Laman Am

 LAMAN INI UNTUK MANAFAAT PUTERI, WANITA DAN IBU MUSLIMIN.
LAMAN AM 1 ||||| LAMAN AM 2
LAMAN AM 3 ||||| LAMAN AM 4
LAMAN AM 5 ||||| LAMAN AM 6
LAMAN AM 7 ||||| LAMAN AM 8
 LAMAN AM 9  ||||| LAMAN AM 10
LAMAN AM 11 ||||| LAMAN AM 12
LAMAN AM 13 ||||| LAMAN AM 14
 
 
 
Penghormatan Islam terhadap wanita jelas terbentang dalam ajaran Islam, di dalam Al-Quran sehingga ada surah yang membincangkan soal-soal wanita. surah itu dinamakan An-Nisa' bererti "Surah Wanita". Ini menunjukkan soal wanita tidak diabaikan oleh Allah.
Di dalam surah Al-Ahzab diterangkan yang bermaksud:
"Sesungguhnya lelaki dan perempuan muslim, lelaki dan perempuan mukmin, lelaki dan perempuan yang benar, lelaki dan perempuan yang sabar, lelaki dan perempuan yang khusyuk, lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut nama Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka pengampunan dan pahala yang besar." (Al-Ahzab: 35)
Nabi Muhammad telah memberi contoh dan teladan dan penghargaan terhadap kaum wanita. Lemah lembut dan kasih sayangnya ddan tanggungjawab terhadap isteri-isterinya telah menembusi hati-hati orang zalim di zaman itu, umpama cahaya yang memancar menembusi ceruk dan liku-liku kehidupan orang-orang di zaman itu..
Sebenarnya lelaki dan wanita itu telah diberi hak yang sama dan kewajipan yang sesuai dengan keadaan jasmani dan peribadi masing-masing. Lelaki yang bertubuh kuat dan berkuasa diberi tugas utnuk memimpin dan melindungi wanita yang bertubuh lemah, berperasaan halus dan sensitif serta agak sentimental.
Memang sifat semula jadi wanita senang dengan perlindungan dikasihi, dihormat, dipelihara perasaannya, serta diambil berat tentang kebajikannya.
Bagi wanita pula tugas melahirkan anak, memelihara dan mendidik adalah perkara biasa yang memang sesuai dengan kemahuan dan fitrah semulajadi yang dikurniakan Allah untuknya. Tentang perkara ini Tuhan telah berfiraman yang bermaksud:
"Kaum lelaki adalah pemimpin kaum wanita, disebabkan Allah telah melebihkan sebahagian mereka atas sebahagian yang lain dan kerana lelaki telah menafkahkan harta mereka." (An-Niza': 34)
Walaupun tugas memimpin dan memberi nafkah itu merupakan kelebihan yang diberi kepada kaum lelaki, tetapi tidak timbul sama sekali tentang siapa yang berkuasa dan siapa yang menguasai. Sebab hubungan antara pemimpin dengan yang dipimpin, antara yang memberi nafkah dengan yang diberi nafkah, bukanlah hanya diikat dengan ikatan harta benda dan pengajaran semata-mata, tetapi yang kuat dan teguh mengeratkan ikatan tersebut adalah ikatan "kasih sayang."
Dapat juga dijelaskan bahawa dunia akan menjadi kosong tanpa wanita di dalamnya, sebagai pasangan lelaki untuk memperkembangkan keturunan. Kelahiran seorang wanita itu memang dinanti-nantikan untuk mengubat kesunyian hati seorang lelaki iaitu Adam a.s., oleh itu Allah telah menjadikan Siti Hawa sebagai teman daripada tulang rusuknya sendiri.
Begitulah Allah memulakan kehidupan seorang wanita ianya untuk melengkapi kehidupan di dunia ini bagi seorang lelaki, jadinya seorang wanita itu dari tulang rusuk kiri yang bengkok lagi lemah. Oleh itu wanita adalah menjadi teman rapat lelaki yang perlu dipimpin kehidupannya dengan penuh kebijaksanaan dan berhati-hati oleh lelaki. Tulang yang bengkok tidak boleh diluruskan secara kekerasan kerana dikhuatiri akan patah dan tidak pula boleh terlalu lembut hingga ia terus bengkok. Ini kerana lemahnya kejadian wanita, Allah tidak memberatkan dengan tuntutan syariah yang melebihi kemampuannya.
____________________________________________________________________
Subject: H-Net* renungan!! Date: Thu, 25 Jun 1998 11:02:03 +0800 From: Mohd Hisham Yahya <Hisham@hlbb.hongleong.com.my> To: "'hizb@hizbi.net'" <hizb@hizbi.net>
DUHAI PEREMPUAN!!!!
Perempuan adalah sebahagian dari lelaki kerana ia dicipta dari tulang rusuk lelaki sebelah kiri.Ia dikurniakan dengan 9 nafsu dan 1 akal. Kelemahan perempuan kerana menurut naluri dari menggunakan akalnya. Lelaki dikurniakan 9 akal dan 1 nafsu. Kelemahan lelaki adalah kerana mudah terpedaya dengan godaan perempuan. Kenapa lelaki ada 9 akal masih tewas bila digoda oleh perempuan? Sebab perempuan merupakan penggoda profesional!!!.
Lihat fakta sejarah daripada Al Quraan atau di sekeliling kita. Iblis tak dapat menggoda Nabi Adam supaya makan buah larangan. Tapi bila Siti Hawa memujuk nabi Adam,baru Nabi Adam mahu makan buah itu. Anak Nabi Adam bergaduh kerana berebut perempuan. Nabi Yahaya dibunuh kerana fitnah perempuan. Hang Tuah dan Hang Jebat bergaduh kerana perempuan. Ramai lelaki pergi ke dangdut kerana tarikan perempuan GRO. Orang lelaki tambah cawangan lagi satu kerana godaan perempuan. Banyak duit lelaki habis kerana perempuan. Lelaki pergi ke siam kerana perempuan. Lumba motor kerana perempuan. Axcident pun kerana perempuan...
DUHAI ORANG PEREMPUAN.
Peliharalah dirimu dari imej penggoda. Jadilah:
1. wanita berwawasan, 2. bersopan-santun pakaian dan tingkah lakumu. 3. Ingatlah bahawa tangan yang mengoncang buaian bukan saja dapat mengoncang dunia malah mengoncang iman lelaki. 4. Pemuda harapan bangsa, Pemudi tiang negara. Allah Yang Maha Bijaksana telah menciptakan manusia dgn sebaik-baik kejadian. Dan Dia telah menjadikan hambanya itu berpasang-pasangan. Lelaki & wanita yg saling memerlukan. Sebahagiannya menjadi pembantu kpd sebahagian yg lain.
Kemuliaan manusia hanyalah dalam agama sejauh mana mereka dpt mentaati perintah Allah dgn cara Nabi s.a.w. Allah telah mengurniakan kpd wanita dgn berbagai kelebihan. Syarat utk wanita masuk syurga begitu mudah. Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda : "Seorang wanita yg mengerjakan solat 5 waktu, berpuasa wajib sebulan, memelihara kemaluannya serta taat kpd suaminya maka pasti dia akan masuk syurga dari pintu mana saja yg dikehendakkinya." (HR Abu Nuaim)
Ab.Rahman bin Auf meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda : "Seorang wanita solehah lebih baik dari 1000 lelaki yg tak soleh. Dan seorang wanita yg melayan suaminya selama seminggu maka ditutupkan baginya 7 pintu neraka & dibuka 8 pintu syurga yang mana dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa hisab."
Siti Aisyah meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda : "Tidaklah seorang wanita yang haidh kecuali haidhnya merupakan kifarah bagi dosa2nya yg telah lalu. Dan pada hari pertama haidhnya membaca "Alhamdulillahi 'alakulli hal waastaghfirullaha min kulli zanbin" maka Allah menetapkan baginya bebas dari neraka, dgn mudah melalui sirat, aman dari siksa bahkan Allah mengangkat ke atasnya darjat 40 org syuhada apabila dia selalu berzikir kpd Allah selama haidhnya."
WANITA YG MULIA DLM PANDANGAN ALLAH.
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda :"Sebaik-baik wanita adalah apabila engkau pandang dia maka dia menggembirakan, bila engkau perintah dia taat, bila engkau tiada dia menjaga hartamu & menjaga pula kehormatan dirinya."
Ada sebuah riwayat bahawa pada zaman Nabi s.a.w ada seorang lelaki yg akan berangkat untuk berperang di jalan Allah. Dia berpesan kepada isterinya,"Wahai isteriku ...jgnlah sekali-kali engkau meninggalkan rumah ini sehingga aku kembali."
Secara kebetulan ayahnya menderita sakit...maka wanita tadi mengutus seorang lelaki menemui Rasulullah s.a.w. Baginda bersabda kepada utusan itu, "Agar dia taati suaminya." Demikian pula wanita itu mengutus utusannya bukan hanya sekali sehingga akhirnya dia mentaati suaminya & tidak berani keluar rumahnya.
Maka ayahnya meninggal dunia tetapi dia tetap tidak melihat mayat ayahnya. Dia tetap sabar sehingga suaminya pulang. Maka Allah memberi wahyu kepada Nabi yg berbunyi, "Sesungguhnya Allah telah mengampuni wanita tersebut disebabkan ketaatannya kpd suaminya. Dlm riwayat yg lain mengatakan bahawa Allah turut mengampuni dosa ayahnya disebabkan ketaatan anaknya itu.
Inilah sebenarnya perkara yg menyebabkan wanita diredhai oleh Allah bukannya dalam persamaan hak yang seperti dituntut oleh penjahil agama. Sedangkan dalam peristiwa Israk Mikraj, Nabi telah melihat ke dalam syurga yang mana Allah masukkan wanita ke dalam syurga 500 tahun lebih awal dari suami mereka...dan bila melihat ke dalam neraka Nabi dapati 2/3 dari penghuninya adalah wanita. Oleh itu takutilah kita semua akan ALLAH....
KELEBIHAN WANITA
Abdullah bin Masud meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda : "Apabila seorang wanita mencuci pakaian suaminya maka Allah mencatat baginya 1000 kebaikan, di ampunkan 2000 kesalahan bahkan segala sesuatu yg disinari matahari akan memohon ampun baginya & Allah mengangkat 1000 darjat untuknya."
Maulana Syed Ahmad Khan dalam bayannya menceritakan kelebihan yang dimiliki oleh wanita. Katanya: 1. Seorang wanita yang solehah lebih baik dari seorang wali Allah. 2. Wanita yang uli tepung dengan membaca Bismillah akan diberkati Allah rezekinya. 3. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir dapat pahala seperti membersihkan Baitullah. 4. Wanita yang solehah lebih baik dari 70 orang lelaki yang soleh. 5. Allah akan berkati rezeki apabila wanita memasak dengan zikir.
6. Seorang wanita yang menutup auratnya dengan purdah ditingkatkan oleh Allah nur wajahnya 13X dari wajah asal. 7. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah yg Maha Indah di akhirat nanti tetapi bagi Allah sendiri akan datang untuk berjumpa dengan wanita yang memberati auratnya iaitu yg memakai purdah dengan istiqamah.
PERKARA YG AMAT DIBENCI ALLAH PADA SEORANG WANITA
1. Kepada wanita yg tidak menutup aurat Allah berfirman," Hiduplah dengan apa yang kau suka." 2. Allah melaknati wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrim. 3. Perempuan yang memakai kain yg nipis & jarang utk menarik perhatian lelaki bukan muhrim atau memakai segala yg mendatangkan keghairahan kepada org lain maka dia tidak akan mencium bau syurga. 4. Wanita yang jahat lebih buruk dari 1000 orang lelaki yang jahat.
Pengorbanan seorang wanita amat dihargai oleh Allah & rasulnya. Cuma kita kurang mengetahui kelebihan yang dikurniakan kepada kita semua. Sehinggakan hari ini manusia Islam mencari sesuatu selain dari agama kerana merasa pengorbanan mereka tidak dihargai. Dan mereka turut melaungkan persamaan hak seperti dibarat. Ini semua bukanlah salah mereka...tetapi kitalah yang bersalah kerana kita lupa bahawa kita ini umat yang dianugerahkan dengan tugas kenabian..Memberi harapan & bimbingan kpd manusia...
KEMULIAAN ISTERI DALAM ISLAM
1. Apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih & isteri layan dengan baik maka dia memperolehi pahala jihad. 2. Wanita yg menyebabkan suami keluar ke jalan Allah & menjaga adab rumahtangga akan masuk syurga 500 tahun lebih dulu dari suaminya. Dia akan menjadi ketua 70,000 malaikat & bidadari. Dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga & menunggang dengan menunggang kuda yg dibuat dari permata yaqut. 3. Wanita yg menjaga solatnya, puasa & taat pada suami, Allah izinkan dia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka. 4. Kalau isteri layan suami tanpa khianat dia dapat pahala 12 tahun solat. 5. Wanita yang picit suami tanpa disuruh dapat pahala 7 tola emas & wanita yang picit suami bila disuruh dapat pahala 7 tola perak. 6. Wanita yang meninggal dengan keredhaan suaminya akan masuk syurga. 7. Jika suami mengajar isterinya satu masaalah agama akan dapat pahala 80 tahun ibadat. 8. Isteri yang lihat suami dengan kasih-sayang & suami yang lihat isteri dengan kasih-sayang maka Allah pandang dengan penuh rahmat. 9. Jika suami datang dengan kemarahan tetapi isteri layan dengan baik dpt separuh pahala jihad.
KEMULIAAN IBU DALAM ISLAM
1. 2 rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil. 2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa di siang hari & pahala ibadat di malam hari. 3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 tahun solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji. 4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. 5. Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya. 6. Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa. 7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2.5 thn maka malaikat di langit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. 8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat.
WANITA YANG DIMURKAI OLEH ALLAH.
Sebagaimana Allah suka dengan wanita yang solehah, Allah juga sangat murka kepada beberapa jenis wanita. Oleh itu sangat perlu bagi kita mengetahui perkara yang boleh menyebabkan kebencian-Nya supaya kita terhindar dari kemurkaan-Nya. Kemurkaan Allah pada hari kiamat sangat dahsyat sehinggakan nabi-nabi pun sangat takut. Bahkan Nabi Ibrahim pun lupa bahawa dia mempunyai anak yang bernama Nabi Ismail kerana ketakutan yang amat sangat. Abu Zar r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Seorang wanita yang berkata kepada suaminya,"semoga engkau mendapat kutukan Allah" maka dia dikutuk oleh Allah dari atas langit yang ke7 & mengutuk pula segala sesuatu yang dicipta oleh Allah kecuali 2 jenis makhluk iaitu manusia & jin." Ab.Rahman bin Auf meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda:"Seorang yg membuat susah kepada suaminya dalam hal belanja atau membebani sesuatu yang suaminya tidak mampu maka Allah tidak akan menerima amalannya yang wajib & sunnatnya." Abdullah bin Umar r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Kalau seandainya apa yang ada di bumi ini merupakan emas & perak serta dibawa oleh seorang wanita kerumah suaminya. Kemudian pada suatu hari dia terlontar kata2 angkuh,"engkau ini siapa? Semua harta ini milikku & engkau tidak punya harta apa pun." Maka hapuslah semua amal kebaikannya walaupun banyak. Nabi s.a.w adalah seorang yg sangat kasih pada ummatnya & terlalu menginginkan keselamatan bagi kita dari azab Allah. Beliau menghadapi segala rupa penderitaan, kesakitan, keletihan dan tekanan. Begitu juga air mata & darah baginda telah mengalir semata-mata kerana kasih-sayangnya terhadap kita. Maka lebih-lebih lagi kita sendirilah yang wajar berusaha untuk menyelamatkan diri kita, keluarga kita dan seluruh ummat baginda. Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut: "Saya bersama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah & kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau,"mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?" Beliau menjawab, "pada malam aku di Isra'kan kelangit, daku melihat org sedang mengalami berbagai penyeksaan...maka bila teringatkan mereka aku menangis." Saya bertanya lagi,"wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat?" Beliau bersabda: 1. Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih. 2. Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan aspal yang mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya. 3. Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya. 4. Wanita yg digantung , diikat kedua kaki & tangannya ke arah ubun2 kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular & kala jengking. 5. Wanita yg memakan badannya sendiri serta di bawahnya tampak api yang menyala-nyala dgn hebatnya. 6. Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. 7. Wanita yang bermuka hitam & memakan ususnya sendiri. 8. Wanita yang tuli, buta dan bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung,telinga,mulut) & badannya membusuk akibat penyakit kulit dan lepra. 9. Wanita yg berkepala seperti kepala babi & kaldai yang mendapat berjuta jenis siksaan. Maka berdirilah Fatimah seraya berkata,"Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku... ceritakanlah kpd ku apakah amal perbuatan wanita-wanita itu." Rasulullah s.a.w bersabda, "Wahai Fatimah, adapun tentang :
1. Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya (di jilbab) dikalangan lelaki. 2. Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata 3. Kemudian Nabi s.a.w bersabda: "Tidak seorang wanita yg menyakiti hati suaminya melalui kata2nya kecuali Allah akan membuatnya mulutnya kelak di hari kiamat,selebar 70 zira' kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya. 4. Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak org lain tanpa izin suaminya. 5. Adapun wanita yang diikat dengan kaki & tangannya itu keran adia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haidh & nifas. 6. Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban org. 7. Adapun wanita yg memotong badannya sendiri dgn gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang yang banyak dengan 8. Maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat perhiasannya. 9. Adapun wanita yang diikat kedua kaki & tangannya sampai ke ubun2nya & dibelit oleh ular & kala jengking kerana dia mampu mengerjakan solat & puasa. Tetapi dia tidak mahu berwudhuk dan tidak solat serta tidak mahu mandi wajib. 10. Adapun wanita yang kepalanya sepeti kepala babi & badannya seperti kaldai kerana dia suka mengadu-domba (melaga-lagakan org) serta berdusta. 11. Adapun wanita yg berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah - marah pada suaminya.
Dan ada diantara isteri nabi-nabi yg mati dalam keadaan tidak beriman kerana mempunyai sifat yang buruk. Walaupun mereka adalah isteri manusia yang terbaik dizaman itu. Diantara sifat buruk mereka:
1. Isteri Nabi Nuh suka mengejek & mengutuk suaminya. 2. Isteri nabi Lut suka bertandang kerumah org.
Semoga Allah beri kita kekuatan untuk mengamalkan kebaikan dan meninggalkan keburukan. Kalau kita tidak berasa takut atau rasa perlu berubah... maka kita kena khuatir.Takut kita tergolong dalam mereka yang tidak diberi petunjuk oleh Allah. Dah tau pun tak ada rasa apa-apa.
Nauzubillahi min zalik.
(Terima kasih kepada pengirim di atas, semoga bermanfaat untuk semua)
____________________________________________________________________
{ Sila lawat Laman Web Hizbi-Net :  http://www.hizbi.net }
 { HizbiNet -  Membina Ummah  Berilmu & Bermaklumat.  }
  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 
Assalamualaikum
 Buat renungan sahabat2..
*************************ISTIMEWANYA  WANITA*************************
*************************___________________*************************
*********************************************************************
1.  Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang
lebih kuat daripada lelaki.  Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan
hal tersebut,jawab baginda: "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa
orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
2.  Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang
lelaki yang soleh.
3.  Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya
seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T dan
orang yang takutkan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka ke atas
tubuhnya.
4.  Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke
rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti
bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.
Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia
memerdekakan anak Nabi Ismail A.S
5.  Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku
(Rasulullah S.A.W) di dalam syurga.
6.  Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara
perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia
bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan
penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
7.  Daripada Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu
daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka,
maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
8.  Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
9.  Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah
panggilan ibumu dahulu.
10.  Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup
pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.  Masuklah dari
mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11.  Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di
udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar
baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya(walinya)
(serta menjaga sembahyang dan puasanya).
12.  Aisyah r.a berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W, siapakah
yang lebih besar haknya terhadap wanita?  Jawab baginda, "Suaminya."
"Siapa pula berhak terhadap lelaki?"  Jawab Rasulullah S.A.W, "Ibunya."
13.  Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan,
memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari
pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.
14.  Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka
Allah S.W.T memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada
suaminya (10,000 tahun).
15.  Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka
beristighfarlah para malaikat untuknya.  Allah S.W.T mencatatkan baginya
setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000
kejahatan.
16.  Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah
S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah
S.W.T
17.  Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada
dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18.  Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap
satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19.  Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang
sakit, maka Allah S.W.T memberinya pahala seperti memerdekakany 70 orang
hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T
 
************************************
  Semoga apa yang disampaikan dpt dijadikan renungan, diamal dan di
sampaikan kpd yang lain. Insya Allah.
 
Wassalam
-WINSTON-
______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 (pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net   )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "ZahrulRodian MohdAnwar" <bocut@hotmail.com>
___________________________________________________________________
- bersambung -
(selesai tambah pada 21 September '98 - )
  Laman Am
 
 
 
 
 
    1