LAMAN INI ADALAH KISAH BENAR DAN PENGALAMAN
SILAM INSAN.
LAMAN
AM 1 ||||| LAMAN
AM 2
LAMAN AM
3 ||||| LAMAN
AM 4
LAMAN AM
5 |||||
LAMAN AM
6
LAMAN AM
7 |||||
LAMAN AM
8
(Kisah kenangan silam kiriman En. Muzir. Terima kasih untuknya.)
muzir muzir wrote: > > Dalam
keheningan subuh, terdengar laungan azan yang berkumandang memecah kesunyian,
terkenang aku akan seorang teman yang jauh di rantauan. Teman yang sering
membimbing tanganku, menunjuk jalan kebenaran, menyelusuri jalan. Dalam
kebeningan ini menggugah alam pemikiranku untuk kembali ke saat-saat itu
tapi masa telah menjarakkan. Sesekali loceng gereja yang berdering-dering
berhampiran appartmentku mencetuskan rasa kepiluan akan kesesatan insan-insan
dibumi ini. Kini situasi itu sudah berlalu, suasana di tanah air sendiri
tidak sama, kenangan itu hanya tinggal dalam ingatan yang tidak pernah
luput dalam kehidupanku. Ya, aku masih ingat namanya, Sidsiqqi, ya, aku
masih ingat lagi, rambutnya hitam dan ikal, berjanggut lebat, selalunya
berjubah ia. Ya, aku masih ingat akan namanya, yang membawa pengertian
yang bermakna dalam kehidupan manusia. Aku cuba mengingat kembali nama
penuhnya, kalau tidak silap, Khalim Sidiqqi, itulah, ya memang benar, rakan
seperjuangan zaman revolusi Iran dahulu. Kembali kepada perjuangan yang
tidak kunjung padam dalam darah yang mengalir berserta semangat jihad yang
membara, beliau telah mengetuai satu gerakan anti shah iran yang angkuh
itu. Zaman kebangkitan revolusi Iran, kukenal seorang lagi pejuang di kalangan
wanita yang menetap di buangan, pejuang politik, beliau ialah Mariyyam
Kamilah, seorang pejuang seri kandi Iran yang gigih dan cekal. Semangat
juangnya tidaklah seumpama embun dihujung rumput. Dengan pimpinannya, gerakan
pelajar telah berjaya menumpaskan kejagohan pemerintah mustakbirin shah
iran. Kukenal Mariyyam Kamilah, dalam bayangan ungu, kini kau gugur dalam
medan demontrasi bersama lima rakanmu, syahid. Khalam Siddiqqi, sudah jauh,
entah di mana tak ku tahu lagi, dalam keributan perjuangan, khabarnya tidakku
terima. Itulah kenanganku, ketika hening, laungan azan bergema, Mariyyam
kamilah sempat menghembuskan ungkapan lailahaillallah, kembalilah ia kerahmatullah,
di sisi rakan-rakan setia seperjuangan. Khalim Siqdiqqi jejakmu tidak ku
ketahui lagi, masa berlalu, Iran menjadi Islamic state, and our duty still
going on. Wassalam.
___________________________________________________________________________
(Kenangan silam kiriman seorang wanita
yang tidak mahu namanya dipaparkan. Terima kasih juga untuknya)
Masih ku ingat lagi kisah cerita suka duka
manusia... masa itu aku bekerja di satu pejabat... dalam tahun lapan puluhan...
Satu hari seorang wanita cantik mendokong anaknya (anak kecil perempuan
yang sungguh comel) memasuki pejabatku meminta bantuan untuk mereka
berdua dan suami yang datang ke negeriku dari Kelantan untuk mencari rezeki
di sini... sudah 2/3 hari mereka di sini tapi kerja masih belum didapati.
duit telah semakin nipis sedang perut perlu diisi... dia membawa sekeping
surat untuk memungut derma dari kakitangan pejabatku... terasa kesayuan
di hatiku... terlalu... apatah lagi bila melihat anak comel yang cantik
didukungannya... lebih terhiris rasa hatiku melihatnya...
Setelah selesai berurusan, dia keluar ke pintu... bagai kakiku ditarik-tarik untuk mendapatkannya... lalu ku gagahi keluar mengikut pintu itu.. ku bertanya apa yang ku ingin tahu... aku bekali sedikit wang dan aku kata padanya kalau ada apa-apa masalah, datanglah berjumpa aku di pejabat ini... lalu berpisahlah kami sementara..
Selang beberapa hari ia datang lagi bersama anaknya untuk menemuiku kerana ia malu untuk meminta-minta lagi pada mereka yang lain... Sebenarmya dalam hatiku bila aku melihat keadaannya, buat pertama kali aku memandangnya... terdetik dalam hatiku... kalaulah tiada bantuan, kemungkinan perkara buruk akan berlaku demi sesuap nasi yang ingin di isi, demi perut anak dan diri berkeroncong minta di isi... lalu aku terfikir... beginilah keadaannya, kadang-kala wanita boleh mejadi wanita lacur hanya kerana sesuap nasi... atau mungkin wanita begini mudah tertipu dan menjadi mangsa lelaki yang tidak bertanggungjawab hanya kerana sesuap nasi juga yang minta diisi...begitu juga mungkin akan menjadi perempuan pelayan atau juga menjadi pencuri... seperti kata-kata... hampir sahaja kefakiran menjadi kekufuran... benarlah begitu... aku rasa amat perlu diberi pertolongan akan wanita itu... Malangnya... semasa dia datang meminta padaku, disaat itu poketku sendiri hampir kering... apalah yang akan kuberikan padanya sedangkan aku telah pun berjanji akan memberi jika ia datang meminta pertolongan... lalu terfikirlah akan aku, hanya sebentuk cincin berlian american yang ada menjadi milikku ketika itu... lalu aku terfikir baiklah aku menolongnya dengan sebentuk cincin itu.. sebenarnya aku tidak berminat sangat untuk memakai cincin itu.. cincin tu pun aku simpan dalam begku... aku bukanlah pemakai orangnya... ada cincin simpan, ada apa jua pun simpan... tidak seperti setengah saudara maraku atau kawan-kawanku yang emasnya bergemerlapan di badannya... cincin itu ku beli dari kawan pejabatku secara ansuran yang bernilai lebih kurang RM.300.00... tapi apalah malangnya bila hari itu, bila aku pergi menjualkannya di kedai cina waktu rehat tengahariku, hanya boleh laku RM.30.00 sahaja... fikir punya fikir... lalu ku ambil keputusan menjualkannya demi ingin menolong wanita itu... katanya ia hendak balik ke Kelantan tiada wang sebab tak dapat kerja di sini... suaminya ada di Bus stand... menunggu.. lalu ku serahkanlah wang itu untuk tambang mereka dan ku belikannya air kotak dan sebungkus roti canai... pergilah ia bersama anaknya menemui suaminya untuk balik ke kelantan...mudah-mudahan selamat hendaknya... doaku dari kejauhan...
Selang beberapa tahun kemudian, ku
terima surat darinya, katanya suaminya telah meninggal dunia kerana sakit
jantung.. kini dia menjadi pembantu rumah di rumah seorang doktor atau
pensyarah (aku tak pasti/dah lupa) anaknya tinggal bersama emaknya dikampung...
pernah aku menaliponnya sekali dua melalui no tel. yang diberinya di suratnya...
kini aku tidak dapat menjejakinya lagi sebab surat itu telah tiada lagi
dalam simpananku... mudah-mudahan ia selamat selalu hendaknya... begitulah
sedikit kenangan yang pernah ku lalui... dengan sebentuk cincin membayar
kehidupan seseorang, yang berharga cuma RM.30/= Begitulah adanya ceritaku.....
kenangan abadi yang tersemat di kalbu ... kini ku paparkan untuk dikongsi
bersama pengalaman insan ciptaan Tuhan... kerana manusia berbagai rupa,
berbagai cerita, berbagai perilakunya...pertolonganku kepadanya adalah
semata-mata kerana Allah jua. Sebenarnya Allahlah yang menolongnya, aku
hanya sebagai perantara saja... Allah-lah yang telah memerintahkan hatiku/menggerakkan
hatiku merasa belas ihsan kepadanya lalu kuhulurkanlah bantuan itu....
manusia hanya patut berterima kasih kepada Tuhan yang telah menolongnya
waktu kesusahan melalui insan di dunia ini... segala gerak hati insani
adalah dari kuasa Ilahi..... Selalulah bersyukur kepada-Nya waktu susah
dan senang kita... waktu susah senang kita semuanya ada hikmah disebaliknya
yang Allah sahaja yang Maha Tahu... Perlulah kita bersyukur walau dalam
keadaan apa jua yang diberi Tuhan... kelak akan ditambah nikmatnya seperti
janji-Nya dalam kitab/ayat suci Al-Quran... wassalam...
____________________________________________________________________________
Subject: Re: H-Net* FW: Pengakuan Bekas Paderi (fwd) Date: Fri, 31 Jul
1998 16:38:27 +1000 (EST) From: Pak Cik <s.alias@student.qut.edu.au>
To: Hizb@hizbi.net
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Web Hizbi-Net : http://www.hizbi.net } { HizbiNet - Membina Ummah Berilmu & Bermaklumat. } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
On Fri, 31 Jul 1998, Norasrina Ishak wrote:
> > > *********************************************
> asrina ishak > University Of Western Australia, > Australia
> ********************************************** > > > ----------
Forwarded message ---------- > Date: Fri, 31 Jul 1998 09:34:59 +0800
(WST) > From: wan hamiza <btzin-wh@ee.uwa.edu.au> > To: aida@tartarus.uwa.edu.au,
amirizal@tartarus.uwa.edu.au, > aninq@tartarus.uwa.edu.au, anisf@tartarus.uwa.edu.au,
> asrina@tartarus.uwa.edu.au, auzku@tartarus.uwa.edu.au, > azidah@tartarus.uwa.edu.au,
beilla@tartarus.uwa.edu.au, > , SISWA Malaysia <aga@psy.uwa.edu.au>,
> Siti Maisarah Ahmad <maisarah@tartarus.uwa.edu.au>, >
******************
(Pesanan dari saya - webmaster)
- Saya tidak dapat menyiarkan emel tersebut tapi cukuplah hanya pesanan
dari saya untuk ingat-mengingati kepada sesama kita terutamanya para remaja
- awasilah kepada mereka yang ingin menolong dan berbuat baik kepada kamu
jika kamu was-was terhadapnya, maka usahlah kamu dekati diri kamu kepadanya...
jauhkanlah darinya untuk keselamatan kamu... jangan mudah terima tawaran
pertolongan untuk kediaman, makan-makan dan sebagainya... terutama para
wanita-wanita, jangan mudah terpedaya kepada lelaki yang berparas rupawan
yang berpura-pura ingin mendalami agama Islam... nanti kamu akan terpedaya
olihnya akhirnya kamu akan ditipudayanya lalu kamu akan bergelumang dengan
noda dan dosa ... akhirnya mereka membawa kamu ke agamanya... jangan kerana
paras rupa atau harta agama Islam mu tergadai dan maruah dirimu tercemar...
Awaslah wahai wanita Islam, begitu juga para pemuda awaslah selalu jangan
tertipu oleh kemurahan hati manusia yang tidak dikenali... akhirnya kamu
akan terpaut kepada dahan yang rapuh dan terjatuh dalam agama yang sesat
dan menyesatkan ... rugilah kamu di dunia sampai akhirat.... takutilah
azab api neraka yang bahan bakarnya adalah batu dan manusia.... dan kita
sebagai ibu bapa marilah kita berwaspada selalu dan menasihati anak-anak
serta mendorongnya ke arah ilmu agama dari kecil hingga dewasa disamping
selalu kita mendoakan diri kita sekeluarga dan diri mereka juga, agar terpelihara
dan dilindungi Allah selalu dari mara bahaya yang amat ditakuti iaitu "Murtad"
Na'uzubillahi minzaalik -
(Saya sebagai webmaster tidak menyiarkan pengakuan bekas padri
tersebut (seorang Melayu yang kini telah pun bertaubat) secara terperinci
dengan nama-nama orang melayu dan negeri-negeri mengikut emel ini... saya
tidak dapat menyiarkan nama-nama sebenar seperti yang disebutkan dalam
emel dan negeri-negeri yang dinyatakan untuk kemaslahatan umum (dalam emel
ini ada banyak nama orang melayu dan negeri-negeri tersebut.. tapi ...
saya rasa...cuma yang penting kita sebagai umat Islam (agama yang suci
dan sebenarnya) hendaklah sentiasa berhati-hati menjalani hidup di dunia
ini dan sentiasa mencari ilmu agama Islam yang sebenar agar tidak dapat
didakyah oleh puak agama lain yang sentiasa bergiat dan bergerak cergas,
sanggup berkorban nyawa dan harta sentiasa melebihi dari dakwah agama Islam
sendiri - untuk meramaikan umatnya... semoga kita semua diselamatkan oleh
Allah dari malapetaka besar tersebut yang bakal membawa ke arah azab neraka
dunia dan akhirat.... Peliharalah diri kita dan ahli keluarga kita dari
azab api neraka. Marilah kita berusaha mencari ilmu agama Islam dan kuat
bergiat berdakwah dan membimbing kepada anak-anak kita dan anak-anak bangsa
kita ke arah ajaran Islam yang sebenar, semoga mereka tidak mudah tercebur
dan terjerumus ke lembah yang tidak diredhai Ilahi... usahlah kita membuang
masa... dan berleka-leka dan membiarkan anak remaja kita mengikut rentak
hati mereka sendiri tanpa panduan suci agama Islam tercinta... melalui
Al Quran dan Al Hadith (kerana Nabi telah berpesan kepada kita semua :
kita tidak akan tersesat selamanya selagi kita berpegang teguh kepada ajaran
Al Quran dan Al Hadith ) dan mengambil pengajaran dari alim ulama' sebagai
pewaris nabi ... melalui pengajaran di Masjid dan di mana jua beradanya
ilmu agama yang suci ini... dampingilah ulama' selalu untuk mendapat manfaat
ilmu darinya yang boleh membimbing hidup bahgia di dunia dan di akhirat...dan
menjauhkan kita dari azab api neraka yang tidak siapa boleh menahan dan
menanggungnya... sedang api di dunia tak siapa yang akan tertahankan rasa
azabnya... marilah kita renungkan dan berikhtiar untuk keselamatan dan
kebahagiaan kita semua. Ayuhlah kita semua, ibu bapa, guru, alim ulamak
dan dan setiap diri kita jua semua masyarakat mengambil i'tibar dari kejadian
yang diakui oleh seorang bangsa kita sendiri yang telah terlanjur langkahnya
ke agama Kristian dan pernah menjadi padri kristian akibat dari kejahilan
diri sendiri yang tiada mendapat bimbingan dari ibu bapa dan kita semua...
semoga apa yang berlaku kepada beliau tidak akan berlaku kepada bangsa
kita yang lain... marilah kita berwaspada selalu disamping berikhtiar...
meningkatkan iman dan ilmu agama dan mengajarkannya dan membawa anak-anak
sejak kecilnya ke majlis ilmu agama sentiasa .... agar tidak terpesong
ke lain agama yang tidak diredhai Ilahi... Allah tidak akan mengubah nasib
sesuatu kaum itu selagi kaum itu tidak mengubahnya... oleh itu marilah
kita semua berusaha ke arah pemeliharaan agama Islam yang suci murni ini
(yang bakal membawa kehidupan bahagia yang sebenar di dunia dan di akhirat),
agar sentiasa terpelihara diri kita, ahli keluarga kita dan semua umat
Islam seluruhnya selamat dan sentiasa dalam agama Islam dari hidup hingga
k akhir hayat... Amiin... perkenankanlah Ya Allah, Ya Tuhanku)
**************************
(sedikit saja yang akhir emel)
>>> Ketua padri _______________berbangsa Melayu > > >>>
Dalam pada berdakwah kristian sebanyak 3 negeri tak boleh dimasuk >
> >kristian > > >>> > > >>iaitu, Kelantan,
Kedah dan Trengganu, mereka pernah dipukul hingga > > patah >
> >>> tangan. > > >>> > > >> >
> > > > > > > > > > > ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Pak Cik <s.alias@student.qut.edu.au>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
(Semoga kita semua mendapat 'iktibar dari
emel ini untuk keselamatan kita semua)
____________________________________________________________________________
Subject: Re: H-Net* Kehebatan Allah s.w.t
- Matahari, Bumi dan Bulan Date: Thu, 20 Aug 1998 15:23:20 +0000 From:
"Nuar" <anuar@fcm.ed.fujitsu.co.jp> To: asriaa@petronas.com.my
(M Asri B A Aziz/GIRM/PETH/Petronas) CC: hizb@Hizbi.net
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Web Hizbi-Net : http://www.hizbi.net } { HizbiNet - Membina Ummah Berilmu & Bermaklumat. } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
SUBHANALLAH..........
> Date: Thu, 20 Aug 1998 11:42:14 +0800 > From: asriaa@petronas.com.my (M Asri B A Aziz/GIRM/PETH/Petronas) > Subject: H-Net* Kehebatan Allah s.w.t - Matahari, Bumi dan Bulan > To: HIZB@HIZBI.NET
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> { Sila lawat Laman Web Hizbi-Net : http://www.hizbi.net } > { HizbiNet
- Membina Ummah Berilmu & Bermaklumat. } > *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
Allah s.w.t Maha Hebat..Allah s.w.t Maha Hebat.. Allah s.w.t Maha >
Hebat > > Tidak ada kuasa yang boleh menandingi kehebatan Allah s.w.t.
Cara > Allah s.w.t mentadbir alam ini sungguh hebat. > Sebagaimana
pada hari siang, Allah s.w.t menggerakkan matahari > daripada timur
ke barat tanpa enjin dan matahari mengeluarkan > cahaya tanpa bateri
atau janakuasa. Allah s.w.t menjadikan matahari > sudah beribu-ribu
tahun tapi cuacanya tidak pernah malap. Cahayanya > sampai ke bumi pada
kadar manusia dan kehidupan di bumi > memerlukannya. Siapakah yang menghidupkan
api yang besar di > permukaan matahari, tidak lain dari Allah s.w.t.
Cahaya matahari > bukan sebenarnya yang memberi manafaat atau mudarat,
tetapi Allah > s.w.t lah yang memberi manafaat dan mudarat. Tanpa izin
daripada > Allah s.w.t cahaya matahari tidak boleh sampai kebumi walaupun
> sekelip mata. > > Allah s.w.t mencipta bumi mengelilingi matahari
tanpa tali > pengikat. Manusia akan hairan kalau melihat satu batu besar
yang > terapung mengelilingi satu batu lagi yang terapung tanpa tali.
> Hebatnya Allah s.w.t menjadikan bulan berputar mengelilingi bumi >
dan bumi pula berputar mengelilingi matahari. Hebatnya kejadian > Allah
s.w.t, tidak pula bulan,bumi dan matahari terkeluar daripada > landasan
orbit yang Allah s.w.t tetapkan. Tidak ada kuasa yang > boleh membuat
semua itu selain daripada kuasa Allah s.w.t. Allah > s.w.t Maha Hebat
..Allah hu Akbar.. > > Sebagaimana kita melihat matahari terapung2
diudara, sebegitu juga > bumi yang kita pijak ini terapung2 juga diudara.
Yang sungguh > mengkagumkan lagi ialah putaran bumi mengelilingi matahari
setiap > masa. Setiap hari bumi ini berputar sekali mengelilingi matahari,
> bermakna setiap makhluk yang berada di atas bumi (lebih2 lagi yang
> berdekatan khatulistiwa) dipusingkan sejauh satu garispusat bumi.
> Hebatnya, kita tidak terasa tentang pusingan tersebut walaupun >
setiap hari kita berkenderaan, tidur, berdiri, berjalan dan membuat >
berbagai2 aktiviti tetapi tidak terasa yang kita ini sedang > digerakkan
(dipusingkan) beribu2 kilometer jauhnya. Hatta air di > laut tidak melimpah,
pasir di bumi tidak berselerak dan awan2 > tidak berkecamuk walhal segalanya
digerak dan dipusingkan sebegitu > jauh.. Hebatnya kejadian Allah s.w.t.
> > Marilah kita semaikan perasaan TAKUT hanya kepada Allah s.w.t
> pencipta kita. Dikatakan Rasulullah s.a.w yang maksum mengalirkan
> airmata semasa mendirikan solat kerana takutkan Allah s.w.t. >
Dikatakan para Sahabat Rasulullah s.a.w akan menangis dan mengigil >
apabila terdengar suara Azan kerana takut dihadapan SIAPA yang > mereka
akan berdiri. Ada Sahabat Rasulullah s.a.w yang mengharap > supaya mereka
tidak akan dilahirkan lansung kerana takut akan hari > Hisab. > >
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: asriaa@petronas.com.my (M Asri B A Aziz/GIRM/PETH/Petronas)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Nuar" <anuar@fcm.ed.fujitsu.co.jp>
____________________________________________________________________________
Subject: H-Net* Fw: MENGHADAPI ANCAMAN
KRISTIAN Date: Thu, 20 Aug 1998 22:09:26 +0800 From: "agadyg"
<agadyg@tm.net.my> To: <hizb@hizbi.net> CC: <rozi@isis.po.my>
-----Original Message----- From: agadyg <agadyg@tm.net.my> Date: Thursday, August 20, 1998 10:07 PM Subject: Fw: MENGHADAPI ANCAMAN KRISTIAN
-----Original Message----- From: agadyg <agadyg@tm.net.my> Date: Thursday, August 20, 1998 3:12 AM Subject: MENGHADAPI ANCAMAN KRISTIAN
Assalamualaikum w.r.h Kepada peminat
Hizbi sekelian. 01. Saya telah membaca beberapa cerita tentang murtad dan
sebagainya yang heboh diperkatakan buat masa sekarang. Di sini saya ingin
ceritakan secara ringkas pengalaman saya. 02. Saya datang dari keluarga
yang kuat pegangan, amalan dan semangat beragama. 03. Ketika berumur 24
tahun saya merantau ke negeri Sabah. Kebanyakan rakan saya adalah penyebar
Kristian. Di antara mereka ada yang menjadi sahabat macam saudara sendiri.
Segala kegiatan mereka berlaku di hadapan mata saya. Mereka mempersoalkan
banyak perkara tentang Islam termasuk ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis
Nabi. 04. Suatu hari saya telah dipelawa masuk Kristian. Saya bersedia
masuk kiranya mereka dapat menunjukkan saya kebenaran agama Kristian. Selama
tiga tahun saya telah mengikuti kelas 'Pengajian Bibel' anjuran sebuah
jemaah besar di Kota Kinabalu; tetapi mereka gagal memberikan apa yang
saya mahu iaitu logik dan rasional. 05. Saya keluar masuk gereja dan pusat-pusat
pengajian Kristian dalam usaha menjadi seorang Kristian. Saya telah mencabar
secara bertulis sesiapa sahaja penyebar agama Kristian supaya mengkristiankan
saya. Di antara isi surat itu ialah: "Kebenaran adalah milik semua
orang. Kalau di dalam agama saudara ada kebenaran, berikannya kepada saya.
Apabila mati nanti, jika ternyata agama saudara benar dan agama saya salah,
saya akan membuat tuntutan di hadapan Tuhan kerana saudara tidak menyampaikan
kebenaran itu kepada saya". Saya menerima respon yang cukup baik;
tetapi tiada siapa yang dapat menunjukkan kepada saya kebenaran Kristian.
06. Dengan meminta ampun kepada Allah dan sembahyang hajat, saya melakukan
studi (Lebih tepat : mencari kiranya ada sebarang kelemahan) Al-Quran.
Saya begitu kagum dengan Al-Quran. Kagum seratus peratus. Setiap kali saya
membaca dengan mata hati, hanya beberapa ayat cukup untuk saya mengeluarkan
air mata kekaguman dan keharuan. 07. Kemudian saya membuat cabaran bertulis
kepada penyebar-penyebar Kristian, antaranya saya menulis : "Kiranya
anda dapat menunjukkan sesuatu yang tidak betul atau tidak logik atau tidak
masuk akal di dalam Islam; pada saat anda membuktikannay saya akan keluar
dari agama Islam". Namun sehingga sekarang cabaran yang tiada tarikh
tutup itu belum berjawab. 08. Saya terus melakukan studi mengapa Islam
macam barang buruk yang tidak laku. Hasil studi saya merumuskan:- A. Kaedah
yang digunakan di dalam penyebaran Islam telah ketinggalan zaman dan tidak
sesuai sejak beberapa abad yang lalu. B. Islam diperkenalkan hanya sebagai
agama alternatif dan bukannya agama unggul seperti yang ditunjukkan oleh
Al-Quran. C. Umat Islam sendiri mengenal Islam sebagai agama yang jumud
dan tidak bermaya. Mereka mempertahankan Islam hanya kerana fanatiknya
dan bukan kerana keunggulannya. 09. Saya telah cuba membawa hasil dapatan
saya kepada institusi-institusi agama dan dakwah, tetapi mereka gagal memahami
dapatan saya. Oleh itu saya membuat eksperimen bersendirian. Hasilnya cukup
memberangsangkan. 10. Saya tidak mampu menjalankan program tersebut secara
bersendirian kerana saya miskin. Kalau saya mampu pun saya tidak akan menjalankannya
kerana saya tidak mahu dianggap sebagai penyebar ajaran sesat semata-mata
kerana orang tidak memahami dapatan saya. Oleh itu saya mengharapkan agar
ada mana-mana institusi keagamaan yang berdaftar menaja program ini. Saya
amat yakin dapatan saya mampu berhadapan dengan cabaran globalisasi abad
ke-21 dan seterusnya meletakkan Islam sebagai Ad-Din yang unggul di muka
bumi. 11. Saya bersedia memberikan ceramah bagi memperjelaskan dapatan
saya kiranya ada pihak-pihak yang ingin menaja. Kalau tidak dapatan saya
ini akan berkubur bersama saya kerana buat masa ini saya sudah tua dan
sakit-sakit. 12. Mana-mana pihak yang berminat dengan perkara ini bolehlah
berhubung lanjut menerusi email kawan saya ini; [agadyg@tm.net.my] Sekian,
wassalam.
____________________________________________________________________________
KEMBALI KE LAMAN.