Laman Am

LAMAN INI DIKHASKAN UNTUK KISAH BENAR SEBAGAI I'TIBAR DAN JUGA NASIHAT ATAU PESANAN BERGUNA DARI ULAMA' PEWARIS NABI. SEMOGA LAMAN INI BERMANFAAT UNTUK KITA SEMUA.
LAMAN AM 1 ||||| LAMAN AM 2
LAMAN AM 3 ||||| LAMAN AM 4
LAMAN AM 5 ||||| LAMAN AM 6
LAMAN AM 7 ||||| LAMAN AM 8
LAMAN AM 9   ||||| LAMAN AM 10
LAMAN AM 11  ||||| LAMAN AM 12
 
 
               KISAH DARI PETIKAN MAJALAH, AKHBAR DAN KITAB-KITAB.
 
   Arwah Ibu lawati mayat anaknya.
 Kisah ini diceritakan oleh Ustaz Kamal Ashaari kepada Zulkarnain Zakaria, penolong pengarang Majalah
     Mastika dalam ruangan Pedoman & Iktibar keluaran Bulan Julai 1998
**********************
  Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang  Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening. Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih, badannya  kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa. Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti,   sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu, wajah
  jenazah semakin hitam. Selepas lima minit berlalu, barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya, tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik
 berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya; apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar
 hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya. Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada  seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang  berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 pagi? Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung.  "Ustaz," kata wanita itu. "Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak  dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya." kata wanita berkenaan dengan lembut. Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya, namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya. "Betulkah ini mayat anak mak cik?" tanya saya. "Mak cik rasa
     betul... tapi kulitnya putih." "Mak cik lihatlah betul-betul." kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup  mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat. Tiba di
  luar saya bertanya kepadanya. "Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?" tanya saya. Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak. Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab. Dia seperti menyembunyikan sesuatu. "Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu, saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. " kata saya untuk menggertaknya. Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu  membuka mulutnya. Sambil mengesat airmata, dia berkata, "Ustaz, anak saya ni memang baik, patuh dan  taat kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatah pun. Dia memang anak yang baik.  "Tapi..." tambah wanita itu lagi "apabila mak cik kejutkan dia untuk bangun sembahyang, Subuh
 misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik. Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai, dalam hujan lebat  pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang, anak mak cik ini akan terus naik angin. Itulah yang mak cik kesalkan." kata wanita tersebut. Jawapannya itu memeranjatkan saya. Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya. Mungkin itulah yang berlaku. Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya, malah diaibkan dengan warna yang hitam.  Selepas menceritakan perangai anaknya, wanita tersebut meminta diri untuk pulang. Dia berjalan dengan  pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap. Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan  menyembahyangkannya. Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula. Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz
      Shah, Shah Alam. Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya. Selepas memperkenalkan diri, saya berkata, "Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari. Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di
   Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang." Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut, "Orang tua  mana pula?" katanya. Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya, wajahnya, pertuturannya serta pakaiannya.  "Kalau wanita itu yang ustaz katakan, perempuan itu adalah emaknya, tapi.... emaknya dah meninggal lima tahun lalu!" Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Jadi 'apakah' yang datang  menemui saya pagi itu? Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya, saya yakin ia adalah  'sesuatu' yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam. Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu,
  tapi masih segar dalam ingatan saya. Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi, yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja, dia akan ditempatkan di
     neraka selama 80,000 tahun. Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia. Kalau 80,000 tahun?
-sekian-
           (Kisah ini diceritakan oleh Ust. Kamal Ashaari kepada pengarang majalah tersebut)
          ______________________________________
 
                       (PETIKAN DARI MAJALAH MASTIKA JULAI 1998)
                            PESAN IMAM GHAZALI.
 * Adapun menyebut-nyebut tentang keburukan rakan-rakan, aib-aibnya serta aib-aib anak isterinya, maka itulah yang dikatakan 'ghibah' atau mengumpat, dan hukumannya adalah haram atas setiap orang Muslim.
  * Barangsiapa yang menyimpan perasaan dendam di dalam hatinya terhadap seseorang Muslim, maka  imannya masih lemah dan tumpul dan perkara ini amat membahayakan diri, manakala hatinya dikira busuk, tidak sesuai untuk bertemu dengan Allah s.w.t.
  * Ingatlah, bahawa sebab yang paling berat sekali untuk menyalakan api kedengkian dalam hati sesama saudara ialah dengan menimbulkan pertengkaran dan perbantahan. Kedua-dua sifat tu merupakan punca
 utama kepada permusuhan dan putus perhubungan.
      * Teguran dan nasihat itu hendaklah disampaikan secara rahsia supaya tidak seorang pun yang mengetahuinya kerana nasihat yang disampaikan di hadapan khalayak ramai itu bukanlah teguran atau nasihat melainkan suatu kecemaran yang memalukan.
 * Apabila seseorang itu berkasih sayang pada jalan Allah, jangan biarkan kasih sayang itu bercampur aduk dengan dengki dan hasad, baik dalam perkara agama ataupun dunia.
 * Bila tidak ada banyak formaliti atau pantang larang dalam persahabatan, persahabatan akan kekal. Dan bila bantuan itu senang diperolehi daripada seseorang kawan, tentulah kasih sayang antaranya berpanjangan.
  * Hendaklah engkau mempergauli semua manusia dengan budi pekerti yang luhur dan melayani mereka  menurut cara yang mereka suka.
   * Janganlah kamu merasa iri hati jika melihat seorang jahat mendapat kurniaan nikmat yang banyak, sebab engkau tak akan tahu ke mana kesudahan orang itu setelah ia mati, kerana di belakangnya tentu akan ada seorang yang mencari untuk menuntutnya.
  * Jangan memandang kecil, rendah atau hina kepada sesiapa pun, sama ada yang masih hidup mahupun yang sudah mati kerana sikap demikian akan membinasakan anda. Sebenarnya anda tidak mengetahui mungkin orang itu lebih baik nasibnya daripada anda di hari belakang.
* Janganlah membuang masa menghambur-hamburkan nasihatmu kepada orang yang sudah ternyata tidak mahu menerima nasihat-nasihat itu darimu. Sebabnya bukan saja ia tidak akan mendengar nasihat-nasihatmu itu, malah ia akan memusuhimu pula.
____________________________________________________________________
  Subject: * Doktor] Date: Tue, 16 Jun 1998 13:42:15 +0800 From: "Noor Hasni Mohamat Tahir" To: noorainy <noorainy@tm.net.my>.
             Subject: * Doktor Date: Wed, 03 Jun 1998 23:12:59 PDT From: "sarap pagi"
                      *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
                  Assalamualaikum...... Semoga sama-sama menjadi renungan..........
     Don't know if it's true or not as the author seems to be anonnymous. But if it is, then it is a darn interesting hypotheses and good for the doctor!
            FYI. Happy reading.
   Seorang doktor di AMERIKA SYARIKAT telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang di  temuinya di dalam penyelidikannya. Ia amat kagum dengan penemuan tersebut sehingga tidak diterima oleh akal fikiran.
 Dia adalah seorang doktor neurologi. Setelah memeluk Islam dia amat yakin perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "PERUBATAN MELALUI AL-QURAN".
   Kajian perubatan melalui Al-Quran membuatkan ubat-ubatannya yang digunakan adalah berteraska seperti yang terdapat di dalam Al-Quran. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa  madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainya. Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa kajian saraf yang dilakukan, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia ini tidak dimasuki oleh darah. Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara yang  lebih normal. Setelah membuat kajian yang memakan masa akkhirnya dia menemui bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak tersebut melainkan ketika seseorang tersebut bersembahyang ketika sujud. Urat tersebut memerlukan darah untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini  bermaksud darah akan memasuki bahagian urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang di
    wajibkan oleh Islam. Begitulah keagungan ciptaan Allah. Jadi barang siapa yang tidak menunaikan  sembahyang maka otak tidak dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal. Oleh itu kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam "sepenuhnya" kerana sifat
         fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agamanya yang indah ini.
Kesimpulannya :
 Makhluk Allah yang bergelar manusia yang tidak bersembahyang apatah lagi bukan yang beragama Islam walaupun akal mereka berfungsi secara normal tetapi sebenarnya di dalam sesuatu keadaan mereka akan  hilang pertimbangan di dalam membuat keputusan secara normal. Justeru itu tidak hairanlah manusia ini kadang-kadang tidak segan-silu untuk melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan fitrah  kejadiannya walaupun akal mereka mengetahui perkara yang akan dilakukan tersebut adalah bersalahan
     dengan kehendak mereka kerana otak tidak boleh untuk mempertimbangkan secara lebih normal. Maka tidak hairanlah timbulbermacam-macam gejala-gejala sosial masyarakat masakini. Sama-sama kita  ambil pengiktibaran. Ambillah Islam secara total bukan secara sedikit-sedikit.
      Wassalam.....
____________________________________________________________________
 Subject: * Ar-Rasul Qudwatuna Date: Sun, 05 Jul 1998 09:44:00 PDT From: "Siti Aisyah Ahmad Yusuf"
                      *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
                    ***************Ar-Rasul Qudwatuna ******************
                              Rasul berdoa dengan penuh khusyuk.....
                                  airmatanya sentiasa berlinangan
                   wajahnya sentiasa ceria yang menyejukkan mata memandangnya
                                sangat elok dan sempurna wajahnya
                                Rasul memiliki perasaan yang halus
                      mengambil wudhuk sebelum tidur dan berzikir hingga lena
                         suka makan secara beramai-ramai dari berseorangan
                           bencikan kemegahan dan perhiasan yang cantik
                       Rasul makan apabila lapar.....berhenti sebelum kenyang
                     tidak pernah mengumpat, mencerca atau menghina orang lain
                               memakai serban diatas kopiahnya.....
                                      suka membalas hadiah
                 Rasul beri salam kepada ahli rumah ketika berpergian dan kepulangan
                      sangat berlemah-lembut dengan isteri dan ahli keluarganya
                      sentiasa memulakan salam kepada sesiapa yang ditemuinya
                 bersalaman dengan sahabatnya dan memeluk mereka ketika berjumpa
                   apabila berjabat tangan......... Rasul tidak melepaskan tangannya
                     sehinggalah orang yang dijabatnya itu melepaskan tangannya
                               apabila melintasi kanak-kanak............
                                 Rasul akan mengangkat tangannya
                                   tanda hormat kepada mereka
                      tidak menatap atau merenung wajah orang lain lama-lama
                                sangat menghormati orang-orang tua
                        sangat mengasihi orang-orang muda dan kanak-kanak
                  tidak bangun dari sesuatu majlis makan sehingga tetamu lain bangun
                       tidak pernah menjulurkan kakinya di depan para sahabat
               Rasul suka bercakap lambat-lambat dan menyebut perkataan dengan jelas
                sentiasa menumpukan perhatian kepada orang yang bercakap dengannya
                  tidak pernah ketawa terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum lembut
                              sangat fasih dan manis dalam tutur bicara
                  tersangat sabar dan tabah bila menghadapi setiap cabaran/kesusahan
                                amat kasih terhadap umatnya.........
                 tidak pernah mengambil rezeki kurniaan Allah melebihi keperluannya
                rezeki yang melebihi keperluan, akan ditaburkan untuk jihad fisabilillah
                  sentiasa membantu orang lain walaupun ia sendiri dalam kesusahan
                                tidak pernah menghina orang miskin
                       tidak merasa terhina bergaul dengan orang-orang miskin
                suka memberi makanan kepada fakir dan sering duduk bersama mereka
                     amat pemurah sehingga digambarkan seperti angin yang lalu
                                 tidak suka tidur dibilik yang gelap
                        tangannya tidak pernah menyentuh kulit wanita ajnabi
                      bersikap tegas, pemaaf dan pengasih dalam perjuangannya
                       itulah RASULLULLAH S.A.W. IKUTAN KITA..........
                                   ukhuwwah fillah lancaster UK
               ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
                               Pengirim: "Siti Aisyah Ahmad Yusuf"
          ____________________________________________________________________
     Subject: * antara yg jahat Date: Tue, 07 Jul 1998 01:00:30 PDT From: "Mazlin Mohamad\[lin\]"
                      *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
                    KISAH NAFSU YANG DEGIL PADA PERINTAH ALLAH
 
 Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah  menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah
   engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik. Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."
 Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia  daripada engkau."   Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu,
    mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T  berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."  Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian  mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."
   Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu  mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."
 Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.
   Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal,  kita maka kita akan menjadi musnah.
               ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
                                Pengirim: "Mazlin Mohamad\[lin\]"
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
   Subject: * ORANG YANG PALING KUAT Date: Wed, 08 Jul 1998 02:12:19 +0700 From:   Bahari Mokhtar
 ORANG YANG PALING KUAT IALAH ORANG YANG PALING KUAT MENAHAN MARAHNYA
 
    Sifat marah adalah sifat yang Allah anugerahkan kepada setiap manusia. Marah sangat berguna dan  berfaedah seandainya dibendung oleh pemikiran yang waras dan dikawal oleh keimanan kepada Allah.   Misalnya marah kepada maksiat yang berleluasa dalam masyarakat akan mendorong seseorang untuk
 berdakwah dan berjihad membetulkannya. Orang yang kuat imannya marah kepada maksiat dan sukakan kebaikan, sebaliknya orang yang lemah iman suka kepada maksiat dan marahkan kepada kebaikan.  Sifat marah yang berlandaskan hawa nafsu pula membawa kepada kerosakan. Pernah diriwayatkan oleh  Abu Hurairah r.a bahawa seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w Lalu berkata, "Ya Rasulullah,  wasiatlah kepadaku dengan satu wasiat yang mudah supaya saya tidak lupa". Lalu Baginda  bersabda :       "Janganlah kamu marah".
   Dalam riwayat yang lain, dari lbn Umar r.a. Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Tidak ada suatu yang  ditelan oleh seorang hamba yang terlebih baik melainkan sesiapa yang menelan marahnya semata-mata  kerana Allah".
 Maksud hadis yang lain pula, "Orang yang paling kuat ialah orang yang paling kuat menahan marahnya" .  Di akhirat nanti Allah SWT akan memanggil orang yang kuat menahan marahnya dari khalayak ramai dan dibenarkan memilih mana-mana bidadari yang disukainya.
    Untuk mengawal marah yang sedang bergelojak, Rasulullah s.a.w pernah berpesan, "Marah itu dari syaitan. Syaitan dijadikan daripada api dan api boleh dipadamkan dengan air. Bila seorang daripada kamu  marah, maka hendaklah ia berwudhuk."
                         ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
                                 Pengirim: Ahmad Bahari Mokhtar.
          ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Subject: * Rahsia Khusyuk Dalam Solat Date: Thu, 9 Jul 1998 18:17:43 -0700 (PDT) from: sarimah musa
                         *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 
                   UNTUK RENUNGAN/PANDUAN UNTUK KITA SEMUA.
 
  Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia   selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang   dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang  khusyuk.
  Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya,"Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?". Hatim berkata, "Apabila masuk  waktu solat, aku ber- wudhuk zahir dan batin." Isam bertanya, "Bagaimana wudhuk zahir dan  batin itu?"
    Hatim berkata, "Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk  dengan air. Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara:
1. Bertaubat
                             2. Menyesali dosa yang telah dilakukan
            3. Tidak tergila-gilakan dunia
                        4. Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
   5. Tinggalkan sifat berbangga
                             6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu
                                 7. Meninggalkan sifat dengki."
 Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan aku sedang  berhadapan dengan Allah, Syurga di sebelah kananku, Neraka di sebelah kiriku, Malaikat Maut  berada di belakangku, dan aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku  berniat dan bertakbir dengan baik."
 Setiap bacaan dan doa dalam solat ku faham maknanya, kemudian aku rukuk dan sujud dengan  tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas, beginilah aku bersolat selama 30 tahun."
  Apabila Isam mendengar menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibanding- kan dengan Hatim.
  PETIKAN DARIPADA MINDA MASJID JAMEK BANDARAYA KUALA LUMPUR (BIL37).
                  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
                              Pengirim: sarimah musa
          ______________________________________
 Subject: * sautun nahdah 19 Date: Thu, 9 Jul 1998 23:50:14 -0700 (PDT) From: Forum Intelektual
                           Nusantara <forum_nusantara@yahoo.com>
                         *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
                                  Sesat Yang Tersembunyi
 Pada 16hb Jun 1998 akhbar Berita Harian memaparkan kisah seorang suami yang mana isterinya  telah dikatakan sebagai 'hilang akal' gara-gara mengikuti suatu ajaran daripada seorang Tok Guru. Sejak mengikuti ajaran tok guru tersebut, isterinya dikatakan telah menghabiskan masanya dengan berzikir, berdoa dan solat sepanjang malam dari jam 10 malam sehingga 6 pagi dan
       kadangkala didapati ketawa seorang diri ketika mengerjakannya sehingga melupakan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu. "Sejak mengikuti ajaran sesat itu, isteri saya menyerahkan semua pendapatanya, malah sanggup meminta dari rakan, saudara mara dan pinjaman dari bank serta koperasi untuk diberikan kepada tok guru itu. Berdasarkan bil dan resit  pinjaman, isteri saya sudah menyerahkan kira-kira RM40,000 kepada tok guru," kata suaminya
 itu. Isterinya juga sering ke rumah tok guru berkenaan secara tersembunyi, malah pernah tidur di kediaman tok guru terbabit tanpa pengetahuannya!. Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Hashim
  Yahya berkata, ada tok guru yang mengamalkan ajaran sesat memberi minum air jampi kepada  mangsa sehingga dia lupa diri dan tidak mengingati orang lain, selain tok guru semata-mata.
     "Ada yang menggunakan pukau atau menghembus ayat-ayat syaitan ke muka seseorang,  terutama ketika memberi rawatan atau berhadapan dengan mangsa sehingga dia mengikut saja arahan tok guru. Ini menyebabkan mangsa sanggup melakukan apa sahaja seperti menyerahkan wang ringgit dan dirinya sendiri kepada tok guru berkenaan." katanya.
  (Izinkan saya mencadangkan agar sesiapa juga yang ingin berikhtiar untuk mengubati penyakit halus dan kasar disamping ke doktor hendaklah berubat dengan orang yang benar-benar mengubati kerana Allah, bukan kerana wang semata-mata tapi kerana menolong sesama manusia... yang penting biarlah orang itu mengubati secara menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran sebagai amalan untuk pengubatannya... untuk lebih selamat diri dunia akhirat, selamat
                diri dan selamat jua terpelihara akidah serta diredhai Allah s.w.t.)
 
 Realiti yang dipaparkan adalah salah satu dari banyak peristiwa 'ajaran sesat' yang di lihat secara  am. Jelas bahawa paparan kisah-kisah 'ajaran sesat' ini adalah berkaitan dengan ajaran-ajaran  yang bertentangan dengan Aqidah Islam. Mereka yang terlibat harus dikumpulkan kesemuanya  dan diperintah supaya bertaubat. Mereka mesti diberi peringatan kembali tentang Aqidah Islam  yang sebenar. Secara keseluruhan, mereka-mereka yang terlibat didapati semakin bertambah ramai di kalangan masyarakat, iaitu antara 300 hingga 400 pengikut setiap kumpulan  (perangkaan daripada Jakim). Ini merupakan penyakit di dalam masyarakat yang mesti diubati dengan segera sebelum menjadi lebih parah. Sebagai umat Islam yang sayangkan Islam dan tidak
   rela melihat Islam disalah anggapkan, tidak rela melihat Deen Allah ini dipermainkan, maka perlulah kita melakukan sesuatu sebelum perkara ini menjadi lebih parah lagi. Tulisan inibertujuan untuk membahaskan persoalan ajaran sesat yang semakin berleluasa dalam masyarakat kita agar kita benar-benar faham apa yang dimaksudkan dengan ajaran sesat dan bagaimana kita dapat membendung kegiatan yang dimurkai Allah ini.
   Secara amnya, masyarakat hanya melihat ajaran-ajaran sesat yang mempunyai bentuk seperti  diatas sahaja yang terdapat di kalangan mereka. Masyarakat menganggap bahawa jika sesuatu  perkara itu bertentangan dengan pendapat umum , maka ia dianggap salah. Tidakkah mereka   tahu bahawa pendapat-pendapat umum yang terdapat di dalam masyarakat itu mengandungi
   fahaman-fahaman yang bertentangan dengan Islam? Masyarakat hanya memandang konsep ajaran sesat ini sebagai ajaran yang bertentangan dengan norma masyarakat dalam hal yang  melibatkan aqidah Islam. Hanya ajaran-ajaran yang dipandang bertentangan dengan aqidah Islam dari segi ibadat-ibadat khusus dan 'kemasyarakatan Islam' sahaja yang dianggap sesat.
   Persoalan yang ingin dikupas oleh tulisan ini adalah apakah sebenarnya erti kesesatan dalam Islam? Pemahaman menyeluruh akan istilah 'sesat' ini adalah sangat penting dalam membina  pemahaman yang betul dalam masyarakat terhadap Islam yang sudah pasti akan kemudiannya melahirkan masyarakat yang sedar dan mampu bangkit untuk kembali meletakkan kalimah Allah sebagai yang tertinggi.  Aqidah Islamiyyah, Perbahasan mengenai aqidah ini merupakan perbahasan yang terpenting jika dibandingkan dengan perkara-perkara lain. Aqidah merupakan asas, landasan berfikir, tolok ukur dan
 'standard' seseorang dalam memecahkan berbagai problematika kehidupannya di dunia. Dengan demikian aqidah menjadi landasan bangunan peradaban manusia, dasar tempat berbagai tonggak didirikan, tempat keluarnya berbagai peraturan, undang-undang, norma dan tata nilai  masyarakat. Aqidah juga menentukan arah pandang, cita-cita dan tujuan yang dianut oleh para
    pemeluknya, diyakini kebenarannya, diperjuangkan, dipertahankan dan disebarluaskan ke seluruh penjuru dunia. Aqidah adalah jawapan kepada persoalan-persoalan utama di dalam diri  seseorang manusia (al-uqdatul qubra); persoalan mengenai hubungan di antara manusia, alam  dan kehidupan dan apakah yang menghubungkan ketiga-tiga unsur ini dengan sebelum dan
 selepasnya? Aqidah yang benar perlulah bersifat tasdiq al-jazim (pembenaran yang pasti), sesuai  dengan realiti dan berdasarkan bukti dan dalil, samada dalil aqli (pembenaran akal) atau dalil  naqli (pembenaran nas). Seseorang itu dikatakan 'tersesat' dari landasan aqidahnya apabila dia tidak lagi menggunakan aqidahnya sebagai tolok ukur segala perbuatannya. Islam telah menjawab persoalan aqidah (al-uqdatul qubra) dengan tidak langsung meninggalkan
     ruang bagi sebarang keraguan. Islam menjawab persoalan tentang kewujudan Allah serta  kebenaran Risalah Islam dengan pembenaran dari aqal (dalil aqli). Pembenaran Risalah Islam dengan aqal membawa kepada banyak lagi aspek aqidah Islamiyyah yang berasas kepada  dalil-dalil naqli yang hanya boleh datang dari nas. Ini termasuklah mengimani perkara-perkara
 yang realitinya tidak dapat dijangkau oleh aqal seperti syurga dan neraka. Dalam hal ini, nas-nas  tersebut perlulah qath'i (pasti). Ianya mestilah qath'i dari segi sumbernya dan qath'i juga dalam  maknanya. Qath'i dari segi sumber bermaksud sumber dalil tersebut tidak ragu lagi ianya pasti  datang daripada Allah dan Rasul. Al-Quran dan hadis mutawatir adalah dua sumber yang telah
      dibuktikan qath'i . Qath'i dari segi makna iaitu tidak ada sebarang percanggahan atau  perselisihan dari segi maknanya. Makna yang jelas daripada dalil tersebut tidak membenarkan  sebarang ijtihad dibuat dalam perkara aqidah.( Lihat Ikhwanul wa'ie, Luruskah Aqidah Anda?,
                            Thariqul 'Izzah, Jakarta, November 1991).
  Syariat Islam tidak menerima ijtihad di dalam perkara aqidah. Ijtihad hanya terbatas di dalam    perkara-perkara yang berkenaan dengan hukum syara' sahaja. Diantara ayat-ayat daripada  Al-Quran yang mengharuskan perkara aqidah ini mesti qath'i : "Dan kebanyakan mereka tidak  mengikuti kecuali persangkaan saja. Sesungguhnya persangkaan itu tidak sedikitpun berguna
                          untuk mencapai kebenaran." (QS. Yunus:36)   "Dan jika mereka menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, niscaya mereka    akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta(terhadap Allah)." (QS.Al-An'am:116)  Selepas menyelesaikan persoalan aqidah, dari aqidah juga akan lahir hukum syara' yang
    bertujuan untuk menyelesaikan seluruh permasalahan manusia dalam bentuk hukum syara'.
             (rujuk Syeikh Taqiyuddin An-Nabhani,Nizhamul Islam, Al Quds,1953).
    Aqidah Islamiyyah selepas pembenarannya dari dalil-dalil aqli dan naqli membawa maksud beriman kepada Allah, Kitab-kitabNya, Malaikat-malaikatNya, Rasul-rasulNya, Hari Kiamat dan
    al-Qadha wal-Qadar baik dan buruk itu datangnya daripada Allah swt. Aqidah Islamiyyah  berpegang kepada Allah sebagai pencipta bagi segala sesuatu. Dialah yang mengutus Nabi dan  Rasul dengan membawa DeenNya untuk seluruh umat manusia dan kelak manusia akan dihisab
 atas perbuatannya di hari Kiamat. Aqidah Islamiyyah merupakan kepimpinan ideologi (qiyadah   fikriyyah), landasan berfikir (qaidah fikriyyah) dan (aqidah siyasiyah) umat Islam. Ini adalah  kerana keseluruhan idea-idea, persepsi-persepsi, pandangan dan hukum-hukum yang terpancar
 dan tumbuh diatas aqidah Islamiyyah terkait dengan kedua-dua urusan dunia dan akhirat. Setiap  pemikiran dan perbuatan seseorang muslim itu wajib didasarkan 100% kepada aqidah Islam     dalam bentuk mentaati fikrah dan hukum-hukum Islam tanpa sebarang penyelewengan.  Pembinaan aqidah merupakan usaha terawal Rasulullah SAW dalam menyampaikan risalah
Islam. Rasulullah saw bukan hanya membina para sahabatnya dengan aqidah yang kukuh bahkan memberikan penekanan keatas ketaatan kepada apa yang Allah perintah dan segala larangannya.    Para sahabat ketika itu tidak membantah walau sekelumit terhadap apa yang diperintahkan
     kepada mereka.(lihat Ikhwanul wa'ie, Luruskah Aqidah Anda?, Thariqul 'Izzah, Jakarta,   November 1991). Demikianlah perbahasan aqidah secara ringkasnya. Untuk kita benar-benar faham erti kesesatan, perlulah difahami terlebih dahulu persoalan aqidah. Ini bukanlah persoalan yang remeh. Ini meliputi seluruh aspek kehidupan kita. Persoalannya sekarang, setelah kita kenal  apa erti aqidah Islam dan implikasinya keatas kehidupan kita sebagai seorang muslim, adakah   kita pasti bahawa apa yang ada di dalam diri kita dan apa yang telah mempengaruhi amalan    seharian kita itu benar-benar suci daripada fahaman-fahaman yang bukan dari datang dari aqidah Islam? Adakah apa yang kita fikirkan didalam benak kita itu masih selari dengan ajaran
  Islam yang sebenarnya ataupun telah 'tersesat'?     Allah telah berfirman;
“Hai orang-orang beriman masuklah kamu ke dalam Islam secara
   keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan..”
(QS. Al-Baqarah :208)
    dan firmanNya lagi; “...Apakah kamu beriman kepada sebahagian kitab dan kufur kepada  sebahagian yang lain ....” (QS. Al-Baqarah :85) yang menunjukkan pengharaman sekularisma.      Kerana kalau kita lihat apa yang berlaku didalam ummah sekarang ini, ketika hendak beribadat(solat, puasa, zakat, haji) berkahwin dan kematian, mereka kembali kepada Islam tetapi
  apabila hendak berurusan seharian samada jual-beli, urusan pinjaman, pergaulan, pendidikan,penghukuman dan lain-lain, mereka tidak merujuk kepada Islam. Maka tidak hairanlah sekiranya seorang imam di masjid yang biasa memberi ceramah tentang ajaran Islam tetapi apabila
  berurusan dengan perniagaan, terlibat dengan ' (riba). Kita sudah tidak hairan melihat seorang   wanita muslim yang bersolat di malam hari, tetapi tidak berpakaian secara Islami. Kita sudah  tidak hairan apabila beratus-ratus individu muslim terlepas solat maghrib gara-gara sebiji bola
   sehingga ada yang sanggup mengeluarkan fatwa-fatwa bathil yang mengatakan solat maghrib boleh terus dijamak bersama solat Isyak! Nau'zubillahi min zalik.  Jadi jika kita perhatikan, terlalu banyak pandangan dalam masyarakat ini bahawa sesuatu    kebathilan yang bertentangan dengan hukum Islam, sekaligus bertentangan dengan aqidah  Islamiyyah, tidak dianggap sebagai 'sesat'. Pandangan-pandangan yang nyata bertentangan
       dengan ayat-ayat Allah tidak dianggap sebagai 'sesat'. Malah lebih dari itu, ada yang memperolok-olokkan penyelesaian-penyelesaian Islam dengan mengatakannya tidak moden dan kuno!!! Ini merupakan 'trend' kehidupan zaman kini. Cara hidup sebegini merupakan cara hidup
     yang dianggap sebagai norma hidup zaman moden. Norma hidup zaman kini sudah tidak  berteraskan aqidah Islam lagi. Hidup kini hanya berteraskan sekularisma! Islam hanya tinggal sebagai satu agama yang hanya layak dibincangkan dalam masjid-masjid dan kalau dibincangkan sekalipun, hanya sekadar persoalan-persoalan ibadah khusus yang hanya merupakan sebahagian
  kecil kehidupan...bukan satu cara hidup yang boleh menyelesaikan seluruh masalah kehidupan. Ibadat kepada Allah bukan hanya dalam masjid, tetapi ibadat kepada Allah adalah erti  kehidupan itu sendiri. “Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada Ku” (TTQ Adz-Dzaariyaat: 51)
Ini adalah tujuan hidup. Sebagaimana yang telah diperingatkan oleh Rasulullah saw seperti dalam riwayat berikut: "Dua macam golongan manusia yang apabila keduanya baik, maka akan baiklah  masyarakat. Tetapi apabila keduanya rusak, maka akan rusaklah manusia itu. Kedua golongan
 manusia tersebut iaitu ulama dan penguasa" (HR. Abu Na'im)
  Kita dapat melihat simptom-simptom penyakit sosial daripada pengambilan fahaman-fahaman  yang jelas terkeluar daripada aqidah Islam ini: bohsia, bohjan, buang bayi, sumbang mahram,   fenomena ketagihan pil ectacy, penagihan dadah yang membawa kepada kehancuran akhlak secara total...dan sebagainya sudah tidak dapat lagi dibendung. Setiap tahun kes-kes yang terlibat
  terus meningkat, walaupun pelbagai program telah dilaksanakan. Bahkan kes-kesnya semakin bertambah!!.Antara gejala lain: Individualisma (sikap mementingkan diri sendiri), hedonisma(hidup hanya mementingkan kenikmatan/hiburan semata-mata, tidak ada yang lain.).  Semangat Individualisma yang di pegang oleh kebanyakkan daripada individu muslim
   terutamanya di bandar-bandar besar menyebabkan hubungan sesama muslim lebih kepada :  "mind your own business" yang bermaksud "jangan jaga tepi kain orang" . Manakala fahaman  hedonisma pula menyebabkan umat lebih bertumpu untuk mencapai keseronokan, kenikmatan, kemewahan yang total di dalam kehidupan, mahukan kereta besar, isteri yang cantik,
 kondominium yang hebat, dan duit yang banyak sementara ibadat hanya dilakukan sekali-sekala  tatkala merasai diri sudah memikul dosa yang banyak. Kedua-dua fahaman individualisma dan  hedonisma ini juga adalah berpunca dan berakar-umbi daripada fahaman dominan umat masa
 kini, sekularisma. Inilah fahaman yang telah diterima pakai oleh Turki setelah institusi Khilafah  diruntuhkan oleh Mustafa Kamal Pasha Attarturk (terkutuk) laknatullah alaih kafirun mubin.  Akar umbi sekularisma ini mestilah dicabut dan digantikan dengan aqidah Islam yang sebenar  agar umat kembali kepada ajaran-ajaran Islam yang sebenar. Sedarlah bahawa fahaman
   sekularisma inilah yang menyebabkan umat masih lagi terlena dalam keadaan hina umpama  akibat ubat bius yang telah menguasai hingga ke urat sarafnya sehingga tidak menyedari yang    semua daging-dagingnya sedang dilapah oleh kuasa-kuasa kuffar laknatullah alaihim!!....ini adalah merupakan kesesatan yang nyata!!!   Khatimah Daripada huraian diatas menunjukkan bahawa bukan sahaja fahaman-fahaman ajaran Tok Guru       yang bertentangan dengan akidah Islam yang patut dilabelkan sebagai sesat, malahan pemikiran-pemikiran kufur seperti sekularisma, individualisma, hedonisma dan yang lainnya yang
dianuti oleh individu muslim serta perilaku-perilaku dan perwatakan- perwatakan yang berasaskan pemikiran-pemikiran tersebut yang dibawa ke dalam kehidupan seharian juga adalah satu kesesatan; kesesatan yang tersembunyi... berwaspadalah! Maka adalah sangat penting bagi umat
   Islam untuk menyedari perkara ini dan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar-benarnya. Kembalikanlah kehidupan cara Rasulullah SAW.
        Wallahua'lam
    (Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi Malaysian  Islamic Society Of North America (MISNA) )
                  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
             Pengirim: Forum Intelektual Nusantara<forum_nusantara@yahoo.com>
          ______________________________________
   Subject: * Dosa-dosa (1) Date: Fri, 10 Jul 1998 12:43:42 +0800 From: Muhammad Farid Sari.
           DOSA MEMUTUSKAN SILATURRAHIMI.
 
 Agama Islam sangat mementingkan persatuan ummat Islam, persaudaraan dan bermasyarakat, di antara mereka mesti ada usaha tolong-menolong pada kebaikan, berkasih-sayang dan hormat-menghormati.    Tak ubahnya masyarakat Islam itu seperti satu bangunan, di antara mereka itu saling kuat
   menguatkan bersama, juga di antara mereka itu mesti ada perasaan senasib sepenanggungan  Firman Allah SWT Ayat 1:- Yang sebenar-benarnya orang-orang beriman itu bersaudara. Ayat  2:- Orang-orang Islam itu seumpama satu bangunan yang sebahagian mereka menguatkan akan bangunan bahagian yang lainnya.   Ayat 3:- Berpegang teguhlah kamu denga tali Allah (Agama Islam) sekalian jangan bercerai-berai.
     Sabda Nabi Muhammad SAW Ayat 1:- Tidak masuk ke syurga orang yang memutuskan silaturrahimi. Ayat  2:- Barangsiapa tidak mengasihani orang lain, nescaya ia tidak dikasihani Allah. Ayat 3:- Sesungguhnya Rahmat Allah tidak turun pada kaum yang ada padanya orang-orang yang memutuskan silaturrahimi.
P/s:- Semoga kita mendapat pengajaran daripada Firman Allah SWT dan Sabda Nabi Muhammad SAW.
  - dipetik dari Buku 25 Dosa dan Larangan dalam Islam oleh Ustaz Hadori Nur
          ______________________________________
        Subject: Renungan.... Date: Tue, 14 Jul 1998 17:04:35 +0800 From: "Abd Halim Ahmad @PWMELAKA"
 AL-QURAN SELAMATKAN YUSUF ISLAM
    Yusuf Islam adalah nama yang tidak asing lagi di Malaysia. Dulu dia dikenali sebagai Cat Stevens,  penyanyi pop Inggeris yang terkenal. Kini dia menjadi pendakwah antarabangsa. Kemahirannya dalam  bidang nyanyian masih digunakan tetapi bukan lagi sekadar untuk menghibur. Yusuf kini menggunakan
 media hiburan untuk berdakwah. Kaset dan CD lagu-lagu dakwahnya amat laris di Malaysia. Di samping berdakwah melalui lagu, Yusuf juga cergas dalam kegiatan kebajikan Islam di Britain. Di Regent Mosque, masjid utama di London, Yusuf sering hadir untuk mengetuai muzakarah selepas sembahyang zohor pada hari Sabtu. Dalam bidang kebajikan Islam, Yusuf kini mempengerusikan tabung amal Waqf Al-Birr Trust yang mengumpulkan wang dan melabur dalam projek-projek yang menghasilkan pendapatan halal. Antara
    projek terbaru Waqf Al-Birr ialah Hotel Brondesbury Park yang beralamat di 283 Willesden Lane, Brondesbury Park, London. Hotel yang mempunyai 50 bilik itu diiklan sebagai "hotel paling sesuai untuk orang Islam di London." Di samping kadar sewanya yang sangat berpatutan dan dilengkapi pelbagai
 kemudahan, hotel bertaraf sederhana itu juga mempunyai kawasan bilik-bilik khas untuk wanita dan bilik sembahyang. Arak dilarang sama sekali di hotel ini. Majlis-majlis agama juga sering diadakan di hotel ini,  termasuk syarahan oleh tokoh-tokoh pendakwah antarabangsa. Ternyata Yusuf telah melangkah jauh
   sejak memeluk Islam pada 1977. Dia mendapat hidayat setelah membaca terjemahan al-Quran yang dibawa pulang oleh abangnya dari Baitulmuqaddis. Barangkali ramai yang belum mengetahui kisah  bagaimana Yusuf menjadi seorang Muslim. Eloklah dibaca pengakuannya yang diterbitkan oleh Institut
  Penerangan dan Pendidikan Islam ( Institute of Islamic Information and Education) yang berpejabat di  Amerika Syarikat. Disebabkan cerita itu agak panjang sebagai sebuah rencana, memadailah disiarkan terjemahan sedutan dan petikan yang penting sahaja. Begini cerita Yusuf: "Saya dibesarkan dalam
 kemewahan dunia moden dan kehidupan ligat dunia hiburan. Saya dilahirkan sebagai orang Kristian. Saya  diajar tentang kewujudan Tuhan, tetapi tidak boleh berhubung secara langsung dengan-Nya.Saya diajar supaya berhubung dengan Tuhan melalui Jesus - dia adalah pintu kepada Tuhan. "Saya lihat
  patung-patung Jesus; hanyalah batu-batu yang tidak bernyawa. Dan bila mereka berkata Tuhan adalah  tiga, saya semakin bingung tetapi tidak boleh membantah. Lebih kurang, bolehlah dikatakan ketika itu  saya percaya kerana saya terpaksa menghormati kepercayaan ibu bapa saya. "Kemudian, secara
   beransur-ansur saya hanyut daripada pegangan agama ini. Saya menceburkan diri dalam muzik. Saya  bercita-cita menjadi bintang terkenal. Akhirnya saya menjadi masyhur ketika masih remaja. Nama dan  gambar saya terpampang dalam media. Mereka menjadikan saya lebih besar daripada diri saya yang
    sebenar. Maka saya mahu kehidupan yang lebih besar dan melakukannya dengan mabuk (arak dan dadah). "Selepas setahun dalam kehidupan mewah dan ligat, saya jatuh sakit, menghidap batuk kering  (TB) dan terlantar di hospital. Ketika itulah saya mula berfikir. Adakah diri ini hanya jasad, dan adakah matlamat hidup hanya untuk memenuhi kehendak jasad? Sekarang saya sedar bahawa apa yang berlaku   adalah rahmat dari Allah, peluang untuk membuka mata saya. Maka mulalah saya mencari jawapan.
  "Ketika itu saya berminat tentang ilmu kebatinan Timur. Saya mulai membaca, dan perkara awal yang  saya sedari ialah tentang kematian, bahawa roh akan terus hidup. Saya mulai melakukan meditasi dan menjadi vegetarian (hanya makan biji-bijian dan sayur-sayuran). Di hospital, saya menyedari bawa diri ini  bukan sekadar jasad. "Suatu hari saya terperangkap dalam hujan ketika berjalan kaki. Saya berlari mencari tempat berteduh. Ketika itu saya terfikir, "tunggu dulu, badan saya basah, badan yang   memberitahu saya basah." Ini membuat saya tersedar bahawa jasad hanyalah seperti keldai, ia mesti
 dilatih untuk pergi ke tempat yang dikehendaki. Jika tidak, keldai itu akan memimpin kita ke mana-mana sahaja yang disukainya. "Kemudian saya menyedari bahawa saya mempunyai keinginan, yang  dikurniakan oleh Tuhan ikut sahajalah kehendak Tuhan. Ketika itu saya tidak suka lagi kepada Kristian.
 Saya terlibat semula dalam muzik dan menzahirkan perasaan(mistik) saya melaluinya. Dalam masa yang  sama, kekayaan dan kemasyhuran menyusahkan kerana ketika itu saya benar-benar sedang mencari
   kebenaran. Kemudian sampai satu peringkat saya membuat keputusan bahawa agama Buddha adalah  benar, tetapi saya belum bersedia untuk meninggalkan kehidupan duniawi. Saya tidak sanggup menjadi  sami dan menyisihkan diri daripada masyarakat. "Saya beralih kepada Zen dan Ching, numerologi, kad  tarof dan astrologi. Saya kembali membaca Bible, tetapi tidak menemui apa yang dicari. Ketika itu saya  tidak tahu apa-apa tentang Islam. Kemudian berlakulah apa yang saya anggap sebagai ajaib. Abang saya
 telah melawat masjid di Baitulmuqaddis dan sangat tertarik kerana di sana terdapat ketenangan walaupun sentiasa dipenuhi orang (tidak seperti gereja dan saumaah yang kosong). "Apabila kembali ke London, dia membawa sebuah Quran terjemahan dan diberikannya kepada saya. Dia tidak memeluk Islam, tetapi dia  merasai ada sesuatu dalam agama itu, dan pada fikirannya saya juga boleh menemui sesuatu. "Melalui Quran itu ? petunjuk yang menceritakan segalanya kepada saya, siapa diri kita, apa tujuan kita hidup, apa
  realiti kehidupan kini dan akan datang, dan dari mana kita datang, saya mendapati bahawa inilah agama  sebenar. Bukan agama sebagaimana yang difahami oleh Barat dan bukan juga agama untuk hari tua.
     Barulah saya sedari bahawa segalanya adalah milik Tuhan yang tidak pernah tidur. Dia mencipta segalanya. Ketika itulah saya mulai insaf bahawa saya tidak memiliki apa-apa. Selama ini saya tenggelam dalam kebanggaan diri. Pada saat itu saya merasai diri saya sudah menjadi Muslim. Saya telah menemui ajaran sebenar. Apabila membaca Quran, barulah saya tahu bahawa semua nabi diutuskan untuk  membawa ajaran yang sama. Kenapa orang Yahudi dan Kristian berbeza? Sekarang barulah saya tahu  bahawa orang-orang Yahudi tidak mengakui kerasulan Nabi Isa dan menukar kandungan  ayat-ayatNya. Malah orang Kristian salah faham mengenai kalam Allah dan menganggap Nabi Isa anak Tuhan.  "Selanjutnya Quran menjelaskan tentang sembahyang, kebaikan dan amal. Saya belum memeluk Islam,
  tetapi saya merasai bahawa Quran adalah satu-satunya jawapan yang saya cari selama ini. Tuhan telah  mengurniakan Quran kepada saya, dan saya merahsiakannya. Quran juga memberikan jawapan dalam  pelbagai peringkat. Kemudian saya memahami satu peringkat lagi melalui ayat:"Orang-orang beriman  adalah bersaudara dan mereka tidak mengambil kafir sebagai sahabat." "Ketika itulah datang keinginan    menemui saudara-saudara seIslam. Kemudian saya melawat Baitulmuqaddis. Di sana saya pergi ke masjid. Seorang lelaki bertanya apakah hajat saya. Saya beritahu bahawa saya orang Islam. Dia
    bertanyakan nama saya. "Stevens," kata saya. Dia bingung. Kemudian saya ikut orang sembahyang  walaupun tidak betul sembahyang saya. Pulang ke London, saya bertemu seorang muslimah bernama Nafisa. Saya beritahu bahawa saya ingin memeluk Islam dan dia suruh saya pergi ke Regent Mosque. Jadi  pada suatu hari Jumaat, kira-kira setahun setengah selepas menerima Quran, saya menemui imam dan  melafazkan dua kalimah syahadat." Begitulah antara lain pengakuan Yusuf Islam. Beliau mengakhirinya dengan doa: " Mudah-mudahan Allah sentiasa memberikan petunjuk-Nya kepada kita untuk kekal sebagai umat Muhammad. Amin!" Membaca pengakuan Yusuf mengingatkan semula penulis kepada permulaan  juz pertama Al-Quran (Surah Al-Baqarah): "Alif laam miim. Kitab ini tiada keraguan padanya; petunjuk
  bagi mereka yang bertakwa, (iaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan solat dan  menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka, dan mereka yang beriman  kepada Kitab (Quran) yang diturunkan kepadamu dan kitab-kitab yang diturunkan sebelummu, serta
   mereka yakin akan adanya kehidupan akhirat. Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk daripada Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang beruntung." Allah tidak memungkiri janji dan isi  kandungan ayat-ayat itu adalah janji yang amat jelas kepada Yusuf. Mudah-mudahan kita juga sentiasa   menjadikan al-Quran sebagai petunjuk.
               CATATAN DARI LONDON Oleh Hamzah Sidek Mastika Februari 1998
               ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
   (Semoga menjadi iktibar kepada bangsaku tercinta supaya tidak meninggalkan agama Islam tercinta...
   agama yang sebenar, menjanjikan kebahagiaan di dunia dan di akhirat jika kita benar-benar mengikut petunjuk dan panduan Al-Quran dan Al Hadis. Usahlah berani meninggalkan agama Islam dan menjadi murtad.. kerana tindakan itu hanya merugikan diri sendiri dan bagai mencampakkan dan menerjunkan diri sendiri ke azab neraka Allah yang tidak terperi dan tidak tertanggungkan siksanya. Tidak mahukahmanusia hidup bahgia di syurga, oleh itu berusahalah kita semua, menjauhkan diri dari neraka dan mencari
   keredahaan Allah dan memohon selalu terhindar dari neraka-Nya dan mendapat nikmat syurga-Nya dengan rahmat Allah).
 
      KE LAMAN TAFSIR AL QURAN (Untuk memahami isi alquran)
       PENEMUAN AJAIB - PERMATA KALIMAH ALLAH
KEBESARAN  ALLAH
          ____________________________________________________________________
 
  Subject: Jalan yg lurus Date: Fri, 17 Jul 1998 08:13:23 +0800 From: badarus@petronas.com.my
   (Badarusham B Joned) To: noorainy@tm.net.my, nasru@csd.tnb.com.my, ula@mbs.hitech.com.my
 
 Assalamualaikum, Puji pujian bagi Allah yang sentiasa mengasihi hamba hamba-Nya. Selawat dan salam kepada Rasulullah s.a.w, keluarga dan sahabat sahabat baginda. Semuga Allah mendorong saya dan kitasemua berbuat lebih baik dari apa yang diinginkan. Berikut ada lah rentetan dari apa yang ditulis oleh yang arif tuan Ahassan (jalan yg lurus) yang bagi saya terlalu matan dan perlu diperdetailkan, contohnya mungkin boleh dikupas di sudut konsep ibadah dan syarat yang perlu dipenuhi, Apa itu, Islam,Tauhid,Feqah dan Tasauf kerana semuanya itu perlu tepat dalam menuju Jln yang Lurus (Taqwa). Berikut adalah
     sedikit berkenaan TAQWA. "Hendaklah kamu berbekal dan sebaik baik bekal ialah sifat taqwa". "Sesungguhnya yang paling mulia dikalangan kamu disisi Allah ialah yang paling bertaqwa." Taqwa menjamin kebaikan yang sempurna yang tidak mampu dilakukan oleh darjat darjat PhD, Dr, Datuk, Tan
   Sri, Tun dll pingat dan bintang yg dipakai hari ini. Proses pembinaan jiwa atau hati yang bertaqwa ini berlaku bila mana kita hayati segala ilmu, tuntutan bacaan dan perilaku. Makin tua umur, yakni makin lama kita melakukannya makin kuat rasa kehambaan itu menguasai hati. Proses ini hendaklah bermula
 diawal awal lagi. Semua ibadah rukun dan ibadah sunat yg dikerjakan dengan sungguh sungguh dan tepat ilmu lahir batinnya pasti membuahkan taqwa. Berikut adalah janji janji Allah untuk orang bertaqwa, cuba semak semula dalam Al Quran. - Diajarkan Ilmu. - Amal ibadah diterima - Dilepaskan dari kesusahan. -Diberi rezeki yang tak terduga - Urusan urusan dipermudahkan. - Tidak dapat ditipu oleh musuh lahir dan batin - Kerja dibaiki dan dibantu Allah - Makhluk takut dan segan. Allah membela. - Dibuka berkat dari langit dan bumi. - Diampunkan dosa. - Dimasukkan ke Syurga. - Terhindar dari Neraka. Banyak sungguh janji janji Allah untuk orang yang bertaqwa. Senang untuk diperkatakan tapi amat payah untuk dimiliki.Tapi ia wajib dimiliki. Bangsa yang bertaqwa boleh selamat dan meyelamatkan. Bangsa yang bertaqwa akan dihormati dan dimuliakan. Kelopok yang bertaqwa sahaja yang mampu mengembalikan dunia ke tangan umat Islam, sesudah sekian lama terlepas ke tangan musuh. Dunia akan aman damai di tangan orang orang bertaqwa. Ketahuilah bahawa syarat umat Islam dibantu Allah dan kekuatan utama
  umat Islam itu hanya ada pada orang yg memiliki TAQWA. Berikut adalah syarat syarat menuju taqwa, mungkin lain orang lain pula cara yang dibawa, terpulanglah kepada kita dalam menerimanya. Syarat-syarat menuju Taqwa secara ringkas.
1. Dapat petunjuk dari Allah. - Ini adalah syarat pertama yang Allah beri kepada hamba hamba-Nya, barangsiapa yang tak dibuka pintu hatinya oleh Allah maka selama itulah ia tak berubah, baca sejarah bapa saudara nabi dll.
2. Faham tentang Islam. - Maksud hadis: "Barangsiapa yang Allah kehendaki seseorang itu jadi baik maka Allah akan beri faham seseorang itu dalam
 urusan agama". Ada orang, Allah tak beri faham dalam urusan agama. Hendaklah kita bermohon supaya diberi faham akan urusan agama.
3. Memiliki dan Meyakini ilmu - Ilmu yang dimiliki hendaklah diyakini
  sungguh sungguh. Jika kita tak meyakini ilmu yg dimiliki maka kita tidak akan memberi komitmen yang 100%. Ilmu yang salah pun hanya menjadi setelah diyakini (dgn izin Alah).
4. Melaksanakan. - Ilmu  dengan amal adalah sesuatu berlainan kerana kita dapat lihat ramai orang yang ada ilmu, ramai tapi tak beramal. Maka ilmu yang telah dimiliki hendaklah diamalkan serta dihayati dengan sungguh sungguh.
      "Orang yang tak beramal dengan ilmunya akan disiksa lebih dahulu dari peyembah berhala."
5.  Mujahadah. - Mujahadah ini adalah proses yang panjang dan perit dan tidak ada "short cut" dalam melepasi syarat ini. Kadang kadang ia mengambil masa puluhan tahun. Membicarakan bab ini mengambil masa yang panjang. Banyak buku yang menceritakannya dan carilah guru dalam melepasinya. Sifat sifat
                mahmudah wajib dimiliki dan sifat sifat mazmumah wajib pula dijauhi.
    6. Istiqamah beramal. - Hanya kerja kerja yang istiqamah sahaja yang memberi kesan. Setitis air yg berterusan jatuh ke atas batu akan melekukkan batu. Begitulah juga hati kita ini. InsyaAllah jika kita istiqamah dalam beramal akan memberi kesan pada hati kita. Teringat saya pesanan seorang guru "Jika
 diberi pilih di antara istiqamah dan karamah pilihlah Istiqamah.
7. Ada pimpinan guru (mursyid) - Sejarah banyak mengajar kita samada kita dapat melalui buku buku atau pun dari guru. Ambillah iktibar dari dunia
  ini, 1/3 daripada bumi adalah dataran, itu pun banyak yang masih kita tak tahu, 2/3 adalah lautan masih banyak juga yang kita tak tahu. Angkasa raya lagi, lagilah banyak yang kita tak tahu. Jalan menuju Allah ini penuh dengan duri dan ranjau, bermacam macam tipuan hawa nafsu dan syaitan yang menunggu. Itulah sebabnya kita perlukan pimpinan guru yang arif sebab alam ini besar. Sedangkan ilmu akedamik yang kita pelajari pun kita perlukan guru. Apa lagi dalam menuju Allah. Baca sejarah tipuan syaitan kepada orang yang menuju kepada Allah melalui buku atau pun dari guru. 8. Berdoa kepada Alah. - Nasib kita belum tahu walaupun dalam petunjuk, belum tentu diterima. Hendaklah kita sentiasa berdoa kepada Allah kerana Doa adalah senjata kepada orang orang mukmin. Jika kita sibuk mencari atau menceritakan
  kesalahan orang lain maka hendaklah kita lebih lebih sibuk dalam memperbaiki diri kita ini. Berikut pula adalah satu trouble shooting atau pun faktur faktur mengapa sudah beramal tapi masih tak bertaqwa.  secara ringkasnya dalam mencari dimana salah silapnya. Cuba periksa perkara perkara ini. - Faktur  bacaan2 dan perbuatan dalam ibadah ibadah tidak difahami ilmu dan maksudnya. - Faktur fikiran , jiwa  dan fizikal manusia tidak memberi comitmen yang sepatutnya. - Hati atau jiwa kotor kerana dibina dari
  makanan yang haram. - Dalam beribadah kita masih melakukan perkara perkara maksiat dan haram. -
   Rasa cinta dunia hingga tidak sanggup mengorbankannya kejalan Allah, umpama najis yang disimpan didalam hati. Sekian semuga Allah memberi kita kekuatan pada saya dan kita semua untuk beramal.(jika ada baiknya tolong forward ke Hizbinet). Haraf maaf.
          ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 From: Shuhaimi Osman > Subject: * FW: Keampunan dari seorang suami > > Date: Saturday, July 18, 1998 4:06 PM
                           *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 
 >Untuk tatapan dan tauladan masa hadapan. > ---- Mu'min ~~ Selamat  membaca.
 
KIRA-KIRA 15 HARI YANG LALU, SEORANG HAMBA ALLAH (SI A) TELAHPUN KEMBALI KERAHMATULLAH SECARA  MENGEJUT (SAKIT JANTUNG). ALLAHYARHAM ADALAH DIHORMATI DAN DISEGANI DI KAMPUNG BELIAU. SEMASA JENAZAH ALLAHYARHAM DILETAKKAN DIRUANG TAMU RUMAHNYA, MENUNGGU UNTUK DIURUSKAN OLEH SAUDARA MARA DAN SAHABAT HANDAI, ISTERI ALLAHYARHAM TIDAK
     BERHENTI-HENTI MERATAPI JENAZAHNYA SAMBIL MERUNGUT-RUNGUT. SIPENULIS YANG  KEBETULAN ANAK SAUDARA ALLAHYARHAM, ADA DISEBELAH BALU ALLAHYARHAM ITU. SAYA   MERASA AMAT HAIRAN DENGAN SIKAP BALU ARWAH ITU. BELIAU SEPATUTNYA MEMBACA
    AYAT-AYAT SUCI AL QURAN UNTUK DIHADIAHKAN KEPADA ARWAH. KIRA - KIRA SELEPAS 10  MINIT SAYA DISISI JENAZAH, KAKAK IPAR ARWAH (KAKAK BALUNYA) SAMPAI. BELIAU TURUT
 HAIRAN DENGAN SIKAP ADIKNYA YANG MERATAP DAN MERUNGUT, LANTAS MELARANG ADIKNYA  BERBUAT DEMIKIAN SAMBIL BERTANYA MENGAPA. SAYA AMAT TERKEJUT BILA BALU ARWAH MENJAWAB (YANG BIASANYA TIDAK PERNAH DILAKUKAN OLEH ORANG YANG NORMAL). ANTARA
 JAWAPANNYA IALAH : 1. SUAMINYA TIDAK MEMBUAT SURAT WASIAT (YANG SEBENARNYA ADA). 2. TANAH PUSAKA SUAMINYA TIDAK SEMPAT DITUKARKAN KE NAMA BELIAU DAN ANAK-ANAKNYA   3. SUAMINYA TIDAK SEMPAT MEMINDAHKAN SAHAM SYARIKAT SUAMINYA BERSAMA  ADIK-ADIKNYA KEPADA BELIAU (SUAMINYA MEMEGANG SAHAM SEBANYAK 50% DAN 5 ORANG  ADIK-ADIKNYA 10% SETIAP SEORANG). UNTUK MAKLUMAN, ARWAH ADALAH SEORANG YANG  AGAK BERJAYA DALAM PERNIAGAAN. SYARIKAT YANG DIURUSKAN OLEH ARWAH SANGAT MAJU  DEWASA INI. DISAMPING ITU ARWAH MEMILIKKI KIRA-KIRA 12 EKAR TANAH DI PINGGIR PUTRA  JAYA DAN KIRA-KIRA 50 EKAR DI SEKITAR KAWASAN SEPANG/DENGKIL. SETELAH SEMINGGU  ARWAH DIKEBUMIKAN PEGUAM ARWAH MEMANGGIL WARIS-WARISNYA UNTUK DIBACAKAN  SURAT WASIAT ARWAH. SAYA JUGA TURUT DIPANGGIL TANPA MENGETAHUI SEBABNYA. ARWAH MEMPUNYAI 4 ORANG ANAK DAN YANG SULONG MASIH BERSEKOLAH DI TINGKATAN 4 TKC. DAN YANG BONGSU BERUSIA 6 TAHUN. ANTARA YANG TERKANDUNG DALAM WASIATNYA IALAH : 1. 30% SYER
      PERNIAGAAN DISERAHKAN KEPADA ANAK SAUDARA PEREMPUANNYA YANG JUGA AHLI  PERNIAGAAN DAN 20% LAGI DIAGIHKAN SAMARATA KEPADA ANAK-ANAKNYA DENGAN ANAK
 SAUDARA PEREMPUANNYA SEBAGAI PEMEGANG AMANAH.
2. TANAH PUSAKANYA SELUAS 10 EKAR DIPINGGIR PUTRA JAYA DISERAHKAN SAMARATA KEPADA ANAK-ANAK PEREMPUAN
2 ORANG DAN 2 EKAR UNTUK ANAK SAUDARA LELAKINYA YANG JUGA PEMEGANG AMANAH UNTUK ANAK-ANAK  PEREMPUANNYA. 3. ANAK-ANAK LELAKINYA YANG BERUMUR 14 TAHUN DAN 10 TAHUN, DIBERI  TANAH 15 EKAR SEORANG DENGAN ANAK SAUDARA LELAKINYA SEBAGAI PEMEGANG AMANAH.
   4. SAHAM-SAHAMNYA DISERAHKAN KEPADA ANAK-ANAKNYA DAN DIBAHAGIKAN MENGIKUT   SYARAK DAN DIURUSKAN OLEH ANAK SAUDARA PEREMPUANNYA YANG DIBERI 20%. 5. WANG
  TUNAINYA DI BANK (PERSENDIRIAN) DIAMANAHKAN KEPADA KAKAKNYA UNTUK MENAMPUNG  PEMBIAYAAN ANAK-ANAKNYA JIKA ISTERINYA TIDAK BERKAHWIN LAGI. JIKA ISTERINYA
     BERKAHWIN LAGI BELIAU MEMINTA PEGUAMNYA MEMINTA MAHKAMAH MEMBERI HAK PENJAGAAN ANAK-ANAKNYA KEPADA KAKAKNYA. 6. RUMAH DAN TAPAK RUMAHNYA
  DIWAKAFKAN UNTUK UNTUK ANAK-ANAK YATIM ISLAM DAN SEBUAH SURAU DAN HENDAKLAH DISERAHKAN KEPADA MAJLIS AGAMA ISLAM. 7. HARTA-HARTA YANG LAIN IAITU KERETA 2 BUAH(ADIK LELAKINYA YANG KETIGA/KELIMA), BAKI TANAH 20 EKAR DIBAHAGIKAN SAMARATA KEPADA ADIK-ADIK DAN KAKAKNYA. SETELAH SELESAI WASIAT DIBACAKAN ISTERINYA MEMBANTAH KERAS KERANA TIADA SATUPUN HARTA
   YANG DISERAHKAN KEPADANYA KECUALI SEBUAH PROTON SAGA YANG TIDAK DIMASUKKAN DALAM WASIAT(YANG MEMANG DIGUNAKAN OLEH ISTERINYA). BELUM SEMPAT ISTERINYA TERUS
      MEMBANTAH, PEGUAM MEMBACAKAN SATU KENYATAAN MENGENAI ISTERINYA YANG TERKANDUNG DALAM WASIAT. "ISTERIKU TIDAK AKAN KUBERIKAN APA-APA KECUALI
    PENGAMPUNAN. TERLALU BANYAK DOSANYA KEPADA AKU, MAKA PENGAMPUNAN ADALAH HADIAH YANG PALING BERHARGA. TIDAK PERNAH AKU MERASA MASAKANNYA SEJAK MULA BERKAHWIN WALAUPUN PERNAH AKU SUARAKAN. TIADA BELAS KASIHAN TERHADAP AKU, BAIK SEMASA SAKIT APATAH LAGI JIKA AKU SIHAT. HERDIK DAN TENGKING KEPADA AKU DAN
   ANAK-ANAK ADALAH LUMRAH. KELUAR RUMAH TIDAK PERNAH MEMINTA KEBENARAN DARI AKU. MAKAN DAN MINUM ANAK-ANAK ADALAH TANGGUNGJAWAB BIBIK (PEMBANTU RUMAH).  KAIN BAJUKU TIDAK PERNAH DIURUSKAN DAN YANG PALING MEMEDIHKAN TIADA MAHUNYA DIA MENDENGAR PANDANGAN DAN NASIHATKU UNTUK KESEJAHTERAAN RUMAHTANGGA. KEBAHAGIAAN AKU SELAMA INI HANYA DENGAN AMALANKU,TUGAS HARIANKU, ANAK-ANAKKU
  DAN ADIK-BERADIKKU TERUTAMA KAKAKKU YANG SEBAGAI PENGGANTI IBU. SELEPAS PEGUAM MEMBACA KENYATAAN ITU BARULAH AKU FAHAM MENGAPA BALU ARWAH BEGITU MERATAP
    DAN MERUNGUT SEMASA DI SISI JENAZAHNYA. MARILAH KITA RENUNGI BERSAMA. SEMOGA DENGAN APA YANG TERJADI DIATAS AKAN MEMBERI SATU PENGAJARAN YANG BERGUNA PADA
       KITA SEBAGAI UMAT ISLAM. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ >
                                  Pengirim:"ShuhaimiOsman@tse"
          ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
     Subject: * Tempat Untuk Bersenang Lenang Date: Fri, 24 Jul 1998 18:17:37 -0700 (PDT) From:
              Muhamad Fauzi *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
                      *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
                Assalaamua'laikum wbt.
  Suatu malam Imam Ibrahim bin Adham berada di perkarangan rumahnya. Seorang askar, menunggang kuda datang mendekatinya, lalu bertanya: "Hai orang tua! Di daerah ini, dimanakah tempat untuk bersenang-lenang iaitu tempat yang paling indah?"  Ibrahim mendongakkan kepala dan bertanya "Tuan bertanyakan pendapat saya?"  "Ya," jawab askar tersebut.
"Tempat yang tuan maksudkan itu terletak di sana, di seberang rumah sana, di seberang rumah saya," ujar Ibrahim, sambil menunjukkan ke satu arah.
        "Yang mana?" tanya askar itu kebingungan. "Itu, di seberang sana," sekali lagi menunjukkan ke arah tersebut.  "Kurang ajar" kata askar itu marah kerana ia tempat yang dimaksudkan adalah kawasan perkuburan.  Tetapi ia belum berani bertindak lebih jauh, takut kalau-kalau orang tua itu seorang yang berpangkat tinggi. Jadi ia bertanya "Siapa kamu hai orang tua?"
   "Saya hanyalah seorang hamba," jawab Ibrahim.   "Keparat," teriak askar itu sambil menendang Ibrahim serta diseretkan ke perkhemahan. Beliau juga
 menuduh bahawa Ibrahim telah menghina tentera.  Namun alangkah hairannya beliau melihat orang atasannya sangat menghormati orang tua tersebut.
               Kerana ia sangat mengenali Ibrahim, seorang alim yang amat berpengaruh. Pegawai askar dengan nada menyesal berkata "saya sayangkan sikap tuan selaku orang alim, tetapi  mengapa tuan mempermainkan anak buah saya? Ibrahim bertanya dengan perasaan tidak mengerti  "Mempermainkan anak buahmu? Dalam hal apa?"  Lalu pegawai askar itu meneruskan soalan yang telah ditanyakan oleh anak buahnya ketika bertemu dengan Ibrahim.
 Imam Ibrahim menjelaskan dengan tenang bahawa hanya kuburlah merupakan tempat yang paling selesa untuk beliau yang telah lanjut usia.
        Imam Ibrahim menjelaskan bahawa beliau adalah hamba Allah termasuklah anggota askar "Nama, pangkat dan kedudukan hanyalah sementara, yang tidak dapat menghilangkan bahawa kita adalah
hamba Allah," jelas Imam Ibrahim.  Pegawai askar tersebut merasa amat menyesal dengan tindakan anak buahnya. "kalau begitu, maafkanlah
              anak buah saya yang telah menendang tuan dan mengheretkan tuan ke sini" Ibrahim menjawab "Tidak perlu minta maaf dan tidak perlu memaafkan. Sebab sayalah yang harus  mengucapkan terima kasih kepadanya"
                 "Mengapa?' tanya pegawai tersebut dengan perasaan amat menyesal.
    "Bagaimana saya harus memberi maaf, jika dia dia tidak perlu meminta maaf? Mengapa dia mesti  meminta maaf, padahal dia telah membantu saya mengurangi dosa-dosa saya dan melipatgandakan  simpanan pahala saya dan menyebabkan doa saya pasti dikabulkan Tuhan?"  "Maksud tuan?" tanya pegawai tentera tersebut kebingungan. "Saya tidak bersalah. Tetapi dia telah menganiaya saya. Bererti saya termasuk orang teraniaya. Tidakkah
   engkau pernah mendengar bahawa dosa orang teraniaya akan dihapus dan doanya pasti dikabulkan?"  Dengan penjelasan ini, pegawai askar itu tidak dapat menjawab. Ia hanya dapat berjanji dalam hatinya  untuk memarahi anak buahnya supaya bersikap lebih menghormati rakyat jelata.
  (petikan akhbar) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
   Subject: *Re: Hisap Rokok panjang 2 KM! Date: Fri, 24 Jul 1998 11:23:47 +0800 From: DR ARIFF
             <arif9@tm.net.my> Organization: MY FAMILY To: RONALD0 ABDULAH
 <incaan_izzat@hotmail.com> CC: ciklan@tm.net.my, mdesa@pc.jaring.my, hizb@hizbi.net References:
                                                1
                      *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
                      *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
                        Assamualaikum (wt)
   Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada saudara Ronaldo kerana dapat berhenti dari tabiat  merokok.Memang benar kata saudara, Berhenti merokok kerana membazir wang, kerana alasan kesihatan, kerana seruan dari kekasih/isteri/kawan-kawan atau lain-lain sebab bukanlah alasan yang kukuh
      untuk berhenti merokok.Tiada apa-apa ganjaran di sisi Allah. Tetapi berhenti merokok kerana  DORONGAN IMAN (jawapan saudara mengharukan hati saya) adalah sesuatu yang sangat besar
  nilainya. Pahala yang besar. Setiap detik kehidupan kita, kita mengikut "sibghatulLah" (corakan) Allah. Sensitif dengan arahan Allah. Bagi yang masih merokok, saya menyeru agar saudara teruskan perjuangan  ini iaitu untuk terus berhenti merokok, InsyaAllah -  DMAR.
RONALD0 ABDULAH wrote: > > Ini kisah benar aku seorang perokok. Kalau baik dijadikan panduan kalau jahat jadi tauladan. Selepas tamat SPM aku masuk ke sebuah college di bandar K selama 2 tahun.   Di college itulah aku mula belajar merokok akibat terpengaruh dgn kawan. Mula2nya dunhill 7 batang mengambil masa seminggu utk aku habiskan. Lama-lama aku jadi heavy smoker. Dunhill 20 batang sehari  kadang-kadang tak cukup. Disebabkan aku seorang pelajar adalah membebankan untuk membiayai kos merokok tersebut. Akhirnya aku ingin berhenti merokok setelah 5 tahun membazirkan wang. Mula-mula  yg menyebabkan aku terfikir nak berhenti adalah kerana rokok yg dijual dinegara maju kurang keras. Ketika itu aku sedang melanjutkan pelajaran di sebuah negara maju. (betul apa yg dikatakan oleh seorang    netter yg mendakwa rokok dinegara membangun mengandungi lebih narkotin drpd rokok yg dijual  dinegara maju). Aku yg dah biasa dgn dunhill & malboro made in m’sia merasa tak puas dgn jenama yg sama tapi made in negara maju. Oleh itu aku pun berhenti seketika kerana kalau hisap rokok bukan made  in m’sia macam tak hisap rokok saja. Lagi pun aku telah mula merasa bahawa aku hanya mmbazirkan wang dan masa aku sahaja. Satu batang rokok mungkin memerlukan 3-5 minit utk dihabiskan. 20 batang  x 5 min = 1jam 40 minute untuk satu hari. Kalau masa tu diuntukkan baca Al-Quran dah tentu sebulan
 sekali khatam. Pahala pun isyaallah ada. Pun begitu sekali sekala kalau rakan pelawa rokok free aku sapu  jugak. Setelah tamat belajar aku bekerja di sebuah bandaraya. Gaji dah tentu juta-juta rupiah. Enjoy sakan lah sebab tolak sewa rumah, makan dan elaun orang tua dikampung masih ada baki lagi. Maka aku
  pun hisap rokok balik.. macamanapun joli-joli aku tak pernahlah aku masuk pub, minum arak, atau jadi kaki perempuan. Sebaliknya aku lebih suka dengar ceramah. Baik ceramah direct selling, kuliah maghrib,  kuliah zohor, atau ceramah politik semuanya aku suka dengar. Berbalik pasal merokok, beberapa kuliah  tok-tok guru yg aku ikuti ada menyentuh tentang hukum hakam merokok. Berdasarkan fakta-fakta yg  diberi maka aku telah berpegang pada tok-tok guru yg mengharamkan merokok. Mulai hari itu hingga sekarang (sudah 4 tahun) aku tidak lagi merokok. Baik rokok free masa kenduri atau rokok
     kawan-kawan, semuanya aku tolak kerana dlm hati aku dah set, kata rokok itu adalah haram dan  sekiranya aku hisap juga, maka aku berdosa. Aku cukup berterimakasih pada tok-tok guru tersebut yg  memberikan ilmu kpd aku. Selama lebih kurang 5 tahun aku sebagai perokok professional mungkin aku
telah menghisap rokok sepanjang 2 kilometer!!(20 btg x 5cm x 365 hari x 5 tahun). Kesimpulan:-
 1. Berhenti merokok kerana masalah kewangan mungkin tidak berjaya kerana kita hisap balik bila banyak  wang.
2. Berhenti merokok kerana masalah kesihatan mungkin tidak berjaya kerana kita hisap balik bila  kita sihat semula.
3. Berhenti merokok kerana pengaruh orang (isteri,girlfriend,kawan2) mungkin tidak berjaya kerana kita mungkin hisap balik bila orang tersebut tidak mempengaruhi kita lagi.
 4. Berhenti merokok kerana tahu dan ingin mengelak akibat buruknya mungkin juga tidak berjaya kerana  ramai orang yg tahu akibat buruk rokok tapi terus juga merokok kerana kadang-kadang tidak tahan  ketagihan rokok.
5. Berhenti merokok kerana kita yakin ianya Haram sama seperti hukum minum arak dsbgnya. adalah lebih mujarab.
6. Kalau kita melihat kawan kita masih merokok maka janganlah kita kata
 dia berbuat benda haram. Mungkin dia masih berpegang pada pendapat ulama’ yg berpendapat rokok itu makruh. Semoga pada masa depan dia berpegang dgn pendapat ulama’ yg lebih tegas. Ini lah sahaja kisah  benar aku. Sekian. W’lam. Sender: owner-hizb@hizbi.net Saya percaya semua perokok mengakui
   merokok tu banyak tak untung daripada untungnya ..... walaupun depan orang ia tidak mengakuinya.
   ..............Saya minta cadangan dan pandangan , BAGAIMANA CARA YANG TERBAIK UNTUK
         TINGGALKAN TABIAT MEROKOK ? ................................ tolonglah mereka...!!!!
                                        DR ARIFF wrote:
                         ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 Assamualaikum(wt), Saya mengucapkan berbanyak terimakasih diatas respond netters mengenai bahaya  merokok. Pandangan yang bernas terutama pandangan saudara, sdr Ahmad Bahari dan lain-lain, banyak
memberi faedah kepada kita.
 1. Asal hukum rokok - ulama Islam ketika itu mendapati manusia membuat rokok dari tembakau asli yang dikeringkan.Tetapi kini didalam memproses tembakau ianya ditambahkan dengan bahan kini yang dipanggil "nikotin". Nikotin menyebabkan sesaorang perokok itu ketagihan.Yang menjadi lebih malang lagi  kadar "Nikotin" didalam rokok di negara membangun seperti Thailand, India, Indonesia, Filipina dan  termasuk Malaysia adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan negara barat sendiri. Sebab itu kajian
 menunjukkan kadar penagihan dinegara membangun adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan negara  barat. Dr Mahler, Director General, WHO menjelaskan ," Tragedi ini kerana sepanjang masa,manusia
   yang tinggal dinegara membangun tidak mempunyai peluang untuk mengetahui bahaya-bahaya akibat  rokok. Mereka tidak pernah tahu, mereka dijual dengan rokok yang mengandungi nikotin dan tar yang   lebih tinggi walaupun jenama rokok yang sama terdapat dinegara Eropah dan Amerika Utara. Sering berlaku tembakau dinegara mereka, dimana sepatutnya tanah tersebut digunakan untuk menanam  tanaman yang boleh dimakan". 2. Nikotin- iaitu dadah yang menyebabkan ketagihan didalam rokok, ia boleh meransang sistem adrenalin (sejenis hormon). Jantung terpaksa membuat kerja lebih kuat,
  meningkatkan tekanan darah dan meningkatkan denyutan jantung. Asap rokok juga mengandungi 2-6%  "carbon Monoksida" iaitu sejenis gas yang boleh bergabung dengan sel darah merah dimana gas oksigen
  sendiri yang diperlukan oleh tubuh tidak boleh dibawa. Nikotin juga meransang pemendapan kolestero  didalam saluran darah (arteri) yang boleh menyebabkan sesaorang itu mengidap penyakit jantung .
  3. Seorang Pakar perubatan Amerika mengatakan," Saya hairan melihat kebodohan manusia(perokok),   jika orang lain sanggup membayar wang yang banyak untuk melakukan pembedahan demi kesihatan  mereka, tetapi mereka (perokok) sanggup mengeluarkan wang dari kocek mereka setiap hari hanyalah
untuk memusnahkan diri mereka sendiri..." 4. Pembaziran, memusnah dan merosakkan badan merupakan faktor penting yang diambil kira oleh ulama' Islam mengapa mereka mengatakan menghisap rokok dalam
kontek hari ini adalah HARAM.
    5. Kesimpulan; jika kita sebagai "tukang"untuk membuat rumah kita tepaksa ikut apa arahan tuan rumah.Tetapi jika kita tuan rumah, maka terserah kepada kita rumah semacam mana yang kita nak..! Kita  yang buat keputusan. Begitu juga dengan merokok. Kita sebagai tuan rumah, dulu kita yang membuat
  keputusan untuk merokok. Oleh itu untuk memberhentikan merokok, juga kitalah yang mesti membuat keputusan.
  6. Saya berdoa kepada Allah, agar kita dapat melepaskan diri dari belenggu rokok dan ekploitasi Yahudi yang mengaut keuntungan yang besar diatas kemusnahan jutaan manusia didunia ini.Wassalam - DMAR
          ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
                             Pengirim: DR ARIFF <arif9@tm.net.my>
          ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
                                 Nasihat dan Mutiara Kata
   1. Apabila seseorang itu memuji dirinya sendiri, hilanglahkebijaksanaannya.
   2. Bila engkau ditanya tentang sesuatu perkara, hendaklah kamu halusi dan
   teliti pendapat orang lain kerana ketelitian itu menghapuskan fikiran sempit.
 3. Zuhud itu bukanlah tidak mempunyai harta benda tetapi mengosongkan hati
                                           padanya.
 4. Sebaik-baik perkara ialah yang jelas dan nyata Jika tiada kepastian diantara
                     dua perkara ambillah yang lebih meyakinkan.
 5. Apabila seseorang manusia tidak berbuat baik kepada dirinya dia juga tidak
                                    baik di sisi manusia.
  6. Ilmu itu cahaya. Tidak jinak ia kecuali pada hati yang khusyuk dan taqwa.
                                     Dari Imam Malik.
          ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
  Subject: H-Net* [Fwd: FW: KISAH BENAR ** SIRI PEDOMAN & IKTIBAR] Date: Fri, 31 Jul 1998
 12:16:35 +0800 From: Awie <osmawi@celcom.com.my> Organization: Celcom Malaysia Sdn. Bhd. To :  hizb@hizbi.net
 
 -----Original Message----- From: Yusli Ahmad [SMTP:yusli@caidmark.com.my] Sent: Thursday, July 30,
                          1998 11:11 AM To: 'ayang' Cc: 'ikin'; 'dee'; 'zali'
  Subject: FW: KISAH BENAR ** SIRI PEDOMAN & IKTIBAR > KISAH : *BENAR* > > **TIGA BERANAK PENGSAN SEMASA URUS JENAZAH BAPA** > > > > Diceritakan oleh USTAZ
 NAHRAWI MARZOKI > >
PERISTIWA yang ingin saya ceritakan adalah mengenai satu jenazah yang  bagi saya cukup aneh. Darah tak putus-putus keluar daripada seluruh  tubuhnya. Tak tahulah kenapa...   tapi dari sejak Allahyarham meninggal dunia, darah tak berhenti-henti keluar.  Allahyarham ini meninggalnya kerana sakit, bukan sebab kemalangan.  Doktor pun mengesahkan tidak ada penyakit yang
  boleh sebabkan jenazah  berdarah macam itu sekali. Apakah yang berlaku kepada Allahyarham?  Peristiwa tersebut berlaku beberapa tahun lalu di sebuah tempat di Selangor. Tapi maaflah, nama orang  dan nama tempat kejadian tak dapat  saya ceritakan ialah Allahyarham ini adalah seorang lelaki,
  meninggal  ketika berumur 50-an atau 60-an tahun dan semasa hidupnya, Allahyarham  bolehlah kita  golongkan sebagai orang kaya. Dia pegawai kerajaan dan  pernah menjadi penolong pengarah agensi
 tempat dia bekerja.  Allahyarham ini ada beberapa orang anak. Beliau meninggal dunia di  rumahnya pada pukul 8.30 malam kerana sakit biasa.Tapi saya diberitahu  doktor pun tak tahu apa penyakit yang  dihadapinya.  Tapi yang menimbulkan pertanyaan dan keinsafan ialah apabila  Allahyarham habis  saja nazak dan lepas itu menghembuskan nafasnya yang  terakhir, tiba-tiba saja darah mula keluar daripada seluruh tubuhnya,  khususnya dari liang-liang dan rongga-rongga...dari mulut, telinga,  hidung,  mata, celah-celah bulu roma dan celah-celah kuku. Mula-mula  sedikit, tapi makin lama makin banyak
   sampai mayat itu dipenuhi darah.  Darah itu pun tak putus-putus keluar. Cukup mengerikan...dan   menyedihkan.  Apabila tengok mayat ayahnya itu lain macam, anak Allahyarham pergi ke  rumah   saya. Masa itu kira-kira pukul 11.00 malam. Kebetulan pula anak  Allahyarham itu murid saya yang
 memang saya kenal sangat.  Dalam keadaan yang sedih bercampur panik dia berkata, "Ustaz, ayah   saya meninggal dunia. Ustaz boleh tolong tak?"  Saya kata, "Boleh, tapi kenapa pula? Ada masalah  ke?"  "Mayat ayah saya ni agak lain sikitlah ustaz. Saya minta sangatlah  ustaz dapat tolong kami,"
  kata anak Allahyarham tadi. Bagaimanapun dia  tidak ceritakan pada saya apa yang terjadi pada mayat ayahnya itu.  Saya pun pergi ke rumahnya. Apabila sampai di rumahnya baru dia  ceritakan apa yang sebenarnya berlaku. Saya naik ke atas rumah dan  terus pergi ke tempat Allahyarham diletakkan dan...
  Masya-Allah, saya  tengok darah sudah penuh di seluruh badan Allahyarham. Baunya pun  semakin  hanyir. Busuk. Dan busuknya pun lain dari yang lain...sukar  untuk saya gambarkan hinggakan kemenyan yang dibakar dan bau-bauan pun  tak boleh mengurangkan bau busuk mayat itu.  Apabila
 saya pandang wajah Allahyarham, saya lihat ia seperti dalam  keadaan cemas, takut... langsung tidak ada tanda-tanda kejernihan dan  nur di wajahnya. Apa yang sebenarnya dialami dan dirasai oleh  Allahyarham ketika itu wallahuaklam. Allah yang lebih mengetahui.  Maha suci Allah, mayat ini cukup
 pelik sebab baru dua jam lebih dia  meninggal tapi begitu aib sekali keadaannya. Dalam hati saya berdoa   dan beristighfar supaya saya dapat uruskannya dengan cara terbaik dan  tidak berlaku lagi sesuatu
   yang mengaibkan Allahyarham.  Saya pelawa beberapa orang kawan untuk uruskan jenazah tadi. Kami  ambil kapas dan tutup mulut, hidung, mata, telinga dan rongga-rongga  besar pada mayat. Tapi   Allah itu Maha Berkuasa, kapas itu tidak mampu menahan darah yang keluar.  Apabila dicabut
 kapas yang sudah basah dengan darah untuk diganti  dengan kapas yang lain, darah meleleh keluar dari rongga-rongga tadi.  Menjejes hingga kain dan tikar tempat kami baringkan mayat itu menjadi  merah. Tidak tahulah berapa banyak kapas yang kami gunakan, tapi tak  berkesan.  Allah jua yang  menentukan. Tidak cukup dengan darah, tambah  menyedihkan saya ialah muka dan kulit di seluruh tubuh Allahyarham  tadi tiba-tiba menggerutu. Keluar satu bahan berlendir, menggerutu  macam cacar  yang berbonjol-bonjol di muka dan badannya.  Bonjol-bonjol kecil itu seperti bernanah dan busuk
  baunya. Makin lama  bonjol-bonjol itu makin banyak hingga tidak keterlaluan kalau saya  katakan di  sini iaitu wajah jenazah tersebut sudah tidak menyerupai  wajah manusia lagi.  Melihat keadaan mayat yang sebegitu rupa, saya pun katakan kepada  semua kaum keluarga Allahyarham dan pembantu
   saya, "Kita mesti  kebumikan jenazah ini malam ini juga." Mereka bersetuju. Selain  daripada dua orang pembantu, tiga orang anak Allahyarham juga menolong  saya menguruskan jenazah bapanya. Tapi
   sedih, seorang demi seorang  anak Allahyarham itu pengsan kerana tidak sanggup melihat keadaan  mayat bapa mereka itu. Akhirnya tinggallah saya dengan dua pembantu  saya tadi.  Bagi  mengelakkan tohmahan orang dan tak mahu kain kapan menjadi merah,  saya ambil keputusan untuk
  membalut Allahyarham dengan  plastik...plastik alas meja yang berwarna putih. Selepas itu barulah  kami balut mayat tadi seperti biasa dengan kain putih. Mengikut  syarak, mayat tidak digalakkan dikebumi malam-malam. Tapi dalam  keadaan darurat seperti itu saya tidak boleh tunggu lama-lama.
Kebetulan pula kawasan perkuburan terletak tidak jauh dari rumah Allahyarham, kira-kira dua kilometer sahaja, jadi kami cari lampu dan  spotlight. Dalam waktu dinihari yang gelap dan sejuk itu kami suluh
   jalan dan kawasan kubur Allahyarham. Kami mula kebumikan Allahyarham  itu kira-kira pukul 1.30  pagi.  Sampai saja ke kuburnya, berlaku sekali lagi peristiwa aneh, yang amat  mengharukan. Kuburnya dipenuhi air! Air itu macam air biasa tapi tak  putus-putus keluar dari celah bumi. Ini memang
 aneh sebab hari itu  tidak hujan. Kalau hendak dikatakan kawasan kubur itu rendah, lembah..  tak juga  sebab sudah banyak kubur di situ tapi tak pernah pula terjadi  macam ini. Memandangkan orang ramai sudah mula kecoh, kami ambil  keputusan mengebumikan juga mayat itu dalam keadaan ia ditenggelami
 air.  Menyedihkan. Apabila mayat mencecah saja ke air, maka air itu bertukar  menjadi merah  kerana bercampur dengan darah. Hanyir, busuk....susah  saya nak cakap macam mana baunya ketika  itu. Makin lama warna air itu  makin merah. Mujur waktu itu tengah dinihari, orang yang datang ke   kubur tak nampak sangat. Kalau siang...  Kami pun benamkan jenazah tadi, sendal betul-betul dan kemudian tutup  dengan papan. Kami buat betul-betul supaya jenazah tidak terlungkup.  Selepas selesai semuanya kubur pun dikambus. Selesai ditalkinkan, saya  dan semua yang menghantar Allahyarham ke
   kubur kembali semula ke rumah  masing-masing dan saya menenangkan keluarga Allahyarham yang  bersedih.  Entah apa kesalahan yang telah Allahyarham lakukan saya tak tahulah.  Yang tahu cuma  Allah dan Allahyarham. Bagaimanapun saya yakin ia  adalah balasan Allah kepada Allahyarham. Bagi  saya ini satu iktibar.  Saya tidak mengatakan Allahyarham telah melakukan sesuatu kesalahan  besar  tapi bagi saya, darah ini mempunyai tiga kaitan dan mungkin apa  yang berlaku pada Allahyarham ada
kaitan dengan salah satu  daripadanya. Saya kata mungkin...bukan menuduh.
PERTAMA, janganlah  sekali-kali kita membunuh orang.Membunuh pula banyak caranya. Saya bukan kata Allahyarham ada   membunuh orang tapi  perlu diingat darah itu mahal harganya.
KEDUA, ia mungkin ada kaitan dengan makanan dan minuman. Janganlah kita memakan makanan dan minuman yang haram sebab ia  menjadi sumber >darah yang mengalir dalam tubuh kita ini. Jauhkanlah diri daripada  rasuah, makan
  harta anak yatim atau duit masjid, harta pusaka dan  sebagainya yang bukan milik kita.
KETIGA,  hormatilah darah. Kalau ada darah di rumah atau di jalan raya akibat kemalangan, bersihkanlah dengan  air. Bagi perempuan, ingin saya ingatkan. Cucilah tuala wanita (semasa haid dan nifas) selepas anda
  menggunakannya. Bersihkan darah dengan air bersih baru dibuang tuala  itu. Jangan buang begitu saja  selagi masih ada darah kotor yang  melekat pada tuala itu. Walaupun darah itu kotor, tapi ia juga makhluk  Tuhan yang perlu dihormati.  Renungkanlah diri kita dan jadikanlah kisah ini sebagai
     iktibar.  Ingatlah, suatu hari nanti kita juga akan menghadap Allah S.W.T. Berdoalah supaya perkara-perkara aib macam ini tidak terjadi pada  kita.  *Dipetik dari KOLEKSI KISAH BENAR :
 PEDOMAN DAN IKTIBAR. > > Subjet To : Jemaah Masjid Kampung Melayu Wira Damai (AN-NUR)
                                               > >
     Pengirim: Awie <osmawi@celcom.com.my>
          ____________________________________________________________________
Assalamualikum.....wbt,
  NAHMADUHU WA NUSHALLI WA NUSALLIMU 'ALA   RASULIHIL-KARIM, AMMA BA'DU
                Segala Puji Bagi Allah s.w.t ....Salam dan Selawat Ke atas Nabi s.a.w.
    Abu Hurairah radi-Allahu 'anhu meriwayatkan bahawa Rasul s.a.w. bersabda. "Ada satu surah didalam Al-Quran yang terdiri daripada tiga puluh ayat yang akan mensyafa'ati (memberi syafa'at)  kepada
     seseorang (pembacanya) itu, sehinggalah ianya diampunkan. Ini adalah surah Tabarak-al-lazhi."  Tentang surah Tabarak-al-lazhi (surah Al-Mulk) ini ada satu riwayat yang lain menyatakan bahawa
     Rasul s.a.w. bersabda, "Hatiku menghendaki supaya surah ini berada didalam setiap hati orang-orang  yang beriman."   Mengikut satu hadith, seseorang yang membaca dua surah iaitu Tabarak-al-lazhi dan Alif-Lam-Mim-Sajdah diantara sembahyang Maghrib dan
 Isya dan Alif-Lam-Sajdah adalah seumpama seseorang yang berdiri sembahyang untuk sepanjang malam  Lailat-ul-Qadar (malam ke27 Ramadhan, dibulan puasa dan bulan ke9 didalam kiraan Islam ). Adalah diberitakan juga bahawa jika  seseorang itu membaca  dua surah ini, tujuh puluh kelebihan akan
   diperolehinya dan tujuh-puluh dosa-dosa akan dihapuskan. Mengikut riwayat yang lain, jika seseorang itu membaca dua surah ini, ganjaran pahalanya
adalah menyamai orang yang berdiri sembahyang sepanjang malam    'Lailat-ul-Qadar. Ini juga telah disebutkan didalam Mazahir.
          Tarmidzi rahmat-Ullah 'alaih meriwayatkan daripada Ibn-e Abbas
             radi-Allahi 'anhu : " Sekumpulan Sahabat telah mendirikan satu khemah disatu  tempat tanpa mengetahui bahawa disitu terdapat sebuah kubur. Dengan  tiba-tiba, mereka-mereka yang mendirikan khemah itu mendengar seorang sedang membaca surah  Tabarak-al-lazhi. Mereka pun menceritakan peristiwa itu kepada Rasulullah s.a.w yang menerangkan  kepada mereka  bahawa surah ini akan menjaga mereka daripada azab Allah dan menjaminkan
 keselamatan." Jabir radi-Allahu 'anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. tidak akan pergi tidur sebelum  membaca surah Alif-Lam-Mim-Sajdah dan Tabarak-al-lazhi.  Khalid Ibn-e Ma'dan radi_Allahu'anhu telah berkata bahawa ia pernah mendengar satu riwayat yang mengatakan bahawa ada seorang pendosa besar yang pernah membaca surah Sajdah tetapi tidak pernah membaca surah yang lain-lain. Surah ini telah mengembangkan sayapnya diatas orang ini dan memohon kepada Allah, "Wahai Pemberi Rezekiku! orang ini kerapkali membaca daku. " Dengan syafa'at dari surah ini diterima oleh Allah lalu diperintahkan supaya setiap dosa yang dimasukkan didalam kiraannya
digantikan dengan pahala.  " Khalid Ibn-e Ma'dan radi-Allahu 'anhu juga telah meriwayatkan  bahawa , "surah ini akan merayu bagi pihak pembacanya didalam kubur dan berkata, 'Ya Allah ! jikalau aku ini berada didalam kitab-Mu, maka terimalah  syaf'atku, jika tidak hilangkan lah sahaja daku ini daripada KitabMu ! Surah  ini akan muncul didalam bentuk seekor burung, mengembangkan sayapnya keatas mayat itu dan  menjaganya daripada siksaan kubur, : Ia telah meriwayatkan semua sekali kelebihan-kelebihannya yang
  mengatasi daripada segala surah Tabarak-al-lazhi ini. Ianya sendiri tidak akan pergi tidur sehingga lah ia membaca dua surah ini.  Ta'us rahmat-Ullah 'alaih telah berkata . "Kedua-dua surah ini mendatangkan enam-puluh kelebihan-kelebihannya yang mengatasi daripada  segala surah-surah. Siksaan didalam kubur bukanlah satu perkara yang biasa. setelah meningal dunia,
tingkat pertama seseorang itu mesti lalui ialah kubur.  Apabila Hadrat Uthaman radi-Allahu 'anhu berdiri diatas sebuah kubur, ia  akan menangis dengan begitu sekali sehinggalah janggutnya dibasahi  air-matanya. Seseorang telah bertanya kepadanya mengapakah menangis begitu  rupa jika disebut kubur daripada disebutkan Syurga atau Neraka. Ia menjawab,
 "Aku telah mendengar dari Rasulullah s.a.w. bahawa kuburlah tempat persinggahan yang pertama untuk menuju akhirat. Barangsiapa
               terselamat daripada azabnya , peristiwa-peristiwa selanjutnya akan mudah  baginya. Dan sesiapa yang tidak selamat daripada azab didalamnya, kepadanya  peristiwa yang akan datang kelak menjadikan lebih sukar sekali. Dan daku  juga mendengar bahawa tidak ada satu gambaran yang lebih menakutkan dan  menggerunkan selain daripada apa yang ada didalam kubur.  Ya   Allah ! selamatkanlah kami daripada azab ini dengan keampunanMu.
               Samuga mendapat  iktibar untuk kita amal dan sampaikan......insya'Allah.
              ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
         Pengirim: "Md Yasin Japar@wt.tt" <Md_Yasin_Japar_wt.tt@dnet.com.my> (by way of
                        PENYELENGGARA HIZBI-Net <hizbi@hizbi.net>)
            _________________________________________________________________
 
 
                       (selesai tambah pada 05 September  '98 - 3.00 petang.)
 
ingin memahami isi alquran?
KE ATAS
KE LAMAN
KE LAMAN AM 9
 
 
 
 
 
 
 

Click to see more great pages on Arts & Literature.
Click to see more great pages on Arts and Literature.