPERTI DITIUP
ANGIN
TETAPI JIKA DITUTUP DENGAN
SERTA MERTA
TIDAKLAH BATAL SEMBAHYANGNYA.
06. MENGUBAH
NIAT SEPERTI IA SEDANG
SEMBAHYANG ISYAK KEMUDIAN DITUKAR
NIATNYA KEPADA SEMBAHYANG SUNAT.
07. MEMBELAKANGKAN
KIBLAT DENGAN DADANYA
08. MAKAN
WALAUPUN DENGAN SEBIJI NASI
YANG TERLEKAT DI CELAH GIGI.
09. MINUM
SEPERTI MENELAN AIR LIUR YANG
MASIH TERASA MANIS ATAU SEBAGAINYA.
10. KETAWA
ATAU MEANGIS SEHINGGA
KELUAR SUARA.
11. MURTAD
IAITU TERKELUAR DARI
AGAMA ISLAM.
____________________________________________________________________
MAKMUM
MAKMUM MUAFIK & MAKMUM
MASBUK
1. MAKMUM MUAFIK
01. Makmum yang lambat membaca
kerana kelemahan semulajadi.
02. Makmum yang syak sebelum
rukuk dan kemudian dari rukuk.
imam lalu ia teringat yang
ia belum lagi membaca fatihah.
03. Makmum yang lupa membaca
fatihah hingga rukuk imam dan
sebelum ianya rukuk maka teringat
bahawa ia belummembaca fatihah.
04. Makmum yang membaca doa
iftitah dan ta'awuz lalu imam pun
pun rukuk sedang makmum belum
sempat menghabiskan fatihahnya
05. Makmum yang sengaja tidak
membaca fatihah sebab menanti
diam imam lepas membaca fatihah
terus rukuk atau membaca
surah yang pendek hingga tidak
sempat makmum
menghabiskan fatihahnya.
Dalam keadaan ini wajib makmum
menghabiskan bacaan fatihah
dan dia dibolehkan ketinggalan
dengan imam hingga 3 rukukyang
panjang. Yang dimaksudkan dengan
3 rukuk itu ialah 1-rukuk,
2-sujud yang pertama, 3-duduk
antara dua sujud. Jika masuk
imam pada rukuk yang ke-4 sedangkan
makmum belum
sempurna lagi bacaan fatihahnya,
maka wajib makmum
itu memilih antara dua:
i. Ikut imam dengan ditambah
satu rakaat setelah imam
selesai memberi salam yang
pertama.
ii. Niat mufarakah dengan imam
(bercerai dari imam).
2. MAKMUM MASBUK
Ialah makmum yang tidak dapat
membaca fatihah dalam nasa
imam berdirimaka tidak wajib
atasnya menyempurnakan
fatihahnya. Bacaannya hanya
sekadar yang dapat dan
dikehendaki rukuk bersama imam.
SEBAB-SEBAB MASBUK
01. Makmum masbuk dikehendaki
mengikut imam pada
setiap perbuatan dan dikehendaki
tambah mana-mana rukun
yang tertinggal umpamanya satu
rakaat dapat bersama imam
pada solat maghrib maka dikehendaki
tambah dua rakaat lagi.
02. Pada sembahyang subuh,
makmum masbuk mestilah berqunut
sekali lagi untuk dirinya meskipun
ia telah berqunut bersama imam
di awal sembahyang.
03. Jika makmum masbuk sedang
membaca surah tiba-tiba imam
rukuk maka hendaklah diputuskan
dan rukuk bersama imam,
tidak boleh ditangguh lagi.
04. Jika imam dalam keadaan
sujud atau tashahud makmum
masbuk hendaklah terus takbiratulihram
kemudian duduk
bersama imam . Kalau imam sedang
rukuk disunatkan
takbir sekiranya dapat tomakninah
dalam rukuk maka
rakaatnya itu akan dikira.
05. Jika makmum sedang takbir
tiba-tiba imam beri salam
maka dia ditegah duduk kerana
duduk itu untuk mengikut
imam. Jika makmum duduk dengan
sengaja dan tahu
akan haramnya maka batallah
sembahyangnya. Jika ia
terlupa atau jahil, tidak batal
sembahyangnya dan
wajib bangun dengan segera
dan sunat sujud sahwi
di akhir sembahyang.
____________________________________________________________________
IBADAH SEMBAHYANG
PANDUAN KHUSUK SEMBAHYANG
01. Menjaga makan dan minum
dan memastikan ianya diambil
dari sumber yang bersih
lagi halal serta menjauhi makanan
yang shubahat.
02. Membanyakkan sedekah terutama
pada fakir miskin
03. Jangan menahan buangan
air besar atau air kecil
sebaliknya hendaklah selesai
dahulu hajat itu.
04. Mengambil wuduk dengan
sempurna supaya air
merata apda semua anggota yang
wajib serta
membaca doa apabila air melalui
di tiap-tiap
anggota tersebut.
05. Memakai pakaian yang bersih
lagi kemas serta bau-
bauan yang diharuskan.
06. Sentiasa sembahyang diawal
waktu (melainkan ada
majlis ilmu atau zikir)
07. Memastikan di bahagian
hadapan tempat sujud tidak
ada gambar yang boleh menarik
pandangan yang
menyebabkan fikiran dan hati
terganggu.
08. Banyak mengingatkan mati
dan menganggap sembahyang
yang dilakukan itu adalah sembahyang
yang terakhir
sekali dalam hidupnya.
09. Menyedari hakikat yang
ia sedang berhadapan dengan
Allah Yang Maha Agong dan Maha
Mengetahui
segala rahsia hambanya.
10. Menyemaikan di dalam hati
perasaan takut dan rendah
diri terhadap Allah Yang Maha
Melihat setiap
gerak-geri kita.
11. Cuba memahami segala isi
bacaan dalam sembahyang
termasuk ayat Al-Quran dan
segala zikir.
12. Sebelum mengangkat takbiratulihram
hendaklah membaca
surah an-Nas, selawat ke atas
Nabi s.a.w., istighfar dan
apa-apa bacaan untuk menjauhkan
ganggunan syaitan.
13. Menumpukan pandangan ke
tempat sujud dan tidak
banyak menggerakkan anggota
badan atau berpaling
semasa dalam sembahyang.
14. Memastikan seluruh ingatan
pada sembahyang dan
melambatkan bacaan tasbih semasa
dalam rukuk
dan sujud.
15. Memastikan tidak ada gangguan
di dalam kawasan
atau di persekitaran sembahyang.
16. Tidak memandang ke kiri
dan ke kanan sebaliknya
hendaklah memandang ke tempat
sujud.
____________________________________________________________________
KHUTBAH WIDA'
INI ADALAH KHUTBAH TERAKHIR
NABI MUHAMMAD
S.A.W. DISAMPAIKAN PADA
9HB. ZULHIJJAH
TAHUN 10 HIJRIYAH DI LEMBAH
URANAH, BUKIT ARAFAH.
Wahai manusia, dengarlah baik-baik
apa yang hendak kukatakan.
Aku tidak mengetahui apakah
aku dapat bertemu lagi dengan
kamu semua selepas tahun ini.
Oleh itu dengarlah dengan teliti
kata-kataku ini dan sampaikanlah
ia kepada orang-orang yang
tidak dapat hadir disini pada
hari ini.
Wahai manusia, sepertimana
kamu menganggap bulan ini dan kota
ini sebagai suci, maka anggaplah
jiwa dan harta setiap orang Muslim
sebagai amanah suci. Kembalikan
harta yang diamanahkan kepada
kamu kepada pemiliknya yang
berhak. Janganlah kamu sakiti
sesiapapun agar orang lain
tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah
bahawa sesungguhnya kamu akan
menemui Tuhan dan Dia pasti
membuat perhitungan di atas
segala amalan kamu. Allah telah
mengharamkan riba, oleh itu
segala urusan yang melibatkan riba
dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan
demi keselamatan agama kamu.
Dia telah berputus asa untuk
menyesatkan kamu dalam perkara-
perkara besar, maka berjaga-jagalah
supaya kamu tidak
mengikutnya dalam perkara-perkara
kecil.
Wahai manusia, sebagaimana
kamu mempunyai hak atas isteri
kamu, mereka juga mempunyai
hak diatas kamu. Sekiranya
mereka menyempurnakan hak mereka
keatas kamu maka
mereka juga berhak untuk diberi
makan dan pakaian dalam
suasana kasih sayang. Layanilah
wanita-wanita kamu dengan
baik dan berlemah lembutlah
terhadap mereka kerana
sesungguhnya mereka adalah
lemah dan pembantu kamu yang
setia. Dan hak kamu atas mereka
ialah mereka sama sekali tidak
boleh memasukkan orang yang
kamu tidak sukai ke dalam
rumah kamu dan dilarang melakukan
zina.
Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh
kata-kataku ini,
sembahlah Allah, dirikanlah
sembahyang lima kali sehari,
berpuasalah di bulan Ramadan,
dan tunaikanlah zakat dari
harta kekayaan kamu. Kerjakanlah
`ibadah Haji' sekiranya
kamu mampu. Ketahuilah bahawa
setiap Muslim adalah
saudara kepada Muslim yang
lain. Kamu semua adalah sama,
tidak seorang pun yang lebih
mulia dari yang lainnya kecuali
dalam takwa dan beramal solah.
Ingatlah, bahawa kamu akan
menghadap Allah pada suatu
hari untuk dipertanggungjawabkan
di atas segala apa yang telah
kamu kerjakan. Oleh itu awasilah
agar jangan sekali-kali kamu
terkeluar dari landasan kebenaran
selepas ketiadaanku.
Wahai manusia, tidak ada lagi
Nabi atau Rasul yang akan
datang selepasku dan tidak
akan lahir agama baru. Oleh itu
wahai manusia, nilailah dengan
betul dan fahamilah kata-kataku
yang telah aku sampaikan kepada
kamu. Sesungguhnya aku
tinggalkan kepada kamu dua
perkara, yang sekiranya kamu
berpegang teguh dan mengikuti
kedua-duanya, nescaya kamu
tidak akan tersesat selama-lamanya.
Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang
mendengar ucapanku,
menyampaikan pula kepada orang
lain. Semoga yang terakhir
lebih memahami kata-kataku
dari mereka yang terus mendengar
dariku. Saksikanlah Ya Allah,
bahawasanya telah aku
sampaikan risalah-Mu kepada
hamba-hamba-Mu.....
____________________________________________________________________
ASAL-USUL SEMBAHYANG
SUBUH
Orang yang pertama mengerjakan
sembahyang Subuh ialah
Nabi Adam a.s. iaitu tatkala
ia keluar dari syurga lalu di hantar
ke bumi. Perkara pertama yang
dilihatnya ialah kegelapan dan
ia berasa takut yang amat sangat.
Apabila fajar Subuh telah keluar
Nabi Adam pun bersembahyang
dua rakaat.
Rakaat per 1 : bersyukur ia
kerana terlepas dari kegelapan malam
Rakaat ke 2 : bersyukur ia
kerana siang telah menjelma.
ZOHOR
Orang yang pertama mengerjakan
sembahyang Zohor ialah Nabi
Ibrahim a.s. iaitu tatkala
Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya
agar menyembelih anaknya Nabi
Ismail a.s. sedang seruan itu
datangnya pada waktu tergelincir
matahari, lalu sujudlah Nabi
Ibrahim empat rakaat.
Rakaat per 1: bersyukur bagi
penebusan.
Rakaat ke 2: bersyukur kerana
dibukakan dukacitanya dan juga
anaknya.
Rakaat ke 3: bersyukur dan
bermohon akan keredhaan Allah.
Rakaat ke 4: bersyukur kerana
korbannya digantikan dengan
tebusan kibasy.
ASAR
Orang yang pertama mengerjakan
sembahyang Asar ialah Nabi
Yunus a.s. tatkala ia dikeluarkan
oleh Allah dari perut ikan Nun.
Ikan Nun telah memuntahkan
Nabi Yunus di tepi pantai sedang
waktu itu telah masuk Asar.
Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu
bersembahyang empat rakaat
kerana ia telah diselamatkan Allah
dari 4 kegelapan iaitu.
Rakaat per 1: kelam dengan
kesalahan.
Rakaat ke 2: kelam dengan air
laut.
Rakaat ke 3: kelam dengan malam.
Rakaat ke 4: kelam dengan perut
Ikan Nun.e
MAGHRIB
Orang yang pertama mengerjakan
sembahyang Maghrib ialah
Nabi Isa a.s. tatkala ia dikeluarkan
oleh Allah dari kejahilan dan
kebodohan kaumnya sedang waktu
itu telah terbenamnya matahari.
Bersyukurlah Nabi Isa lalu
bersembahyang tiga rakaat kerana di-
selamatkan dari kejahilan itu
iaitu.
Rakaat per 1: untuk menafikan
ketuhanan selain dari Allah
yang Maha Esa.
Rakaat ke 2: untuk menafikan
tuduhan dan juga tohmahan
ke atas ibunya Siti Maryam
yang dituduh telah melakukan
perbuatan sumbang.
Rakaat ke 3: untuk meyakinkan
kaumnya bahawa Tuhan
itu hanya satu iaitu Allah
jua tiada dua atau tiga.Ra
ISYAK
Orang yang pertama mengerjakan
sembahyang Isyak ialah
Nabi Musa a.s. Pada ketika
itu Nabi Musa telah tersesat
mencari jalan keluar dari negeri
Madyan sedang dalam
dadanya penuh dengan perasaan
dukacita. Allah lalu
menghilangkan semua perasaan
dukacitanya itu pada
waktu Isyak yang akhir. Lalu
sembahyanglah Nabi Musa
empat rakaat sebagai tanda
bersyukur. Empat dukacitanya
itu ialah.
Rakaat per 1: dukacita terhadap
isterinya.
Rakaat ke 2: dukacita terhadap
saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ke 3: dukacita terhadap
Firaun.
Rakaat ke 4: dukacita terhadap
anak Firaun.
____________________________________________________________________
PANDUAN JENAZAH
RUKUN SEMBAHYANG JENAZAH
01. Niat - "Sahaja aku sembahyang
mayat lelaki/perempuan/
kanak-kanak lelaki/perempuan,
empat takbir fardu
kifayah mengikut imam kerana
Allah Ta'ala"
02. Berdiri bagi yang berkuasa
03. Takbir 4 kali termasuk
takbirratul ihram.
04. Membaca Fatihah.
05. Membaca selawat ke atas
Nabi s.a.w.
06. Membaca doa yang khusus
untuk si mayat selepas takbir yang ke 3
07. Memberi salam.
PERKARA SUNAT YANG MESTI
DILAKUKAN
TERHADAP JENAZAH
01. Pejamkan kedua-kedua matanya
dan ikatkan dagu supaya
mulutnya tidak dimasuki serangga.
02. Lipatkan kedua tangannya
di atas dada dengan tangan
kanan di atas tangan kiri ataupun
luruskan kedua-dua
tangannya ke bawah.
03. Tutup seluruh tubuhnya
dengan kain yang bersih supaya
tidak terbuka auratnya.
04. Ahli keluarga dan juga
warisnya hendaklah membayar
segala hutang piutang simati
sama ada dengan harta
peninggalannya atau dari pertolongan
ahli keluarga.
05. Memberitahu kepada orang
ramai supaya mereka yang datang
itu dapat menyembahyangkannya
secara beramai-ramai.
06. Letakkan sesuatu yang berat
di atas perut si mati agar
perutnya tidak kembung.
BARANG-BARANG KEPERLUAN
JENAZAH
01. 24 ela kain putih - bergantung
pada keadaan mayat.
02. 2 bandai kapas - bergantung
pada keadaan mayat.
03. 1 bungkus serbuk kapur
barus atau 5 ketul kapur barus.
04. 1 botol air mawar.
05. 1 bungkus serbuk cendana
atau 5 ketul cendana.
06. 1 botol minyak atar yang
sederhana.
07. Sekeping tikar berukuran
6 x 5 kaki.
08. Seketul sabun mandi.
09. Satu bekas air yang sederhana
bagi menyiramnya
selepas bacaan talkin.
10. Sepasang batu nisan.
ORANG YANG LEBIH UTAMA MEMANDIKAN
JENAZAH
01. Lebih afdal orang yang
paling hampir dengan simati atau
kaum keluarga yang terdekat.
02. Seorang suami boleh memandikan
isterinya begitu
juga sebaliknya.
03. Mayat kanak-kanak lelaki
atau perempuan yang belum
baligh boleh dimandikan oleh
orang lelaki dan perempuan.
04. Mayat yang tidak bersifat
lelaki atau perempuan yang
telah dewasa hendaklah dimandikan
oleh kaum keluarganya
yang terdekat sama ada lelaki
atau perempuan. Jika tidak
ada maka bolehlah dimandikan
oleh orang lain sama ada
lelaki atau perempuan.
____________________________________________________________________
KHASIAT AYAT AL QURAN
KHASIAT BISMILLAH
* Melariskan barang dagangan
- baca ayat ini hingga 786 kali
setiap hari selama 7 hari berturut-turut.
Semasa membacanya
mestilah disertai dengan niat
agar barang jualannya menjadi
laris.
* Memohon bermacam-macam hajat
- bacalah ayat ini sebanyak
12,000 kali dan pada setiap
1,000 kali bacalah selawat ke atas
Nabi s.a.w. Setelah tamat pada
selawat yang ke 12, berdoalah
kepada Allah, InsyaAllah segala
ikhtiar ini akan diperkenankan
oleh Allah.
* Menghindari dari gangguan
syaitan - bacalah ayat ini sebanyak
21 kali apabila hendak tidur.
Setelah itu janganlah bercakap-
bercakap lagi sehingga terlelap.
Amalkannya setiap kali
hendak tidur. InysaAllah ia
akan terselamat dari segala bencana.
* Menimbulkan rasa kasih sayang
- bacakan ayat ini sebanyak
786 kali pada segelas air lalu
tiupkan padanya kemudian
barulah diminum. Boleh juga
diberikan kepada sesiapa
yang kita mahu. InsyaAllah
kebencian orang itu akan
bertukar kepada kecintaan.
KHASIAT SURAH AL FAATIHAH
* Menghilangkan sifat lupa
- tuliskan surah ini pada sebiji
pinggan dengna menggunakan
pewarna yang halal, lalu
tuangkan air padanya sehingga
tulisan itu larut kemudian
barulah diminum atau diberikan
pada orang yang pelupa.
Ulangilah beberapa kali dengan
penuh kesabaran, Insya
AllahTuhan akan tunjukkan hasilnya.
* Untuk memperolehi hikmah
dan membersihkan hati -
bacalah surah ini sebanyak
70 kali selama 7 hari dalam
keadaan dirinya berwuduk lalu
ditiupkan pada air yang
bersih kemudian diminum airnya.
* Menyembuhkan segala penyakit
- bacalah surah ini
sebanyak 40 kali pada air kemudian
basuhlah kedua
tangan, kaki, kepala dan seluruh
anggota badan.
Setelah itu tulislah surah
ini dengan cara huruf yang
terputus-putus dari Alif hingga
Nun di akhir Faatihah
kemudian dihapuskan dengan
air lalu diberi minum
pada orang yang sakit itu,
InsyaAllah Tuhan tidak
akan menghampakan usaha hambanya.
* Menghilangkan bisa sengatan
binatang - bacakan
surah ini sebanyak 7 kali pada
air yang telah di-
campurkan sedikit garam lalu
diberi minum kepada
orang yang terkena bisa sengatan
binatang.
InsyaAllah bisa itu akan menjadi
tawar.
KHASIAT AYATUL QURSI
* Untuk mendapatkan sesuatu
hajat - bacalah ayat ini
sebanyak 100 kali pada 2/3
malam selepas melakukan
solat hajat kemudian berdoalah
pada Allah dan pohonlah
apa-apa hajat yang diingini.
* Memohon keselamatan dalam
perjalanan - sebelum keluar
dari rumah bacalah ayat ini,
InsyaAllah dalam perjalanannya
nanti ia tidak akan menemui
apa-apa kesukaran atau mara
bahaya disamping 70,000 malaikat
yang mengiringinya.
* Menghapuskan dosa-dosa kecil
- setiap kali selepas solat
bacalah ayat ini, InsyaAllah
akan meluputkan segala dosa-
dosa kecilnya melainkan dosa-dosa
besar dan juga dosanya
terhadap sesama makhluk
* Menyembuhkan penyakit gila
- bacakan ayat ini sebanyak
11 kali pada kepala orang yang
gila itu , kemudian tiupkan
pada kepalanya. Lakukannya
hingga beberapa kali dengan
penuh sabar, InsyaAllah secara
beransur-ansur anda akan
dapat lihat perubahannya.
KHASIAT SURAH AL IKHLAS
* Untuk mendapatkan kebaikan
di dunia dan akhirat - bacalah
surah ini setiap hari selepas
solat dan jadikannya sebagai satu
amalan harian, InsyaAllah dengan
berkat surah ini kita akan
mendapat kesejahteraan.
* Untuk menjauhkan dari fitnah
dan siksa kubur - bacalah
surah ini pada orang yang sedang
sakit atau pun sedekahkanlah
pada ahli kubur, InsyaAllah,
Allah akan melindungi hambanya
dari semua itu.
* Menjauhkan dari segala bencana
- amalkan membacanya
antara solat Maghrib dan Isyak
sebanyak 1,000 kali.
* Dapat menghindarkan dari
rasa lapar dan dahaga - seandainya
seseorang sedang sedang berada
di dalam perjalanan atau pun
jauh dari tempat sumber makanan,
maka bacalah `Ya Sinad'
seberapa banyak yang mampu,
InsyaAllah rasa lapar dan
dahaganya akan hilang dengan
sendiri dan kita dapat
meneruskan tugas seperti biasa.
____________________________________________________________________
TAJWID
HUKUM NUN MATI DAN TANWIN
Nun yang mati atau Tanwin apabila
bertemu dengan salah
satu huruf hijaaiyah yang 28,
dari `Alif ' hingga `Ya' maka ia
akan terbahagi kepada 4 hukum
bacaan iaitu:
01. Izhar (Halqi)
Ertinya menjelaskan, menerangkan
setiap huruf yang terbit
atau keluar dari halkum tanpa
dengung. Apabila Nun mati
atau Tanwin bertemu dengan
huruf-huruf `Izhar' yang 6
iaitu:
Ha, Qha, Ain, Ghain, Hha, Hamzah, maka ia
dinamakan `Izhar Halqi' yang
dibaca dengan terang
dan nyata tanpa dengung.
02. Idgham
Ertinya memasukkan Nun yang
mati atau Tanwin ke dalam
huruf Idgham . Nun yang mati
itu atau Tanwin tidak dibunyikan
sifatnya bahkan dibunyikan
huruf yang selepasnya secara
bertashdid (bersabdu). Huruf
Idgham ada 6 iaitu: Ya, Wau,
Mim, Nun, Ra, Lam.
Idgham terbahagi kepada dua
bahagian iaitu:
i) Idgham Ma'al Ghunnah
Apabila Nun mati atau Tanwin
bertemu dengan salah satu
huruf yang 4, maka ia hendaklah
dibaca dengan Idgham
berserta dengung. Hurufnya
ialah Ya, Wau, Mim, Nun.
ii) Idgham Bila Ghunnah
Iaitu apabila Nun atau Tanwin
bertemu dengan salah satu
dari huruf yang dua iaitu Ra
dan Lam, maka
hukumnya
ia mestilah dibaca dengan idgham
tanpa dengung.
03. Ikhfak (Hakiki)
Ertinya menyembunyikan Nun
yang mati atau Tanwin
ke dalam huruf yang selepasnya
dengan membaca diantara
Izhar dan Idgham berserta mengekalkan
dengung tanpa
bersabdu. Apabila Nun mati
atau Tanwin bertemu dengan
huruf ikhfak yang 15 iaitu:
Ta, Sa, Jim, Dal, Zal, Sin, Syin,
Sod, Dhod, Tho, Zho, Fa, Qhaf,
Kaf, maka hukumnya
ia mestilah dibaca dengan `Ikhfak
Hakiki'.
03. Ikhlab
Ertinya apabila Nun mati atau
Tanwin bertemu dengan
huruf ikhlab yang satu iaitu:
`Ba' maka bacaannya
mestilah ditukar kepada bunyi
`Mim Mati' disamping
mengekalkan dengung.
HUKUM MIM MATI
Apabila `Mim Mati' bertemu
dengan huruf Hijaaiyah maka
hukumnya terbahagi kepada 3
bahagian iaitu:
01. Idgham Syafawi (Mislain)
- iaitu apabila `mim mati'
bertemu dengan huruf `mim yang
berbaris', maka hukum
bacaan itu mestilah diidghamkan
(memasukkan) `mim yang
mati' itu ke dalam mim yang
kedua (berbaris) berserta
dengan dengung.
01. Ikhfak Syafawi -
iaitu apabila `mim mati' bertemu dengan
huruf `Ba' maka hukum bacaan
itu mestilah diikhfakkan
(menyembunyikan) `mim yang
mati' ke dalam huruf `Ba'
berserta dengan dengung.
01. Izhar Syafawi - iatu
apabila `mim mati' bertemu dengan
26 huruf hijaaiyah yang selain
dari `Mim' dan `Ba' maka
hukum bacaan itu mestilah di
Izharkan (nyata dan terang)
tanpa dengung.
HUKUM MIM DAN NUN YANG BERSABDU
Mim dan Nun yang bersabdu (tasydid)
maka hukum
bacaannya ia mestilah didengungkan
dan ia dinamakan
`Idgham Waajibul Ghunnah'.
Kadar panjang
dengung ialah 2 rakaat.
____________________________________________________________________
HIKMAH AL QURAN
HIKMAH AL QURAN DITURUNKAN
BERANSUR-ANSUR
01. Supaya ianya lebih mudah
difahami dan dilaksana. Manusia
akan enggan melaksanakan suruhan
dan larangan sekiranya
perintah itu diturunkan secara
serentak dan banyak.
02. Diantara ayat-ayat yang
diturunkan itu ada yang nasakh dan
ada yang mansukh mengikut kesesuaian
masyarakat umum.
03. Turunnya sesuatu ayat itu
berkesesuaian dengan peristiwa
yang terjadi dan ini lebih
memberi kesan di dalam hati.
04. Memudahkan bagi mereka
yang hendak menghafaznya.
05. Diantara ayat-ayat itu
ada yang merupakan jawapan
daripada pertanyaan dan penolakan
sesuatu pendapat atau
perbuatan. Ibnu Abbas r.a.
ada berkata, "Hal ini tidak dapat
dilaksanakan sekiranya Al Quran
itu diturunkan serentak.
Perbezaan Ayat Makiyah dengan
Ayat Madaniyah
01. Ayat Makiyah pada umumnya
pendek sedang ayat
Madaniyah panjang. Surah Madaniyah
merupakan 11/30
dari isi Al Quran. Surah Makiyah
merupakan 19/30 dari
isi Al Quran.
02. Dalam surah Madaniyah ayatnya
dimulakan dengan
"Ya ayyuhal lazi na aa manu"
dan sedikit sekali ayatnya
yang dimulakan dengan "Ya ayyuhan
nas" sedang dalam
surah Makiyah adalah sebaliknya.
03. Ayat Makiyah pada umumnya
mengandungi hal-hal
yang berhubung dengan keimanan,
ancaman, pahala dan
kisah umat-umat terdahulu yang
mengandungi hukum-
hukum duniawi dan kemasyarakatan.
Bagaimana Al Quran Diturunkan?
01. Malaikat memasukkan wahyu
itu ke dalam hati Nabi
s.a.w. Dalam hal Nabi tidak
melihat sesuatu apa pun.
Baginda hanya merasakan yang
wahyu itu sudah
berada di dalam kalbunya.
02. Malaikat menampakkan dirinya
kepada Nabi s.a.w.
berupa seorang lelaki dan mengucapkan
kata-kata
kepadanya sehingga baginda
dapat mengetahui
dan menghafal akan kata-katanya
itu.
03. Wahyu yang datang kepada
Nabi s.a.w. seperti
bergemerincingnya loceng. Cara
inilah yang paling
berat dirasakan oleh Nabi s.a.w.
keringat akan
terpancar pada kening baginda
walaupun wahyu
itu turun pada musim dingin.
Ada kalanya unta
yang ditunggang oleh baginda
terpaksa berhenti
dan duduk untuk seketika kerana
merasa
berat yang amat sangat.
04. Malaikat menampakkan dirinya
kepada
Nabi s.a.w. dengan rupanya
yang asli. Hal ini ada
disebut dalam Surah An Najm,
ayat 13 - 14.
____________________________________________________________________
MENGENAL 4 BUAH KITAB
KITAB TAURAT
Kitab Taurat telah diturunkan
oleh Allah s.w.t. kepada Nabi
Musa a.s. dalam bahasa Ibrani.
Dalam Kitab Taurat ini
terkandung hukum syarak dan
keyakinan yang betul. Ia
juga menerangkan bahawa seorang
nabi akhir zaman
(Muhammad s.a.w.) akan lahir
dari keturunan Nabi
Ismail a.s. Kitab Taurat yang
asli tidak ditemui lagi
pada masa sekarang kerana isinya
telah ditokok
tambah oleh orang-orang yahudi.
KITAB ZABUR
Kitab Zabur telah diturunkan
oleh Allah s.e.t. kepada Nabi
Daud a.s. dalam bahasa Qibthi.
Kitab Zabur tidak mengandungi
hukum perundangan. Kandungannya
hanya mengenai perkhabaran,
cerita, zikir, doa serta hikmah-hikmah.
Oleh sebab itu Nabi Daud
tidak mempunyai syariat tersendiri,
ia dan umatnya hanya
mengikut syariat yang dibawa
oleh Nabi Mus
KITAB INJIL
Kitab Injil diturunkan oleh
Allah s.w.t. kepada Nabi Isa a.s.
dalam bahasa Suryani. Diantara
kandungannya yang utama
ialah menyeru umat manusia
agar mengEsakan Allah s.w.t.
Kitab Injil juga memberitakan
akan kelahiran seorang nabi
dan rasul diakhir zaman iaitu
Nabi Muhammad s.a.w.
Orang-orang Yahudi telah mengingkari
akan kebenaran
Allah s.w.t. Mereka telah menghimpunkan
kitab-kitab
ini menjadi satu yang diberi
nama "bible" kemudian
mereka ubah isi kandungannya
mengikut kehendak
hati mereka agar berkesesuaian
dengan kehidupan
mereka seharian. Bible ini
terbahagia kepada dua
bahagian besar. Pertama bahagian
Taurat yang
dinamakan dengan Perjanjian
Lama (Old Testament).
Kedua bahagia Injil yang dinamakan
dengan
Perjanjian baru (New Testament).
KITAB SUCI AL QURAN
Kitab suci Al Quran adalah
sebuah kitab yang telah
diturunkan kepada Nabi Muhammad
s.a.w. Al Quran
diturunkan dalam bahasa Arab.
Di dalam Al Quran
mengandungi hukum-hukum serta
peraturan yang
lengkap meliputi seluruh aspek
kehidupan manusia,
sama ada untuk mencapai kemakmuran
hidup
di dunia mahupun untuk kebahagiaan
hidup di akhirat.
Ajaran yang disampaikan di
dalam Al Quran sesuai
untuk seluruh umat manusia
dipermukaan bumi
ini tidak kira bangsa dan keturunannya.
Ajaran yang
termuat di dalam Al Quran lengkap
dan sempurna,
ia tidak akan berubah dan kekal
selama-lamanya
bahkan ia tetap dipelihara
oleh Allah s.w.t.
____________________________________________________________________
TA'ARIF
TA'ARIF AHLI SUNNAH
1. As sunnah, dalam bahasa
arab ialah At Thariqah yang
bererti kaedah atau perjalanan
hidup sama ada perilaku
baik mahu pun buruk.
2. Dalam istilah syarak, menurut
ahli hadis iaitu sesuatu
yang diriwayatkan dari Nabi
s.a.w. yang berupa perkataan,
perbuatan, ketetapan serta
akhlak baginda sama ada
sebelum mahu pun sesudah baginda
diangkat menjadi nabi.
3. Menurut ahli usul, sunnah
ialah sesuatu yang dicontohkan
oleh Nabi s.a.w. mengikut beberapa
kaedah yang tertentu.
Ianya tidak terdapat di dalam
Al Quran tetapi dinyatakan
oleh Nabi s.a.w. dan ianya
merupakan penjelasan awal
dari isi Al Quran.
4. Menurut ahli fuqahak, sunnah
itu bererti ketetapan awal
dari Nabi s.a.w. yang bukan
fardhu dan bukan pula wajib.
5. Menurut kebanyakan ulamak
hadis, sunnah adalah
kata-kata yang dapat menyelamatkan
keraguan tentang
akidah, terutamanya dalam hal
keimanan kepada Allah,
para malaikat, kitab-kitab,
rasul, hari akhirat dan takdir.
TA'ARIF AHLI JAMAAH
Menurut bahasa, kata jamaah
berasal dari Al ijtimaq
(berkumpul). Lafaz Al Jamaah
telah menjadi nama bagi
kaum yang bersatu namun jika
lafaz Al Jamaah ini
disatukan dengan As Sunnah
ia akan menjadi Ahli
Sunnah Wal Jamaah. Maka yang
dimaksudkan dengan
Ahli Sunnah Wal Jamaah di sini
ialah pendahulu kepada
umat ini iaitu para sahabat
dan para tabi'in yang bersatu
mengikut kebenaran dari kitab
Al Quran dan Sunnah
Rasulullah s.a.w.
TA'ARIF AHLI HADIS
1. Dalam bahasa arab, Al Hadis
bererti baru.
2. Menurut istilah pula, Al
Hadis bererti perkataan,
perbuatan, ketetapan, sifat
atau akhlak Nabi s.a.w.
Ilmu Hadis terbahagi kepada
dua iaitu:
a) Ilmu Hadis Riwayat - iaitu
ilmu yang meliputi
perkataan, perbuatan, ketetapan,
sifat-sifat Nabi,
riwayat dan penyampaian baginda.
b) Ilmu Hadis Dirayah - ialah
ilmu yang menceritakan
tentang kaedah yang dipergunakan
untuk mengetahui
keadaan sanad dan matan. Ilmu
ini juga disebut
Musthalah Hadis.
Yang dimaksudkan dengan Ahli
Hadis ialah mereka
yang mendalami serta mengkaji
hadis Rasulullah s.a.w.
dari segi riwayat dan juga
dirayah. Mereka meluangkan
sepenuh masa mereka serta tenaga
untuk mengkaji
hadis Nabi s.a.w. dan periwayatannya
disamping
memelihara sunnah dan menjauhkan
bida'ah.
TA'ARIF AHLI SALAF
1. Menurut bahasa, salaf bererti
orang yang lebih tua
dan lebih utama atau pun disebut
juga sebagai
pendahulu.
2. Menurut istilah, salaf bererti
para sahabat dan
tabi'in serta pengikut-pengikut
yang terdiri dari
imam-imam terkemuka yang berpegang
teguh
kepada ajaran Al Quran dan
As Sunnah.
____________________________________________________________________
AHLI SUNNAH WAL JAMAAH
USUL-USUL YANG DISEPAKATI
OLEH AHLI SUNNAH
01. Al Quran adalah Kalam Allah
yang diturunkan dari
Lauh Mahfuz dan ianya bukan
makhluk atau ciptaan
makhluk.
02. Ahli Sunnah meyakini bahawa
Allah tidak boleh dilihat
oleh sesiapa hatta orang-orang
mukmin sekalipun semasa
di dunia ini sebaliknya Allah
hanya boleh dilihat oleh
orang-orang mukmin di syurga
kelak.
03. Ahli Sunnah beriman dan
mempercayai dengan semua
berita yang disampaikan oleh
Rasulullah akan keadaan
atau suasana setelah mati kelak.
04. Beriman dengan segala sifat-sifat
yang telah ditetapkan
Allah bagi diriNya seperti
yang disebutkan di dalam kitab-
Nya tanpa mengingkarkan atau
menyerupakan-Nya
dengan sesuatu.
05. Ahli Sunnah membenarkan
adanya karomah yang
dianugerahkan Allah pada para
wali-wali-Nya serta
kejadian luar biasa yang berlaku
pada mereka.
06. Mereka bersepakat akan
memerangi sesiapa yang
terkeluar dari syariat Islam
sungguh pun orang itu
mengucapkan dua kalimah syahadah
serta mengimani
dengan semua qada' dan qadar
dari Allah dan segala
ketetapan dariNya.
07. Ahli Sunnah mengimani dan
mempercayai akan
sahabat-sahabat Rasulullah
serta isteri-isteri
baginda bahawa mereka semua
tidak mendapat
kemaksuman dari Allah kecuali
Rasulullah
s.a.w. seorang sahaja.
08. Mereka bersepakat bahawa
iman itu adalah
pengakuan dengan hati, pengucapan
dengan lidah
dan disertai dengan perbuatan.
Ianya boleh bertambah
dan berkurang pada sesuatu
masa atau keadaan.
09. Ahli Sunnah meyakini bahawa
iman itu mempunyai
beberapa cabang. Oleh yang
demikian Ahli Sunnah
tidak akan mengkafirkan seseorang
muslim di atas
kemaksiatan yang dilakukannya
kecuali jika ia
terlepas cabang-cabang iman.
10. Ahli Sunnah bersepakat
tentang adanya dosa,
pahala, azab dan nikmat yanga
akn dirasai oleh
setiap orang.
USUL-USUL YANG DIPERSELISIHKAN
OLEH AHLI SUNNAH
01. Mereka berselisih mengenai
masalah khalifah, antara
Saiyidina Usman b. Affan dengan
SAiyidina Ali b. Abi Thalib
siapakah yang lebih utama menjadi
khalifah sedangkan dalam
masalah khalifah Abu Bakar
dan juga Umar mereka sepakat
menerimanya.
02. Mereka berselisih mengenai
batal atau tidak wuduk
seseorang itu sekiranya keluar
darah yang disebabkan
oleh luka, berbekam atau muntah.
Dalam masalah ini
terdapat dua pendapat yang
masyhur iaitu barangsiapa
yang berwuduk maka itu lebih
baik dan sekiranya
tidak memperbaharuinya tidaklah
menjadi apa.
03. Aisyah r.a. telah berbeza
pendapat dengan Ibnu
Abbas r.a. serta pendapat jumhur
dan para sahabat
yang lainnya dalam masalah
Rasulullah dapat
melihat TuhanNya. Kata Aisyah
"Sesiapa mengakui
Muhammad melihat TuhanNya,
maka ia telah
berlaku dusta terhadap Allah,"
sedangkan
pendapat jumhur adalah sebaliknya.
04. Aisyah juga membantah mengenai
persoalan orang
yang telah mati boleh mendengar
doa dari orang
yang hidup. Sabd Rasulullah,
"Apabila seseorang
itu melintasi kubur orang yang
dikenalinya
semasa di dunia dulu, lalu
memberi salam kepadanya
maka Allah akan mengembalikan
roh pada mayat itu
sehingga ia boleh menjawab
salam tersebut." inilah
pendapat jumhur.
05. Ahli Sunnah berselisih
dalam peristiwa Rasulullah
s.a.w. melakukan mikraj (perjalanan
naik ke alngait).
Ada yang mengatakan baginda
melakukan mikraj
dengan rohnya dan sebahagian
yang lain
mengatakan jasad sahaja.
06. Ahli Sunnah bersepakat
sesiapa yang meninggalkan
dua kalimah syahadah ia ternyata
kafir tetapi mengenai
4 rukun lagi iaitu solat, zakat,
puasa dan haji mereka
berselisih mengenainya.
07. Ahli Sunnah tidak mengkafirkan
orang yang melakukan
maksiat atau dosa besar
seperti berzina atau minum arak
tetapi mereka berselisih bagi
orang yang meninggalkan
rukun Islam yang ke 4 kecuali
dua kalimah syahadah.
____________________________________________________________________
ADAB MEMBERI SALAM
HUKUM MEMBERI SALAM
Sunat Muakkad bagi perseorangan
dan Sunat Kifayah bagi
perkumpulan. Menjawab salam
pula adalah wajib bagi
perseorangan dan fardu kifayah
bagi perkumpulan.
Orang Yang Patut Mendahulukan
Salam
01. Yang berjalan kepada yang
duduk.
02. Yang muda kepada orang
yang tua.
03. Yang berkenderaan kepada
yang berjalan kaki.
04. Yang berada di luar kepada
yang berada di dalam.
05. Yang berada di belakang
kepada yang berada di depan.
06. Yang hendak meninggalkan
majlis kepada yang berada
dalam majlis.
Orang Yang Makruh Diucapkan
Salam Kepadanya
01. Orang yang sedang azan
atau iqomah.
02. Orang yang sedang mengajar
ilmu agama.
03. Orang yang sedang membaca
Al Quran.
04. Orang yang sedang qada
hajat.
05. Orang yang memusuh Islam
dan orang kafir.
06. Ahli bid'ah - orang yang
mengganggu lalu-lalang
atau berbual kosong.
07. Ahli maksiat termasuk orang
yang tidak menutup aurat.
Orang Yang Wajib Menjawab Salam
01. Orang yang sedang sembahyang.
02. Orang yang sedang qada
hajat.
03. Orang yang sedang mengajar.
04. Orang yang menerima salam
setelah
bercakap-cakap dengannya.
05. Orang yang suka meminta-minta.
Kelebih Dan Hikmah Memberi
Salam
01. Mendapat keredaan Allah.
02. Mendapat doa dari Malaikat.
03. Mendukacitkan iblis.
04. Membersihkan hati dan melahirkan
kemesraan serta mengukuhkan
persaudaraan Islam.
____________________________________________________________________
ADAB BERJIRAN
PRINSIP BERJIRAN
01. Dikira jiran itu bermula
dari 40 buah rumah kehadapan,
belakang, kiri dan kanan.
02. Mendahulukan memberi salam
bila bertemu.
03. Tidak terlalu banyak bertanya
akan hal ehwalnya.
04. Menziarahinya bila ia sakit.
05. Menerima undangannya bila
ada sesuatu majlis
kesyukuran atau keamaian.
06. Cuba membantunya sedaya
yang boleh bila mereka
berada didalam kesusahan.
07. Memaafkan setiap kesalahan
dan kesilapan yang
tidak disengajakan.
08. Tidak mudah percaya dengan
kata-katan
fitnah terhadapnya.
09. Memberi nasihat dan tunjuk
ajar dalam
urusan agama mahupun dunia.
10. Sentiasa bercakap dengan
lemah-lembut.
11. Tidak menyinggung perasaannya
dengan
sesuatu perbuatan.
Adab Menziarahi Orang Sakit
01. Sunat menziarahinya secara
berselang hari.
02. Makruh jika tinggal terlalu
lama dan menyusahkan
si pesakit serta keluarganya.
03. Sunat duduk dekat dengan
kepala si pesakit.
04. Sunat membaca doa dan mengucapkan
kata-kata yang disenangi oleh
si pesakit.
05. Sunat mengampunkan setiap
kesalahan pesakit
sekiranya ia ada membuat kesalahan
dengan kita.
06. Membawa apa-apa buah tangan
yang patut bagi
meringankan bebannya dan juga
keluarganya.
Adab Menziarahi Kubur
01. Sunat memberi salam dan
mendahului dengan kaki kanan
apabila memasuki kawasan perkuburan.
02. Sunat mengambil wuduk.
03. Makruh bagi wanita tetapi
sekiranya bercampur dengan
kaum lelaki yang bukan muhramnya
maka hukumnya haram.
Bagi wanita yang sudah tua
maka hukumnya harus.
04. Sunat membaca ayat-ayat
Al Quran seperti Al-Faatihah
dan sebagainya serta diiringi
dengan doa.
05. Duduk hampir dengan kuburnya
atau disisinya.
06. Dilarang mengusap atau
mencium batu nisan.
07. Dilarang tawaf di sekeliling
kubur dengan
memohon sesuatu hajat padanya
kerana ini
adalah perbuatan bid'ah yang
mungkar.
08. Lebih afdal, ziarah dilakukan
pada hari Jumaat.
____________________________________________________________________
PERBEZAAN IBADAH LELAKI
DAN WANITA
Para ulamak Fekah mengklasifikasikan
beberapa perbezaan
ibadah serta tanggungjawab
syariat yang harus dilaksanakan
oleh kaum lelaki dan wanita
antaranya,
* Kaum wanita tidak boleh membawa
jenazah ke tanah
perkuburan baik jenazah itu
perempuan, kanak-kanak
atau dewasa. Kaum wanita tidak
wajib keluar berjihad
bersama lelaki.
* Mereka dikehendaki duduk
di tempat yang paling
belakang sekali dalam solat
berjemaah.
* Kaum wanita tidak wajib solat
berjemaah di masjid.
Bagi wanita yang belum berkahwin
adalah makruh
solat di masjid dan bagi yang
telah berkahwin
mereka perlu meminta izin dari
suami tetapi lebih
afdal jika dikerjakan di rumah.
* Wanita diharuskan menepuk
belakang tapak
tangan mereka jika berlaku
kesilapan imam
dalam solat tetapi lelaki disunatkan
membaca
tasbih.
* Wanita tidak boleh azan dan
tidak boleh
mengimamkan lelaki dalam solat.
* Wanita tidak boleh membaca
dengan nyaring
di dalam solat jika ada lelaki
ajnabi dan menurut
setengah pendapat memang tidak
boleh jika ada
lelaki ajnabi atau tidak.
* Kaum wanita hendaklah merapatkan
anggota
badan mereka ketika rukuk dan
sujud tetapi
lelaki disunatkan membukanya.
* Wanita tidak diwajibkan solat
Jumaat, mereka
juga tidak boleh mengangkat
suara ketika takbir
hari raya atau talbiah pada
haji.
* Aurat wanita adalah seluruh
badan kecuali
muda dan dua tapak tangannya
sedang lelaki
auratnya antara pusat dan lulut.
* Wanita boleh memakai pakaian
sutera dan
perhiasan emas sedang lelaki
diharamkan
memakainya.
* Wanita (isteri) tidak dikenakan
kifarat sekiranya
melakukan jimak di siang hari
dalam bulan
Ramadan tetapi lelaki (suami)
wajib membayar kifarat.
* Wanita tidak boleh bermusafir
jika tidak disertai
oleh muhramnya seperti suami,
bapa atau sebagainya.
* Air susu wanita boleh mengikatkan
pertalian ibu
susu sedangkan lelaki tidak.
* Dalam hak penjagaan anak
wanita lebih
didahulukan dari lelaki.
* Wanita akan mengalami haid,
nifas dan istihadhah
sedang lelaki tidak.
* Jenazah wanita dikafani dengan
5 lapis kain
sedang jenazah lelaki dikafani
dengan 3 lapis kain.
____________________________________________________________________
SIFAT 20
WUJUD
Ada. Wajib Tuhan ada. Mustahil
Tuhan tidak ada. Bukti
Allah ada ialah alam keseluruhan
ini. Kalau Tuhan yang
menjadikan alam ini ada, tentulah
boleh menjadikan
tidak ada pula.
QIDAM
Tuhan sifat qidam iaitu tiada
permulaan adaNya. Mustahil
ada permulaan adaNya kerana
kalau ada permulaan adaNya
maka samalah ia dengan makhluk.
Kalau ia sama dengan
makhluk maka ia bukan Tuhan.
BAQA
Tuhan bersifat baqa ialah kekal
selama-lamanya mustahil ia
akan lenyap. Tuhan tidak mungkin
habis. Kalau ia habis
maka siapakah yang menjadi
Tuhan sesudahNya? Tuhan
kekal buat selama-lamanya dan
ia akan mengekalkan pula
syurga dan neraka bersama penghuni-penghuninya.
MUKHALAFATUHU TA'ALA LIL
HAWADIS
Tuhan bersifat mukhalafathuhu
Ta'ala Lil Hawadis ertinya
Tuhan berlainan dngan sekalian
makhluk mustahil ia
serupa dengan makhlukNya.
QIYAMUHU BINAFSIH
Tuhan adalah berdiri sendiri
tidak memerlukan pertolongan
orang lain. Kalau ia memerlukan
pertolongan orang lain,
maka Tuhan adalah lemah tidak
sempurna dan tidak
berhak menjadi Tuhan.
WAHDANIAH
Tuhan bersifat Wahdaniah ertinya
Tuhan Allah Maha Esa.
Mustahil Ia berlebihan (banyak).
Kalau Ia banyak tentu
timbul perselisihan atau perbezaan
faham antara mereka
dan akan binasalah alam ini
kerana yang satu membawa
ke hilir dan yang lain membawa
ke hulu.
QUDRAT
Tuhan bersifat Qudrat ertinya
kuasa, mustahil ia lemah (daif).
Kalau Ia lemah tentu makhlukNya
tidak akan terjadi dan
kalau lemah maka itu bukan
Tuhan.
IRADAH
Tuhan bersifat Iradah ertinya
sesuatu menurut kehendakNya
mustahil Ia tidak menurut kehendakNya
dan mustahil Ia
dipaksa oleh kekuatan lain.
Maka Ia bukan lagi Tuhan
kerana Ia suatu yang lemah.
ILMU
Tuhan bersifat ilmu ertinya
berpengetahuan. Tuhan tahu
seluruhnya yang telah dijadikanNya
dan tahu yang akan
dijadikanNya mustahil Ia tidak
tahu kalau ia tidak tahu
tentulah Ia tidak dapat mengatur
alam ini.
HAYAT
Tuhan bersifat dengan Hayat
ertinya Hidup. Mustahil Ia mati.
Kalau Ia mati nescaya akan
binasalah alam ini kerana tiada
yang mengemudikanNya lagi.
SAMA'
Tuhan itu bersifat sama' ertinya
mendengar. Mustahil
adalah sifat kekurangan. tidak
masuk akal kalau Tuhan
mempunyai sifat kekurangan.
BASHAR
Tuhan bersifat Bashar ertinya
Melihat, mustahil Ia buta.
Buta ialah sifat kekurangan.
Kalau ia buta tentu kacau
bilau segala macam urusan-Nya.
KALAM
Tuhan bersifat kalam ertinya
berkata-kata. Mustahil Ia bisu.
Kalau Tuhan bisu mustahil Ia
dapat memerintah dengan baik.
Tuhan mempunyai sifat berkata-kata.
Sifat-sifat ini termasuk
sifat Kalam adalah sifat-sifat
Qadim yang berdiri atas zat
Qadim iaitu zat Tuhan.
KAUNUHU QADIRAN
Tuhan bersifat Kaunuhu Qadiran
ertinya selalu dalam
keadaan berkuasa. Mustahil
Ia dalam keadaan lemah.
Oleh kerana Tuhan mempunyai
sifat Qudrat maka ia
tetap selalu dalam keadaan
berkuasa, tidak pernah
berhenti sekejap mata pun.
KAUNUHU MURIDAN
Tuhan bersifat dengan Kaunuhu
Muridan ertinya dalam
keadaan Menghendaki. Mustahil
Ia dalam keadaan
tidak berkehendak.
KAUNUHU `AALIMAN
Tuhan bersifat dengan Kaunuhu
`Aaliman ertinya tetap
selalu dalam keadaan mengetahui.
Mustahil Ia dalam
keadaan tidak mengetahuinya.
KAUNUHU HAYYAN
Tuhan bersifat Kaunuhu Hayyan
ertinyaTuhan tetap
selalu dalam keadaan hidup.
Mustahil Ia dalam keadaan
mati. Oleh sebab Tuhan mempunyai
sifat Hayat
maka ia selalu dalam keadaan
hidup.
KAUNUHU SAMI'AN
Tuhan tetap selalu dalam keadaan
mendengar. Mustahil
Ia dalam keadaan tuli. Oleh
kerana Tuhan mempunyai sifat
sami'an maka ia selalu dalam
keadaan mendengar.
KAUNUHU BASHIRAN
Tuhan tetap selalu dalam keadaan
melihat. Mustahil
Ia dalam keadaan buta kerana
Tuhan mempunyai
sifat Bashar maka ia selalu
dalam keadaan melihat.
KAUNUHU MUTAKALLIMAM
Tuhan bersifat Kaunuh Muutakallimam
ertinya Tuhan
tetap selalu dalam keadaan
berkata-kata. Mustahil
Ia bisu. Oleh kerana Ia mempunyai
sifat kalam,
maka tetap selalu dalam keadaan
berkata-kata.
____________________________________________________________________
MUKJIZAT
KEISTIMEWAAN RASULULLAH
S.A.W.
Semasa Dalam Kandungan Dan
Diwaktu Kelahiran
01. Isteri Abdul Ash berkata
semasa ia datang ke rumah Siti
Aminah pada malam kelahiran
Rasulullah ia telah melihat ada
bintang yang turun sehingga
ia merasa khuatir bintang itu
akan jatuh ke bumi.
02. Suatu malam Siti Aminah
bermimpi keluar cahaya dari
perutnya dan menyinari seluruh
alam dalam saat itu ia terdengar
suara yang berkata yang ia
sedang mengandungkan seorang
pemimpin akhir zaman.
03. Abu Lahab pun turut merasa
gembira dengan kelahiran
Rasulullah s.a.w., ia lalu
memerdekakan beberapa
orang hambanya.
04. Pada malam kelahiran Rasulullah,
berhala-berhala yang
berdiri tegap di atas Kaabah
dengan tiba-tiba jatuh tersungkur.
Ini bukti yang patung-patung
itu akan dibersihkan oleh bayi
yang baru lahir ini.
05. Pada malam kelahiran itu
juga tembok Raja Parsi menjadi
retak sedangkan tembok itu
telah dibina dengan bahan binaan
yang kukuh, sebaliknya rumah-rumah
rakyat tidak
meninggalkan apa-apa kesan.
Ini sebagai bukti yang kerajaan
Parsi akan runtuh suatu masa
nanti.
06. Api kerajaan Parsi yang
dinayalakan bertahun-tahun
dan api itu dijaga agar terus
menyala namun pada
malam kelahiran Rasulullah
api tersebut telah padam.
Ini sebagai bukti yang ajaran
menyembah api
akan juga turut musnah dengan
kelahiran bayi ini.
Semasa Kanak-kanak
01. Ketika Halimatus Sa'diyah
ingin menyusukan
Rasulullah tiba-tiba ia merasakan
air susunya menjadi
banyak dan ia dapat menyusukan
anaknya sekali sedangkan
sebelum ini air susunya untuk
anaknya sendiri tidak mencukupi.
02. Unta Halimatus Sa'diyah
juga dapat mengeluarkan susu
yang banyak sedangkan sebelum
ini tidak kerana sudah terlalu tua.
03. Setelah memelihara Rasulullah,
Halimatus Sa'diyah dapat
merasakan kedamaian, ketenangan
dan kebahagiaan dalam
kehidupan keluarganya. Segala
keperluan rezeki didapati
dengan mudah. Binatang ternakan
mereka menjadi banyak
dan bertambah gemuk walaupun
pada musim kemarau.
04. Suatu hari semasa Rasulullah
bersama saudara susuannya
sedang mengembala kambing tiba-tiba
datang 2 lelaki
dan membawanya ke suatu tempat
lalu dibelah dada
baginda untuk membuang darah
hitam.
05. Awan akan sentiasa memayungi
baginda semasa beliau
bersama bapa saudaranya Abu
Thalib keluar berniaga di Syam.
Semasa Umur Belia
01. Maisarah adalah khadam
kepada Khadijah. Dalam
perjalanan ke negeri Syam bersama
Rasulullah dengan
membawa barang perniagaan Khadijah,
Maisarah merasa
hairan kerana dia tidak merasa
panas walaupun merentasi
padang pasir sebaliknya merasa
nyaman dan sejuk kerana
awan yang sentiasa memayungi
mereka.
02. Dalam perjalanan ini juga
2 ekor unta telah jatuh rebah
kerana terlalu letih dengan
beban yang berat. Apabila
Rasulullah mengusapi kaki unta
itu maka dengan sertamerta
unta itu dapat bangun dan meneruskan
perjalanannya.
03. Rasulullah dapat memanggil
pokok untuk datang
kepadanya kemudian memerintahnya
kembali ke tempat
asal. Ini berlaku bila seorang
jaguh gusti Madinah iaitu
Rukainah b. Abdul Yazid meminta
baginda berbuat
demikian.
Semasa Diangkat Menjadi Nabi
dan Rasul
01. Baginda dapat melihat dengan
jelas gambar Baitul Maqdis
serta menjawab semua soalan
dari puak kafir Quraisy
yang pada mulanya baginda berada
dalam keadaan sukar
kerana mereka tidak mempercayai
baginda dapat sampai
ke Baitul Maqdis dalam satu
malam.
02. Rasulullah dapat membelah
bulan dngan menggunakan
tangannya sehingga bulan menjadi
terbelah dua dengan
kuasa Allah. Ini adalah sebagai
bukti kenabian yang
dianugerahkan Allah kepada
hambanya apabila Rasulullah
diminta berbuat demikian oleh
puak kafir Quraisy Makkah.
03. Atikah bt Khalid ada memiliki
seekor kambing betina
yang sangat kurus dan sudah
lama tidak mengeluarkan
susu kambing ini lalu diminta
oleh Rasulullah dan diberkatinya.
Setelah Rasulullah mengusapi
kantung susu kambing itu
maka dengan sendirinya ia menjadi
besar lalu Rasulullah pun
memerahnya. Atikah menceritakan
selepas itu kambingnya
terus mengeluarkan susu selama
8 tahun.
04. Semasa melarikan diri dari
puak Quraisy Makkah,
Rasulullah dan Abu Bakar telah
bersembunyi di dalam
Gua Thur. Dalam Gua ini kaki
Abu Bakar telah digigit
seekor ular berbisa, bila Rasulullah
mengetahuinya baginda
terus meludah pada kaki Abu
Bakar maka dengan serta
merta bisa yang menjalar pada
badannya menjadi hilang.
05. Qatadah adalah seorang
sahabat Rasulullah yang
membentengi baginda dalam peperangan
Uhud sehingga
sebelah matanya menjadi buta
kerana terkena panah. Bila
Rasulullah menyedarinya baginda
lalu mengusapi mata
Qatadah dan mendoakannya maka
dengan serta merta
matanya menjadi celik semula
bahkan penglihatannya
lebih tajam dari dahulu.
06. Semasa menggali parit dalam
perang Khandak, para
sahabat telah menemui sebuah
batu yang amat besar lagi
keras. Mereka semua tidak mampu
untuk memecahkannya.
Bila diserahkan kepada Rasulullah,
pada pukulan yang
pertama batu itu menjadi retak
dan pada pukulan yang
ketiga batu itu pun hancur
berderai.
07. Semasa dalam perang Khandak
juga seorang sahabat
Rasulullah - Jabir telah telah
menjemput baginda dan beberapa
orang sahabat yang lain datang
ke rumah untuk menikmati
hidangan. Rasulullah sebaliknya
telah menjemput semua tentera
Khandak dan ini amat membimbangkan
Jabir. Rasulullah
berpesan kepada Jabir jangan
diangkat dulu makanan itu dari
tungkunya dan baginda sendiri
yang akan membahagikannya.
Setelah dibahagikan ternyata
makanan itu cukup untuk semua
bahkan bakinya masih seperti
sediakala.
08. Dalam perjalanan ke Makkah
untuk mengerjakan Umrah,
Rasulullah bersama rombongannya
seramai 1,400 orang telah
singgah di Hudaibiyah. Di sini
para sahabat telah kehabisan
air. Rasulullah lalu memasukkan
tangannya ke dalam bekas air
maka terpancarlah air dari
jari-jari baginda seraya memerintahkan
para sahabat berwuduk dengannya.
Air itu mencukupi
sungguhpun bilangan mereka
yang begitu ramai.
09. Suatu hari Zainab bte Harith
seorang wanita berbangsa
Yahudi telah membawa daging
kambing panggang sebagai
hadiah untuk Rasulullah. Baginda
lalu memanggil para
sahabat untuk menikmati hidangan
itu. Bila hendak
dimasukkan saja ke dalam mulut,
Rasulullah memerintahkan
para sahabatnya agar membuanga
saja daging itu kerana
katanya daging itu telah memberitahu
kepadanya yang ia
telah dicampuri dengan racun.
10. Al Quran adalah mukjizat
yang paling agung dan luar
biasa untuk Rasulullah, ia
boleh dilihat dan dibaca dari
sejak ia diturunkan hinggalah
ke hari kiamat. Bahasa
Al Quran adalah mutiara sastera
yang tiada tandingannya
dan tiada manusia yang mampu
menandingi isi dan
ayat-ayatnya, ini kerana ia
merupakan
firman dari Allah.
____________________________________________________________________
BERWASPADA DARI GODAAN SYAITAN
MUSUH-MUSUH SYAITAN
01. Rasulullah s.a.w. sendiri.
02. Orang beriman yang pengasih
dan penyayang.
03. Orang beriman yang suka
memberi nasihat.
04. Orang beriman yang sentiasa
bertaubat diatas dosanya.
05. Orang beriman yang berakhlak
mulia.
06. Orang beriman yang banyak
bersedekah.
07. Orang beriman yang bermanfaat
kepada orang ramai.
08. Orang beriman yang sentiasa
berwuduk
09. Orang beriman yang tidak
mahu melakukan sesuatu
yang haram.
10. Orang yang mengerjakan
solatnya dengan penuh
khusyuk.
11. Ketua negara atau imam
yang adi,.
12. Orang kaya yang rendah
hati.
13. Peniaga yang jujur.
14. Orang yang sentiasa beristiqomah
membaca
Al Quran.
15. Orang yang bangun solat
di tengah malam
sedang orang lain tidur.
SAHABAT-SAHABAT SYAITAN
01. Orang kaya yang sombong.
02. Peminum arak
03. Hakim yang tidak adil.
04. Peniaga yang tidak jujur.
05. Orang yang tidak mahu membayar
zakat.
06. Orang yang mempermudahkan
solat.
07. Orang yang memakan harta
anak yatim.
08. Orang yang beramal kerana
nama.
09. Orang yang suka termenung
dan mengelamun.
10. Penghasud dan pendengki
bila orang mendapat
kebaikan.
PINTU HATI MANUSIA YANG
DIMASUKI SYAITAN
01. Putus asa dan kecewa dengan
rahmat Allah.
02. Memandang rendah pada dosa-dosa
kecil.
03. Panjang angan-angan dan
suka kepada puji-pujian.
04. Bodoh sebaliknya tidak
menyedari akan
kebodohannya.
05. Memandang rendah kepada
orang lain.
06. Merasa gembira bila mendapat
cubaan dari Allah.
07. Ketika marah kerana marah
adalah bara api
dari neraka.
08. Ujub, sombong, riya' dan
buruk sangka
pada orang lain.
09. Terlalu cinta dan rakus
dengan kehidupan dunia.
RUMAH YANG TIDAK DIMASUKI SYAITAN
01. Rumah yang penghuninya
saling bermaafan satu
sama lain.
02. Rumah yang penghuninya
berada dalam keadaan
bersih dan berzikir kepada
Allah.
03. Rumah yang penghuninya
mengelakkan diri
mereka dari perbuatan tercela.
04. Rumah yang penghuninya
sentiada merendah
diri kepada Allah.
05. Rumah yang penghuninya
tidak melakukan
perbuatan haram.
06. Rumah yang penghuninya
terdiri dari
pasangan soleh dan solehah.
07. Rumah yang penghuninya
sentiasa berbakti
kepada ibubapa.
08. Rumah yang penghuninya
sentiasa rukuk
dan sujud kepada Allah.
09. Rumah yang penghuninya
sentiasa
menghubungkan tali silaturrahim.
10. Rumah yang penghuninya
sentiasa menjaga
hak-hak kewajipan terhadap
Allah.
____________________________________________________________________
HIKMAH DAN GANJARAN
KELEBIHAN BERZIKIR
* Mendekatkan diri kepada Allah
untuk membuka pintu
masuk segala kebaikan.
* Dapat menghalau dan mematahkan
gangguan syaitan.
* Menyibukkan lidah supaya
tiada masa untuk
mengumpat atau bercakap yang
sia-sia.
* Mendatangkan kelapangan pada
hati dan kelapangan dada.
* Mewariskan kecintaan Allah
pada dirinya.
*Dapat meneguhkan hati dan
menguatkan iman.
* Menghilangkan perasaan runsing
yang bersarang
di dalam hati.
* Untuk mendapatkan keredaan
Allah dan rahmatNya.
* Untuk mendapatkan rezeki
yang berkat.
* Akan diingati oleh Allah
seperti firmanNya,
"Ingatlah kamu kepadaKu maka
aku akan mengingatimu."
KELEBIHAN BERSELAWAT
* Allah akan menggandakan limpah
kurnia serta
Rahmat kepadaNya orang tersebut.
* Akan beroleh syafaat kepada
Rasulullah pada
hari kiamat kelak.
* Satu kali selawat yang dibacakan,
Allah akan
membacakan untuknya sebanyak
10 kali.
* Dapat membersihkan hati,
jiwa dan roh kotor
yang berselaput di dalam dada.
* Membuktikan kecintaan dan
kasih sayang kita
terhadap Rasulullah s.a.w.
* Mewariskan kecintaan Rasulullah
s.a.w. pada
umatnya.
* Memantapkan iman di dalam
dada.
* Malaikat juga akan membaca
selawat ke atas
orang yang membaca selawat
untuk
Rasulullah s.a.w.
* Seseorang itu akan terpelihara
dan terselamat
dari segala apa yang mendukacitakan
atau yang
merbahaya dari hal-hal keduniaan
mahupun akhirat.
* Kedudukannya di akirat kelak
ia sentiasa hampir
di sisi Rasulullah s.a.w. walau
di mana saja baginda
berada.
____________________________________________________________________
SOLEH & SOLEHAH
TANGGUNGJAWAB SUAMI TERHADAP
ISTERI
01. Suami mestilah mampu memberi
nafkah zahir dan batin.
02. Suami perlu menyediakan
tempat tinggal, pakaian yang
sempurna mengikut kemampuan.
03. Suami perlu memberi perhatian
dalam hal keselamatan,
kebajikan dan kesihatannya.
04. Suami mestilah bijak menyelesaikan
segala permasalahan
yang timbul diantara isteri
dengan jiran tetangga dan
sebagainya.
05. Isteri berhak untuk mendapat
kasih sayang, belas kasihan
dan pergaulan yang baik dari
suaminya.
06. Isteri berhak mendapatkan
nasihat, bimbingan dan didikan
dari suaminya dalam melaksanakan
tugas dan tanggungjawab
rumahtangga dan juga kepada
Allah s.w.t.
07. Suami mestilah menjaga
rahsia isterinya supaya tidak
didedahkan kepada orang lain.
08. Isteri berhak untuk mendapat
penjagaan dan
pemerhatian yang baik dari
suaminya. Penjagaan
ini meliputi semua hal termasuk
kehormatannya.
09. Suami tidak boleh menggunakan
kekerasan untuk
menyelesaikan sesuatu masalah
atau untuk
mendapatkan sesuatu.
10. Suami juga tidak boleh
melukakan perasaan dan
hati isterinya sama ada dengan
perbuatan atau
perkataan.
11. Suami semestinya mengelakkan
diri dari cemburu
buta tanpa asas yang boleh
merosakkan keutuhan
rumahtangga mereka.
12. Suami mestilah memimpin
rumahtangga dengan
penuh amanah dan bertanggungjawab.
13. Suami mestilah bersederhana
dalam segala hal
sama ada dalam berbelanja dan
sebagainya.
14. Suami mestilah menyelidiki
secara cermat dan
teliti segala hal yang disampaikan
oleh orang lain
yang berkaitan dengan isterinya.
15. Suami mestilah memimpin
rumahtangga dengan
penuh amanah dan bertanggungjawab.
TANGGUNGJAWAB ISTERI TERHADAP
SUAMI
01. Suami berhak menjadi ketua
dalam rumahtangganya.
Ini kerana sifat-sifatnya yang
semulajadi yang telah
dianugerahkan oleh Allah kepada
kaum lelaki.
02. Suami berhak mendapat kesetiaan
dan ketaatan
dari isterinya. Ketaatan dan
kepatuhan ini adalah
selagi perintah suami itu tidak
bertentangan
dengan perintah syarak.
03. Isteri mestilah memberikan
layanan dan kasih
sayang yang sepenuhnya sehingga
sisuami
dapat merasakan yang rumahtangga
itu adalah
tempat untuk mendapatkan ketenangan
dan
kebahagiaan dari sebarang masalah
kerja.
04. Isteri mestilah menjaga
rahsia dan maruah
suaminya serta menjaga kehormatan
dirinya
ketika ketiadaan suami.
05. Isteri juga mestilah menutup
aurat, memelihara
pandangan mata dan sebagainya.
Tidak mengizinkan
lelaki yang bukan muhramnya
memasuki rumah
ketika ketiadaan suami.
06. Isteri mestilah mendapat
keizinan suami untuk
keluar rumah atau mengerjakan
puasa sunat.
07. Isteri mestilah bijak menguruskan
harta suami
serta berbelanja dalam kadar
yang sederhana dan
tidak membazir. Dengan cara
ini dapat
menyelamatkan suami dari masalah
kewangan.
08. Isteri juga mestilah mencintai
dan menghormati
keluarga suaminya sama seperti
ia menghormati
dan menyayangi keluarganya
sendiri.
09. Isteri mestilah menjaga
kesihatan, kebersihan
dan kesempurnaan diri, rumahtangga
dan anak-anak.
10. Melaksanakan tugas dan
tanggungjawab sebagagi
seorang isteri dan ibu serta
segala perintah Allah
dengan tabah dan sabar.
11. Sentiasa bersyukur dan
tenang sama ada menerima
nikmat atau dugaan dari Allah.
12. Tidak meminta sesuatu yang
suami tidak mampu
untuk menyediakannya.
13. Menerima pemberian suami
dengan penuh
keikhlasan dan kerelaan.
____________________________________________________________________
AKHLAK MUSLIM
TUJUAN AKHLAK: Tamadun sesebuah
masyarakat akan
diperakui kehebatannya oleh
seluruh menusia dan di sisi
Allah jika masyarakatnya mempunyai
akhlak yang mulia.
Ia merupakan struktur asas
suatu bangsa untuk membentuk
suatu masyarakat yang harmoni
dan berwawasan.
Amal Soleh Pembersih Jiwa
Matlamat Islam adalah untuk
memelihara manusia daripada
godaan syaitan. Amal soleh
akan mewujudkan insan yang
berakhlak dan membawa kesejahteraan
kepada manusia.
Firman Allah, "Sesungguhnya
berjayalah orang yang (menerima
peringatan itu berusaha) membersihkan
dirinya (dengan taat dan
beramal soleh)." (Surah Al-A'la:
Ayat 144)
Amal Jariah: Amal
Jariah bermakna belas kasihan dan kebaikan
hati. Al-Quran memberi penekanan
berkenaan matlamat
bekerja dan golongan yang berhak
menerima sedekah dan
menyeru manusia berbuat kebaikan
agar mereka mencapai
kemuliaan. Allah berfirman
"Jika kamu berbuat kebaikan,
(faedah) yang kamu lakukan
adalah untuk diri kamu. Jika
kamu berbuat kejahatan maka
kesan buruk berbalik kepada
diri kamu juga." (Surah Al-Isra':
Ayat 7)
Takwa: Berbagai
istilah perkataan takwa digunakan dalam
Al-Quran yang menyentuh persoalan
moral dan sosial.
Orang-orang yang bertakwa akan
memelihara diri mereka
dari melakukan perkara-perkara
kemurkaan dan azab
Allah di dunia dan di akhirat.
Firaman Allah, "Wahai
orang-orang yang beriman, bertakwalah
kamu kepada
Allah s.w.t. dengan sebenar-benar
takwa dan jangan
kamu mati selain dalam keadaan
Islam."
(Surah Al-Imran: Ayat 102)
Pemaaf: Satu
sifat yang patut dipuji yang lahir dari hati yang
suci dan fikiran yang waras.
Ia memelihara kesabaran insan
ketika berhadapan dengan kekejaman
dan kezaliman.
Kekejaman yang dilakukan berpunca
dari perasaan sakit
hati dan fikiran yang dipengaruhi
oleh syaitan.
Jujur: Ia
merupakan salah satu asas penubuhan sesebuah
masyarakat. Tanpanya stabiliti
sosial dan keyakinan
di kalangan masyarakat tidak
akan terjamin. Kejujuran
juga melambangkan identiti
sesuatu masyarakat,
bangsa dan negara.
Berbaik-baik Sesama Manusia:
Satu sifat yang terpuji
lahir dari hati yang menitik
beratkan kasih sayang
kepada orang lain. Allah mengajak
manusia berbuat
baik sesama orang beriman dihubungkan
atas dasar
persaudaraan Islam. Firman
Allah, "Sebenarnya
orang-orang yang beriman itu
bersaudara, maka
damaikanlah antara dua saudara
kamu (yang
bertelagah) dan bertakwalah
kamu kepada Allah
supaya kamu beroleh rahmat
(dariNya)."
(Surah Al-Hujurat: Ayat 10)
Menentang Hawa Nafsu: Objektif
ajaran Islam adalah
mengawal perasaan jahat manusia
yang dipengaruhi
oleh berbagai keinginan hawa
(nafsu) dan perasaan.
Kegagalan mengawalnya akan
merosakkan peraturan
semulajadi kehidupan yang sepatutnya
diperintah
secara seimbang dan harmoni.
Takbur: Adalah
satu gejala sosial yang menyemai bibit
perpisahan dan permusuhan dikalangan
individu. Ia
menghentikan semangat kerjasama
dan persahabatan
sesama manusia. Orang takbur
merupakan manusia yang
paling keras hati untuk mematuhi
segala perintah Allah.
Sifat-sifat Terpuji
01. Taubah ertinya eminggalkan
segala perbuatan tercela
yang telah dikerjakannya dengan
niat kerana membesarkan
Allah s.w.t. Orang yang bertaubat
mestilah memenuhi
syarat-syarat berikut:
a) meninggalkan maksiat dengan
kesedarannya.
b) Menyesal dengan perbuatan
yang telah dikerjakan.
c) Berazam tidak akan mengulangi
perbuatan itu lagi.
02. Khauf ertinya takutkan
Allah, takut kepada kemurkaanNya
dengan memelihara diri dari
melakukan perkara-perkara
yang ditegah.
03. Zuhud ertinya bersih atau
suci hati dari berkehendakkan
lebih dari keperluannya serta
tidak bergantung kepada
makhluk lain. Hatinya sentiasa
mengingati bahawa harta
yang dimilikinya adalah sebagai
amanah dari Allah.
04. Sabar ertinya tabah atau
cekal menghadapi sesuatu ujian
yang mendukacitakan.
05. Syukur ertinya menyedari
bahawa semua nikmat yang
diperolehinya baik yang lahir
mahupun yang batin semuanya
adalah dari Allah dan ia merasa
gembira dengan nikmat itu
serta bertanggungjawab kepada
Allah.
06. Ikhlas ertinya mengerjakan
amal ibadat dengan penuh
ketaatan serta semua perbuatan
yang dilakukan semata-mata
mengharapkan keredaan Allah,
bukan kerana tujuan yang lain.
07. Tawakkal ertinya berserah
diri kepada Allah dalam
melakukan sesuatu rancangan.
08. Mahabbah ertinya kasihkan
Allah dan hatinya sentiasa
cenderung untuk berkhidmat
dan beribadat kepadaNya
serta bersungguh-sungguh menjaga
diri dari
melakukan maksiat.
09. Reda dengan Qada' dan Qadar
ertinya merasa lapang
menerima ketentuan nasib yang
telah ditakdirkan Allah
sama ada yang berupa nikmat
atau musbah.
10. Zikrul Maut ertinya sentiasa
ingat kepada kematian.
Sifat-sifat Tercela
01. Syarhul Thaa'am ertinya
gemar kepada makan atau
makan terlalu banyak.
02. Syarhul Kalam ertinya gemar
kepada bercakap yang
sia-sia, percakapan yang tidak
berfaedah kepada dunia
dan akhirat.
03. Gha'dhab ertinya bersifat
pemarah dan cepat melenting
walaupun kesilapan berlaku
pada perkara yang kecil.
04. Hasad ertinya dengki akan
nikmat yang ada pada orang
lain serta suka jika orang
itu mendapat kesusahan
melebihi dari dirinya.
05. Bukhl ertinya bakhil atau
kedekut dan merasa sayang
untuk membelanjakan hartanya
pada jalan Allah.
06. Hubbul Jah ertinya cintakan
kepada kemegahan
dunia dan hatinya sentiasa
berkehendakkan
kepada kemasyhuran.
07. Hubbun Dunya ertinya cintakan
dunia secara
keterlaluan sehingga lalai
dari beribadat serta
berzikir kepada Allah s.w.t.
08. Kibr ertinya bongkak atau
sombong dan
merasakan dirinya mempunyai
kelebihan
dan kedudukan yang tinggi dari
orang lain.
09. Ujub ertinya merasakan
dirinya telah
banyak beribadat atau telah
banyak harta
sehingga ia terlupa segalanya
adalah
nikmat dari Allah.
10. Riyak ertinya menunjuk-nunjuk
dengan
amal ibadatnya, beramal untuk
mendapat
pujian dan sanjungan atau untuk
dipandang
mulia oleh manusia bukan kerana
Allah.
____________________________________________________________________
A
- bersambung-
A