Laman Am

 

Laman ini adalah sambungan dari Laman Am4.

LAMAN AM 1 ||||| LAMAN AM 2
LAMAN AM 3
||||| LAMAN AM 4
LAMAN AM 5
||||| LAMAN AM 6
LAMAN AM 7
||||| LAMAN AM 8




ARTIKEL INI DIPETIK DARI LAMAN MAJALAH HALUAN.

RABI'AH AL ADAWIYAH Perindu Cinta Allah

Rabi’ah binti Ismail al-Adawiyah tergolong wanita sufi yang terkenal dalam sejarah Islam. Dia dilahirkan sekitar awal kurun kedua Hijrah berhampiran kota Basrah di Iraq. Dia lahir dalam sebuah keluarga yang miskin dari segi kebendaan namun kaya dengan peribadatan kepada Allah. Ayahnya pula hanya bekerja mengangkut penumpang menyeberangi Sungai Dijlah dengan menggunakan sampan.

Pada akhir kurun pertama Hijrah, keadaan hidup masyarakat Islam dalam pemerintahan Bani Umaiyah yang sebelumnya terkenal dengan ketaqwaan telah mulai berubah. Pergaulan semakin bebas dan orang ramai berlumba-lumba mencari kekayaan. Justeru itu kejahatan dan maksiat tersebar luas. Pekerjaan menyanyi, menari dan berhibur semakin diagung-agungkan. Maka ketajaman iman mulai tumpul dan zaman hidup wara’ serta zuhud hampir lenyap sama sekali.

Namun begitu, Allah telah memelihara sebilangan kaum Muslimin agar tidak terjerumus ke dalam fitnah tersebut. Pada masa itulah muncul satu gerakan baru yang dinamakan Tasawuf Islami yang dipimpin oleh Hasan al-Bashri. Pengikutnya terdiri daripada lelaki dan wanita. Mereka menghabiskan masa dan tenaga untuk mendidik jiwa dan rohani mengatasi segala tuntutan hawa nafu demi mendekatkan diri kepada Allah sebagai hamba yang benar-benar taat.

Bapa Rabi’ah merupakan hamba yang sangat bertaqwa, tersingkir daripada kemewahan dunia dan tidak pernah letih bersyukur kepada Allah. Dia mendidik anak perempuannya menjadi muslimah yang berjiwa bersih. Pendidikan yang diberikannya bersumberkan al-Quran semata-mata. Natijahnya Rabi’ah sendiri begitu gemar membaca dan menghayati isi al-Quran sehigga berjaya menghafal kandungan al-Quran. Sejak kecil lagi Rabi’ah sememangnya berjiwa halus, mempunyai keyakinan yang tinggi serta keimanan yang mendalam.

Menjelang kedewasaannya, kehidupannya menjadi serba sempit. Keadaan itu semakin buruk setelah beliau ditinggalkan ayah dan ibunya. Rabi’ah juga tidak terkecuali daripada ujian yang bertujuan membuktikan keteguhan iman. Ada riwayat yang mengatakan beliau telah terjebak dalam kancah maksiat. Namun dengan limpah hidayah Allah, dengan asas keimanan yang belum padam di hatinya, dia dipermudahkan oleh Allah untuk kembali bertaubat. Babak-babak taubat inilah yang mungkin dapat menyedar serta mendorong hati kita merasai cara yang sepatutnya seorang hamba brgantung harap kepada belas ihsan Tuhannya.

Marilah kita teliti ucapan Rabi’ah sewaktu kesunyian di ketenangan malam ketika bermunajat kepada Allah:

“Ya Allah, ya Tuhanku. Aku berlindung diri kepada Engkau daripada segala yang ada yang boleh memesongkan diri daripada-Mu, daripada segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau!

“Tuhanku! bintang-bintang telah menjelma indah, mata telah tidur nyenyak, semua pemilik telah menutup pintunya dan inilah dudukku di hadapan-Mu.

“Tuhanku! Tiada kudengar suara binatang yang mengaum, tiada desiran pohon yang bergeser, tiada desiran air yang mengalir, tiada siulan burung yang menyanyi, tiada nikmatnya teduhan yang melindungi, tiada tiupan angin yang nyaman, tiada dentuman guruh yang menakutkan melainkan aku dapati semua itu menjadi bukti keEsaan-Mu dan menunjukkan tiada sesuatu yang menyamai-Mu.

“Sekelian manusia telah tidur dan semua orang telah lalai dengan asyik maksyuknya. Yang tinggal hanya Rabi’ah yang banyak kesalahan di hadapan-Mu. Maka moga-moga Engkau berikan suatu pandangan kepadanya yang akan menahannya daripada tidur supaya dia dapat berkhidmat kepada-Mu.”

Rabi’ah juga pernah meraung memohon belas ihsan Allah SWT:

“Tuhanku! Engkau akan mendekatkan orang yang dekat di dalam kesunyian kepada keagungan-Mu. Semua ikan di laut bertasbih di dalam lautan yang mendalam dan kerana kebesaran kesucian-Mu, ombak di laut bertepukan. Engkaulah Tuhan yang sujud kepada-Nya malam yang gelap, siang yang terang, falak yang bulat, bulan yang menerangi, bintang yang berkerdipan dan setiap sesuatu di sisi-Mu dengan takdir sebab Engkaulah Tuhan Yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa.”

Setiap malam begitulah keadaan Rabi’ah. Apabila fajar menyinsing, Rabi’ah terus juga bermunajat dengan ungkapan seperti:

“Wahai Tuhanku! Malam yang akan pergi dan siang pula akan mengganti. Wahai malangnya diri! Apakah Engkau akan menerima malamku ini supaya aku berasa bahagia ataupun Engkau akan menolaknya maka aku diberikan takziah? Demi kemuliaan-Mu, jadikanlah caraku ini kekal selama Engkau menghidupkan aku dan bantulah aku di atasnya. Demi kemuliaan-Mu, jika Engkau menghalauku daripada pintu-Mu itu, nescaya aku akan tetap tidak bergerak juga dari situ disebabkan hatiku sangat cinta kepada-Mu.”

Seperkara menarik tentang diri Rabi’ah ialah dia menolak lamaran untuk berkahwin dengan alasan:

“Perkahwinan itu memang perlu bagi sesiapa yang mempunyai pilihan. Adapun aku tiada mempunyai pilihan untuk diriku. Aku adalah milik Tuhanku dan di bawah perintah-Nya. Aku tidak mempunyai apa-apa pun.”

Rabi’ah seolah-olah tidak mengenali yang lain daripada Allah. Oleh itu dia terus-menerus mencintai Allah semata-mata. Dia tidak mempunyai tujuan lain kecuali untuk mencapai keredaan Allah. Rabi’ah telah mempertalikan akalnya, pemikirannya dan perasaannya hanya kepada akhirat semata-mata. Dia sentiasa meletakkan kain kapannya di hadapannya dan sentiasa membelek-beleknya setiap hari.

Selama 30 tahun dia terus-menerus mengulangi kata-kata ini dalam sembahyangnya:

“Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiada suatupun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu.”

Antara syairnya yang masyhur berbunyi:

“Kekasihku tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun, Tiada selain Dia di dalam hatiku mempunyai tempat manapun, Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekalipun, Akan tetapi Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun.”

Rabi’ah telah membentuk satu cara yang luar biasa di dalam mencintai Allah. Dia menjadikan kecintaan pada Ilahi itu sebagai satu cara untuk membersihkan hati dan jiwa. Dia memulakan fahaman sufinya dengan menanamkan rasa takut kepada kemurkaan Allah seperti yang pernah diluahkannya:

“Wahai Tuhanku! Apakah Engkau akan membakar dengan api hati yang mencintai-Mu dan lisan yang menyebut-Mu dan hamba yang takut kepada-Mu?”

Kecintaan Rabi’ah kepada Allah berjaya melewati pengharapan untuk beroleh syurga Allah semata-mata.

“Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak kepada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu.”

Begitulah keadaan kehidupan Rabi’ah yang ditakdirkan Allah untuk diuji dengan keimanan serta kecintaan kepada-Nya. Rabi’ah meninggal dunia pada 135 Hijrah iaitu ketika usianya menjangkau 80 tahun. Moga-moga Allah meredainya, amin!

Sekarang mari kita tinjau diri sendiri pula. Adakah kita menyedari satu hakikat yang disebut oleh Allah di dalam Surah Ali Imran, ayat 142 yang bermaksud:

“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum nyata bagi Allah orang yang berjihad di antaramu dan belum nyata orang yang sabar.”

Bagaimana perasaan kita apabila insan yang kita kasihi menyinggung perasaan kita? Adakah kita terus berkecil hati dan meletakkan kesalahan kepada insan berkenaan? Tidak terlintaskah untuk merasakan di dalam hati seumpama ini:

“Ya Allah! Ampunilah aku. Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Hanya kasih-Mu yang abadi dan hanya hidup di sisi-Mu sahaja yang berkekalan. Selamatkanlah aku daripada tipu daya yang mengasyikkan.”

Sesungguhnya apa juga lintasan hati dan luahan rasa yang tercetus daripada kita bergantung kepada cara hati kita berhubung dengan Allah. Semakin kita kenali keluhuran cinta kepada Allah, maka bertambah erat pergantungan hati kita kepada Allah serta melahirkan keyakinan cinta dan kasih yang sentiasa subur.

Lanjutan itu jiwa kita tidak mudah berasa kecewa dengan gelagat sesama insan yang pelbagai ragam. Keadaan begini sebenarnya terlebih dahulu perlu dipupuk dengan melihat serta merenungi alam yang terbentang luas ini sebagai anugerah besar daripada Allah untuk maslahat kehidupan manusia. Kemudian cubalah hitung betapa banyaknya nikmat Allah kepada kita.

Dengan itu kita akan sedar bahawa kita sebenarnya hanya bergantung kepada Allah. Bermula dari sini kita akan mampu membina perasaan cinta terhadap Allah yang kemudian mesti diperkukuhkan dengan mencintai titah perintah Allah. Mudah-mudahan nanti kita juga akan menjadi perindu cinta Allah yang kekal abadi.

KE LAMAN MAJALAH HALUAN

KE LAMAN TAFSIR AL-QURAN AL-QARIM (SURAH-SURAH PILIHAN)

KE LAMAN MIMBAR JUMAAT

KE LAMAN KOLEKSI KERTAS KERJA AT-TA'RIF

___________________________________________________________________________

(Terima kasih kepada pengirim emel ini. Semoga bermanfaat untuk semua.)

Subject: * IBU. Date: Wed, 17 Jun 1998 14:46:01 +0800 From: jun (Razuna Mohamed Raim)

*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*

mari kita renungkan bersama....

======== Catitan Dari: BUG

Assalamualaikum kekawan......beberapa hari lepas Bug terima email dari seorang hamba Allah...beliau meluahlah rintihan hati beliau tentang IBU pada Bug.terharu Bug, bila baca rintihan beliau....Inilah cerita beliau....

Aku mempunyai ibu yang hebat. Beliau menyayangiku dengan sepenuh hatinya. Beliau berkorban dan membantuku dalam segala hal. Ibuku membesarkan aku

seperti menatang minyak yang penuh. Ibu menguruskan pengajianku dan berkorban apa saja demi memenuhi keperluaanku dan permintaanku. Hari ini, wanita yang hebat itu telah kami semadikan untuk selama-lamanya. Dapatkah anda bayangkan perasaanku suatu hari aku pergi ke bilik ibuku dan aku telah terjumpa serangkap sajak yang terlipat sepi di dalam laci mejanya. Sajaknya berbunyi begini. INILAH MASANYA JIKA KAU INGIN MENYINTAI IBU. CINTAILAH IBU SEKARANG. SUPAYA IBU TAHU KEINDAHAN DAN KELEMBUTAN KASIH YANG MENGUKIR KUDUS DARIPADA SANUBARIMU. CINTAILAH IBU SEKARANG. SEMASA IBU MASIH HIDUP. USAH TUNGGU SEHINGGA IBU TELAH PERGI. KEMUDIAN BARULAH DIUKIR DI BATU NISAN DENGAN KATA-KATA INDAH PADA SEKUJUR BATU YANG SEPI. JIKA KAU MEMILIKI INGATAN MANIS BUAT DIRI IBU. TUNJUKLAH PADA IBU SEKARANG. JIKA KAU TUNGGU SEHINGGA IBU MATI. SUDAH PASTI IBU TAK DAPAT MENDENGAR. KERNA KITA DIBATASI KELEMAHAN. OLEH ITU, JIKA KAU MENYINTAI IBU. WALAUPUN HANYA SECEBIS DARIPADA LAUTAN HIDUPMU. LAFAZKAN DAN BUKTIKAN SEKARANG. SEMENTARA IBU MASIH HIDUP. AGAR IBU DAPAT MENIKMATI DAN MENYANJUNGINYA...

Sekarang ibu sudah pergi dan aku menderita dengan rasa bersalah sebab aku tidak pernah nyatakan betapa besar nilai ibuku selama ini. Malah aku tak pernah melayan ibuku dengan wajarnya. Perasaan bersalah sering menghantui hidupku. Aku layani semua orang untuk semua urusan, tetapi aku tak pernah meluangkan masa yang cukup untuk ibuku sendiri. Sebenarnya aku mampu menuangkan air ke dalam cawannya, kemudian memeluknya ketika bersarapan,

tetapi aku lebih mengutamakan urusanku, rakan-rakanku dan pekerjaanku. Sekarang baru aku terpikir ....... pernahkan rakan-rakanku melayaniku seperti ibuku ? Aku tahu jawapanya. Apabila aku menelefon ibu, aku sentiasa lakukan tergesa-gesa, cepat dan ringkas. Aku benar-benar berasa kesal dan malu apabila mengingati tindakan masa lampauku terhadap ibu. Aku masih ingat berapa banyak masa dan pengorbanan ibu yang diberikan untuk aku dan masa yang aku berikan padanya serta banyak manakah masa aku biarkan ibu kesepian dan hari tuanya berlalu berlalu begitu sahaja. Aku sedar dan mengerti. Sekarang bahawa aku terlalu kritikal, aku diburu rasa kesal dan

bersalah. Dunia ini dipenuhi oleh anak-anak seperti ku. Aku berharap kepada rakan-rakanku..........insaflah dan mengambil iktibar dan manfaat

daripada surat ini. Aku sudah terlambat dan kini sedang dilanda derita dan penyesalan. ----------

pertanyaan dari saya buat anda semua?

SELALUKAH ANDA MENCIUM PIPI IBU ANDA YANG TELAH MELAHIR DAN MEMBESARKAN ANDA?

ADAKAH ANDA MERASA MALU UNTUK BERBUAT DEMIKIAN?

TEPUK DADA TANYALAH IMAN.... :)

nmar 17061998 1258p.m.

(Pendapat saya, bagi yang telah terlambat untuk menyanjungi ibu dan menunjukkan cinta semasa hayatnya ada, usah pula membuang masa melayan perasaan hiba, selalulah berdoa setiap kali selepas solat 5 waktu sehari semalam ...... dan hadiahkanlah Al-Fatihah juga ayat-ayat suci Al-Quran serta doa untuk ibu tercinta.. juga selalulah kunjungi pusaranya dengan menghadiahkan bacaan ayat-ayat suci dan doa untuknya.. mudah-mudahan roh ibu akan aman dan tenteram di alam barzakhnya. Semoga segala dosa pada ibu akan mendapat pengampunan darinya berkat dari doa dan hadiah ayat-ayat suci dari anak yang soleh yang selalu beribadah dan mendoakannya... begitu juga jangan lupa untuk ayahmu...InsyaAllah...)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

PETIKAN DARI TERJEMAHAN AL QURAN, SURAH AL-BAQARAH - AYAT 159 HINGGA 171.

(Huruf yang berwarna samar seperti tulisan ini adalah keterangan nota kaki)

Laknat terhadap orang-orang yang menyembunyikan ayat-ayat Allah dan terhadap orang kafir.

159. Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan (yang jelas) dan petunjuk, setelah Kami menerangkannya kepada manusia dalam Al Kitab, mereka itu dilaknat Allah dan dilaknat (pula) oleh semua (makhluk) yang dapat melaknati. ____________________________________________________________________

160. kecuali mereka yang telah taubat dan mengadakan perbaikan (Mengadakan perbaikan berarti melakukan perkerjaan-perkerjaan yang baik untuk menghilangkan akibat-akibat yang jelek dari kesalahan-kesalahan yang dilakukan.) dan menerangkan (kebenaran), maka terhadap mereka itu Aku menerima taubatnya dan Aku-lah yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang. ____________________________________________________________________

161. Sesungguhnya orang-orang kafir dan mereka mati dalam keadaan kafir, mereka itu mendapat laknat Allah, para malaikat dan manusia seluruhnya. ____________________________________________________________________

162. Mereka kekal di dalam laknat itu; tidak akan diringankan siksa dari mereka dan tidak (pula) mereka diberi tangguh. ____________________________________________________________________ Allah Yang Berkuasa dan Yang Menentukan

163. Dan Tuhanmu adalah Tuhan Yang Maha Esa; tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. ____________________________________________________________________

164. Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang belayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering)-nya dan Dia sebarkan di bumi segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan. ____________________________________________________________________

165. Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Ada pun orang-orang yang beriman sangat cinta kepada Allah. Dan jika seandainya orang-orang yang berbuat zalim itu (Yang dimaksud dengan orang yang zalim di sini ialah orang-orang yang menyembah selain Allah) mengetahui ketika mereka melihat siksa (pada hari kiamat), bahawa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya dan bahawa Allah amat berat siksaan-Nya (nescaya mereka menyesal) ____________________________________________________________________

166. (Iaitu) ketika orang-orang yang diikuti itu berlepas diri dari orang-orang yang mengikutinya, dan mereka melihat siksa; dan (ketika) segala hubungan antara mereka terputus sama sekali. ____________________________________________________________________

167. Dan berkatalah orang-orang yang mengikuti: "Seandainya kami dapat kembali (ke dunia), pasti kami akan berlepas diri dari mereka, sebagaimana mereka berlepas diri dari kami." Demikianlah Allah memperlihatkan kepada mereka amal perbuatannya menjadi sesalan bagi mereka; dan sekali-kali mereka tidak akan keluar dari api neraka. ____________________________________________________________________

168. Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu. ____________________________________________________________________

169. Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui. ____________________________________________________________________

170. Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Ikutilah apa yang telah diturunkan Allah." Mereka menjawab: "(Tidak), tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati dari (perbuatan) nenek moyang kami," "(Apakah mereka akan mengikuti juga), walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apa pun, dan tidak mendapat petunjuk." ____________________________________________________________________

171. Dan perumpamaan (orang yang menyeru) orang-orang kafir adalah seperti pengembala yang memanggil binatang yang tidak mendengar selain panggilan dan seruan saja (Dalam ayat ini orang kafir disamakan dengan binatang yang tidak mengerti panggilan pengembalanya.). Mereka tuli, bisu dan buta, maka (oleh sebab itu) mereka tidak mengerti. ____________________________________________________________________

Makanan yang halal dan yang haram.

172. Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar hanya kepada-Nya kamu menyembah. ____________________________________________________________________

173. Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi, dan binatang yang ketika (disembelih) disebut (nama) selain Allah (Haram juga menurut ayat ini daging yang berasal dari sembelihan yang menyebut nama Allah tetapi disebut pula nama selain Allah.) . Tetapi barangsiapa dalam keadaaan terpaksa (memakannya) sedang ia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. ____________________________________________________________________

174. Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah diturunkan Allah, iaitu Al Kitab dan menjualkan dengan harga yang sedikit (murah), mereka itu sebenarnya tidak memakan (tidak menelan) ke dalam perutnya melainkan api (Maksudnya ialah makanan yang dimakan berasal dari hasil menyembunyikan ayat-ayat yang diturunkan Allah, menyebabkan mereka masuk api neraka.). Dan Allah tidak akan berbicara (Maksudnya: Allah tidak berbicara kepada mereka dengan kasih sayang, tapi berbicara dengan kata-kata yang tidak menyenangkan.) kepada mereka pada hari kiamat dan tidak akan mensucikan mereka dan bagi mereka siksa yang amat pedih. ____________________________________________________________________

175. Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan petunjuk dan siksa dengan ampunan. Maka alangkah beraninya mereka menentang api neraka!. ____________________________________________________________________

176. Yang demikian itu adalah kerana Allah telah menurunkan Al Kitab dengan membawa kebenaran; dan sesungguhnya orang-orang yang berselisih tentang (kebenaran) Al Kitab itu, benar-benar dalam penyimpangan yang jauh. ____________________________________________________________________

Pokok-pokok kebajikan.

177. Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta, dan (memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan solat, dan menunaikan zakat; dan orang-orang yang menepati janjinya apabila ia berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar (imannya); dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa. ____________________________________________________________________

-bersambung-

(Baru tambah no. 159 hingga 177) pada Ahad 21 Jun '98 - 9.00 pagi.

(Dipersilakan melihat Laman ini dari mula dan seterusnya. Selalulah mengikutinya kerana isinya selalu ditambah yang disalin dari Kitab Al Quran dan Terjemahannya, InsyaAllah)

KE LAMAN MUTIARA KATA 3

____________________________________________________________________

Subject: * Renungan Date: Sat, 20 Jun 1998 09:34:05 +0800 From: Noraini <Noraini@

Renungan...

1. Adakah anda solat Subuh berjamaah di masjid setiap hari?

2. Adakah anda telah memelihara dan melakukan semua solat di masjid secara berjamaah?

3. Adakah anda hari ini membaca Al-Quran?

4. Adakah rutin anda pada setiap hari membaca zikir dan wirid setiap kali selepas solat?

5. Adakah anda melakukan solat Sunat Rawatib, Ba'diyah dan Qabliyyah? 6. Adakah hari ini anda khusyuk dalam solat anda dengan merenungi bacaannya?

7.Adakah anda sentiasa ingat mati dan alam kubur?

8. Adakah anda ingat akan hari kiamat/akhirat dan segala peristiwa dan kedahsyatannya yang mengerikan?

9. Adakah anda berdoa kepada Allah memohon masuk ke dalam Syurga? 10. Adakah anda berdoa kepada Allah memohon dijauhkan dari azab api Neraka?

11. Adakah anda membaca Hadis Rasulullah?

12. Adakah anda pernah terfikir untuk menjauhi teman yang mengajak kepada kemungkaran?


13. Adakah anda berusaha mengurangkan ketawa?

14. Adakah hari ini anda menangis lantaran takut kepada Allah Taala? 15. Adakah anda membaca zikir-zikir pada waktu pagi dan petang? 16. Adakah hari ini anda beristighfar, meminta ampun kepada Allah atas dosa-dosa anda?

17. Adakah anda dengan jujur memohon kepada Allah akan mati syahid? 18. Adakah anda berdoa kepada Allah supaya Allah menetapkan hati di dalam agamaNya?

19. Adakah anda memanfaatkan saat-saat mustajab (waktu terkabulnya doa) dan pada saat itu anda berdoa kepada Allah S.W.T.? 20.Adakah anda membeli buku/kitab yang dapat menambahkan pengetahuan tentang agama?
21. Adakah anda berdoa memohon ampun untuk kaum Muslimin dan Muslimat?

22. Adakah anda menyampaikan puji-pujian kepada Allah atas nikmat Islam yang Allah anugerahkan kepada anda?

23. Adakah anda memuji-muji Allah atas nikmat mendengar, melihat dan nikmat-nikmat pancaindera yang lain?

24. Adakah anda hari ini bersedekah kepada fakir miskin dan orang-orang yang memerlukan pertolongan?

25. Adakah anda meninggalkan rasa benci pada diri sendiri dan berusaha untuk membenci sesuatu hanya kerana Allah S.W.T.?

26. Adakah anda menjauhi sifat takabur, sombong dan bangga diri?

27. Adakah anda mengunjungi saudara seagama?

28. Adakah anda sudah mengajak keluarga anda, rakan, jiran tetangga serta orang-arang yang ada hubungan dengan anda kerana Allah kepada Islam?

29. Adakah anda berbuat baik dan berbakti kepada kedua ibubapa? 30. Adakah anda berbuat kebajikan kepada jiran tetangga?

31. Adakah anda membersihkan hati dari rasa sombong, ria', iri hati dan hasad dengki?

32. Adakah anda menjauhi dari bercakap bohong, mengumpat dan bertengkar?

33. Adakah anda takut kepada Allah dan ingat kepadaNya dalam usaha mencari nafkah, makan minum dan sebagainya?

34. Adakah anda bertaubat kepada Allah dengan sebenar-benar taubat pada setiap waktu atas dosa-dosa dan kesalahan yang dibuat?

35. Adakah anda mengucapkan "Innaa lillahi wa inna ilaihi rooji'un", dikala ditimpa bala?

36. Adakah hari ini anda berdoa :"Ya Allah! Aku berlindung kepadaMu dari menyengutukanMu, sedang aku mengetahuinya dan aku memohon ampun atas apa-apa yang tidak kuketahui.

Petikan : Kitab 'Al-Qabru 'azabuhu wa na'imuhu

(Terima kasih kepada pengirim di atas. Semoga bermanfaat untuk semua)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Subject: * Cinta Allah Cinta Abadi Date: Sun, 21 Jun 1998 18:17:31 +0800 From: Kharina Bte Khairi <kharina@

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

Assalamualaikum wrt wbh Sahabat & sahabiah yang dikasihi Allah,

Cinta itu senang di ucapkan...tapi susah untuk diterjemahkan, mahupun ditafsirkan. Bahaya jika cinta salah diletakkan pada bukan tempatnya. Bimbang jika cinta disalah ertikan....Fitrah manusia tidak dapat lari dari cinta. Cinta yang bagaimana...?

Allah sayang pada hambaNya yang mempunyai perasaan kasih sayang sesama mahkluk, tetapi janganlah kerana perasaan ini juga membuatkan Allah benci pada hambaNya. Jadi..letakkan cinta itu di tempat yang sepatutnya......

Sesekali
Terkenang kembali pada wali Allah
Rabiatul Adawiyah dengan cintanya yang abadi
Pada Ilahi
Cinta Insani tiada peduli
Cinta Hasan Al-Basri tak sampai di hati
Tersedarkah insan yang konon jadi buruan cinta?

Dari manusia
Sedangkan segalanya tiada kekal lama

Terkadang
Menjelma semua garis pemisah pengajaran
Seorang perempuan yang mencungkil matanya
Kerana di situ ada daya pesona
Rela mati menanggung seksa tiada bermata
Lantarannya buat lelaki tergila
Terpegunkah insan yang tiada menjaga mata?
Dari dunia
Sedangkan kesemuanya jalan ke tempat seksa

Sering kita manusia jadi alpa
Terlalu cinta pada dunia melebihi cinta padaNya
sering kita manusia membuat dosa
Dengan pesona cinta dan mata

" Alangkah sedihnya perasaan yang dilamun cinta
Hatinya mengelupur menahan dahaga rindu
Cinta digenggam walau apapun yang berlaku
Kalau terputus ia ditaut kembali
Liku-liku cinta terhadang bertemu di syurga
Menikmati pertemuan indah dan abadi
Tetapi tiada jarang bertemu mereka
Dalam pertemuan yang tiada berpantai"

Rabiatul Adawiyah

Suntikan ini buat diri ana yang lemah serta alpa....Buat tatapan semua sahabat...semoga barakah. Amin.

Wassalam.

(Terima kasih kepada pengirim di atas. Semoga bermanfaat untuk semua)

KE LAMAN PERINDU CINTA ALLAH
____________________________________________________________________

Subject: * MIMBAR JUMAAT Date: Sat, 20 Jun 1998 00:21:26 +0700 From: Ahmad Bahari Mokhtar <abahari@

CABARAN MUSUH TERHADAP ISLAM

Sidang Jumaat yang dihormati sekelian,

Bertaqwalah kepada Allah. Ketahuilah sesungguhnya Allah SWT sentiasa bersama orang-orang yang bertaqwa. Bersyukurlah di atas nikmat Allah yang paling besar lagi tidak terhingga nilainya iaitu nikmat berada di dalam Islam, di atas jalan yang benar, jalan para nabi dan rasul Allah. Sesiapa yang menolaknya akan menerima padahlah hidupnya dan akan rugi di akhirat kelak.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Barang siapa yang mencari selain Islam sebagai din (cara hidup) maka ia tidak diterima dan dia di akhirat kelak bersama mereka yang rugi.”

Sidang Jumaat yang dihormati sekelian,

Islam adalah din yang benar atau hak yang menjanjikan keselamatan dan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Orang yang beriman dan mengambilnya sebagai din sentiasa berhadapan dengan cubaan musuh-musuh Islam untuk menyekat dan memperdaya bagi melemahkan pegangan mereka terhadap Islam serta keyakinan terhadap janji-janji Allah di akhirat kelak. Hakikat ini telah dijelaskan oleh Allah SWT dalam firman-Nya yang bermaksud:

“Mereka (musuh-musuh Allah) berusaha untuk memadam cahaya (din) Allah dengan mulut (dakyah) mereka tetapi Allah tidak rela kecuali menyempurnakan cahaya-Nya walaupun dibenci oleh orang-orang kafir.”

Usaha memadamkan cahaya Allah telah berlaku di sepanjang sejarah hidup manusia di atas muka bumi sejak nabi dan rasul dahulu kala lagi hingga ke zaman baginda Rasulullah SAW dan zaman khulafa ar-rasyidin. Percubaan itu berterusan hingga sekarang dan din Allah akan terus ditentang hinggalah datang hari kiamat. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Sebahagian besar ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) sungguh ingin seandainya mereka dapat mengembalikan kamu kepada kekufuran setelah kamu beriman kerana timbul rasa hasad dengki dari dalam hati mereka setelah jelas kebenaran kepada mereka.”

Ini adalah penjelasan Allah tentang sikap permusuhan orang kafir terhadap orang Islam, tidak kira apa juga kedudukan mereka sama ada Yahudi, Nasrani dan sebagainya. Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:

“Kekufuran itu adalah satu millah (agama).”

Sidang Jumaat yang dihormati sekelian,

Pertelagahan antara hak dan batil sudah menjadi sunnah kehidupan manusia di alam duniawi ini. Kebatilan dan kekufuran tidak senang dengan kebenaran yang dibawa oleh Islam (din Allah) melalui Rasul-rasul Allah dan berakhir dengan baginda Rasulullah SAW. Firman Allah dalam Surah al-Hijr ayat 39 dan 40 yang bermaksud:

"Iblis berkata: ‘Ya Rabbi, kerana Engkau memutuskan aku sesat, pasti aku akan menggoda mereka di muka bumi ini dan pasti aku akan menyesatkan mereka kecuali hamba-hambaMu yang ikhlas."

Inilah pengakuan Iblis di hadapan Allah SWT. Ia tetap akan menggoda dan menyesatkan manusia di muka bumi ini. Allah SWT memperingatkan kita supaya berjaga-jaga jangan sampai terpengaruh dan cuba mengikut cara hidup orang-orang kafir kerana kelak kita ditimpa kerugian yang besar. Firman Allah SWT dalam Surah Ali Imran ayat 149 yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu mentaati orang-orang kafir mereka akan mengembalikan kamu kepada kekufuran dan kamu akan kembali rugi.”

Sidang Jumaat yang dihormati sekelian,

Musuh Islam telah menggunakan pelbagai tektik dan cara dalam usaha mereka untuk menghancurkan umat Islam. Mereka menyerang Islam dan umatnya dengan alat senjata dan askar, serangan pemikiran dan ideologi, serangan akhlak dan kebudayaan.

Semua bentuk serangan itu telah mendatangkan kemenangan kepada mereka. Umat Islam kalah dalam peperangan bersenjata, kalah dalam peperangan pemikiran dan ideologi serta kalah terhadap serangan akhlak dan kebudayaan. Ini terbukti dengan realiti yang berlaku di negara-negara Islam yang diserang dan dijajah sama ada dengan kekuatan tentera, kekuatan ekonomi, kekuatan media elektronik dan seumpamanya. Cara hidup muda-mudi Islam hari ini mencerminkan orang-orang Islam telah terikut dengan cara hidup musuh-musuh Islam tanpa disedari seperti pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, gaya hidup bermasyarakat, persis seperti yang dianjurkan oleh musuh-musuh Islam. Na’uzubillahi min zalik!

Sidang Jumaat yang dihormati sekelian,

Musuh-musuh Islam memang bekerjasama sesama mereka untuk menumpaskan umat Islam dengan pelbagai tektik dan tipu helah secara keras mahupun halus asalkan mereka dapat sampai kepada matlamat mereka iaitu menghancurkan umat Islam dan menyekat mereka daripada memimpin manusia ke arah keredaan Allah SWT.

Oleh itu, kita umat Islam perlu sedar dan berjaga-jaga serta mengambil iktibar daripada pengalaman silam agar tidak terperangkap berkali-kali dalam perangkap musuh. Orang-orang mukmin tidak sepatutnya dipagut dua kali di satu lubang yang sama seperti yang disabdakan oleh Rasulullah SAW.

Orang-orang mukmin perlu mempunyai kekuatan dalam pelbagai bidang bagi melayakkan mereka memimpin dan sekaligus menyelamatkan manusia sejagat daripada terus berada di dalam kesesatan dan angkara kezaliman di serata pelosok dunia. Sesungguhnya kita melihat umat Islam diburu, dibunuh, dihalau, diperkosa dan menghadapi pelbagai bentuk kekejaman yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam seperti di Bosnia, Palestin, Kashmir, Somalia, Burma, Sri Lanka dan banyak lagi negara yang orang Islam menjadi minoriti.

Umat Islam perlu membina kekuatan mengatasi kekuatan musuh Islam dari segi ilmu pengetahuan, perancangan, jihad dan pengorbanan demi untuk Islam dan umat Islam sendiri.

(Terima kasih kepada pengirim di atas. Semoga bermanfaat untuk semua)

____________________________________________________________________ubject:
Subject * Perilaku kita terhadap Al Quran... Date: Tue, 23 Jun 1998 10:11:32 -0700 (PDT) From: Muhd Al-Fatih

Assalamualaikum sekalian... Semoga kita berada di bawah rahmat-Nya selalu.

Perilaku kita terhadap Al Quran

Seandainya kita melihat orang yang sedang sakit membuka buku tentang pengubatan dan mengira bahawa dengan membacanya ia akan sembuh dari penyakitnya, maka apa yang dapat kita katakan tentang orang itu? Tentu kita akan mengatakan bahawa orang tersebut adalah orang yang tidak siuman dan harus dikirimkan ke rumah sakit jiwa? Akan tetapi tidakkah kita sedar bahawa kita sendiri melakukan hal yang sama kepada buku yag dikirimkan oleh Doktor terpandai untuk mngubatkan penyakit-penyakit kita?. Kita hanya membacanya sahaja dan mengira bahawa sudah cukup dengan membacanya begitu saja, semua penyakit kita akan hilang. Kita mengira bahawa kita sudah cukup dengan membacanya saja, tidak perlu untuk menuruti petunjuk-petunjuk yang terkandung di dalamnya, tidak pula penting untuk menghindari bahaya seperti yang dikatakannya. Maka, mengapa kita tidak memberikan penilaian yang sama kepada diri kita sendiri seperti kita memberikan penilaian, yang kita berikan kepada orang yang mengira bahawa dengan membaca buku pengubatan saja adalah cukup untuk menyembuhkan penyakit?

Kalau kita menerima surat dalam bahasa yang tidak dimengerti, tentu kita akan mencari orang yang mengerti bahasa tersebut, tentu kita mencari orang yang mengerti bahasa tersebut untuk mengetahui isi surat tersebut. Kita tidak akan merasa tenang sebelum Kita mengetahui isinya. Begitulah yang kita lakukan terhadap surat-surat perniagaan yang mungkin akan memberikan keuntungan yang sedikit bagi kita. Akan tetapi surat yang dikirimkan oleh Penguasa dunia kepada kita yang menerangkan yang menerangkan semua keuntungan kita di lapangan din, yang menyangkut kehidupan duniawi, kita kesampingkan begitu sahaja tanpa mencuba untuk memahami isinya. Kita tidak memperlihatkan keinginan untuk mengetahui isinya. Tidakkah ini suatu hal yang mengherankan?

Tentunya hati kita akan membenarkan bahawa sekarang kitab Allah sedang mengalami perlakuan yang zalim si dunia ini dan pelaku-pelakunya adalah orang-orang yang menyatakan dirinya sendiri beriman kepadanya dan bersedia mati untuk membelanya. Tidak syak lagi mereka memang beriman kepadanya dan mengganggapnya lebih berharga daripada hidup mereka sendiri, tetapi sayangnya mereka sendirilah yang memperlakukannya dengan perlakuan yang zalim. Dan akibatnya telah jelas kelihatan.Hendaklah kita fahami benar-benar bahawa kitab Allah tidaklah diturunkan kepada manusia untuk menjerumuskan ke dalam jurang kecelakaanan, kemalangan dan penderitaan.

Kami tidak menurunkan Al-Quran ini kepadamu agar kamu menjadi susah, tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allahj) Surah Taha: 2-3

Al-Quran adalah sumber kebahagiaan dan nasib baik, bukannya sumber kejahatan dan kesengsaraan. Tidak mungkin suatu umat yang memiliki Wahyu Allah hidup dalam penderitaan di dunia ini, diperbudak, diinjak-injak dan ditendang oleh orang lain, dicengkam tengkuknya dan dicucuk hidungnya dan Kerana itu bila suatu umat itu memiliki Kitab Allah, namun mereka hidup dalam kehinaan dan diperbudak oleh orang – orang lain, maka anda boleh memastikan bahawa hal itu adalah kerana mereka memperlakukan kitab Allah dengan cara yang zalim, dan apa yang mereka alami itu adalah hukuman atas perbuatan mereka sendiri. Tidak ada jalan lain untuk menyelamatkan diri dari murka Allah, selain menghentikan kezaliman tersebut dan memperlakukan Kitab Allah dengan semestinya. Bila anda semua tidak henti dari membuat dosa yang besar ini, maka hidup anda tidak akan berubah.

Hadith Nabi Ali RA meriwayatkan, bahawa Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya sesuatu yang paling aku takuti terhadap kalian adalah dua pekerti: Mengikuti hawa nafsu dan panjang angan-angan. Maka adapun mengikuti nasfu , maka sesungguhnya ia mencegah dari kebenaran. Dan adapun panjang angan-angan maka sesungguhnya itu adalah cinta kepada dunia”. Kemudian beliau bersabda “Ingat, sesungguhnya Allah Taala memberikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang membenci-Nya. Jika Dia menyukai hamba, maka Dia memberinya Iman. Ingat, sesungguhnya bagi agama ada beberapa anak dan bagi dunia ada beberapa anak. Maka jadilah kalian termasuk dari beberapa anak agama dan janganlah kalian menjadi termasuk dari beberapa anak dunia. Ingat, sesungguhnya dunia telah benar-benar berangkat berpaling. Ingat, sesungguhnya akhirat benar-benar telah berangkat mengadap. Ingat, dan sesungguhnya kalian berada dalam masa amal yang di dalamnya tidak ada hisab dan kalian hampir berada dalam masa hisab yang di dalamnya tidak ada amal.

(Terima kasih kepada pengirim di atas. Semoga bermanfaat untuk semua)

_________________________________________________________________

Zulkeflee B A Latip wrote: > > CERITA PANAS!!!!!! - > >
Subject: FW: [Fwd: (Fwd) Hal Ehwal Semasa] > Date: Wed, 24 Jun 1998 19:17:09 +0800 > From: <mramli@pnb.com.my> > To: spm89@penang.mrsm.org > > Forwarded by Mohamad Rizal Ramli/PTS/PNBIT on > 06/24/98 06:22 >
Subject: FW: [Fwd: (Fwd) Hal Ehwal Semasa]

Berita terbaru berkenaan murtad telah tersebar dengan meluas setelah kes Siti Nor Aishah dipampangkan didada-dada akhbar dan di media massa tak lama dulu. Selepas daripada peristiwa yang menyanyat hati umat islam itu masih dalam ingatan kita lagi... tiba-tiba kita dikejutkan dengan kes Hartina bte. Kamaruddin yang tukar ugama pada ugama Hindu. Kisahnya kalau kita tengok, ia lebih kurang dengan cerita Siti Nor Aishah. Kedua-duanya murtad kerana hendak berkahwin dengan jejaka dari ugama lain. Cuma bezanya ..... Siti Nor Aishah berbapakan seorang Imam, sementara Hartina seorang peniaga. Kesimpulannya disini, kita sudah tidak bolih meletakkan seseorang bapa yang mempunyai ilmu ugama , lebih selamat akidah anaknya dari seorang bapa yang mempunyai ilmu agama yang average atau sedikit. Berbalik kepada kes Siti Nor Aishah dan Hartina atau Varjini Rajeswaran (nama Hindunya). Kedua-dua keluarga mereka sekarang masih meratapi kemurtadan ahli keluarga mereka ini. Bagi saya..., keluarga Kamaruddin adalah lebih malang kalau dibandingkan dengan keluarga Bukhari. Sebabnya ialah, saudara Kamaruddin telah menghadapi tiga kes di mahkamah - diatas tindakan anaknya (Hartina) sendiri. Berikut adalah kes-kes yang dihadapi olih saudara Kamaruddin;- 1) Kes jenayah - mencederakan Rajeswaran - majistrate Kampar 2) Kes jenayah - mencederakan Rajeswaran - majistrate Petaling Jaya 3) Kes saman 30 juta. Ada satu lagi kes murtad, seorang anak perempuan beragama Islam yang berumur 26 tahun telah tukar ugama kepada kristian kerana ingin berkahwin dengan seorang jejaka pilihannya (Cina). Ibunya telah menyaksikan anaknya diijabkabulkan disebuah gereja di Petaling Jaya. dan paderi yang mengahwinkan anak perempuannya itu adalah seorang melayu. Astaghfirullah .... Beliau meratapi kemurtadan anak perempuannya itu sehingga beliau terpaksa dipapah kedalam kenderaan seorang hamba Allah yang juga telah menyaksikan peristiwa itu. Hamba Allah itu adalah merupakan seorang ustaz. Beliau telah diminta olih perempuan tua itu untuk menolongnya. Berkata perempuan tua itu kepada ustaz.., Cari lah lawyer agar dia dapat membatalkan perkahwinan anak perempuannya itu dan soal duit , tidak ada masalah. Ustaz yang telah memang tahu itu adalah merupakan usaha yang sia-sia kerana tiada undang-undang untuk menghalang orang murtad dinegara kita ini..., telah membawa perempuan tua itu berjumpa dengan seorang peguam (kawannya) setelah didesak. Di pejabat peguam itu..., soalan yang pertama keluar dari mulut peguam itu ialah " berapa umur anak makcik"? Apabila perempuan tua itu berkata umur anaknya adalah 26 tahun. Lantas peguam itu berkata "mintak maaf makcik, saya tak dapat tolong makcik kerana mengikut undang-undang persekutuan, seseorang yang telah berumur 18 keatas mempunyai hak yang penuh bagi menentukan ugama yang hendak dianutinya". Begitulah undang-undang yang kita ada sekarang ini. Tiada pembelaan dalam kes murtad ini. Na'uzubillah..... Akhirkata, nak memendekkan cerita... rupa-rupanya Ustaz tadi telah menghubungi Paderi melayu itu. Mereka telah membuat temujanji yang tempat dan waktunya telah ditentukan olih paderi itu. Soalan pertama yang ustaz tanya pada paderi itu ialah, Bagaimana kamu bolih tukar ugama ni...? Dia pun ceritalah..yang dia berasal dari Sabak Bernam dan bapanya adalah seorang guru agama. Beliau dan kawan2nya (berempat) pergi ke Singapura untuk mencari rezeki. Mereka telah bertemu dengan seseorang melayu Singapura yang telah membantu mereka dan akirnya mengajak mereka masuk kristian. Mereka sebenarnya adalah dari Persatuan Melayu Kristian Singapura. Mereka kemudiannya telah diajar tentang ugama masehi ini sehingga mendapat kelayakan untuk menjadi paderi. Mereka kemudiannya telah dihantar ke Semenanjung Malaysia. Mengikut cerita paderi itu, dua orang kawannya masih disemenanjung dan seorang lagi telah dihantar ke Rom untuk ambil PHD disalah satu gereja terbesar. Mengikutnya lagi kawannya itu mendapat bimbingan dari Pope John Paul dan apabila dia balik nanti, dia akan menyandang jawatan "Bapak Kristian Melayu" di Malaysia. Soalan kedua ustaz, Berapa orang melayu yang telah dikristian? Beliau menjawab.., sepanjang 15 tahun menjadi paderi, beliau telah memurtadkan lebih kurang 3000 orang. Soalan ketiga ustaz, Kenapa dia berusaha sangat untuk memurtadkan orang melayu? Beliau menjawab.., sesiapa dapat memurtadkan orang melayu, dia akan mendapat RM3000 untuk satu kepala berbanding dengan kaum lain yang dibayar 700 ke 800 sahaja. Bayangkanlah ... berapa dia dapat dan apa yang keluarga orang melayu dapat. Olih itu berwaspadalah saudara-saudara ku. Ingatlah pesan Rasullulah s.a.w. - gigit dan pegang Al Quran serta sunnahku... Insyaalah kamu akan selamat. Checklah diri kita dan berdoalah kepada Allah agar kita, keluarga dan umat Islam seluruhnya mendapat perlindungan akidah dari Rabul A'lamin. M.Sani. Shin-Etsu M Sdn Bhd

(Terima kasih kepada pengirim di atas. Semoga bermanfaat untuk semua)
silalah ke Laman Terjemahan Al Quran:

KE LAMAN MUTIARA 3
____________________________________________________________________

Subject: * PENYAKIT HATI. Date: Sun, 28 Jun 1998 13:47:31 -0700 From: "sakinah abu sakinah" Organization: MailCity (http://www.mailcity.com:80)

Assalamualiakum...

Apabila memperkatakan mengenai kesihatan, apa yang terbayang di fikiran kita ialah kesihatan jasmani. Ini amatlah wajar kerana Islam sendiri amat menghendaki umatnya mempunyai tubuh badan yang sihat. Rasulullah SAW juga pernah bersabda yang maksudnya "Rebutlah lima peluang sebelum datang lima yang lain", yang mana salah satu daripadanya ialah peluang sihat sebelum tiba waktu sakit.

Namun begitu, ramai yg lupa bahawa penyakit yang berbagai-bagai itu terbahagi kepada dua bahagian iaitu penyakit hati (rohani) dan penyakit jasmani. Malahan penyakit-penyakit hati lebih merbahaya kerana kesannya bukan sahaja merosakkan diri sendiri tetapi juga seluruh masyarakat dan sesuatu bangsa itu sendiri. Oleh sebab itulah konsep perubatan dalam Islam amat mementingkan soal penyakit hati dan penyakit jasmani supaya kedua-duanya diberi perhatian serius.

Mengikut Imam Ibn Qayyim Al-Jauzi (dari buku Konsep Perubatan dalam Islam oleh Dr Danial Zainal Abidin), penyakit-penyakit hati terbahagi kepada dua bahagian iaitu : 1) Penyakit kesamaran dan keraguan 2) Penyakit nafsu syahwat dan kesesatan.

Firman Allah SWT yang bermaksud : "Di dalam hati mereka ada penyakit dan Allah tambahkan lagi penyakit dalam hati mereka itu."
(Al-Baqaraha: 10)

Menurut Ibn Qayyim lagi, penyakit pertama yang dimaksudkan ialah "keraguan tentang Allah, tentang deen Islam, tentang kesesuaian hukum-hakam dan syariat Allah, dan lain-lain yang seumpama dengannya."

Mengenai penyakit hati yang kedua iaitu penyakit nafsu syahwat dan kesesatan. Allah SWT berfirman : "Dan janganlah kamu (isteri-isteri nabi) melunakkan suara kamu kerana bimbang akan menggemarkan orang yang ada penyakit di dalam hatinya." (Al-Ahzab:32)

Penyakit yang dimaksudkan di dalam ayat ini ialah penyakit kecenderungan untuk berzina, berjudi, minum arak dan lain-lain yang menjadi punca keruntuhan akhlak masyarakat.

Begitulah secebis daripada contoh kedua-dua penyakit hati untuk renungan kita setakat ini. Mudah-mudahan ianya memberi peringatan untuk kita mendidik hati kita supaya sentiasa hampir kepada Allah. Di samping itu tidak lupa menjaga kesihatan tubuh badan supaya dapat beribadah kepada Allah dengan sempurna, InsyaAllah.

Sumber : Konsep Perubatan dalam Islam oleh Dr Zainal Abidin (qotd in Al-Muslimun Misna May 1998)

(Terima kasih kepada pengirim di atas. Semoga bermanfaat untuk semua)
silalah ke Laman Karya Koleksi 3 (sajak: Ubat Hati) dan ceramah Ubat Hati:

KE LAMAN PUISI UBAT HATI

KE LAMAN CERAMAH AGAMA PILIHAN

KE LAMAN CERAMAH AGAMA 'UBAT HATI'

KE LAMAN ISLAMIC LINK

____________________________________________________________________

Subject: * RENUNGKAN SEJENAK - fakta sains Date: Mon, 29 Jun 1998 01:46:21 -0700 From: "Ahmad Fuad" *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*

Assalamu'alaikum........

Tahukah anda???

1) Burung helang 'Falcon Pregrience' boleh terbang dengan kelajuan 350km/jam.
2) Bunyi bergerak dengan kelajuan 1200 km/j.
3) Cahaya bergerak dengan kelajuan 300,000 km/saat.
# Maka bukan mustahil bagi Allah swt untuk mengawal dan mengatur segala makhluknya.

4) Dalam tubuh orang dewasa ada 206 tulang, lebih menakjubkan ada 350 tulang pada bayi.
5) Terdapat 30 otot-otot pada muka manusia yang hanya berfungsi untuk menggambarkan riak muka, seperti masam muka, gembira, sedih, takut.....maka jangan kita bazirkan anugerah seni Allah swt ini. Oleh itu senyum-senyumlah selalu.

6) Bau badan manusia tidak sama pada setiap manusia, sebagaimana berbezanya cap jari.
# Begitulah telitinya kejadian Allah yang Maha Berkuasa.

(Terima kasih kepada pengirim di atas. Semoga bermanfaat untuk semua)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Subject: RE: * Kisah Orang Yg Meninggalkan Solat Date: Mon, 29 Jun 1998 20:13:39 +0800 From: "HASHIM, Omar" *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*

Assalaamu'alaikum, terima kasih kerana memberi contoh yg sesuai pada masa dan ketika. apa yg anta huraikan dibawah ini adalah penjelasan dan menguatkan lagi hujjah terhadap isu mayat jadi khinzir dsb........ cuma ana rasakan mungkin nanti akan ada lagi netters yg bertanyakan dari mana cerita ini sdr dapatkan, kemudian mereka bertanyakan pula sahihkah cerita ini, kemudian mereka bertanyakan itu ini lagi hingga akhirnya mereka akan berkata cerita ini pun dongeng juga. Masyaallah. Itulah contohnya manusia yg degil sedegil orang yahudi yg menentang nabi nabi. wallahua'lam - Omar b. Hashim

Assalamu alaikum.
Pernah berlaku di zaman Khalifah Abu Bakar As-Sidiq terhadap seorang >sahabat yang meninggal dunia. Setelah dimandi dan dikafankan, lalu >diletakkan di satu sudut rumah untuk disolatkan. Semasa solat hendak >dimulakan, tiba-tiba mayat itu bergerak-gerak. Tampillah seorang >daripada mereka untuk menghuraikan ikatan kafan kerana menyangka mayat >itu masih hidup. Tatkala kafan itu terbuka, alangkah terperanjatnya >mereka kerana mayat itu dililit dan digigit oleh seekor ular. Lalu >mereka mengambil kayu untuk memukul ular tersebut. > >Sekali lagi mereka terkejut kerana ular itu mengucap dua kalimah >syahadat serta berkata : >"Apakah sebabnya kamu hendak membunuhku. Aku tidak bersalah dan tidak >pula menyakiti kamu. Aku hanya menjalankan perintah Allah menyiksa mayat >ini sehingga Hari Akhirat". > >Para hadirain bertanya : "Apakah yang menyebabkan mayat ini disiksa?" > >Ular tersebut menjawab : "Mayat ini selama hidupnya telah melakukan tiga >kesalahan iaitu, Pertama : Ia mendengar azan tetapi tidak diindahkan >malah tidak pula mengerjakan solat. Kedua : Ia tidak mengeluarkan zakat >hartanya. Ketiga : Ia tidak mahu mendengar nasihat yang baik-baik dari >para alim ulama'. Itulah yang menyebabkannya disiksa sedemikian rupa." > >______________________________________________________ >
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com > > ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ > >Pengirim: "rahman #####" <rahman_99@hotmail.com> >
___________________________________________________

Subject: t* Muslim mestilah penyantun Date: Tue, 30 Jun 1998 07:36:12 -0700 From: "sakinah abu sakinah" Organization: MailCity (http://www.mailcity.com:80) *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*

assalamaulaiakum..

Firman Allah dalam surah al-Furqan ayat 63 bermaksud : "Dan (antara sifat mulia) hamba2 kepada yang Maha Pengasih itu ialah mereka berjalan di atas muka bumi ini dengan rasa hina (kepada Allah) dan apabila orang2 yang jahil (tentang kebenaran) bercakap (sesuatu kejahilan) dengannya mereka menjawab dengan sejahtera (mengucapkan salam perpisahan lalu beredar meninggalkannya).

Ibn Abbas r.a. menceritakan bahawa Nabi saw bersabda yang bermaksud :

"Tidak seorang pun yang tidak dirantai di kepalanya, satu rantai disambung hingga ke dasar bumi ke tujuh. Apabila dia merendahkan dirinya (tawadhu') maka Allah Ta'ala akan mengangkatnya dengan rantai yg kelangit ketujuh tetapi apabila dia sombong maka Allah Ta'ala akan merendahkannya dengan rantai yang di bumi ketujuh (ibn Majah).

Sebuah hadis sahih menurut syarat Bukhari yang diriwayatkan oleh ad Dailami, sahibul Firdausi, bahwa Nabi saw telah bersabda yang bermaksud : "Termasuk ciri tawadhu' ialah seorang yang hingga boleh minum dari sisa saudaranya. Sesiapa yang menghabiskan minuman sisa saudaranya (mengelakkan pembaziran) akan dicatatkan utknya 70 pahala kebaikan, dihapuskan 70 dosa kejahatan serta diangkatkan ke darjat yg paling tinggi."

Qais bin Hazim menceritakan bahawa pada suatu ketika 'Umar bin al-Khattab telah pergi ke Syam bergilir dengan pembantunya menaiki unta. Setiap satu farsakh (ukuran jarak lama) mereka bertukar memegang tali unta dan seorang lagi dia atas belakang unta.

Bila hampir tiba ke Syam, giliran pembantunya menaiki unta, sementara 'Umar memegang talinya. Di perjalanannya terdapat kawasan berair (macam banjir kecil), maka 'Umar menharungi air itu sambil menarik untanya juga menyepit sandal di bawah ketiaknya yang kiri.

Abu 'Ubaidah al-Jarrah* (gabenor di Syam) keluar dan berkata: "Ya Amirul Mukminin, para pembesar Syam keluar berbondong2 utk menyambut tuan, maka tidak elok kiranya mereka nanti melihat tuan seperti ini:. 'Umar menjawab : "Sungguh! Bahawa Allah mwnjadikan kita mulia kerana Islam, maka saya tidak sepatutnya memeperdulikan bualan orang (yang tidak mengerti)," *Beliau termasuk 10 sahabat yang dijamin masuk syurga

Abu Hurairah menceritakan bahawa nabi saw bersabda ynag bermaksud : "Sesiapa yang memuliakan orang 'alim sesungguhnya dia telah memuliakan 70 orang nabi, dan seorang yang memuliakan seseorang yang menuntut ilmu(agama) maka seolah2 dia telah memuliakan 70 orang mati syahid, dan sesiapa yang mencintai orang 'alim (berilmu*) maka segala kesalahannya tidak dicatat selama hidupnya. *Orang yang berilmu ialah mereka yang mengetahui kebenaran Islam serta mengamalkannya.

Reference : Al-Muslimun Misna May 1998 Disediakan oleh : Zuhairi

( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi Malaysian Islamic Society Of North America (MISNA) ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "sakinah abu sakinah"
______________________________________

Subject: * Others - 06/05/1998 Date: Fri, 03 Jul 1998 10:48:49 +0800 From: "Dr. Nik Rahim Nik Wajis" <nira@iiu.edu.my>

RENCANA DARI UTUSAN MALAYSIA.

Air dan kehidupan manusia
oleh Dr. Nik Rahim Nik Wajis.

TIDAK dapat dinafikan bahawa air merupakan sumber yang amat penting bagi kehidupan umat manusia. Kita dapat membayangkan bagaimana keadaan hidup di kala dilanda krisis air ini.

Meskipun ia hanya dihadapi oleh penduduk Lembah Klang, namun perkara yang sama tidak mustahil akan berlaku di negeri-negeri lain juga jika keadaan kemarau terus berpanjangan. Kehidupan menjadi begitu sukar, keluh kesah, tertekan dan sebagainya. Di kala ini segelas air terasa begitu bernilai. Rasa tidak sanggup untuk dijual meskipun jika ditawarkan harga yang begitu lumayan.

Di saat ini barulah kesedaran timbul dan kita mula tahu berjimat cermat menggunakan air. Semasa 'mewah', kita tidak ada had air untuk digunakan apabila mandi, membasuh pakaian dan kereta kesayangan, bahkan air yang memancut keluar dari paip-paip bocor kadangkala tidak begitu diendahkan. Berjimat cermat menggunakan air tidak ada di dalam kamus kehidupan kita. Namun di saat genting ini, pakaian dibasuh hanya setelah ia benar-benar kotor. Jika mandi pula, satu baldi mungkin cukup untuk dua atau tiga kali mandi. Kereta yang dulu sering dibasuh pantang melihat kekotoran melekat, sekarang berubah. Semuanya kerana kita tahu betapa sukar untuk mendapatkan air.

Sememangnya begitulah tabiatnya manusia, beringat apabila sudah terkena, sudah terantuk baru tengadah. Di dalam al-Quran, Allah s.w.t. menceritakan perihal manusia serta tabiat mereka. Firman Allah: ''Apabila manusia ditimpa bencana maka mulalah mereka berdoa kepada Tuhan serta kembali (bertaubat) kemudian apabila bencana itu ditukar menjadi nikmat, maka mereka mula lupa tentang apa yang pernah mereka doakan dan mereka mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah bagi menyesatkan manusia dari jalan Allah.'' (Surah al-Zumar: 8).

Sesungguhnya kemarau yang memanjang ini seharusnya mengajar kita supaya lebih peka dan tahu untuk menilai rahmat dan nikmat dari Allah. Kita seharusnya sedar bahawa ini semua adalah bencana yang sengaja diturunkan oleh Allah agar kita sedar dan insaf serta kembali ke jalan-Nya yang benar.

El Nino bukanlah penentu kepada keadaan yang berlaku, ia sekadar pembawa 'amanat' daripada Allah. El Nino adalah makhluk yang tidak mempunyai kuasa dan yang berkuasa hanyalah Allah. Tuhan yang mencipta segala yang wujud di atas permukaan bumi ini.

Kita kerap kali mengkaji punca berlakunya sesuatu perkara dan seringkali lupa untuk mengembalikan segalanya kepada Allah. Apabila jerebu melanda negara kita tidak lama dulu, kita berputar mencari punca. Lantas kita berkata ''Oh!! Kebakaran hutan di Indonesia menjadi punca.'' Lantas kita menghantar anggota bomba kita untuk memadamkan kebakaran di sana. Tapi kita lupa bahawa kebakaran cuma sekadar 'cara' bagaimana Allah menurunkan bencana kepada kita.

Begitu juga apabila berlakunya kemarau panjang, El Nino disalahkan. Apabila paras air di beberapa empangan mula jatuh ke bawah paras kritikal, kita mula sibuk mencari punca. Akhirnya hujan turun dengan lebat, namun paras air tidak juga menampakkan perubahannya. Kita terus sibuk mencari punca kepada masalah, akhirnya punca ditemui. Tempat tadahan air diteroka sehingga air tidak dapat ditakung dan natijahnya, empangan-empangan tidak dapat menyimpan air seperti yang diharapkan. Akhirnya bekalan air di beberapa tempat mula dicatu.

Demikianlah bagaimana sesuatu perkara itu berkait-kaitan antara satu dengan lain. Namun tidak ada siapa yang sanggup untuk menerima dan mengaku kesilapan yang dilakukan, umpama lagu Bangau oh Bangau...

Sememangnya di dalam Islam kita disuruh untuk berusaha mencari jalan bagi menyelesaikan segala masalah dan kekusutan yang kita hadapi. Namun usaha ini haruslah dikaitkan dengan kepercayaan serta keyakinan yang teguh bahawa segala yang berlaku adalah dengan kehendak Allah semata-mata. Setiap apa yang belaku ada hikmatnya yang terlindung namun ia amat sukar di lihat kecuali mereka yang dibuka hatinya oleh Allah.

Menurut pakar kaji cuaca fenomena El Nino akan berakhir di dalam masa beberapa bulan lagi, namun ia akan diganti pula dengan El Nina yang membawa suhu dingin serta hujan lebat yang tentunya membawa kegembiraan kepada kita kerana krisis air serta cuaca panas mungkin akan berakhir. Namun dibimbangi ia akan menyebabkan banjir serta pelbagai lagi kesan yang tentunya akan membawa keburukan kepada kita. Demikianlah keadaan silih berganti, namun sedar atau tidak, mahu tidak mahu sebagai manusia kita terpaksa akur dengan sunnatullah (ketetapan Allah) bahawa kita tidak sentiasa memperoleh apa yang kita mahu kerana walau bagaimana hebat pencapaian teknologi kita, namun ketetapan Allah tidak siapa boleh menghalangnya.

Namun sebagai seorang mukmin kita perlu menjadikan segala apa yang berlaku di sekeliling kita sebagai suatu pengajaran yang membawa supaya lebih hampir kepada Allah pencipta alam semesta.

* Dr. Nik Rahim Nik Wajis ialah Penolong Profesor, Kuliyyah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa. - E-mel: nira@iiu.edu.my

Oleh: Dr. Nik Rahim Nik Wajis

(Terima kasih kepada Dr. Nik Rahim Nik Wajis. Semoga memberi keinsafan dan bermanfaat untuk kita semua supaya kita semua lebih mendekatkan diri kepada Allah dan mematuhi segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya agar diri kita semua dan negara kita terpelihara dari segala bala bencana akibat dari kemurkaan-Nya bila kita mengingkari dan mendurhakai kepada-Nya dan tidak mengikuti segala perintah-Nya dan tidak menjauhi segala larangan-Nya yang termaktub di dalam Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w.)
____________________________________________________________________

Subject: * Sifat Keji Isteri Date: Fri, 03 Jul 1998 11:10:10 +0800 From: "Mohd Faizal Hamdan"

Assalamualaikum Warahmatullah,

Saudara Saudari yang dihormati sekelian. Untuk yang dah berumah tangga tu ambillah iktibar dari apa yang saya type ni. Semoga ianya dapat mendatangkan faedah untuk kita bersama. Untuk kita memperbaiki silatulrahim yang terjalin dan membuat ianya lebih baik dan sempurna. Semoga apa yang buruk dan tidak baik, tidak berlaku kepada kita, dijauhkan daripada kita. Insyaallah. Buatkanlah rumah tangga kita sebagai rumahku syurgaku kata orang tu. Kasih mesra, amanah, jujur dan setia kepada pasangan masing masing akan membuat hubungan bertambah mesra dan bahagia. Insyaallah.

Wassalam.

Faizal & Fairuz

*************************

30 Sifat Keji Isteri & Suami

Curang, tidak mahu pulang ke rumah dan mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri @ suami adalah 3 punca utama suami @ isteri mengambil keputusan untuk bercerai. Berdasarkan aduan yang diterima oleh Unit Perunding dan Pembangunan Keluarga jabatan Agama islam Wilayah Persekutuan ( JAWI ), 3 punca utama itu adalah antara 34 sifat buruk isteri @ suami yang dipercayai menyebabkan suami @ isteri mahu menceraikan mereka.

Menurut Ketua penolong Pengarah kanan Bahagian Perundingan Syariah Wilayah Persekutuan Jawi, sifat buruk isteri @ suami yang dilaporkan kepada unit itu dikenal pasti sebagai punca keretakan rumah tangga.

* curang
tidak pulang ke rumah
mengabaikan tanggungjawab
berkawan dengan lelaki @ perempuan lain
keluar rumah tanpa izin suami
tidak jujur pada pasangan masing masing
menipu
cemburu tidak bertempat
mementingkan diri sendiri
tidak hormat mentua
keras kepala
degil
ingkar
tidak puas seks
menduakan suami @ isteri
abai perintah agama
sering menuntut cerai
tidak hormat akan suami @ isteri
enggan terima nasihat
dingin seks
suka berbelanja di luar kemampuan
suka bergaduh
suka merosak barang rumah apabila bergaduh
merendahkan suami @ isteri
gemar berbohong
selekeh
hisap rokok
suka pukul anak
suka pukul suami @ isteri
selalu merajuk
gemar berleter
memburukkan suami @ isteri di hadapan jiran, mentua atau pada sesiapa sahaja
___________________________________________________

Subject: * Mari kita semak solat kita Date: Fri, 10 Jul 1998 02:28:30 -0700 (PDT) From: Muhamad Fauzi

Assalaamualaikum wbt.

Mari kita semak solat fardu kita. Yang mana satu (atau lebih) agaknya kategori kita berada. Selamat menyemak.

1. Solat tapi bila rasa nak solat sahaja, kalau tidak tinggal.
2. Solat cukup lima waktu, tetapi solat subuh selalunya subuh gajah (solat ketika matahari dah terbit).
3. Solat lima waktu tetapi solat subuh selalunya diqadha masa solat zohor.
4. Solat cukup lima waktu tetapi selalu lewat, contohnya solat zohor bila dah hampir waktu asar, solat maghrib dah dekat waktu Isyak.
5. Solat subuh dalam waktunya bila hari kerja sahaja, hari minggu atau cuti umum, solat subuh tu diqadha (tak bangun le tu).
6. Solat cukup lima waktu tetapi amat jarang atau pun tidak pernah solat sunat sebelum dan sesudah lima waktu.
7. Solat tak cukup lima waktu, tetapi solat sunat tarawih di bulan puasa cukup pulak dikerjakan.
8. Solat cukup lima waktu tetapi selalunya di rumah, amat jarang ataupun tidak pernah solat dimasjid/surau (bagi lelaki).
9. Solat cukup lima waktu tetapi tetapi kurang berusaha menjaga kusyhuknya sedar-sedar dah bagi salam.
10. Sentiasa berusaha solat di masjid/surau secara berjemaah termasuklah solat subuh.
11. Sentiasa berusaha menunaikan solat sunat sesudah dan sebelum solat fardu.
12. Solat lima waktu tetapi bila demam atau sakit sikit sahaja, solat ditinggalkan, qadha bila dah sihat.
13. Solat lima waktu tetapi bila bermusafir sahaja (contoh bila balik kampung), solat ditinggalkan, qadha kemudian bila sampai rumah.
14. Solat sekali seminggu, solat Jumaat sahaja.
15. Solat bila ada masalah.
16. Solat bila orang disekeliling solat, kalau tidak buat tak tahu aje.
17. Solat sebulan sekali.
18. Solat setahun sekali, iaitu solat sunat hari raya aidil fitri.
19. Solat seumur hidup sekali, itu pun disolat oleh orang bila dah meninggal.
20. Tak pernah solat langsung. Sedar-sedar dah meninggal!!!

Solat fardu lima waktu sehari-semalam adalah kewajipan yang paling asasi dalam Islam. Di akhirat kelak perkara yang pertama sekali ditanya Allah adalah solat. Jika sempurna solatnya maka sempurnalah amalan-amalannya yang lain. Jika tidak maka gagallah amalan-amalan yang lain. Tiada gunanya amalan-amalan puasa, sedekah, haji , zakat dalan lain-lain jika kita tidak menjaga solat kita. Apakah kita sanggup menerima risiko kegagalan tersebut di akhirat dan seksaan kubur yang dikenakan terhadap orang yang meninggalkan solat.

Solat fardu wajib ditunaikan selagi seseorang masih Islam dan masih waras. Ianya tidak boleh ditinggalkan sama sekali dalam apa keadaan sekali pun kerana ianya termasuk dalam dosa-dosa besar. Hatta dalam keadaan kita sakit teruk sekali pun jika hanya mata yang boleh bergerak maka solat wajib dilaksanakan dalam waktunya iatu dengan menggunakan isyarat mata. Oleh itu marilah kita menjaga solat kita dengan sungguh-sungguh. Solat yang terbaik ialah solat di masjid/surau (bagi lelaki) secara berjemaah dengan menjaga kekusyhukannya, bacaannya serta rukunnya serta mengambil wudhu' secara sempurna.

Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk kita memperbaiki solat kita.

Wassalam

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

selesai ditambah pada 10 Julai 1998 - jam 6.10 ptg.