Laman Am

 

LAMAN INI DIKHASKAN SEBAGAI LAMAN KELUARGA UNTUK SEMUA.

LAMAN AM 1 ||||| LAMAN AM 2
LAMAN AM 3
||||| LAMAN AM 4
LAMAN AM 5
||||| LAMAN AM 6
LAMAN AM 7
||||| LAMAN AM 8




ARTIKEL KIRIMAN DARIPADA EN. MUZIR.

Saya ingin menulis satu tajuk mengenai bahviour modification, atau pengubahan tingkah laku. Ini adalah aspek psikologi yang menjurus kepada psikologi pendidikan.

Pengubahan tingkah laku amat diperlukan dalam usaha mendidik anak-anak lebih-lebih lagi dalam proses membesar dan menjadi remaja. Dalam jangka masa ini merupakan jangka masa yang paling kritikal bagi seseorang manusia. Pelbagai cabaran dan perubahan dalam tingkah lakunya terjadi dan selalunya bertentangan dengan kehendak nilai atau norma setempat. Ini di dorong oleh beberapa faktor, dalaman dan luaran. Faktor dalaman seperti perasaan ingin tahu, ingin mencuba, ingin merasa, merasakan dirinya sudah besar, mahukan kebebasan daripada kongkongan, mampu mengawal diri sendiri dan sebagainya. Faktor luaran datangnya dari pengaruh rakan sebaya, pengaruh media massa, pengaruh persekitaran, membina imej untuk mendapat perhatian dari pihak lain dan seumpamanya.

Untuk mengatasi tingkahlaku-tingkahlaku yang negatif, bertentangna dengan norma dan nilai kita, patut ditunjukkan cara-cara yang betul dan mudah diikut. Tetapi mereka ini sering bersifat memberontak sama ada di tunjukkan secara luaran atau memberontak dalam diri yang dirasai oleh dirinya sendiri. Dirinya akan merasa tertekan, walaupun kita nampak tidak seperti yang dirasai. Jadi di sini saya turunkan beberapa teknik psikologi yang boleh digunakan untuk melakukan tindakan ke arah perubahan tingkah laku yang kita kehendaki.

1. Kaedah rangsangan dan tindakbalas. Mengikut kaedah ini anak-anak hendaklah diberi rangsangan-rangsangan yang positif membolehkan mereka bertindak secara positif. Jangan beri rangsangan yang negatif kerana boleh mempengaruhi tingkahlakunya. Rangsangan yang positif boleh dilakukan melalui dua cara iaitu melalui kata-kata dan contoh teladan dan satu lagi melalui pembentukan persekitaran yang mendorongnya bertindak ke arah yang kita kehendaki.Ucapkan kata-kata yang positif, seperti pandai, baik, bagus, rajin, aktif, dinamik, proaktif, berdaya maju, cemerlang dan sumpamanya pada setiap tingkah laku yang dilakukannya. Beri alasan mengapa kita berkata demikian supaya mereka faham ucapan tersebut ada alasan yang jelas, bukan kata-kata kosong. Kalau dia melakukan satu kesalahan, misalnya malas bangun tidur waktu pagi, cuba kita rangsangkan dengan memberi kata-kata seperti engkau ni sebenarnya rajin bangun pagi tetapi mungkin hari ini engkau ni letih. Cubalah bangun, sekejap saja untuk sembahyang subuh lepas tu tidur balik. Kita boleh tambah dengan kata-kata nasihat, permintaan, permohonan, pujukan, rayuan dan seumpamanya untuk merangsangnya bertindak mengikut apa yang kita kehendaki. Tunjukkan tingkah laku yang baik terhadapnya dan contoh teladan yang positif. Misalnya, untuk membolehkan anak kita suka membaca quran, mula-mula kita membaca untuk diri kita sendiri, biar didengar, selepas tu suruh pula dia membaca. Beli kaset-kaset yang ada menyebut nama-nama Allah untuk melancarkan lidahnya menyebut ungkapan Al Qur'an dan seumpamanya. Wujudkan suasana dalam rumah suasana Al quran seperti ayat-ayat Al quran, rakaman Al qur'an, ungkapan-ungkapan Al quran untuk memberangsang mindanya ke arah tersebut. Dengan sendirinya tingkah lakunya akan bertindak secara automatik. TAPI PERLU SEDIKIT KESABARAN, SABAR ITULAH JALAN KEJAYAAN SELAIN DARIPADA ILMU YANG DIPRAKTIKKAN.

2. Kaedah memberi peneguhan dalam bentuk ganjaran, apabila melakukan tingkah laku yang kita kehendaki dan tidak memberi ganjaran kepada tingkah laku yang tidak kita kehendaki. Misalnya, kalau anak kita sudah mandi, kita beri pujian sebagai peneguhan kepada tingkah laku itu. Kalau anak kita ada peningkatan dalam markah di sekolahnya beri sedikit hadiah untuk membolehkan meningkatkan lagi. Sebaliknya, ganjaran tidak diberi kepada sebarang tingkah laku yang dilakukan yang kita tidak kehendaki. Jangan beri perhatian, ignore tinngkah laku itu, jangan beri sebarang peneguhan. Kadang-kadang anak-anak melakukan sesuatu yang negatif untuk mendapat perhatian kita, kalau tidak marah, maka tujuannya telah tercapai iaitu mendapat perhatian, kalau tidak ada perhatian tidak mungkin kena marah. marah itu sudah cukup memuaskan hatinya untuk mendapat perhatian. Marah sudah menjadi peneguh kepada perbuatan yang negatif itu dan akan melakukan perbuatan yang sama untuk mencapai tujuan tersebut.

3. Gunakan kaedah menjemukan, misalnya kalau anak kita suka main air, sehingga membasahi seluruh rumah, senang saja berikannya setimba air suruh dia main di satu tempat sehingga jemu. Kalau anak kita suka main mancis belikan beberapa kotak mancis, bagi dia main sampai jemu atau terbakar sedikit jarinya, merasa panas. Pengalaman ini akan mengelakkan dirinya dari melakukan perbuatan yang sama. kalau kita larang, yang dilarang itulah yang nak dibuat sangat. Beri peluang, sehingga menjemukan dan memuakkan sehingga dia tidak mahu lagi.

4. Kaedah berperingkat-peringkat, misalnya anak kita malas mandi, mula-mula ajak bermain air dan buih sabun di bilik air. Motifnya untuk bermain bukan untuk mandi, tetapi lama kelamaan badannya dah basah semua, mandikan sekali. Kalau kita nak suruh anak kita kemas rumah, caranya mula-mula ajak bermain dengan cara meletakkan dan menyusun secara main-mainan, lama kelamaan kita ajar cara menysun secara main-main dan akhirnya dia suka akan permainan itu, akhirnya kita akan dapati dia akan suka berkemas dan apabila sudah biasa dalam keadaan kemas, dia akan bertindak mengemas sendiri kalau didapati tidak kemas.

5. Kaedah cuba jaya, anak-anak akan melakukan sesuatu apabila mendapati dirinya mampu dan boleh serta berjaya melakukannya. Jadi untuk menentukan anak kita suka dan mahu melakukan sesutu itu dengan jayanya, maka gunakan kaedah cuba jaya. Setiap kali percubaan dia berjaya, maka dia akan terus ke percubaan yang lain untuk mendapat kejayaan seterusnya. Misalnya, kalau anak kita boleh membaca huruf-huruf jawi, dia akan mencuba membaca yang bertanda, kalau berjaya, dia akan cuba membaca frasa-frasanya dan kalau berjaya dia akan membaca ayat-ayat quran dan seterusnya. Untuk mengekalkan tingkah laku ini untuk lebih baik dan kekal/tekal, beri peneguhan positif.

Wassalam, sekianlah dulu, saya yakin dalam menghadapi kerenah anak-anak, masalah untuk mengubahtingkah laku anak-anak/membentuk tingkahlaku anak-anak bukannya mudah. Saya rasa sedikit panduan ini diharap dapat dijadikan asas tindakan ke arah pembentukan tingkah laku yang bermakna. Sekian. SABARLAH, KERANA SABAR ITU SYAITAN MENANG DALAM MENURUNKAN ADAM KE DUNIA INI. ITU SEBAB SYAITAN AKAN MENGHALANG KESABARAN, TIDAK SABAR ITU LAH YANG KITA SELALU TEWAS DAN MENJADIKAN PANDUAN SEBAGAI TEORI KOSONG.

(Terima kasih kepada En. Muzil atas kiriman email di atas. Saya melihatnya amat baik bukan saja untuk saya tapi untuk manfaat dan panduan untuk semua...dalam membina keluarga bahagia dan anak-anak yang berjaya...dunia dan akhirat, matlamat hidup kita sebagai insan di dunia.)
____________________________________________________________________________

ARTIKEL KIRIMAN DARIPADA EN. ISMAIL.

Artikel Kiriman petama daripada En. Ismail.

Assalamualaikum. Tazkirah satu: Tajuk: Personaliti Seimbang (Balance Personality) Manusia dijadikan oleh Allah di muka bumi ini mempunyai dua tujuan asas iaitu mengenal dan menyembah Allah dalam erti kata yang lebih luas, bukan setakat sembahyang saja tetapi merangkumi aspek kehidupan. Kedua, untuk menjadi khalifah dan memimpin alam ini tetapi perlukan kekutan. Pada kali ini saya nak cerita tentang 4 aspek iaitu rohani, jasmani, emosi dan mental. Keempat-empat ini perlu diberi makanan yang seimbang, kalau tidak akan lahir personaliti yang tidak seimbang atau pincang. Makanan jasmani bersifat jasmaniah seperti nasi, dan seumpamanya. Makanan rohani bersifat kerohanian, ibadat, wajib dan sunat. Makanan emosi/nafsu bersifat perasaan yang terbimbing, seperti kasih sayang, pujian, teguran, penghoirmatan, sex yang sah, dan seumpamanya. Makanan mental ialah ilmu yang asasi, fardhu ain, fardhu kifayah, ilmu-ilmu naqli dan aqli. Akal/mental/Ilmu sebagai pemimpin, memimpin jasmani tenaga fizikal yang tindakan yang wajar, Ilmu menjadi pemimpin kepada daya emosi ke arah yang wajar. Ilmu memandu dalam peribadatan supaya menjadikannya sah dan diterima, amal tanpa ilmu jawabanya 0. >> sekian untuk kali ini. Wassalam.>>

***************************************************************
Artikel kiriman kedua daripada En. Ismail.

Kali ini saya ingin menceritakan tentang penyakit mengikut perspektif perubatan alternatif (altenative madicine). Mengikut pendangan dan kajian alternatif madicine yang berusia melebihi 2000 tahun itu berbadning dengan conventional madicine yang usianya cuma lebih kurang 200 tahun agak berbeza.

Punca segala penyakit daripada dua faktor iaitu faktor makanan dan faktor rohani/emosi.

Makanan yang kita makan itu akan masuk ke dalam perut dan dicernakan untuk diambil zat galian yang bermanfaat dan disalurkan ke dalam darah melalui saluran-saluran darah dan bermula dari usus kecil sehinggalah ke usus besar sebelum ke anus. Apabila kita mengambil makanan yang mengandungi banyak lemak/kalesterol/garam/gula dan seumpamanya, kurang pula makanan segar seperti sayur atau fiber, maka darah kita akan mengandungi kepekatan bahan-bahan tersebut. Bahan-bahan tersebut akan mengalir keseluruh tubuh dipam oleh jantung kita. Kapalari darah kita ada yang halus dan ini akan mudah berlaku penyumbatan.

Darah yang membawa banyak bahan-bahan yang tidak perlu itu semakin pekat dan berat di tambah dengan penyumbatan yang ada mencetuskan tekanan jantung kita kuat, dan ini akan menyebabkan penyakit darah tinggi. Apabila pangkerias kita gagal menjalankan fungsinya dengan sempurna iaitu dibahagian kepala pangkerias mengeluarkan glokogen yang mengimbangi gula dalam tubuh dan ekornya mengeluarkan insulin untuk mengimbangi gula dalam tubuh , kalau salah satunya tidak dapat menjalankan fungsinya, maka berlaku lebihan gula dalam tubuh dan berlaku kencing manis. Lebih-lebih lagi kalau pinggang lemah, tidak dapat membuang lebihan gula atau garam ke dalam air kencing menyebabkan gula tersebut berlegar dalam putaran darah, kencing manis menjadi lebih serius.

Jantung akan bekerja dengan lebih kuat untuk mengepam darah ke seluruh tubuh kita, sekiranya keadaan berlanjutan, InsyaAllah sakit jantung, lemah pada jantung pun berlaku. Oleh sebab itu, penyakit tiga serangkai ini sering berlaku pada manusia yang lebihan makan pada zaman ini.

Tekanan perasaan akan memberi kesan kepada kolon (usus besar) dan buah pinggag. Kedua-dua organ ini akan menerima kesan yang begitu kuat akibat tekanan emosi, stress, susah hati, keletihan, kebimbangan dan seumpamanya. Apabila berlaku kedua-dua ini maka ia akan memberi kesan kepada kesihatan fizikal kita. Pinggang akan lemah dan kolon akan lemah,akibatnya selalu nak buang air kecil dan kelemahan pada kolon menyebabkan gangguan pada pembuangan air besar. Gangguan ini menyebabkan tidak keseimbangan berlaku dan ini akan memberi kesan amat merbahaya pada kesihatan seseorang.

Cuba perhatikan rakan-rakan kita yang mengalami kencing manis, darah tinggi, sebahagian besar dari mereka hidupnya mesti understress. Stres disebabkan oleh berbagai-bagai faktor, dalam keluarga, kewangan, isteri, suami, anak-anak, tempat kerja dan seumpamanya. Stress inilah yang menjadi punca kepada segala penyakit kerana stress melemahkan organ-organ tersebut dan mempengaruhi minda mengakibatkan pelbagai masalah lain.

Sekian sajalah, sebab untuk menerangkan semua ini amat panjang sekali. Lain kali saya tulis mengenai Unsur-unsur dalam diri.

Sebaik-baiknya, cik/puan tanya, saya boleh beri jawapan secara spicific.

wassalam.

(Terima kasih juga kepada En. Ismail yang sudi menghantar email yang bermanfaat untuk saya dan semua... InsyaAllah kami menunggu lagi apa jua bahan yang berfaedah untuk tatapan semua.)
____________________________________________________________________________

* Wahyu Terakhir Untuk Rasulullah s.a.w Date: Fri, 5 Jun 1998 03:47:16 -0600 (MDT) From: "NOR WATI SULEIMAN"

Comments: Muga hati-hati kita menjadi redup bila membaca kisah ini.

-------------------------[Original Message]--------------------------

The following was included as an attachement. Please use UUDECODE to retrieve it. The original file name was 'kdt3.txt'.

WAHYU TERAKHIR UNTUK RASULULLAH S.A.W ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Diriwayatkan bahawa surah Al-Maaidah ayat 3 diturunkan sesudah waktu Asar iaitu pada hari Jumaat di Padang Arafah pada musim haji penghabisan (Wada')

Pada masa itu Rasulullah S.A.W. berada di Padang Arafah di atas unta. Ketika ayat ini diturunkan Rasulullah tidak begitu jelas penerimaan nya, untuk mengingati isi dan makna yang terkandung di dalam ayat tersebut, Baginda bersandar pada unta beliau sambil unta tersebut duduk perlahan-lahan.

Setelah itu turun malaikat Jibrail A.S dan berkata:"Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah aku sempurnakan urusan agamamu, maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. dan demikian juga apa yang terlarang olehNya.Oleh itu kamu kumpulkan para sahabatmu dan beritahu mereka bahawa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu."

Sebaik sahaja malaikat Jibrail A.S pergi maka Rasulullah S.A.W pun berangkat ke Mekah dan terus ke Madinah.

Setelah Rasulullah S.A.W mengumpulkan para sahabat beliau, maka Rasulullah pun menceritakan apa yang telah di beritahu oleh malaikat Jibrail A.S. Apabila para sahabat mendengar hal demikian maka mereka pun gembira sambil berkata:"Agama kita telah sempurna! agama kita telah sempurna!"

Apabila Abu Bakar mendengar keterangan Rasulullah S.A.W. itu, dia tidak dapat menahan kesedihannya maka dia pun kembali ke rumah lalu mengunci pintu dan menangis. Abu Bakar menangis dari pagi hingga ke malam.

Kisah tentang Abu Bakar r.a menangis telah sampai kepada sahabat yang lain, maka berkumpullah para sahabat di hadapan rumah Abu Bakar r.a dan mereka berkata:"Wahai Abu Bakar, apakah yang telah membuat kamu menangis sehingga sebegini sekali keadaan mu? Sepatutnya kamu berasa gembira sebab agama kita telah sempurna."

Mendengar pertanyaan dari para sahabat maka Abu Bakar r.a pun berkata:" Wahai para sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang musibah yang menimpa kamu, tidakkah kamu tahu bahawa apabila sesuatu perkara itu telah sempurna maka akan kelihatan lah kekurangannya. Dengan turunnya ayat tersebut bahawa ianya menunjukkan perpisahan kita dengan Rasulullah S.A.W. Hasan dan Husin menjadi yatim dan para isteri Nabi menjadi janda."

Setelah mendengar penjelasan dari Abu Bakar r.a maka sedarlah mereka akan kebenaran kata-kata Abu Bakar r.a, lalu mereka menangis. Tangisan mereka telah di dengar oleh para shabat yang lain, maka mereka pun terus memberitahu Rasulullah S.A.W. tentang apa yang mereka lihat itu.

Salah seorang dari sahabat berkata:" Ya Rasulullah, kami baru balik dari rumah Abu Bakar r.a dan kami dapati ramai orang menangis dengan suara yang kuat di hadapan rumah beliau."

Apabila Rasulullah mendengar keterangan dari sahabat itu, maka berubahlah muka Rasulullah dan dengan segera beliau bergegas ke rumah Abu Bakar r.a.

Sebaik sahaja Rasulullah sampai di rumah Abu Bakar r.a maka Rasulullah S.A.W melihat kesemua mereka yang menangis dan bertanya. "Wahai sahabatku, kenapakah kamu semua menangis?" Kemudian Ali r.a berkata:" Ya Rasulullah S.A.W., Abu Bakar mengatakan dengan turunnya ayat ini membawa tanda bahawa wafat mu telah dekat. Adakah ini benar, ya Rasulullah?"

Lalu Rasulullah S.A.W. berkata:" Semua yang dikata oleh Abu Bakar r.a adalah benar dan sesungguhnya masa untuk aku meninggalkan kamu semua telah hampir dekat."

Sebaik sahaja Abu Bakar r.a mendengar pengakuan Rasulullah S.A.W maka dia menangis sekuat tenaganya sehingga dia jatuh pengsan sementara Ali r.a pula mengeletar seluruh tubuhnya. Dan para sahabat yang lain menangis dengan sekuat-kuat yang mereka mampu. Sehingga gunung-gunung, batu-batu, semua malaikat yang dilangit, cacing- cacing serta semua binatang baik di darat mahu pun di laut turut menangis.

Kemudian Rasulullah S.A.W. bersalam dengan para sahabat satu demi satu dan berwasiat kepada mereka. [Kisah Rasulullah S.A.W hidup selepas turunnya ayat terakhir itu ada yang menyatakan 81 hari, 50 hari, 35 hari dan ada juga yang mengatakan 21 hari.]

Pada saat sudah dekat ajal Rasulullah S.A.W., beliau menyuruh Bilah bin Rabah azan untuk mengerjakan solat, lalu berkumpullah para Muhajirin dan Ansar di masjid Rasulullah S.A.W. kemudian Rasulullah menunaikan solat 2 rakaat bersama semua yang hadir. Setelah selesai mengerjakan solat beliau bangun dan naik ke atas mimbar dan berkata: "Alhamdulillah, wahai para muslimin, sesungguhnya saya adalah seorang Nabi yang diutus dan mengajak orang kepada jalan Allah dengan izin Nya, dan saya ini adalah sebagai saudara kandung kamu, yang kasih sayang pada kamu semua seperti seorang ayah. Oleh itu kalau sesiapa mempunyai hak untuk dituntut, maka hendaklah dia bangun dan memberitahu saya sebelum saya dituntut di hari kiamat."

Rasulullah berkata sebanyak tiga kali kemudian bangun seorang lelaki yang bernama 'Ukasyah Bin Muhshan' dan berkata:" Demi ayah dan ibuku Ya Rasulullah S.A.W., kalau anda mengumumkan kepada kami berkali- kali sudah tentu saya tidak mahu mengemukakan hal ini." Lalu 'Ukasyah berkata lagi:"Sesungguhnya dalam perang Badar, saya bersamamu Ya Rasulullah, pada masa itu saya mengikuti unta anda dari belakang, setelah dekat saya pun turun menghampiri anda dengan tujuan supaya dapat mencium peha anda, tetapi anda telah mengambil tongkat dan memukul unta anda supaya berjalan cepat, yang mana pada masa itu anda terpukul pada tulang rusuk saya. Oleh itu saya hendak tahu sama ada anda sengaja atau cuma hendak memukul unta tersebut."

Rasulullah S.A.W. berkata:" Wahai Ukasyah, Rasulullah sengaja memukul kamu."

Kemudian Rasulullah S.A.W. berkata kepada Bilal r.a.: "Wahai Bilal, kamu pergi ke rumah Fatimah dan ambilkan tongkat aku ke mari."

Bilal keluar dari masjid menuju ke rumah Fatimah sambil meletakkan tangannya di atas kepala dengan berkata:"Rasulullah telah menyediakan dirinya untuk di balas (qishash)."

Setelah Bilal sampai di rumah Fatimah maka Bilal pun memberi salam dan mengetuk pintu. Kemudian Fatimah r.a menyahut dengan berkata:" Siapakah di pintu?"

Lalu Bilal berkata:"Saya Bilal, saya diperintahkan oleh Rasulullah S.A.W. untuk mengambil tongkatnya."

Kemudian Fatimah berkata:" Wahai Bilal, untuk apa ayahku meminta tongkatnya?"

Bilal berkata:"Wahai Fatimah, Rasulullah S.A.W. telah menyediakan dirinya untuk di qishash." Fatimah bertanya lagi:"Wahai Bilal, siapakah manusia yang sampai hatinya untuk mengqishash Rasulullah S.A.W.?"

Bilal tidak menjawab pertanyaan Fatimah r.a., sebaik sahaja Fatimah r.a memberikan tongkat tersebut maka Bilal pun membawa nya kepada Rasulullah S.A.W.

Setelah Rasulullah S.A.W. menerima tongkat tersebut dari Bilal maka beliau pun menyerahkan kepada 'Ukasyah'. Melihat hal yang demikian maka Abu Bakar r.a. dan Umar r.a tampil ke hadapan sambil berkata:"Wahai 'Ukasyah, janganlah kamu qishash baginda Rasulullah S.A.W., tetapi kamu qishashlah kami berdua."

Apabila Rasulullah S.A.W. mendengar kata-kata Abu Bakar dan Umar maka dengan segera baginda berkata:"Wahai Abu Bakar dan Umar, duduk lah kamu sesungguhnya Allah S.W.T. telah menetapkan tempat untuk kamu berdua."

Kemudian Ali r.a. bangun lalu berkata:"Wahai 'Ukasyah! aku adalah orang yang sentiasa berada disamping Rasulullah S.A.W. oleh itu kamu pukul lah aku dan janganlah kamu mengqishash Rasulullah S.A.W."

Lalu Rasulullah S.A.W. berkata:" Wahai Ali, duduklah kamu, sesungguhnya Allah S.W.T. telah menetapkan tempatmu dan mengetahui isi hati mu."

Setelah itu Hasan dan Husin bangun dan berkata:"Wahai 'Ukasyah, bukankah kamu tidak tahu bahawa kami ini adalah cucu Rasulullah S.A.W., kalau kamu mengqishash kami sama dengan kamu mengqishash Rasulullah S.A.W."

Mendengar kata-kata cucunya Rasulullah S.A.W. pun berkata: "Wahai buah hatiku, duduklah kamu berdua."

Rasulullah S.A.W. berkata:" Wahai 'Ukasyah, pukul lah saya kalau kamu hendak memukul."

Kemudian 'Ukasyah berkata:" Ya Rasulullah S.A.W. anda telah memukul saya sewaktu saya tidak memakai baju."

Maka Rasulullah S.A.W. pun membuka baju, sebaik sahaja Rasulullah S.A.W. membuka baju maka menangislah semua yang hadir.

Sebaik sahaja 'Ukasyah melihat tubuh badan Rasulullah S.A.W. maka dia pun mencium beliau dan berkata: "Saya tebus anda dengan jiwa saya, ya Rasulullah S.A.W. Siapakah yang sanggup memukul anda. Saya melakukan begini adalah sebab saya hendak menyentuh badan anda yang dimuliakan oleh Allah S.W.T. dengan badan saya dan Allah S.W.T menjaga saya dari neraka dengan kehormatanmu."

Kemudian Rasulullah S.A.W. berkata:"Dengarlah kamu sekelian, sekiranya kamu hendak melihat ahli syurga, inilah orangnya."

Kemudian semua para jemaah bersalaman atas kegembiraan mereka terhadap peristiwa yang sangat genting itu. Setelah itu para jemaah berkata:" Wahai 'Ukasyah, inilah keuntungan yang paling besar bagimu, engkau telah memperolehi darjat yang tinggi dan bertemankan Rasulullah S.A.W. di dalam syurga."

Apabila ajal Rasulullah S.A.W. makin hampir maka beliau pun memanggil para sahabat ke rumah Siti Aisyah r.a dan beliau berkata: "Selamat datang kamu semua semoga Allah S.W.T. mengasihi kamu semua, saya berwasiat kepada kamu semua agar kamu semua bertaqwa kepada Allah S.W.T. dan mentaati segala perintahnya. Sesungguhnya hari perpisahan antara saya dengan kamu semua hampir dekat. Kalau telah sampai ajalku maka hendaklah Ali yang memandikanku, Fadhl bin Abas hendaklah menuangkan air dan Usamah bin Zaid hendaklah menolong keduanya.

Setelah itu kamu kapani aku dengan pakaianku sendiri apabila kamu semua menghendaki, atau kapanilah aku dengan kain Yaman yang putih. Apabila kamu memandikan aku, maka hendaklah kamu letakkan aku diatas diatas balai tempat tidurku dalam rumah ku ini. Setelah itu kamu semua keluarlah sebentar meninggalkan ku. Pertama yang akan mensolatkan aku ialah Allah S.W.T., kemudian yang akan mensolatkan aku ialah Jibrail A.S., kemudian diikuti oleh malaikat Izrail berserta dengan semua para pembantunya. Setelah itu baru kamu semua masuk beramai-ramai bersolat ke atasku."

Sebaik sahaja para sahabat mendengar ucapan yang sungguh menyayat hati itu maka mereka menangis dengan nada yang keras dan berkata:" Ya Rasulullah S.A.W., anda adalah seorang Rasul yang diutus kepada kami dan untuk semua yang mana selama ini anda memberi kekuatan dalam penemuan kami dan sebagai penguasa yang menguruskan perkara kami. Apabila anda sudah tiada nanti siapakah yang akan kami tanya setiap persoalan yang timbul nanti?"

Kemudian Rasulullah S.A.W. berkata:" Dengarlah para sahabatku aku tinggalkan kamu semua jalan yang benar dan jalan yang terang dan telah aku tinggalkan kepada kamu semua, dua penasihat yang satu daripadanya pandai bicara dan yang satu lagi diam sahaja. Yang pandai bicara itu ialah Al-Quran dan yang diam itu ialah Maut.

Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit diantara kamu, maka hendaklah kamu semua kembali kepada Al-Quran dan Hadisku dan sekiranya hati kamu itu berkeras maka lembutlah dia dengan mengambil pengajaran dari mati."

Setelah Rasulullah S.A.W. berkata demikian, maka sakit Rasulullah S.A.W. bermula. Dalam bulan Safar Rasulullah sakit selama 18 hari dan sering diziarahi oleh para sahabat. Dalam sebuah kitab diterangkan bahawa Rasulullah S.A.W. diutus pada hari isnin dan wafat pada hari isnin.

Pada hari isnin, sakit Rasulullah S.A.W. bertambah berat, setelah Bilal r.a. selesai azan subuh, maka Bilal r.a pun pergi ke rumah Rasulullah S.A.W. Sesampainya Bilal r.a di rumah Rasulullah S.A.W., maka Bilal r.a pun memberi salam:" Assalamualaikum ya Rasulullah." Lalu dijawab oleh Fatimah r.a: "Rasulullah S.A.W. masih sibuk dengan urusan beliau."

Setelah Bilal r.a mendengar penjelasan dari Fatimah r.a maka Bilal pun kembali ke masjid tanpa memahami kata-kata Fatimah r.a itu.

Apabila waktu subuh hampir hendak lupus, lalu Bilal pergi sekali lagi ke rumah Rasulullah S.A.W. dan memberi salam seperti permulaan tadi, kali ini salam Bilal r.a telah didengar oleh Rasulullah dan baginda berkata:"Masuklah wahai Bilal, sesungguhnya penyakitku ini semakin berat, oleh itu kamu suruhlah Abu Bakar mengimamkan solat Subuh berjemaah dengan mereka yang hadir."

Setelah mendengar kata-kata Rasulullah S.A.W. maka Bilal r.a. pun berjalan menuju ke masjid sambil meletakkan tangannya diatas kepala dengan berkata:" Aduh musibah!"

Sebaik sahaja Bilal sampai di masjid maka Bilal pun memberitahu Abu Bakar tentang apa yang telah Rasulullah S.A.W. kata kan kepadanya.

Abu Bakar tidak dapat menahan dirinya apabila melihat mimbar kosong maka dengan suara yang keras Abu Bakar r.a menangis sehingga jatuh pengsan.

Melihat peristiwa itu, maka riuh rendahlah di dalam masjid sehingga Rasulullah bertanya kepada Fatimah apakah yang berlaku?" Maka Fatimah memberitahu:"Kekecohan kaum muslimin sebab anda tidak pergi ke masjid."

Kemudian Rasulullah memanggil Ali r.a dan Fadhl bin Abas, lalu Rasulullah S.A.W. bersandar kepada kedua mereka dan terus pergi ke masjid. Setelah Rasulullah S.A.W. sampai di masjid maka beliau pun bersolat Subuh bersama dengan para jemaah.

Setelah selesai solat Subuh maka Rasulullah S.A.W. pun berkata: "Wahai kaum muslimin, kamu semua sentiasa dalam pertolongan dan pemeliharaan Allah S.W.T., oleh itu hendaklah kamu semua bertaqwa kepada Allah S.W.T. dan mengerjakan segala perintahNya.Sesungguhnya aku akan meninggalkan dunia ini dan kamu semua, dan hari ini adalah hari pertama aku di akhirat dan hari terakhir aku di dunia.

Setelah berkata demikian, maka Rasulullah S.A.W. pun pulang ke rumah beliau.

Kemudian Allah mewahyukan kepada malaikat Izrail:"Wahai Izrail, pergilah kamu kepada kekasihku dengan sebaik-baik rupa dan apabila kamu hendak mencabut rohnya maka hendaklah kamu melakukan dengan cara yang paling lembut sekali.Apabila kamu pergi kerumahnya maka minta izinlah terlebih dahulu, kalau di izinkan kamu masuk maka masuklah kamu ke rumahnya dan kalau dia tidak mengizinkan kamu masuk maka hendaklah kamu kembali kepada ku.

Sebaik sahaja malaikat Izrail mendapat perintah dari Allah S.W.T. maka malaikat Izrail pun dengan segera menyerupai seorang Arab Badwi. Setelah malaikat Izrail sampai dihadapan rumah Rasulullah S.A.W. maka dia pun memberi salam:"Assalamu alaikum yaa ahla baitin nunuwwati wa ma danir risaalati aadkhulu?"(Mudah-mudahan keselamatan tetap untuk kamu sekelian, wahai penghuni rumah nabi dan sumber risalah, bolehkah saya masuk?")

Apabila Fatimah mendengar orang memberi salam maka dia pun berkata:"Wahai hamba Allah, Rasulullah S.A.W. sedang sibuk sebab sakitnya yang semakin berat."

Kamudian malaikat Izrail berkata lagi seperti permulaannya, dan kali ini seruan malaikat itu telah didengar oleh Rasulullah S.A.W. dan Rasulullah S.A.W. bertanya kepada Fatimah r.a:" Wahai Fatimah, siapakah di depan pintu itu."

Maka Fatimah r.a berkata:"Ya Rasulullah, ada seorang Arab Badwi memanggilmu dan aku telah katakan kepadanya bahawa anda sedang sibuk sebab sakit, sebaliknya dia memandang saya dengan tajam sehingga merasa mengigil badan saya."

Kemudian Rasulullah S.A.W. berkata:"Wahai Fatimah, tahu kah kamu siapakah orang itu?"

Jawab Fatimah:"Tidak ayah."

Dia adalah malaikat Izrail, malaikat yang akan memutuskan segala macam nafsu syahwat yang memisahkan perkumpulan-perkumpulan dan yang memusnahkan semua rumah serta meramaikan penghuni kubur."

Fatimah r.a. tidak dapat menahan air matanya lagi setelah mengetahui bahawa saat perpisahan dengan ayahnya telah hampir, dia menangis sepuas-puasnya.

Apabila Rasulullah S.A.W. mendengar tangisan Fatimah maka beliau pun berkata:" Janganlah engkau menangis wahai Fatimah, engkaulah orang pertama dalam keluargaku akan bertemu dengan aku."

Kemudian Rasulullah S.A.W. menjemput malaikat Izrail masuk. Maka malaikat Izrail pun masuk dengan mengucap:"Assalamualaikum ya Rasulullah."

Lalu Rasulullah menjawab:"Wa alaikas saalamu, wahai Izrail engkau datang menziarahi aku atau untuk mencabut rohku?"

Izrail berkata:"Kedatangan saya adalah untuk menziarahi mu dan mengambil roh mu, itupun kalau kamu izinkan, kalau tidak izinkan maka aku akan kembali."

Rasulullah berkata:"Wahai Izrail, dimanakah kamu tinggalkan Jibrail?"

Izrail berkata:"Saya tinggalkan Jibrail A.S. di langit dunia, semua para malaikat sedang memuliakan dia."

Tidak berapa saat kemudian, Jibrail A.S. pun turun dan duduk dekat kepala Rasulullah S.A.W. Apabila Rasulullah S.A.W. melihat kedatangan Jibrail A.S. maka Rasulullah S.A.W. pun berkata:"Wahai Jibrail, tahukah kamu bahawa ajalku sudah dekat?"

Jibrail berkata:" Ya, aku memang tahu."

Rasulullah S.A.W. bertanya lagi:"Wahai Jibrail beritahu kepadaku kemuliaan yang mengembirakan aku disisi Allah S.W.T."

Jibrail A.S. berkata:"Sesungguhnya semua pintu langit telah dibuka, para malaikat bersusun rapi mananti roh mu di langit. Kesemua para bidadari sudah berhias menanti kehadiran rohmu."

Rasulullah S.A.W. berkata:"Sekarang kamu katakan pula tentang umatku pada hari Kiamat nanti."

Jibrail A.S berkata:" Allah S.W.T. telah berfirman: "Sesungguhnya Aku telah melarang semua nabi masuk ke syurga sebelum engkau masuk terlebih dahulu, dan aku juga melarang semua umat memasuki syurga sebelum umat mu memasuki syurga."

Rasulullah S.A.W. berkata:"Wahai Izrail, dekat lah kamu kepadaku."

Setelah itu malaikat Izrail pun memulakan tugasnya apabila roh itu sampai pada pusat, maka Rasulullah S.A.W. pun berkata:"Wahai Jibrail alangkah dasyatnya rasa mati."

Jibrail mengalihkan pandangan dari Rasulullah apabila mendengar kata -kata beliau.

Melihat telatah Jibrail itu, maka Rasulullah pun berkata: "Wahai Jibrail, apakah kamu tidak suka melihat wajahku?"

Jibrail A.S berkata:"Wahai kekasih Allah, siapakah orang yang sanggup melihat wajah mu di kala kamu dalam sakaratul maut?"

Anas bin Malik berkata:"Apabila roh Rasulullah S.A.W. telah sampai di dada beliau bersabda:"Aku wasiatkan kepada kamu semua menjaga solat dan apa-apa yang telah diperintahkan ke atas atasmu."

Ali r.a. berkata:"Sesungguhnya Rasulullah S.A.W.ketika menjelang saat-saat terakhir, telah mengerakkan kedua bibir beliau sebanyak dua kali dan saya meletakkan telinga saya dekat Rasulullah S.A.W. dia berkata:"Umatku, Umatku."

**************************************************************************

Rasulullah S.A.W. bersabda bahawa:"Malaikat Jibrail A.S telah berkata kepadaku:"Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah S.W.T. telah menciptakan sebuah laut di belakang gunung Qaf dan di laut itu terdapat ikan yang selalu membaca selawat untukmu, kalau sesiapa yang mengambil ikan dari laut itu maka akan lumpuhlah kedua tangannya dan ikan itu akan menjadi batu'."

*************************************************************************

(Terima kasih atas kiriman email dari pengirim di atas. Saya paparkan risalah berguna ini untuk tatapan semua pengunjung laman saya.. semoga banyak manfaatnya... InsyaAllah.)
____________________________________________________________________________

(Saya petik sebahagian dari risalah percuma `Al-Yakin' Terbitan Bhg. Hal Ehwal Islam, JPM. - oleh: Dr. Mahmud Saidun bin Osman )

ASAS PEMBENTUKAN KELUARGA BAHAGIA.

Keluarga ialah kelompok manusia yang paling kecil dalam masyarakat yang terdiri dari ayah, ibu dan anak-anak. Keluarga adalah asas dan sendi masyarakat. Jika aman damai dan bahagia setiap keluarga, bererti seluruh masyarakat juga akan bahagia. Pembentukan keluarga adalah asas kepada pembentukan masyarakat yang lebih besar.

Apakah yang dikatakan kebahagiaan? Kebahagiaan bererti kenikmatan, tiada ketakutan, kebimbangan, sebaliknya aman dan damai menjiwai perasaan. Hidup dalam keadaan redha dan diredhai oleh Allah (s.w.t) di dunia dan di akhirat. Maka berbahagialah mereka itu dalam erti kata yang sebenar.

Ramai di antara kita kurang memahami tanggungjawab, tujuan dan dasar-dasar berkeluarga yang dikehendaki oleh Islam. Kebanyakannya mendirikan rumahtangga semata-mata untuk memenuhi naluri kemanusiaan sahaja. Jika sikap seperti ini tidak dibenteras dan diatasi, keluarga bahagia tidak akan dapat diwujudkan. Ini bererti masyarakat Islam yang aman damai dan bahagia tidak akan wujud.

Pembentukan keluarga bahagia bererti memperkatakan ajaran dan suruhan Islam kepada umatnya untuk membentuk dan mewujudkan sebuah keluarga yang dikehendaki oleh Islam.

Perkahwinan merupakan ikatan yang suci lagi mulia, menggambarkan perkembangan yang sihat di dalam usaha sesebuah masyarakat untuk mencari kesempurnaan dan kebahagiaan hidup serta melahirkan keturunan dan zuriat.

Tujuan Allah menjadikan jin dan manusia serta Rasulullah s.a.w. berbangga dengan umatnya yang ramai, adalah supaya mereka menumpahkan taat setia dan beribadah kepada Allah, bukan untuk melakukan kemungkaran dan kemaksiatan.

ASAS PERKAHWINAN

Perkahwinan hendaklah diasaskan kepada beberapa perkara:

Taqwa - Ia hendaklah diasaskan atau didasarkan atas rasa taqwa kepada Allah, tanpa taqwa ditakuti perkahwinan itu tidak dapat menurut landasan yang sebenarnya. Tambahan pula ia merupakan ibadat iaitu suatu sunnah Rasulullah s.a.w.

Sabda Rasulullah s.a.w. "Pernikahan itu adalah sunnah ku, sesiapa yang tidak suka mengikut sunnah ku (perjalananku) bukanlah dia dari golongan ku."

Al-Mawaddah Wa Al-Rahmah - Perkahwinan hendaklah juga diasaskan di atas asas Al-Mawaddah (berkasih sayang) dan 'Al-Rahmah" (kasih mengasihi). Tanpa kasih sayang dan kasihan mengasihi perkahwinan akan hancur, kebahagiaan hanya akan menjadi angan-angan sahaja. Malahan kasih sayang harus wujud di dalam kehidupan seluruh umat manusia demi untuk melahirkan masyarakat manusia yang bahagia, saling hormat menghormati, percaya memepercayai dan tolong menolong. Tanpa Al-Mawaddah dan Al-Rahmah masyarakat pasti tidak akan hidup tenteram. Tambahan pula dalam menjalin hubungan kekeluargaan dan rumahtangga Al-Mawaddah dan Al-Rahmah ini sangat-sangat diperlukan.

Al-Muasarah bil Maaruf - Pembinaan rumahtangga hendaklah juga diasaskan di atas dasar Al-Muasarah bil Maaruf. Apa yang dimaksudkan dengan Al-Muassarah bil Maaruf ialah: Pergaulan dan hidup bersama secara baik dan diredhai Allah. Tidak dikatakan sesuatu itu Maaruf melainkan ia baik dan diredhai Allah serta jauh pula dari kemungkaran, kemaksiatan, penganiayaan, kezaliman dan sebagainya. Oleh itu pergaulan suami isteri tadi hendaklah didasarkan di atas lunas-lunas keredhaan Allah, sentiasa bertolak ansur, memperbanyakkan kesabaran dan ketabahan di dalam menghadapi gelombang dan ribut taufan rumahtangga, kemaafan menjadi sikap dan cara berfikir. Ketegasan diri menentang kemungkaran menjadi ubat. Manakala didikan dan bimbingan kepada isteri dan keluarga ke arah keredhaan Allah menjadi dasar tindakan seseorang suami. Rasulullah s.a.w. bersabda "Sebaik-baik kamu orang yang baik kepada ahli rumahnya dan akulah sebaik-baik di antara kamu kepada ahli rumahku.

Allah berfirman dari Surah An Nisaa, maksudnay: Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.

Rasulullah s.a.w. bersabda lagi: "Dari sifat-sifat yang boleh menjadikan seseorang itu sempurna imannya ialah orang yang berakhlak mulia, berlemah lembut dengan ahlinya."

Perlu diingat, lemah lembut bukan pula bererti kita membiarkan isteri dan ahli-ahli keluarga melakukan kemungkaran dan bergelumang dengan dosa dan maksiat kerana kalau ini yang berlaku bererti kita telah berlaku bacol dan dayus terhadap tanggungjawab kita terhadap keluarga.

Begitu juga termasuk di dalam asas Al-Muasarah bil Maaruf ini ialah "kemampuan suami untuk menjadi suami yang hakiki" Di antaranya ialah berupaya menyediakan nafkah, pakaian, makanan dan tempat tinggal dan tidak mendatangkan mudharat atau kesusahan kepada isteri sama ada secara fizikal, mental ataupun rohani.

AMANAH DAN TANGGUNGJAWAB

Perkahwinan hendaklah diasaskan atas dasar bahawa ia merupakan amanat dan tanggungjawab, bukan diasaskan atas kehendak nafsu semata-mata. Amanat ini hendaklah ditunaikan dengan sebaik-baiknya. Tanggungjawab ini hendaklah dilaksanakan tanpa putar belit sebaliknya hendaklah dengan cara yang ikhlas dan jujur.

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Kamu telah mengambil mereka sebagai isteri dengan amanah Allah dan kamu menikmati mereka dengan kalimah Allah."

Allah telah memberikan penghormatan kepada suami dengan menjadikannya ketua keluarga, ia dipertanggungjawab untuk memimpin keluarga ke arah keimanan, kebahagiaan dan hidup dalam keadaaan yang diredhai Allah. Keluarga adalah amanat dari Alah ke atas mereka maka hendaklah mereka menunaikan amanat ini dengan sebaik-baiknya.

Allah berfirman dalam surah At- Tahrim ayat 6 yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka yang bahan-bahannya, manusia dan batu berhala.

Itulah asas dan dasar-dasar yang seharusnya dipertimbangkan dan dijadikan panduan ketika mengharungi hidup berumahtangga. Perkahwinan merupakan amanat yang wajib dijaga dengan baik dan jangan dikhianati. Tanggungjawab yang wajib dilaksanakan dengan sepenuhnya ini tidak sunyi dari cubaan dan dugaan, dari itu hendaklah kita sentiasa berwaspada untuk mengujudkan keluarga bahagia.

PEMINANGAN

Sebelum perkahwinan dijalankan hendaklah ia didahului dengan peminangan. Pinangan boleh dilakukan secara terus terang dan langsung (sareh). Haram meminang pinangan orang lain melainkan pihak lelaki yang telah bertunang itu menarik diri (putus tunang) atau telah diizinkan oleh beliau, sementara menerima pinangan tadi hukumnya sama seperti hukum meminang di segi halal dan haramnya.

Rasulullah s.a.w. bersabda: Janganlah seseorang itu meminang tunang saudaranya melainkan pertunangan mereka telah putus atau diizinkan olehnya.

Dengan itu jelaslah kepada kita bagaimana Islam menghormati perasaan dan maruah seseorang. Keluarga bahagia tidak akan wujud melalui perampasan tunang atau perebutan yang tidak mengenal mana yang hak dan mana yang batil. Janganlah kita cuba mendirikan mahligai kebahagiaan atas titisan air mata dan penderitaan saudara kita. Dalam pada itu pihak lelaki boleh melamar mana-mana wanita dengan cara yang halal dan sah dan begitulah juga pihak perempuan diharuskan melamar pihak lelaki walaupun ini tidak menjadi adat kebiasaan masyarakat kita.

Perkahwinan janganlah didirikan secara tergesa-gesa atau terburu-buru, ia hendaklah dirikan setelah pertimbangan yang halus dan teliti dilakukan supaya tidak timbul kekesalan di kemudian hari.
Maksudnya: Setiap kamu adalah penjaga dan setiap kamu bertanggungjawab ke atas jagaannya. Lelaki (suami) adalah penjaga ke atas anggota keluarga rumahnya dan dia adalah bertanggungjawab ke atas jagaannya. Perempuan (isteri) bertanggungjawab terhadap rumah, suaminya dan jagaannya. Bukankah kamu penjaga dan setiap kamu adalah bertanggungjawab ke atas jagaannya.

Memang disedari bahawa anak pinak dan keluarga merupakan kebanggaan seseorang, ia juga adalah hiasan hidup yang amat bernilai di dunia ini. Walaupun demikian janganlah sampai kita terpedaya lalu meninggalkan atau melupakan pula kewajipan-kewajipan kita yang lain yang diamanahkan oleh Allah.

Allah berfirman dari Surah Al Munaafiquun ayat 9 Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintah-perintah-Nya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.

Disamping Allah memberi amaran keras bahawa harta benda dan anak pinak tadi merupakan perhiasan hidup yang menggembirakan dan bernilai tinggi, Ia mengingatkan bahawa harta dan anak pinak juga merupakan fitnah dan percubaan dari Allah yang boleh menjerat kita kepada malapetaka di dunia dan neraka di akhirat nanti.

Islam mengharuskan seorang lelaki melihat bakal tunangannya, supaya tidaklah timbul rasa tertipu atau terpedaya kepada pihak yang meminang.

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Lihatlah dia (bakal tunangan) dengan ini akan lebih mengukuhkan (mengekalkan) perhubungan kamu berdua."

Para ulamak berpendapat bahawa anggota-anggota yang boleh dilihat itu hanyalah muka dan tapak tangan hingga pergelangan.

Rasulullah s.a.w. bersabda: Jika datang kepada kamu pinangan dari seorang yang kamu redha tentang agama dan akhlaknya, walaupun kurang berada, hendaklah kamu terima. Kalau kamu menolak pinangannya maka padahnya adalah fitnah dan kerosakan di muka bumi (ini diulang oleh Rasulullah s.a.w tiga kali).

Di dalam cerita lain. Rasulullah s.a.w bersabda: Dinikahi seseorang perempuan itu kerana empat sebab, kerana hartanya, kerana kecantikan, kedudukannya atau keturunan dan kerana agamanya. Maka nikahilah wanita y ang beragama maka suburlah tanganmu (mendapat berkat).

Di dalam hadis yang lain pula Rasulullah s.a.w. bersabda: Di antara kebahagiaan anak Adam ini adalah tiga perkara: Isteri yang solehah, tempat tinggal yang selesa dan kenderaan yang baik.

Di dalam riwayat yang lain pula maksudnya: Rasulullah s.a.w telah ditanya: Bagaimanakah sebaik-baik perempuan. Rasulullah s.a.w. menjawab: Yang menyukakan hati apabila kamu memandangnya, jika disuruh ia patuh dan taat, jika di belakang suaminya ia menjaga dirinya dan mengawal dengan baik harta suaminya (Amanah pada diri dan harta suami).

Di dalam hadis yang lain Rasulullah s.a.w bersabda: Di dunia ini ada kenikmatan. Sebaik-baik kenikmatan di dunia ialah isteri yang solehah.

Di atas tadi telah diperturunkan beberapa potong hadis supaya kita renung dan fikirkan dengan halus kemudian kita jadikan panduan dalam mencari jodoh dan pasangan hidup. Kesimpulan dari hadis-hadis tadi ialah: Disamping kecantikan, kekayaan, kemuliaan, kedudukan, keturunan, kemanjaan hendaklah perempuan itu juga mempunyai kemampuan untuk melahirkan keturunan yang banyak. Keagamaan, kesolehan dan keimanan hendaklah diutamakan sebagai dasar asasi pemilihan. Jika timbul pertentangan maka yang akhir ini sudah cukup untuk segala-galanya. Ini bukan bererti Islam tidak menghendaki sifat-sifat selain dari keagamaan dan kesolehan. Malahan jika seseorang itu dapat memiliki segala sifat dan keistimewaan yang ada pada diri seseorang perempuan itu maka berbahagialah ia di dunia dan di akhirat.

Manakala sifat seorang suami yang dikehendaki oleh Islam ialah lelaki itu hendaklah seorang yang mempunyai sifat-sifat kemanusiaan yang terpuji, akhlak yang baik, keimanan yang mendalam serta tahu akan kewajipannya dan bertanggungjawab.
Harta, pangkat dan kedudukan semata-mata tidak menjamin untuk mengujudkan sebuah keluarga yang bahagia.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

Untuk mengujudkan sebuah keluarga bahagia, setiap anggota keluarga hendaklah mengetahui perasaan, peranan masing-masing dan melaksanakan tanggungjawabnya dengan akhlak yang jujur dan sempurna, seperti yang dikehendaki oleh Islam.

Tugas Dan Tanggungjawab Suami Terhadap Isteri Dan Keluarga

Di bawah ini diperturunkan tugas dan tanggungjawab suami secara ringkas, di antaranya ialah:

1. Memahami bahawa keluarga adalah amanah dari Allah dan tanggungjawab yang wajib disempurnakan dengan sepenuhnya oleh beliau dengan baik dan jujur. Suami adalah ketua keluarga.

2. Mencurahkan kasih sayang (Al-Mawaddah) dan belas kasihan (Al-Rahmah) dan bersedia untuk berkorban kerana kebahagiaan keluarga.

3. Memberi bimbingan, didikan dan pengajaran kepada setiap anggota keluarga menurut kehendak Islam.

4. Melindungi keluarga dari segala bentuk pencerobohan dan ancaman di samping melindungi diri mereka dari perbuatan mungkar dan maksiat.

5. Memberikan nafkah dan sara hidup yang selayaknya. Makan dan minum, pakaian, perubatan juga tempat tinggal yang sesuai.

6. Berlaku adil kepada mereka, tindak tanduk hendaklah didasarkan di atas asas pergaulan secara baik.

7. Menyelaraskan masalah yang timbul di antara keluarga sesama mereka atau dengan jiran tetangga dan sahabat taulan.

8. Isteri mempunyai hak di dalam mengendalikan hartanya, suami tidak berhak di atas harta kepunyaan isterinya. Kewajipan suaminya menghormati hak individu ini.

9. Menyelesaikan maharnya jika belum dijelaskan.

Inilah keistimewaan tugas-tugas dan tanggungjawab suami yang telah diamanahkan oleh Allah s.w.t kepadanya.

Tugas Dan Tanggungjawab Isteri Terhadap Suami Dan Keluarga.

Setiap isteri adalah bertanggungjawab untuk melaksanakan segala tugas dan kewajipan terhadap suami dan keluarganya dengan jujur, ikhlas dan amanah. Kesimpulan dari tugas dan tanggungjawab tersebut ialah:

1. Wajib bagi isteri mendokong konsep Al-Mawaddah (berkasih sayang) Al-Rahamah (kasih mengasihi) sebagaimana yang diwajibkan ke atas suami.

2. Patuh, taat dan menghormati suami, selama mana ia tidak bertentangan dengan syarat Islam.

3. Menjaga kehormatan dirinya dan suaminya dan menjaga amanah dan harta suaminya dan juga rahsia keluarga dalam rumahtangga.

4. Berhias untuk suami. Isteri hendaklah sentiasa berada di hadapan suami dalam keadan menarik dan kemas.

5. Mendidik anak-anak dengan sempurna dan sewajarnya menurut lunas-lunas Islam dan menjaga kebersihan, kesihatan dan kebajikan anak-anak sesuai dengn tugasnya. Ibu sebagai orang yang bertanggungjawab dalam perkara ini.

6. Menjalankan urusan rumahtangga supaya sempurna dan teratur mengendalikan kerja rumah.

7. Tidak meninggalkan rumah melainkan setelah mendapat izin dari suaminya atau disebabkan mudarat.

Inilah kesimpulan tugas dan tanggungjawab isteri terhadap suaminya dan keluarga.

Hak Dan Tanggungjawab Bersama.

Hak dan tanggungjawab bersama di antara suami dan isteri untuk mengujudkan keharmonian dan kebahagiaan bolehlah disimpulkan kepada beberapa perkara:

1. Halal menikmati perkongsian hidup dan pergaulan yang baik -
Al-Muasarah bil Maaruf (Pergaulan dan hidup bersama secara
baik dan diredhai Allah).

2. Haram perkahwinan kerana periparan dan persemendaan.

3. Merahsiakan keadaan dan kekurangan dalam rumahtangga.

4. Berhak mewarisi antara satu sama lain.

5. Berlaku adil dan saksama di dalam tindak tanduk dan perkataan.

6. Bersabar menghadapi berbagai dugaan dan perlu saling nasihat
menasihati antara satu dengan lain.

7. Berkerjasama ke arah keredhaan Allah s.w.t.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB AYAH KEPADA ANAKNYA.

1. Berlaku ihsan terhadap anak-anak, memeberikan kasih sayang, didikan, bimbingan, pelajaran dan persekolahan yang dikehendaki oleh Islam.

2. Memberi nafkah, pakaian, makanan, minuman, tempat tinggal yang sesuai.

3. Berlaku adil terhadap mereka.

4. Mempertahankan kehormatan mereka.

5. Berlaku ihsan di dalam memberikan nama kepada mereka.

6. Menghormati hak nasab (keturunan), khadhanah (pemeliharaaan) dan radhaah (penyusunan) yang telah diaturkan oleh Islam.

7. Memilih bakal ibu yang baik menurut pandangan Islam.

8. Sebelum mendekati isteri hendaklah berdoa agar mereka tidak disertai oleh syaitan dan keturunan yang akan lahir hasil pergaulan tadi bukan hasil penyertaan syaitan, dan hendaklah selalu berdoa agar Allah mengurniakan pada mereka keturunan yang soleh dan baik-baik.

Di dalam hal ini Rasulullah s.a.w bersabda: Jika seseorang daripada kamu hendak mendekati isterinya bacalah Bismillah, Ya Allah jauhkanlah syaitan dari kami dan jauhkanlah syaitan daripada apa yang Kau rezekikan kepada kami (daripada anak-anak).

Al-Quran telah memperturunkan doa nabi Zakaria a.s., Allah s.w.t berfirman: Maksudnya: Wahai Tuhan ku! kurniakanlah kepada ku dari sisi Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan.

PENUTUP.

Untuk membentuk atau melahirkan keluarga yang bahagia, bukan sahaja terletak kepada cara-cara pemilihan bakal mempelai berdasarkan ajaran Islam malahan hendaklah diasaskan dari mula-mula lagi. Asas-asas yang kukuh dan diredhai Allah bermula dari sebelum kedua ibu bapa mendapatkan zuriat dan keturunan yang soleh. Tidaklah salah kalau saya katakan mendirikan keluarga bahagia ibarat menanam sebatang pokok.

Hendaklah dicari tanah yang subur, benih yang baik, cuaca yang sesuai dan suasana yang menggalakkan. Benih tadi hendaklah disiram dengan nama Allah dengan niat yang baik supaya dapat memberikan faedah kepada dirinya dan alam sekeliling sebagai tanda ibadat kepada Allah. Setelah tumbuh, pokok itu terus dibaja, dijaga dengan baik dan sewajarnya supaya tidak diganggu oleh serangga atau ulat-ulat sehinggalah pokok itu subur dan terus kuat menghadapi cabaran. Kalau proses ini berjalan teus seperti yang dikehendaki, InsyaAllah ia akan menghasilkan buah yang besar, manis, cantik dan memuaskan. Dan ini kalau dibandingkan dengan manusia ia akan melahirkan zuriat yang baik dan akan mendoakan kedua ibu bapanya.

Oleh yang demikian setiap kita hendaklah benar-benar memahami tujuan asas dan dasar perkahwinan yang dikehendaki oleh Islam. Cara-cara memilih jodoh. Sifat-sifat bakal pasangan yang harus diutamakan menurut Islam. Memahami dan melaksanakan segala amanat dan tanggungjawab masing-masing. Saya percaya cara ini akan dapat mengajar dan membentuk keluarga bahagia dalam Islam. Amin...

(Artikel ini dipetik sebahagian dari risalah Al-Yakin oleh: Dr. Mahmud Saidun bin Osman)
___________________________________________________________________________

* Isteri Solehah Date: Sun, 31 May 1998 15:37:37 +0800 From: Ahmad Bahari Mokhtar.

Isteri Solehah SENTIASA BERSYUKUR, TIDAK CEREWET atau MERUNGUT

Satu hari saya bertemu dengan seorang sahabat saya yang bernama Wardah. Dalam pertemuan itu, dia bertanya kepada saya, “Ain, apa tandanya isteri solehah?” Saya menjawab, “Wardah, kau tentunya lebih ‘arif daripadaku untuk menjawabnya...”

Sebenarnya saya tahu tujuan pertanyaan Wardah bukanlah untuk menduga jawapan saya, sebaliknya untuk saling memperingatkan diri agar berhati-hati dan teliti dalam menyempurnakan tanggungjawab yang berat ini.

Saya ingin menyingkap kembali sejarah Nabi Ibrahim sewaktu baginda menziarahi menantunya. Pada waktu itu, puteranya, Nabi Ismail tiada di rumah sedangkan isterinya belum pernah bertemu bapa mertuanya, Nabi Ibrahim.

Apabila sampai di rumah anaknya itu, terjadilah dialog antara Nabi Ibrahim dan menantunya.

Nabi Ibrahim : Siapakah kamu? Menantu : Aku isteri Ismail. Nabi Ibrahim : Di manakah suamimu, Ismail? Menantu : Dia pergi berburu. Nabi Ibrahim : Bagaimanakah keadaan hidupmu sekeluarga? Menantu : Oh, kami semua dalam kesempitan dan (mengeluh) tidak pernah senang dan lapang. Nabi Ibrahim : Baiklah! Jika suamimu balik, sampaikan salamku padanya. Katakan padanya, tukar tiang pintu rumahnya (sebagai kiasan supaya menceraikan isterinya). Menantu : Ya, baiklah.

Setelah Nabi Ismail pulang daripada berburu, isterinya terus menceritakan tentang orang tua yang telah singgah di rumah mereka.

Nabi Ismail : Adakah apa-apa yang ditanya oleh orang tua itu? Isteri : Dia bertanya tentang keadaan hidup kita. Nabi Ismail : Apa jawapanmu? Isteri : Aku ceritakan kita ini orang yang susah. Hidup kita ini selalu dalam kesempitan, tidak pernah senang. Nabi Ismail : Adakah dia berpesan apa-apa? Isteri : Ya ada. Dia berpesan supaya aku menyampaikan salam kepadamu serta meminta kamu menukarkan tiang pintu rumahmu. Nabi Ismail : Sebenarnya dia itu ayahku. Dia menyuruh kita berpisah. Sekarang kembalilah kau kepada keluargamu.

Ismail pun menceraikan isterinya yang suka merungut, tidak bertimbang rasa serta tidak bersyukur kepada takdir Allah SWT. Sanggup pula mendedahkan rahsia rumah tangga kepada orang luar.

Tidak lama selepas itu, Nabi Ismail berkahwin lagi. Setelah sekian lama, Nabi Ibrahim datang lagi ke Makkah dengan tujuan menziarahi anak dan menantunya. Berlakulah lagi pertemuan antara mertua dan menantu yang saling tidak mengenali.

Nabi Ibrahim : Dimana suamimu? Menantu : Dia tiada dirumah. Dia sedang memburu. Nabi Ibrahim : Bagaimana keadaan hidupmu sekeluarga? Mudah-mudahan dalam kesenangan? Menantu : Syukurlah kepada tuhan, kami semua dalam keadaan sejahtera, tiada apa yang kurang. Nabi Ibrahim : Baguslah kalau begitu. Menantu : Silalah duduk sebentar. Boleh saya hidangkan sedikit makanan. Nabi Ibrahim : Apa pula yang ingin kamu hidangkan? Menantu : Ada sedikit daging, tunggulah saya sediakan minuman dahulu. Nabi Ibrahim : (Berdoa) Ya Allah! Ya Tuhanku! Berkatilah mereka dalam makan minum mereka. (Berdasarkan peristiwa ini, Rasulullah beranggapan keadaan mewah negeri Makkah adalah berkat doa Nabi Ibrahim). Nabi Ibrahim : Baiklah, nanti apabila suamimu pulang, sampai- kan salamku kepadanya. Suruhlah dia menetapkan tiang pintu rumahnya sebagai kiasan untuk mengekalkan isteri Nabi Ismail).

Apabila Nabi Ismail pulang daripada berburu, seperti biasa dia bertanya sekiranya sesiapa datang mencarinya.

Nabi Ismail : Ada sesiapa datang semasa aku tiada di rumah? Isteri : Ya, ada. Seorang tua yang baik rupanya dan perwatakannya sepertimu. Nabi Ismail : Apa katanya? Isteri : Dia bertanya tentang keadaan hidup kita. Nabi Ismail : Apa jawapanmu? Isteri : Aku nyatakan kepadanya hidup kita dalam keadaan baik, tiada apapun yang kurang. Aku ajak juga dia makan dan minum. Nabi Ismail : Adakah dia berpesan apa-apa? Isteri : Ada, dia berkirim salam buatmu dan menyuruh kamu mengekalkan tiang pintu rumahmu. Nabi Ismail : Oh, begitu. Sebenarnya dialah ayahku. Tiang pintu yang dimaksudkannya itu ialah dirimu yang dimintanya untuk aku kekalkan. Isteri : Alhamdulillah, syukur.

Bagaimana pandangan pembaca tentang petikan sejarah ini? Saya rasa sejarah ini sungguh menyentuh jiwa. Anda juga tentu merasai dan mengalami sendiri ujian hidup berumahtangga yang sentiasa perlukan kesabaran.

Berpandukan sejarah tersebut, saya tegaskan kepada diri sendiri bahawa isteri solehah itu sepatutnya ‘sabar di hati dan syukur pada wajah’. Daripada sini akan terpancar ketenangan setiap kali suami berhadapan dengan isteri solehah. Isteri solehah tidak cerewet dan tidak mudah merungut. Isteri solehah hendaklah sentiasa bersyukur dalam keadaan senang mahupun susah supaya Allah tambahkan lagi rahmat-Nya seperti firman-Nya yang bermaksud:

“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Aku tambahkan nikmat-Ku kepadamu. Dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih.” (Surah Ibrahim, ayat 7)

Untuk menambahkan kegigihan kita berusaha menjadi isteri solehah, ingatlah hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya taat kepada suami serta mengakui haknya adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, tetapi sangat sedikit sekali golongan kamu yang dapat melakukan demikian.” (Riwayat Al-Bazzar dan Ath-Thabrani)

Begitulah, untuk menyediakan diri sebagai isteri solehah, hati kita hendaklah sentiasa dipenuhi dengan kasih sayang rabbani. Contoh teladan yang sepatutnya jadi rujukan kita ialah sejarah kehidupan nabi serta orang soleh.

(Terima kasih atas kiriman email dari pengirim di atas. Saya paparkan risalah berguna ini untuk tatapan semua pengunjung laman saya.. semoga banyak manfaatnya... InsyaAllah.)

____________________________________________________________________________

* PERINGATAN KPD YG LUPA Date: Mon, 8 Jun 1998 11:08:25 +0800 From: Shahriza Robi <sharizar@bankindustri.com.my>

SERUAN BUMI: Setiap hari bumi sentiasa menyeru kpd manusia yg berlegar diatas belakangnya dgn katanya: "Wahai anak Adam! Ketahuilah kamu sekarang berlari ke sana ke mari dibelakangku, tetapi kamu akan kembali dan berada di dalam perutku nanti. Kamu dengan sewenang-wenangnya berbuat derhaka kepada Tuhanmu di atas belakangku dan kamu akan diseksa dan diazab bila berada didalam perutku nanti. Kamu sentiasa bersuka ria dibelakangku tetapi akan menangis dengan sebenar-benarnya tangisan bila berada didalam perutku nanti. Kamu seronok dgn makan minum yg haram tapi kamu akan dimakan oleh ulat-ulat dan cacing-cacing didalam perutku nanti. Kamu ghairah mengumpulkan harta yang haram tetapi akan hancur dalam perutku nanti. Kamu berseronok dgn lenggang lenggok diatas belakangku tetapi kamu akan jadi hina-dina didalam perutku nanti.

(petikan dari majalan ANIS jun1998)

(Terima kasih atas kiriman email dari pengirim di atas. Saya paparkan risalah berguna ini untuk tatapan semua pengunjung laman saya.. semoga banyak manfaatnya... InsyaAllah.)
___________________________________________________________________________

ARTIKEL KIRIMAN DARI EN. MUZIR.

JIN

Latar belakang Jin

Jin ini dijadikan oleh Allah daripada lidah api, yang merupakan sebagaian daripada makhluk Allah yang tergolong dalam kelompok Malaikat. Nama asalnya ialah Al Jan, Bapak Jin, iaitu asal usul keturunan Jin. Gelarannya ialah AZAZIL. Azazil ini adalah di dalam kelompok malaikat yang amat kuat beribadat. Ada riwayat dia beribadat selama lebih 70,000 tahun. Pada suatu ketika para malaikat mendengar berita bahawa akan ada di kalangan kelompok-kelompok malaikat yang akan menderhaka kepada Allah. Jadi, para malaikat berduyun-duyun datang menemui Azazil kerana di antara para malaikat, Azazillah yang paling senior, dan doanya makbul. Azazil mendoakan supaya para malaikat tersebut tidak menderhaka kepada Allah, tetapi dia tidak mendoakan untuk dirinya. Makbullah doanya. para malaikat itu tidak menderhaka kepada Allah, tetapi yang menderhaka ialah Azazil ini.

Adam dicipta:

Allah menyatakan kepada semua malaikat, bahawa mahu menjadikan seorang manusia untuk hidup di muka bumi. Maka satu protes para malaikat terhadap cadangan itu dengan menyatakan apakah mahu menjadikan satu golongan yang suka melakukan kerosakan dan pertumpahan darah. Allah menjawab, Allah tahu apa yang para malaikat itu tidak tahu. Maka apabila nabi Adam dicipta, daripada 'tanah' ditiupkan roh ke dalam dirinya maka Adam pun terjaga, sedar lalu bersin dan mengucapkan alhamdulillah. Allah mengajar nama-nama benda dan kemudian di tanya kepada Adam akan nama-nama benda tersebut, dijawab olehnya dengan lancar tetapi apabila ditanya kepada malaikat tidak menjawabnya.

Allah memerintahkan kepada semua malaikat supaya sujud kepada nabi Adam, semua sujud kecuali Iblis (Azazil) kerana angkuh. Dia dijadikan daripada api dan lebih senior, tetapi Adam yang dilantik menjadi khalifah dan dia dikehendaki sujud kepadanya, merasakan dirinya terhina. Mulai dari saat itu Azazil menjadi kafir, engkar kepada perintah Allah, dan dilaknat sepanjang hayatnya, Namanya ditukar menjadi Iblis. Iblis memohon kepada Allah supaya dipanjangkan umurnya sehingga hari kiamat dan diberi keizinan menyesatkan keturunan Adam. Permohonan itu diluluskan.

Bagaimana pujukan Iblis (Azazil):

Allah memberi kebenaran kepada Adam tinggal di dalam rahmat Allah dan makan apa saja, nikmati apa saja tetapi larangannya jangan hampir kepada sebatang pokok ini. Yang dilarang itu menjadi poin kepada Iblis untuk memasukkan jarumnya menghasut Adam. Hasutan Iblis terus kepada Adam sukar untuk termakan tetapi melalui Hawa, teman Adam diciptakan oleh Allah, menjadikan Adam lebih tergoda.

Apabila hasutan itu datang kepada Adam melalui Hawa, maka Adam pun terlupa akan larangan Allah tersebut, dilanggarnya, maka Allah campakkan kedua-duanya ke dunia ini (bumi). Peranan Iblis diteruskan dan dengan pelbagai cara dan methodologi untuk menggoda, menghasut, anak, cucu, cicit, piut dan keturunan Adam sehingga akhir hayat (mati) dan sehingga hari kiamat.

Bagaimana Kedudukan Jin: Jin pula terpecah kepada dua iaitu Jin yang Islam dan Kafir. Jin mula menerima Islam pada zaman Rasulullah, setelah kagun mendegar alqur'an. Jin Islam menjalankan peribadatan dan syariat yang tertentu, beribadat dan tertakluk padanya dosa dan pahala. Jin Kafir peranannya seperti Iblis dan Syaitan menghasut orang dengan 10001 cara sehingga tidak terfikir dan terbayang dalam fikiran kita betapa halus godaannya.

Kedudukan Jin dalam masyarakat Melayu: dalam masyaraklat Melayu golongan Jin ini diberi pelbagai nama yang tertentu dan diberi peranan yang tertentu, untuk pelbagai tujuan. Nama-nama seperti polong, hantu raya, toyol, pelesit, jembalang, pontianak, hantu galah, hantu kubur, hantu pucung dan banyak lagi ada di kalangan masyarakat Melayu. Jin ini dijadikan perewangan untuk tujuan tertentu, ada yang baik dan ada yang jahat.

Salah faham tentang Jin: Jin Islam - siapa yang boleh pastikan jin itu Islam atau bukan Islam, sebab Jin boleh menyamar dan menipu manusia dengan penyamaran tersebut seperti memberi salam, membaca ayat quran, berdoa, cerita tentang Islam dan iman dan seumpamanya. Dimensi kehidupannya berbeza dengan dimensi kehidupan kita. Wali Allah - wali allah kalaupun ada sekarang ini, tidak boleh menyarung dalam tubuh manusia. Wali Allah ialah orang yang warak, dan perkara yang luar biasa pada dirinya itu bukan diminta atau dibuat-buat tetapi di atas kurnia Allah. Di sini perlu dibezakan di antara mukjizat, karomat (keramat) dan maunah. Selain dari perkara tersebut adalah sihir, peranan jin amat penting dalam sihir ini. Mukjizat - para nabi dan rasul. Maunah - pertolongan Allah kepada hambanya yang soleh. Karomah (keramat) - perkara yang luar biasa terjadi pada diri seorang yang warak, alim, tawaduk, beramal soleh atau lebih dikenali sebagai seorang wali (amat jarang pada zaman ini dan kita pun tidak boleh pastikan dengan jelas) Sihir - perkara yang dipelajari yang biasa dilakukan oleh orang fasiq, luar biasa, macam betul, Islam ayat qur'an sebagai landasan. Qarin - bayang roh di dunia, bagi orang yang telah meninggal dunia, kadang-kadang jin merupa sebagaimana orang yang mati untuk pelbagai tujuan. Orang mati balik semula tidak ada, putus hubungan dengan dunia melainkan tiga perkara.Tak ada orang mati balik tengok anak, keluarga dan seumpamanya, walaupun banyak orang nampak, itulah dinamakan qarin atau Jin yang menyerupanya. Demikian secara ringkas tentang asal kejadian Jin, InsyaAllah, lain kali saya akan menulis kekuatan-kekutan yang perlu ada untuk menangkis serangan Jin, syaitan dan sekutunya melalui amalan-amalan tertentu yang dianjurkan oleh Al quran, Rasulullah (hadis).

sekian, wassalah

**********************

Assalamualaikum:

Kali ini saya akan menulis mengenai bidang kesusasteraan dan budaya Melayu. Tajuk penulisan saya mengenai fungsi sastera Rakyat dalam Maysarakat Melayu.

Sastera Rakyat adalah satu bidang sastera yang tergolong di dalam Sastera Melayu Klasik. Pengertian sastera Rakyat ialah hasil kesusasteraan yang dilahirkan oleh rakyat secara lisan dan diturunkan dari satu generasi ke satu generasi secara lisan. Dalam proses penurunan secara lisan ini terdapat tokok tambah dan pengurangan tetapi tetap terus diwarisi dari satu generasi ke satu generasi sehingga terciptanya alat cetak dan kajian mengenainya barulah proses pembukuan dilakukan untuk dikekalkan sebagai warisan budaya bangsa.

Sastera rakyat terbahagi kepada dua jenis iaitu berbentuk puisi dan prosa. Sastera rakyat berbentuk puisi ialah pantun, gurindan, seloka, pepatah, bahasa berirama, jampi mentera dan peribahasa. Manakala yang tergolongan dalam bentuk prosa pula terdiri daripada cerita jenaka, cerita metos, cerita legenda, cerita asal usul dan cerita penglipurlara.

Dalam masyarakat Melayu yang telah membina ketamadunannya sekian lama, telah menjadikan sastera rakyat ini bahan yang amat berharga. Mereka telah mengasimilasikan bentuk-bentuk sastera tersebut dengan nilai-nilai setempat dan unsur-unsur Islam. Di dalamnya jelas tergambar pengaruh Hindu, Islam dan tradisi Melayu. Walaupun demikian fungsinya amat besar dalam kehidupan masyarakat Melayu.

Satu daripada fungsi tersebut ialah sebagai bahan hiburan yang dianggap sehat dalam pembinaan budaya bangsa. Masa yang terluang diisi dengan mengadakan majlis-majlis tertentu, seperti mendengar cerita, seperti cerita penglipurlara.Pantun juga digunakan untuk bergurau senda. Dengan pantun gurau senda menjadi lebih bermakna. Kanak-kanak pada zaman itu menggunakan pantun untuk bahan permainan. Pelbagai jenis pantun yang ada di kalangan kanak-kanak Melayu amat berfungsi dalam mengujudkan permainan harian mereka.

Selain daripada itu sebahagian dari sastera rakyat digunakan sebagai sumber perubatan. Misalnya menerusi jampi mentera yang dibaca, amat besar peranannya untuk mengubati sesuatu penyakit, sama ada secara saintifik atau psikologi. Peranan pawang, bomoh dan dukun amat penting pada ketika itu, seolah-olah seumpama doktor pada zaman sekarang. Mereka menggunakan jampi mentera yang sebahagian daripada sastera rakyat untuk mengubati penyakit.

Alat komunikasi pada masa itu banyak menggunakan unsur sastera. bahasa Masyarakat Melayu lebih halus dan teratur dan bersopan. Puisi seperti peribahasa banyak digunakan dalam percakapan mereka seharian.

Cerita-cerita rakyat seperti cerita-cerita binatang, banyak digunakan untuk mendidik kanak-kanak. Cerita-cerita tersebut sebagai saluran untuk menanamkan nilai-nilai baik, jujur, taat dan seumpamanya kepada generasi muda yang berpusat kepada keluarga sebagai institusi pendidikan. Orang tua-tua dahulu menggunakan kaedah yang amat halus ini dalam memberi pendidikan kepada anak cucunya.

Untuk menyindir secara halus puisi dan cerita-cerita digunakan. Sindiran dengan beralaskan sastera rakyat tidak menyinggung perasaan seseorang malah memberi kesan yang positif dan kesedaran yang mendalam kepada pendengarnya. Sastera rakyat juga digunakan untuk memujuk dan merayu seseorang. Misalnya pantun orang muda, sering menekankan soal pujukan dan rayuan menerusi puisi. Kadang-kadang puisi juga digunakan untuk menyalurkan pendidikan agama dan nasihat.

Sekarang kedudukan sastera rakyat sudah hilang di hati masyarakat Melayu. Orang Melayu sendiri sudah ramai tidak mengenali sastera dan warisan budayanya sendiri.Sastera rakyat sudah menjadi bahan lapuk dan tidak menjalankan fungsinya sebagaimana asalnya. Corak pendidikan moden yang bersandarkan kepada teori pendidikan barat telah mematikan nilai budaya bangsa dan melahirkan generasi yang sebagaimana pada hari ini.

Sekian untuk tulisan kali ini. wassalam

***********************************

Assalamualaikum:

Kali ini saya nak menulis tentang pengertian sujud dalam konteks pengabdikan diri kepada Yang Khaliq

Sujud membawa pengertian yang amat besar dalam usaha mengabdikan diri kepada Allah. Ramai orang yang sujud hanya sewaktu bersembahyang tetapi makna di sebalik sujud itu kurang dimengerti. Untuk pengetahuan semua, saya akan huraikan falsafah di sebalik sujud itu:

1. Tujuh bahagian tubuh akan menyentuh lantai atau sejadah sewaktu kita sujud. Maknanya menggambarkan tujuh petala langit dan tujuh petala bumi yang Allah ciptakan.

2. Semua makhluk di antara 7 petala langit dan 7 petala bumi semua sujud kepada Allah, tetapi tidak semua manusia sujud.

3. Waktu sujud adalah waktu yang paling hampir atau paling merendah diri kepada Allah.

4. Di galakkan bersujud kalau mahu bermunajat kepada Allah, malah berdoakan ketika sujud.

5. Ketika membaca Al Qur'an dan bertemu dengan ayat sejadah, kita disunatkan sujud.

6. Makna sujud ialah patuh-tunduk-rasa hina diri ke hadapan kebesaran Allah

7. Dari segi kesihatan, sujud boleh membawa ketenangan, kerana ketika sujud darah akan mengalir sehingga memasuki rerambut darah yang paling halus sehingga boleh membawa kepada ketenangan.

8. Di antara langkah untuk menghilangkan stress (marah, tidak tenteram, kedukaan dll) ialah dengan bersujud.

9. Tiada agama lain yang melakukan penyembahan atau peribadatan dengan bersujud melainkan agama Islam.

10. Sujud juga boleh menyeimbangkan aliran darah ke kepala, sebab apabila sujud darah akan mengalir dengan mudah kerana dibantu oleh tarikan graviti.

Itulah makna atau falsafah di sebalik perbuatan sujud yang kita lakukan saban kali mengerjakan solah. Di harap dengan pengetahuan ini dalam menjadikan sujud itu amalan harian kita. Insaallah di lain kali saya akan menulis mengenai amalan murah rezeki, kalau tak lupa dan makna rezeki atau melanjutkan dengan menerangkan makna takbir dll.

Wassalam.

(Terima kasih kepada En. Muzir yang sudi menghantar 3 email/artikel ini, pada 08 Jun 98, yang bermanfaat untuk saya dan semua... InsyaAllah kami menunggu lagi apa jua bahan yang berfaedah untuk tatapan semua.)
___________________________________________________________________________

ARTIKEL KIRIMAN DARI EN. ISMAIL.

Assalamualaikum:

Dalam rencana ini saya akan menulis mengenai warna dan fungsinya kepada tubuh badan manusia, Ini berkait dengan ilmu phythoibiophysic:

1. Warna putih - memberi kekuatan semangat atau warna level spiritual, yang bertempat dibahagian atas kepala 2. Warna hijau - memberi kekuaatan kepada jantung dan paru-paru. Warna ini juga adalah warna kekuatan bagi mental yang terletak di bahagian dahi. 3. Warna kuning - memberi kekuatan pada bahagian metobolisma, perut, limpa, hati, usus besar. 4. Warna Oren - memberi tenaga kepada reproduktif sistem, wanita dan lelaki 6. Warna biru - memberi rangsangan kepada bahagian Thirod, leher kita, dan memberi tenaga kepada sel-sel di bahagian tersebut dan memberi kekuatan kepada level fizikal yang terletak pada bahagian tulang selangka. 7. Warna ungu - warna ketenangan, meredakan stress. 8. Warna merah jambu (pink) - memberi kekuatan kepada kelemahan emosi, yang terletak pada kedua-dua belah kening mata. 9. Merah/merah hati - memberi rangsangan pada darah

Warna-warna ini berdasarkan warna warna pada bunga, oleh sebab itu saya mencadangkan supaya kita banyakkan tanam bunga-bunga yang berwarna ungu dan merah jambu. Kalau nak lebih tenang gunakan warna ungu di bahagian bilik tidur. Kalau sesak nafas., bolehlah memakai baju warna hijau, supaya dapat memberi rangsangan kepada paru-paru dan jantung. Kalau rasa perut tak selesa bolehlah gunakan kunyit di sapu pada perut untuk merangsangkan sel-sel di bahagian tersebut dan berfungsi normal, sebab warna kunyit itu warna kuning, kalau tak ada kunyit boleh juga pakai warna air kuning.kalau susah tidur gunakan warna ungu/lampu tidur yang berwarna ungu. Kalau lemah semangat, pakaikah kopiah putih atau tudung berwarna putih, kalau selalu terlupa boleh juga menggunakan warna dan pakaian yang sama.

Sekian untuk kali ini, bersambung pada masa akan datang, tentang sedikit ilmu Tuhan ini. Ilmu ini dipaggil Phythobiophysics. Apa yang saya tulis ini cuma cebisan saja, ada banyak lagi. Sungguh luar biasa dan saintifik, mudah diikut. wassalam

(Terima kasih kepada En. Ismail yang sudi menghantar email/artikel ini pada 08 Jun 98, yang bermanfaat untuk saya dan semua.)
___________________________________________________________________________

* SOLAT Date: Tue, 12 May 1998 22:20:52 PDT From: "petro97 ..." <inqiyad@hotmail.com>

Bismillah Walhamdulillah Was Salaatu Was Salaam 'ala Rasulillah.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Apa pendapat kamu sekiranya terdapat sebatang sungai di hadapan pintu rumah salah seorang dari kamu dan dia mandi di dalamnya setiap hari sebanyak lima kali. Apakah masih lagi terdapat kotoran pada badannya? Para Sahabat menjawab: Sudah pastinya tidak terdapat sedikit pun kotoran pada badannya. Lalu baginda bersabda: Begitulah perumpamaannya dengan sembahyang lima waktu. Allah menghapuskan segala kesalahan mereka. [Bukhari & Muslim]

Dari Abu Hurairah ra, dari Nabi saw sabda beliau: "Siapa yang segera pergi ke masjid, pagi atau petang, nescaya disediakan Allah tempat baginya di Syurga, setiap dia pergi pagi atau petang." (Bukhari) Barangsiapa bersembahyang Jemaah di waktu Isya' maka seolah-olah dia berdiri bersembahyang setengah dari malam & barangsiapa solat subuh berjemaah maka seolah-olah dia bersembahyang sepanjang malam. (Riwayat Muslim)

Abu Musa ra mengatakan bahawa Rasulullah saw bersabda: "Orang yang paling besar pahala solatnya ialah orang yang paling jauh (dari Masjid). Dan sesudah itu ialah orang yang menunggu-nunggu waktu untuk solat sehingga ia solat dengan imam, lebih besar pahalanya daripada ia solat (sendiri) kemudian tidur." (Bukhari)

Hadis Hafsah r.a: Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya: Sesungguhnya Hafsah Ummul Mukminin menceritakan kepadanya bahawa: Ketika tukang azan selesai dari melaungkan azan untuk sembahyang Subuh, baginda akan mendirikan sembahyang sunat dua rakaat dengan ringkas sebelum mendirikan sembahyang Subuh. [Bukhari & Muslim]

Aswad r.a. berkata bahwa ia bertanya 'Aisyah r.a., katanya: "Apakah yg diperbuat Nabi dalam rumah tangganya?" Jawab 'Aisyah, "Beliau juga melakukan pekerjaan rumah tangga, menolong isteri beliau. Dan apabila waktu solat telah tiba, beliau pergi solat." (Sahih Bukhari)

"Siapa yang membaca tiap habis shalat, Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahu Akbar 33 kali, lalu untuk mencukupkan bilangan seratus membaca 'Laa ilaaha illallah wahdahu laa syariika lahu, lahul-mulku walahul-hamdu wahuwa 'alaa kulli syai'in qadir' maka akan diampunkan baginya semua dosa-dosanya meskipun sebanyak buih air laut." (HR Muslim)

--- "Sampaikan dariku walaupun satu ayat." (Riwayat Bukhari)

http://www.oocities.org/Athens/Delphi/6035/

*********************************************

* KONSEP USAHA MENURUT ISLAM Date: Wed, 13 May 1998 22:31:06 PDT From: "petro97 ..." <inqiyad@hotmail.com>

Bismillah Walhamdulillah Was Salaatu Was Salaam 'ala Rasulillah.

Konsep usaha menurut pandangan Islam

ISLAM mewajibkan setiap umatnya bekerja untuk menjadikan mata pencarian sumber rezekinya dan menghasilkan pendapatan itu bagi menyara hidupnya.

Islam memberi berbagai-bagai kemudahan hidup dan jalan-jalan mendapatkan rezeki di bumi Allah yang penuh dengan segala nikmat ini.

FirmanNya yang bermaksud: "Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di bumi, dan Kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai-bagai jalan) penghidupan..." (Al-A'raf:10).

Dan firmanNya lagi yang bermaksud:"Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah dan kepadaNya jualah dibangkitkan hidup semula." (Al-Mulk:15).

Islam memerintahkan umatnya mencari rezeki yang halal kerana pekerjaan itu adalah bagi memelihara maruah dan kehormatan manusia.

Firman Allah SWT, maksudnya:"Wahai sekelian manusia, makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik..." (Al-Baqarah:168).

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:"Mencari kerja halal itu wajib atas setiap orang Islam."

Oleh yang demikian Islam mencela kerja meminta-minta atau mengharapkan pertolongan orang lain kerana ianya boleh merendahkan harga diri atau maruah.

Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:"Bahawa sesungguhnya seorang kamu yang pergi mengambil seutas tali, kemudian mengikat seberkas kayu api lalu menjualnya hingga dengan sebab itu ia dapat memelihara harga dirinya, adalah lebih baik daripada ia pergi meminta-minta kepada orang sama ada mereka memberinya atau menolaknya."

Sebuah hadith lagi bermaksud:Dilaporkan bahawa seorang lelaki yang cergas dan gagah sedang lalu di hadapan baginda menuju ke satu arah tertentu, lalu kedengaran para sahabat berkata: "Alangkah bagusnya kalau orang ini berjuang pada jalan Allah."

Maka baginda Rasulullah s.a.w. bersabda:"Sekiranya dia keluar berusaha untuk anaknya yang kecil, maka dia berjuang pada jalan Allah, kalau ia berusaha untuk kedua ibu bapanya yang telah tua itupun berjuang pada jalan Allah, kalau dia berusaha untuk menyara dirinya pun, maka itu pun berjuang pada jalan Allah."

Kerja Sebagai Asas Kemajuan Ummah

Islam mewajibkan kerja untuk tujuan mendapatkan mata pencarian hidup dan pendapatan secara langsung mendorong kepada kemajuan sosio ekonomi.

Islam mengambil perhatian yang bersungguh-sungguh terhadap kemajuan ummah kerana itu ia sangat menekankan kemajuan di peringkat masyarakat dengan menggalakkan berbagai kegiatan ekonomi sama ada di sektor pertanian, perusahaan dan perniagaan.

Dalam hadith-hadith Rasulullah s.a.w. sangat ketara dorongan ke arah kemajuan ekonomi di sektor tersebut sebagai contohnya:

1. Di bidang pertanian.

Hadith bermaksud: "Tiadalah seseorang mukmin itu menyamai akan semaian akan menanam tanaman lalu dimakan oleh burung atau manusia melainkan ianya adalah menjadi sedekah." (Riwayat Muslim).

2. Di bidang peruashaan.

Hadith bermaksud: "Sebaik-baik usaha ialah usaha seseorang pengusaha apabila ia bersifat jujur dan nasihat menasihati." (Riwayat Ahmad).

3. Di bidang perniagaan.

Rasulullah s.a.w. pernah meletakkan para peniaga kepada kedudukan yang sejajar dengan para nabi, orang-orang yang benar, para syuhada' dan orang-orang soleh dengan sabdanya yang bermaksud: "Peniaga yang jujur adalah bersama para nabi, orang-orang sadiqin, para syuhada' dan orang-orang soleh."

Baginda juga menyatakan bahawa sembilan persepuluh daripada rezeki itu adalah pada perniagaan. (Riwayat At-Tirmizi dan Hakim).

Islam Menolak Pengangguran

Islam menuntut umatnya bekerja secara yang disyariatkan atau dibenarkan menurut syarak bagi menjamin kebaikan bersama dan mengelak dari meminta-minta dan sebaliknya hendaklah berdikari.

Islam adalah sentiasa memandang berat dan menyeru umatnya untuk bekerja dan terus mencari rezeki melalui dua pendekatan berikut:

a. Islam melarang dan mencegah umatnya meminta-minta.Islam melarang dan mencegah umatnya meminta-minta dan menganggur. Banyak hadith-hadith Nabi s.a.w. mengenai larangan berusaha dengan cara meminta-minta.

Baginda Rasulullah s.a.w. sering benar mengarahkan orang yang datang meminta-minta supaya mereka bekerja.

Umpamanya suatu ketika seorang fakir datang meminta-minta kepada baginda, lalu baginda bertanya: "Adakah anda memiliki sesuatu?" "Tidak," kata lelaki itu.

Baginda bertanya lagi dengan bersungguh-sungguh, lalu lelaki itu menjawab: "Saya ada sehelai hamparan yang separuhnya kami jadikan alas duduk dan separuh lagi kami buat selimut dan ada sebuah mangkuk yang kami gunakan untuk minum.

"Maka baginda bersabda kepadanya: "Bawa kedua-duanya benda itu kepada saya."

Lalu dibawanya kedua-dua barang itu kemudian Nabi tunjukkan barang-barang itu kepada orang yang berada di sisi baginda kalau ada sesiapa yang hendak membelinya.

Akhirnya baginda dapat menjualnya dengan harga dua dirham dan diberikannya wang tersebut kepada lelaki itu sambil baginda berkata: "Belilah makanan untuk keluargamu dengan satu dirham manakala satu dirham lagi belikanlah sebilah kapak."

Kemudian Rasulullah meminta lelaki itu datang lagi, lalu lelaki itu pun datang dan baginda telah membubuhkan hulu kapak itu dan menyuruh lelaki itu pergi mencari kayu api sambil baginda mengatakan supaya lelaki itu tidak akan berjumpanya lagi dalam masa 15 hari.

Lelaki itu pergi dan kembali lagi kemudian selepas 15 hari sambil membawa 10 dirham, lalu ia berkata:

"Wahai Rasulullah, Allah SWT telah memberkati saya pada kerja yang tuan suruh saya itu."

Maka baginda Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ini adalah lebih baik daripada anda datang pada hari kiamat kelak sedang pada muka anda bertanda-tanda kerana meminta-minta."

Berdasarkan kepada banyaknya hadith-hadith mengenai perkara ini, para ulama' membuat kesimpulan bahawa larangan meminta-minta itu bukanlah sekadar perintah bersifat akhlak sahaja bahkan orang yang menjadikan kerja meminta-minta itu sebagai 'profesion' hendaklah dikenakan hukuman kesiksaan yang berpatutan (takzir).

b. Dengan cara menggalakkan dan mendorong seseorang Islam bekerja dengan berbagai-bagai galakan, sebagaimana hadis yang telah disebutkan mengenai pertanian, perniagaan, perusahaan dan sebagainya.

Ada setengah ulama' yang membincangkan mengenai kelebihan di antara cara-cara berusaha itu yang kesimpulannya bahawa perkara itu adalah berbeza-beza mengikut keperluan, orang dan keadaan masing-masing.

Kesimpulan

Berdasarkan kepada keterangan ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. dengan huraian-huraian seperti yang disebutkan dapatlah dibuat kesimpulan bahawa Islam sangat mengambil berat terhadap 'kerja' dengan menjelaskan konsep kerja itu dan kedudukannya yang tinggi dalam susun-atur ajaran islam. Ringkasnya kita dapat simpulkan seperti berikut:

i. Kerja menurut konsep Islam adalah segala yang dilakukan oleh manusia yang meliputi kerja untuk dunia dan kerja untuk akhirat.

ii. Kerja untuk kehidupan dunia sama ada yang bercorak jasmani (blue collar job) atau bercorak aqli atau mental (white collar job) adalah dipandang sama penting dan mulia di sisi Islam asal sahaja dibolehkan oleh syarak.

iii. Islam mewajibkan kerja ke atas seluruh umatnya tanpa mengira darjat keturunan atau warna kulit, kerana seluruh umat manusia adalah sama di sisi Allah SWT, melainkan kerana taqwanya.

iv. Masyarakat Islam adalah sama-sama bertanggungjawab dan bekerjasama melalui kerja masing-masing, berdasarkan kebolehan dan kelayakan serta kelainan bidang masing-masing, kerana segala kerja mereka adalah bersumberkan iman dan bertujuan melaksanakan amal.

v. Kerja adalah asas penilaian manusia dan tanggungjawab yang diberikan kepadanya sebagai khalifah Allah SWT dan hambaNya untuk memakmurkan bumi ini dan sekaligus beribadat kepada Allah SWT, Tuhan Pencipta Alam.

vi. Kerja merupakan cara yang tabi'i untuk manusia mencari nafkah bagi menyara hidupnya dan keluarga melalui berbagai bidang sektor pekerjaan dan perusahaan yang terbuka peluangnya dengan persediaan dan kemudahan alam yang Allah SWT sediakan di atas muka bumi ini.

vii. Islam melarang atau menolak pengangguran kerana ia akan dedahkan kepada kelemahan dan kefakiran dan jatuhnya maruah diri atau ummah, kerana Islam menghendaki setiap umatnya bermaruah dan berdikari, tidak meminta-minta dan berharap kepada bantuan dan belas kasihan orang lain; bahkan sebaliknya hendaklah menjadi ummah yang kuat dan mampu membela mereka yang lemah dan tertindas agar seluruh manusia menikmati keadilan dan rahmat yang dibawa oleh Islam sebagai agama atau 'ad-din' yang tertinggi dan mengatasi seluruh kepercayaan dan ideologi manusia.

Firman Allah SWT yang bermaksud:"Dialah (Allah) yang mengutuskan RasulNya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dengan agama yang benar (Islam), supaya ia menegakkannya dan meninggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang musyrik membencinya." (As-Saf:9).

----- "Sampaikan dariku walaupun satu ayat." (Riwayat Bukhari)

http://www.oocities.org/Athens/Delphi/6035/

*******************************************

* Rumah Tangga Date: Wed, 18 Mar 1998 08:15:12 PST From: "petro97 ..." <petro97@hotmail.com>

Bismillah Walhamdulillah Was Salaatu Was Salaam 'ala Rasulillah.

Dari Abu Mas'ud ra, katanya Nabi SAW bersabda: "Apabila seorang laki-laki memberikan nafkah kepada keluarganya dengan ikhlas, maka (pahala) nafkah itu sama dengan (pahala) sadaqah." (Sahih Bukhari)

Aswad r.a. berkata bahwa ia bertanya 'Aisyah r.a., katanya: "Apakah yg diperbuat Nabi dalam rumah tangganya?" Jawab 'Aisyah, "Beliau juga melakukan pekerjaan rumah tangga, menolong isteri beliau. Dan apabila waktu solat telah tiba, beliau pergi solat." (Sahih Bukhari)
-------------
"Sampaikan dariku walaupun satu ayat." (Riwayat Bukhari)

*******************************************
* KELUARGA MUSLIM [1] Date: Wed, 18 Mar 1998 08:52:21 PST From: "petro97 ..." <petro97@hotmail.com>

Bismillah Walhamdulillah Was Salaatu Was Salaam 'ala Rasulillah.

MUSLIM DARI SEGI HIDUP BERKELUARGA [1] Menerima Islam memberikan kita kewajipan utk memiliki satu risalah dalam hidup ini dgn cara hidup menurut risalah tersebut sehingga kita semua betul-betul menjadi Muslim baik dalam segi aqidah, ibadah, mahupun akhlaq. Dengan Pengakuan terhadap Islam bererti kita harus bekerja keras di lingkungan kita dalam semua level bahkan ke segenap ummat manusia karena Islam diturunkan kepada semua manusia. Kita tidak cukup dgn hanya menyatakan saja bahwa kita menganut Islam dan mematuhinya tanpa menghiraukan orang-orang di sekeliling kita. Kita seharusnya memiliki rasa tanggungjawab kepada orang lain, menyeru dan menasihati mereka.

Rasulullah SAW telah bersabda: "Barang siapa yg tidur dan tidak mengambil beban urusan orang-orang Islam maka dia bukan termasuk golongan mereka." (HR al-Baihaqi)

Bertolak dari keadaan ini, kita memiliki tanggungjawab baru, yaitu tanggungjawab untuk:

-menegakkan sebuah masyarakat Islam -menyampaikan Islam kepada masyarakat

Langkah pertama yg sesuai dgn tabiat Islam adalah membentuk rumahtangga kita supaya menjadi rumah tangga yg Islami. Kita bertanggung jawab utk menegakkan Islam di dalam keluarga, yg merupakan masyarakat kecil ini. Kita bertanggungjawab utk menyampaikan ajaran Islam kepada keluarga kita, pasangan hidup kita, anak-anak kita, serta kerabat dan handai taulan. Inilah cara yg diikuti oleh Rasulullah SAW dalam permulaan dakwah beliau.

Firman Allah yg bermaksud:

"Maka janganlah kamu menyeru (menyembah) Tuhan yang lain di samping Allah, yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang di'azab. Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat, dan rendahkanlah dirimu terhadap orang-orang yang mengikutimu, yaitu orang-orang yang beriman." (QS 26:213-215)

Oleh sebab itu, tugas yg secara langsung dipikul oleh setiap Muslim setelah bertanggungjawab kepada dirinya adalah tanggung jawab kepada keluarga, rumah, dan anak-anaknya.

Firman Allah yg bermaksud:

"Hai orang-orang yg beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yg bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yg kasar, yg keras, yg tidak mendurhakai Allah terhadap apapun yg diperintahkan-Nya." (QS 66:6)

************************************

* KELUARGA MUSLIM [2] Date: Wed, 18 Mar 1998 09:02:06 PST From: "petro97 ..." <petro97@hotmail.com>

Bismillah Walhamdulillah Was Salaatu Was Salaam 'ala Rasulillah.

TANGGUNGJAWAB SEBELUM BERUMAHTANGGA

Utk menolong kita didalam usaha-usaha membina rumah tangga yg Islami, Islam telah memberikan petunjuk kepada kita. Diantaranya adalah:

SATU: Pernikahan kita haruslah karena Allah. Yaitu bertujuan utk:

-membina sebuah rumah tangga yg Islami -melahirkan keturunan yg soleh -membina keluarga yg sanggup memikul amanah dan dapat melaksanakan kewujudan hidayah Allah sehingga hidayah tersebut akan terus berlanjutan.

DUA: Pernikahan ditujukan untuk menjaga pandangan & kehormatan kita sehingga kita betul-betul bertakwa kepada Allah. Rasulullah SAW telah bersabda:

"Allah berhak menolong tiga golongan: orang yg berjihad di jalan Allah, hamba mukatab yg ingin membayar harga tebusannya, dan orang yg menikah dgn tujuan utk dapat memelihara kehormatan dirinya." (HR Tirmidhi, Ibn Hibban, dan Al-Hakim).

Sabda Rasulullah SAW yg lain:

"Barang siapa yg menikah bererti dia telah menyempurnakan sebahagian agamanya, maka hendaklah dia bertakwa kepada Allah yg merupakan sebahagian lainnya lagi." (HR al-Baihaqi)

TIGA: Kita haruslah bijak dalam memilih pasangan hidup yg akan menjadi teman hidup kita yg diharapkan dapat seiring dan sejalan. Ini memerlukan usaha yg sungguh-sungguh. Rasulullah SAW telah bersabda:

"Pilihlah (yg terbaik) utk keturunanmu karena (kegagalan dari) satu generasi akan menuju kepada krisis." (HR Ibnu Majah dan Abu Mansur)

EMPAT: Kita hendaklah memilih pasangan hidup yg memiliki akhlak yg baik & berpegang teguh kepada agama, jadi kekayaan dan wajah bukanlah ukuran utama.

Sabda Rasulullah SAW:

"Janganlah kamu menikahi wanita kerana kecantikannya; boleh jadi kecantikannya itu akan membuat mereka hina. Janganlah kamu menikahi wanita kerana hartanya; boleh jadi hartanya itu akan membuat mereka zalim. Tapi nikahilah mereka kerana agamanya. Wanita hamba sahaya yg tuli namun beragama adalah lebih baik." (HR Ibnu Majah)

LIMA: Kita harus menjauhkan diri dari melanggar perintah Allah & menjauhi kemurkaan Allah serta azabnya. Seperti yg disabdakan oleh Rasulullah s.a.w:

"Siapa yg menikahi wanita kerana ketinggian kedudukannya, pernikahan itu tidak akan membawa sesuatu kepadanya kecuali kehinaan. Barangsiapa menikahi wanita kerana hartanya maka itu tidak akan menambah sesuatu kepadanya kecuali kemiskinan. Barangsiapa yg menikahi wanita kerana keturunannya, perkawinan itu tdk akan menambah sesuatu kepadanya kecuali hina dina. Dan barang siapa yg menikahi wanita dg tujuan agar dapat menahan pandangannya, memelihara kehormatannya atau menghubungkan silaturahim, Allah akan memberikan berkah kepadanya bersama wanita itu dan memberikan berkah kepada wanita itu bersamanya." (HR Abu Nuaim)

**********************************
* KELUARGA MUSLIM [3] Date: Wed, 18 Mar 1998 09:09:25 PST From: "petro97 ..." <petro97@hotmail.com>

Bismillah Walhamdulillah Was Salaatu Was Salaam 'ala Rasulillah.

TANGGUNGJAWAB SEMASA BERUMAHTANGGA

Pemilihan isteri yg baik tidaklah melepaskan kita dari tanggungjawab terhadapnya setelah kita bernikah. Malahan, tanggung jawab yg utama dimulai "right at the first moment" setelah pernikahan. Beberapa tanggung jawab itu diantaranya:

SATU: Kita harus selalu bersikap baik terhadap isteri dan bergaul dgn nya dgn pergaulan yg mesra. Dgn cara ini diharapkan akan tumbuh rasa saling percaya di antara kita dan pasangan hidup kita. Sabda Rasulullah SAW:

"Orang yg terbaik diantara kalian adalah orang yg paling berlaku baik terhadap isterinya dan akulah yg terbaik (diantara kalian) terhadap keluargaku." (HR Tirmidzi)

Kita juga harus melaksanakan sabda Rasulullah SAW:

"Mukmin yg paling sempurna imannya adalah mukmin yg paling baik akhlaknya dan mukmin yg paling lemah lembut terhadap isterinya." (HR Tirmidzi)

DUA: Hubungan kita dgn isteri tidaklah terbatas pada hubungan syahwat saja. Hubungan kita dgn isteri seharusnya boleh mewujudkan kesamaan pemahaman. Pasangan Muslim seharusnya spend time utk bersama-sama membaca, beribadah, mengurusi pekerjaan rumah tangga, dan bercengkrama (bersenda gurau). Dalam masalah ibadah Allah telah berfirman yg bermaksud:

"Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rizki kepadamu, Kamilah yg memberi rezki kepadamu. Dan akibat yg baik itu adalah orang-orang yg bertakwa." (QS 20:132)

"Dan ia menyuruh ahlinya utk bersembahyang dan menunaikan zakat, dan ia adalah seorang yg diredhai di sisi Tuhannya." (QS 19:55)

Dalam hal hubungan yg mesra dgn isteri, kita tahu bahwa Rasulullah s.a.w. biasa mengajak isteri beliau, Aisha r.a, utk berlumba lari. Rasulullah s.a.w pun biasa mengerjakan pekerjaan-pekerjaan rumah (membantu meringankan isteri beliau), bahkan dgn menjahit sepatu.

TIGA: Hubungan kita dgn isteri haruslah dalam batas syariah Islam. Kita tidak boleh melanggar syariah Islam, menjatuhkan nama Islam, atau melanggar hal-hal yg diharamkan oleh Allah. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Celakalah lelaki yg menjadi hamba isterinya." (Al-Firdausi)

****************************************

* KELUARGA MUSLIM [4] Date: Wed, 18 Mar 1998 09:17:11 PST From: "petro97 ..." <petro97@hotmail.com>

Bismillah Walhamdulillah Was Salaatu Was Salaam 'ala Rasulillah.

TANGGUNGJAWAB BERSAMA MENDIDIK ANAK

Sesungguhnya, keberhasilan dalam memilih pasangan yg soleh/solehah dan keberhasilan dalam pernikahan sesuai dgn Islam akan banyak menolong dalam usaha-usaha mendidik anak dgn tarbiyah Islamiyah yg diharapkan. Kegagalan dalam membina rumah tangga menurut cara yg Islami dan kesalahan memilih pasangan hidup boleh menyebabkan keruntuhan dan berlakunya keburukan yg menguasai keluarga secara keseluruhan. Pertengkaran yg terjadi dalam kehidupan suami isteri secara langsung mempengaruhi pendidikan dan kejiwaan anak. Karena itu, tanggung jawab kita yg pertama dalam pendidikan anak-anak kita adalah membangunkan pernikahan yg Islami (seperti yg ditunjukkan oleh Islam).

Pada hakikatnya hasil yg diharapkan dari terbinanya sebuah rumah tangga Islam adalah terwujudnya satu generasi yg soleh, sebagaimana dinyatakan dalam firman Allah yg bermaksud:

"Dan orang-orang yg berkata: "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami) dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yg bertakwa." (QS 25:74)

Anak-anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (tak berdosa). Bila anak kita mendapatkan tarbiyah yg baik dia akan menjadi anak yg soleh. Namun bila anak dibesarkan di tengah-tengah ibu bapa yg sering bertengkar atau ibu bapa yg keluar dari landasan Islam, anak itu akan demikian juga. Rasulullah SAW telah bersabda:

"Anak-anak itu lahir dalam keadaan fitrah, adalah ibu bapaknya yg menjadikan dia Yahudi, Nasrani, atau Majusi." (HR Bukhari dan Muslim).

Oleh karena itu, Islam sangat menekankan (dgn sangat serius) tentang pendidikan atau tarbiyah anak sehingga anak-anak kita memperolehi pendidikan yg baik. Islam mengharapkan agar segala norma dan suasana diciptakan utk melaksanakan tarbiyah yg baik itu. Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

"Mendidik anak itu lebih baik daripada bersedekah secupak." (HR Thirmidzy).

Dalam sabda-sabda beliau yg lain:

"Tiada pemberian seorang bapak terhadap anak-anaknya yg lebih baik daripada (pendidikan) yg baik dan adab yg mulia." (HR At-Tirmidzy)

"Berlaku baiklah terhadap anak-anakmu dan ajarkanlah mereka adab yg baik" (HR Ibn Majah)

"Bila seorang meninggal, terputuslah semua amalannya kecuali tiga perkara: amal jariah, ilmu yg bermanfaat, dan anak yg soleh yg berdoa untuknya." (HR Muslim)

*****************************
MENGAJAK KEBAIKAN DAN MENCEGAH KEMUNGKARAN Date: Tue, 17 Mar 1998 11:52:46 PST From: "petro97 ..." <petro97@hotmail.com>

Bismillah Walhamdulillah Was Salaatu Was Salaam 'ala Rasulillah.

MENGAJAK KEBAIKAN DAN MENCEGAH KEMUNGKARAN

Kedua-duanya merupakan tiang pokok yang menjadi tumpuan tegaknya kepentingan masyarakat yang baik, dan merupakan ciri dari masyarakat Islam. Allah berfirman yang bermaksud:

"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang baik dan mencegah dan yang mungkar, dan beriman kepada Allah." (AliImran: 110)

Jika kita meninggalkan tugas 'mengajak kebaikan dan mencegah kemungkaran' maka rosaklah masyarakat, hancurlah akhlaq dan buruklah pergaulan...

Usaha mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran tidak merupakan kewajipan individu tertentu saja, tetapi merupakan kewajipan bagi setiap orang Muslim laki-laki atau perempuan, 'alim atau awam sesuai dengan kemampuan dan ilmunya. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Barang siapa melihat kemungkaran maka ubahlah dengan tangan, jika tidak mampu maka dengan lisan, jika tidak mampu maka dengan hati, dan itulah selemah-lemah iman." [Riwayat Muslim]

MACAM-MACAM CARA AJAKAN KEPADA KEBAIKAN

1. Khutbah pada hari Jumaat dan dua Hari Raya, di mana Khatib menjelaskan macam-macam kemungkaran.

2. Ceramah dan artikel di majalah atau surat khabar yang menjelaskan penyakit-penyakit masyarakat dan memberikan ubat yang cukup untuk penyembuhan.

3. Buku dimana penulis memaparkan hal-hal yang hendak dijelaskan kepada masyarakat tentang idea-idea untuk memperbaki masyarakat.

4. Peringatan pada majlis taklim di mana salah seorang yang hadir umpamanya berbicara tentang bahaya rokok terhadap akal fikiran mahupun kewangan.

5. Nasihat dilakukan antara seorang saudara dengan saudara seagama yang lain secara diam-diam, seperti nasihat untuk menanggalkan cincin emas pada tangan seseorang laki-laki atau memperingatkan untuk tidak meninggalkan solat.

6. Surat merupakan saranan yang paling berfaedah kerana setiap orang dengan surat dapat membaca beberapa halaman tentang solat, jihad, zakat, dan dosa-dosa besar umpamanya.

[Syeikh Muhammad b Jamil Zeno; Dar-ul-Hadith Al-Khairiyah, Makkah Al-Mukarramah]

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

* IMAN BERTAMBAH DAN BERKURANG Date: Tue, 17 Mar 1998 12:30:46 PST From: "petro97 ..."

Bismillah Walhamdulillah Was Salaatu Was Salaam 'ala Rasulillah.

IMAN ITU BERTAMBAH DAN BERKURANG

Sekurang-kurangnya Iman itu ialah tasdiq jazim yang tidak ada syak dan syubahat. Kalau sekiranya tidak sedemikian maka tidak ada iman, kerana Allah s.w.t. berfirman:

Maksudnya:

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu." (Surah Al Hujureat: Ayat 15)

Jika sekiranya terdapat syak maka ini bermakna nifaq.

Firman Allah s.w.t.: Maksudnya:

"Di dalam hati mereka ada penyakit." (Surah Al-Bagarah: Ayat 10)

Berhubung dengan 'Penyakit' ada 'Ulama' mentafsirkannya dengan makna syak.

Perlu diterangkan bahawa syak itu bukannya was-was dan was-was tidak boleh dianggap syak kerana ianya dibawa oleh syaitan dan hati kita menolaknya, seperti seseorang yang diajak menjadi kafir atau dituduh menjadi kafir sedangkan dia tidak menerima kekufuran itu.

Firman Allah s.w.t.: Maksudnya:

"Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa bila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahannya." (Surah Al A'araf: Ayat 201)

Di dalam satu riwayat, Rasulullah s.a.w. telah bersabda, "Segala puji bagi Allah yang menolak tipu daya syaitan menjadi was-was."

Di kalangan Ulama' ada yang berpendapat bahawa iman itu tidak bertambah dan tidak berkurang, ianya dipandang sebagai aqidah yang tidak boleh dibelah bahagi.

Menurut pendapat Salaf bahkan pendapat Jumhurul Ulama' bahawa, iman yang disertakan dengan amal yang soleh itu bertambah dan berkurang kerana ada Nas-nas yang terang menyatakan demikian.

Firman Allah s.w.t.: Maksudnya:

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut "Allah" gementarlah hati mereka dan apabila dibaca kepada mereka ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka." (Surah Al Anfal: Ayat 2)

"Adapun orang-orang yang beriman maka surah ini menambah imannya." (Surah At Taubah: Ayat 124)

"Dan tatkala orang-orang mukmin melihat tentera-tentera Ahzab, mereka berkata, "Inilah yang dijanjikan Allah dan Rasul-Nya kepada kita". Dan benarlah Allah dan Rasul-Nya. Dan demikian itu tidaklah menambah kepada mereka kecuali iman dan penyerahan." (Surah Al Ahzab: Ayat 22)

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

* Dl ANTARA AKHLAQ RASULULLAH S.A.W. Date: Mon, 16 Mar 1998 15:27:43 PST From: "petro97 ..."

Assalamu'alaikum.

Dl ANTARA AKHLAQ RASULULLAH S.A.W.

Akhlaq Rasulullah s.a.w. adalah al-Qur'an, murka kerana murkanya dan rela kerana kerelaannya. Tidak dendam dan marah kepada jiwanya kecuali jika seseorang melakukan hal-hal yang diharamkan Allah sehingga kemarahannya kerana Allah.

Rasulullah s.a.w. merupakan orang yang paling benar perkataannya, paling memenuhi tanggungjawabnya, paling lembut perangainya, paling mulia pergaulannya, lebih pemalu dari perawan dalam pingitan, rendah hati dan selalu berfikir, tidak keji dan pengutuk, tidak membalas kejahatan dengan kejahatan tapi membalasnya dengan memberi maaf dan jabat tangan, barangsiapa meminta sesuatu keperluan tidak pernah ditolak kecuali dipenuhi keperluannya atau dengan kata-kata yang halus dan tidak dengan hati kasar dan sikap keras, tidak pernah memotong pembicaraan orang lain kecuali jika bertentangan dengan kebenaran sehingga memotong pembicaraannya dengan larangan atau berdiri, tidak menganggap bohong kepada seseorang, tidak dengki kepadanya dan tidak memintanya untuk bersumpah.

Rasulullah s.a.w. menjaga tetangganya dan menghormati tamunya, waktunya tidak pernah berlalu tanpa beramal untuk Allah atau mengerjakan sesuatu yang harus dikerjakan, cinta optimisme dan benci kepada pesimisme, jika ada dua pilihan maka beliau memilih yang teringan di antara keduanya selama tidak merupakan dosa, senang menolong orang yang memerlukan dan membantu orang yang teraniaya.

Rasulullah s.a.w. juga senang kepada sahabat-sahabatnya, bermusyawarah dengan mereka dan memeriksa mereka, barangsiapa sakit dikunjunginya, barangsiapa tidak hadir diundangnya, dan barangsiapa meninggal dunia didoakannya serta menerima alasan orang yang uzur kepadanya. Baginya, orang yang kuat dan orang yang lemah mempunyai hak yang sama. Beliau juga berbicara, jika orang menghitung pembicaraannya tentu akan dapat menghitungnya kerana kefasihan dan perlahannya. Disamping itu, beliau juga bergurau dan tidak mengucapkan sesuatu kecuali kebenaran.

[Syeikh Muhammad b Jamil Zeno, Dar-ul Hadith Al-Khairiyah, Makkah Al-Mukarramah]

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

(Terima kasih atas kiriman email dari pengirim di atas. Saya paparkan risalah berguna ini untuk tatapan semua pengunjung laman saya.. semoga banyak manfaatnya... InsyaAllah.)
___________________________________________________________________________
* Berita Harian Online: Pujuk murtad dengan wang, wanita Date: Tue, 09 Jun 1998 11:38:25 +0800 From: Alotrop <abdullah

ASSALAMUALAIKUM...,

BERIKUT ADALAH PETIKAN BERITA HARIAN HARI INI. KALAU BEGINI, NAMPAK GAYANYA PERKARA SEPERTI INI TAK AKAN SELESAI SELAGI PIHAK YANG BERTANGGUNGJAWAB TIDAK BERTEGAS DENGAN KES-KES MURTAD!

WASALLAM.

http://www.jaring.my/bharian/tue/ne019.htm

Berita Harian Online Selasa 9 Jun 1998 14 Safar 1419

Pujuk murtad dengan wang, wanita

KUANTAN, Isnin - Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Maip) mengesan ada pihak tertentu di negeri ini cuba mengambil kesempatan memesongkan akidah umat Islam supaya murtad dengan menawarkan pelbagai ganjaran menarik termasuk kewangan dan wanita.

Pihak berkenaan dikatakan cuba mengambil kesempatan daripada kesusahan dialami umat Islam terbabit dengan menawarkan pertolongan termasuk memberi wang sebelum mereka dihasut supaya meninggalkan agama Islam.

Walaupun kejadian yang dilaporkan setakat ini tidak melebihi 10 kes, Maip menganggap kes itu sebagai serius dan penguatkuasaan Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Pahang 1989, akan diketatkan dengan bantuan polis.

Timbalan Yang Dipertua Maip, Datuk Abdul Mutalib Mohd Ali al-Fakhwie, berkata setakat ini, pihaknya dimaklumkan seorang penghasut bukan Islam sudah didakwa mengikut enakmen itu di mahkamah awam di Bentong berikutan terbabit memujuk orang Islam supaya murtad.

Beliau berkata, mereka yang sabit kesalahan mengikut enakmen itu boleh dikenakan denda RM10,000 atau empat tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Selain itu, katanya, pihaknya pula sudah memberi kaunseling kepada umat Islam yang berhasrat murtad supaya memikirkan semula keputusan itu kerana ia adalah kesalahan besar dalam agama.

"Kita mengesan ada pihak menggunakan taktik tertentu untuk memujuk atau menghasut umat Islam supaya murtad, antaranya menawarkan ganjaran kewangan atau wanita kepada mereka jika keluar daripada agama Islam.

"Berikutan itu, gejala berkenaan perlu dibanteras dan Maip menguatkuasakan lebih ketat undang-undang menghalang umat Islam murtad, sekali gus membolehkan penghasut bukan Islam didakwa di mahkamah awam, selain mendakwa umat Islam berkenaan di mahkamah syariah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mengikut Seksyen 4 (1) enakmen itu, seseorang melakukan kesalahan dan boleh dihukum jika mereka memujuk, mempengaruhi, memaksa atau menghasut serta mengendalikan kegiatan untuk menarik seorang Islam menjadi penganut atau cenderung kepada agama bukan Islam.

Abdul Mutalib berkata, pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri juga sudah menghantar enakmen yang sama kepada polis, baru-baru ini, bagi membolehkan polis turut mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukan kesalahan itu.

Katanya, Maip juga meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengetahui kes umat Islam berhasrat murtad, supaya melaporkannya kepada majlis itu atau pejabat kadi untuk tindakan lanjut.

"Kita memanggil mereka terbabit termasuk ibu bapa untuk menghadiri sesi kaunseling dan kebanyakannya insaf serta menyedari kesilapan yang dilakukan.

"Bagaimanapun, bagi mengatasi masalah itu untuk jangka panjang, ibu bapa perlu meningkatkan pendidikan agama kepada anak masing-masing supaya mereka memiliki akidah yang kuat bagi menghadapi pelbagai cabaran," katanya.

[ Muka Depan | Berita | Editorial | Ekonomi | Pusparia | Sukan ]

(Terima kasih atas kiriman email dari pengirim di atas. Saya paparkan risalah berguna ini untuk tatapan semua pengunjung laman saya.. semoga banyak manfaatnya... InsyaAllah.)
___________________________________________________________________________


* Wanita Solehah-2 Date: Tue, 09 Jun 1998 10:38:53 PDT From: "Siti Aisyah Ahmad Yusuf"

WANITA SOLEHAH-2
****************

Wanita Solehah Penghibur Hati Wanita solehah Sentiasa tenang jiwanya

Lantaran sentiasa membesarkan Allah di dalam solatnya Dan Sunnah Rasulullah menjadi jalan hidupnya Kalamullah adalah akhbar dan hiburan Janji-janji Allah adalah jaminan ketenangan

Sumber jiwanya beroleh kekuatan Agar sabar merintangi musibah Istiqamah dalam mujahaddah Berteguh menjunjung hukum-hakam Allah

Jiwanya damai, tidak mudah bergoncang Ujian hidup baginya fitrah; Sebagai mehnah, didikan terus dari Allah Salah satu antara dua : tanda kasih sayang Allah atau penghapusan dosa yang meningkatkan iman

Berwaspada dengan firman Allah : " Barangsiapa yang tidak rela terhadap takdir Ku tidak sabar terhadap cubaan Ku dan tidak syukur terhadap nikmat pemberian Ku, maka carilah Tuhan selain Aku"

Berkhalwah pasrah di hujung malam munajatnya adalah bicara cinta Rintihan dan pengaduan adalah bait puitis Tidak pernah merelakan dirinya hanyut dibuai perasaan Gelodak rasanya tidak mudah dituruti

Dia insaf Hiburan yang tidak membimbing jiwa ke arah cinta ketuhanan Adalah pembohongan dan sia-sia Ketenangan yang diilhamkan hanyalah sementara Sentuhan iramanya tidakkan mampu memecahkan masalah Gemerlap sinarnya tidakkan menyuluh jalan keluar Bahkan jiwanya yang sakit akan semakin parah Tusukan asyiknya adalah jarum-jarum syaitan Matahati akan buta, kaburlah hikmah yang tersirat Tidakkan nampak jalan akhirat Inilah yang ditakuti dan sentiasa diawasinya !!

Maka kepada Allah lah dipanjatkan segala pengaduan dan Dia-lah sebaik-baik tempat pergantungan. Seperti yang dinukilkan dalam firman Allah : "Apabila ditimpa musibah , mereka mengucapkan; Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya lah kami kembali. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannnya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk" (Al-Baqarah : 156-157 )

Inilah wanita solehah yang tidak akan membiarkan dirinya menjadi busar panahan syaitan diperalatkan untuk mengumpan kaum Adam

Memandangnya menyejukkan mata Dirinya yang tenteram memberikan hiburan Kiranya ia seorang isteri keperibadiannya akan menghibur suami

Seperti yang diungkap oleh pujanga sufi " Rumahtangga menjadi gelanggang dan kebanggaan Anak-anak menjadi murid Dialah mursyidnya Harta suami dijaga dengan sempurna Dilepaskan suami berjuang dengan rela dan bangga Dirumah dan diluar Maruahnya sentiasa dijaga Sentiasa menguntum senyum Dihadapan suami Sanggup hidup berdua Mati bersama Lantaran mengharap keredhaan Allah semata-mata

Memadai dengan apa yang ada Tidak pernah menuntut apa yang tiada Menjadi tulang belakang perjuangan suami Hingga suaminya terasa Rumah itu syurga Menjadi sumber kekuatan jiwa dalam menegakkan jihaddnya Natijahnya : Lahirlah jiwa sakinnah bernafsu mutmaiinnah Dan mendapat alu-aluan Allah : "Kembalilah kepada Tuhan mu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya" (Surah Al-Fajr : 27 )

wa'allahualam

ukhuwwah fillah lancaster, UK

(Terima kasih atas kiriman email dari pengirim di atas. Saya paparkan risalah berguna ini untuk tatapan semua pengunjung laman saya.. semoga banyak manfaatnya... InsyaAllah.)
____________________________________________________________________________

RENUNGAN - KELEBIHAN BANGUN BERIBADAT WAKTU MALAM MENURUT AL QURAN Date: Fri, 12 Jun 1998 07:53:15 +0800 From: Mohd Sayuti bin Shamsuri '

KELEBIHAN BANGUN BERIBADAT WAKTU MALAM MENURUT AL QURAN

1. Dalam Al Quran dijelaskan beberapa kelebihan orang yang bangun di waktu malam untuk beribadat, bertaubat dan bermunajat kepada Allah. Antaranya ialah: 1. Pahala mereka tidak terhalang. Firman Allah: "Dan apa sahaja kebaikan yang mereka (orang yang bangun beribadat waktu malam) kerjakan, maka sekali-kali mereka tidak dihalangi (menerima pahalanya) dan Allah Maha Mengetahui orang-orang yang bertakwa." Surah Ali Imran: 115.

2. Memperoleh nikmat dalam syurga. Mereka yang akan memperoleh nikmat syurga itu digambarkan Allah telah melakukan berbagai ibadat: Firman Allah: Iaitu orang-orang yang sabar, yang benar, yang tetap taat, yang menafkahkan hartanya di jalan Allah, dan yang memohon ampun di waktu sahur."- Surah Ali Imran: 17.

3. Allah mengangkat orang yang beribadat waktu malam di tempat yang terpuji. Firman Allah: "Dan pada sebahagian malam hari, solat tahajjudlah kamu, sebagai satu ibadah tambahan bagimu, mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji." - Surah Al Isra: 79.

4. Mempunyai sifat sabar. Firman Allah: "Maka bersabarlah kamu terhadap apa yang mereka katakan dan bertasbihlah sambil memuji Tuhanmu sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya. Dan bertasbihlah kamu kepadaNya di malam hari dan setiap selesai sembahyang. - Surah Qaaf: 39.

5. Orang bangun beribadat waktu malam senang berkorban dan membantu orang miskin. Firman Allah: "Sesungguhnya mereka (iaitu mereka yang di dalam syurga) sebelum itu di dunia adalah orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam. Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah. Dan pada harta mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak mendapat kebahagiaan. - Surah Azzariyat: 18.

6. Orang yang bangun malam untuk beribadat tabah menunggu ketetapan dari Allah. Firman Allah: "Dan bersabarlah dalam menunggu ketetapan Tuhanmu, sesungguhnya kamu berada dalam penglihatan Kami, dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu ketika kamu bangun, berdiri. Dan bertasbihlah kepada-Nya pada beberapa saat di malam hari dan di waktu terbenam bintang-bintang. - Surah At Thur: 48.

7. Ibadah waktu malam lebih khusyuk. Firman Allah: "Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat (untuk khusyuk) dan bacaan di waktu itu lebih berkesan." - Surah Al Muzammil: 6.

KELEBIHAN BANGUN BERIBADAT WAKTU MALAM MENURUT HADIS

1. Allah akan mengabulkan permintaan hambanya: Sabda Rasulullah s.a.w: Daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: "Pada setiap malam di sepertiga terakhir pada bahagian malam, Allah turun ke langit dunia dan berseru:"Siapa yang memangggilKu,maka Aku akan menyambutnya. Siapa yang memohon kepada-Ku, Aku pun mengabulkannya. Dan siapa yang memohon ampun, maka Aku mengampuninya. (H.R. Bukhari,Muslim,Tarmizi.)

2. Menambah dekatnya diri antara hamba dengan Allah. Sabda Rasulullah s.a.w: "Sesungguhnya sedekat-dekatnya seorang hamba pada Tuhannya adalah di waktu tengah malam. Oleh sebab itu ,jika kamu dapat menjadikan dirimu termasuk orang-orang yang berzikir kepada-Nya, maka kerjakanlah. (H.R. Abu Daud dan Tarmizi.)

3. Menjadi penangkal segala penyakit yang berasal dari tubuh. Sabda Rasulullah s.a.w: "Hendaklah kamu semua rajin bangun malam bertahajjud. Sebab hal itu telah menjadi kebiasaan para solihin sebelummu. Dan yang menyebabkan kamu dekat dengan Allah. Di samping itu dosa-dosa kamu dihapuskan-Nya, dan menjadi penangkal segala penyakit yang berasal dari tubuh. (H.R. Tarmizi).

4. Tahajjud mempunyai kebaikan yang tinggi. Sabda Rasulullah s.a.w: Dari Abu Hurairah, ia berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda:"Sebaik-baik solat setelah solat fardu ialah solat tahajjud." (H.R. Muslim)

5. Orang yang sukar bangun malam bersahabat dengan syaitan: Daripada Ibn Mas"ud, ia berkata:"Pernah diceritakan seorang sahabat kepada Rasulullah s.a.w. bahawa ada seseorang yang sepanjang malam tidur, tidak pernah bangun sedikit pun untuk solat. Rasulullah s.a.w. menjawab:"Telinga orang itu telah dikencing oleh syaitan." (H.R. Bukhari,Muslim dan Nasai)

Mohd Sayuti bin Shamsuri Smart Card Division (Network & Customer Service ) Telekom Malaysia Berhad (128740-P)

(Terima kasih atas kiriman email dari pengirim di atas. Saya paparkan risalah berguna ini untuk tatapan semua pengunjung laman saya.. semoga banyak manfaatnya... InsyaAllah.)

____________________________________________________________________________

Subject: * Aurat wanita Date: Sat, 13 Jun 1998 07:17:33 +0700 From: Imam Min <al-amin9677 Organization: Islamic Education

Assalamualaikum....

 Aurat Kaum Wanita

1 . Bulu kening. - Menurut Bukhari " Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur 
(menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening) Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
2 . Kaki ( tumit kaki ) - Dan janganlah mereka ( perempuan ) membentakkan kaki ( atau mengangkatnya ) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan  - An-Nur : 31
(a ) menampakkan kaki (b ) menghayungkan/melenggokkan badan mengikut hentakkan kaki
3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya , maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina - Riwayat Nasaii , Ibn Khuzaimah dan Hibban
4 . Dada - "Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka " An-Nur : 31
5 . Gigi -" Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya " Riwayat At-Thabrani" Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik , yang merubah ciptaan Allah " Riwayat Bukhari dan Muslim.
6 . Muka dan leher " Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu "( a ) bersolek
( make-up )( b ) menurut Maqatil : Sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah .
7 . Muka dan Tangan " Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis . Sabda Rasullulah : "Wahai Asma ! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaidh tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja "-Riwayat Muslim dan Bukhari.
8 . Tangan - " Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya " - Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.
9 . Mata - " Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya " - An Nur : 31 " Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya . Kamu hanya boleh pada pandangan yang pertama , ada pun pandangan seterusnya tidak dibenarkan " Riwayat Ahmad , Abu Daud dan Tirmidzi.
10 . Mulut ( suara ) - " Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya , tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik " Al Ahzab : 32 " Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain , iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan >penyanyi perempuan , maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi " Riwayat Ibn Majah.
11 . Kemaluan " Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin , hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka (jangan berzina)" An Nur : 31 " Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu , puasa di bulan Ramadhan , menjaga kemaluannya (tidak berzina) dan menta'ati suaminya , maka masuklah ia kedalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya " Riwayat Al Bazzar " Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan dirumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah " Riwayat Tirmidzi , Abu Daud dan Ibn Majah.
12 . Pakaian " Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan dihari akhirat nanti " Riwayat Ahmad , Abu Daud , An Nasaii dan Ibn Majah " Sesungguhnya sebilangan ahli neraka iailah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat . Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya " Riwayat Bukhari dan Muslim (a ) Berpakaian tipis / jarang (b ) Berpakaian ketat / membentuk c ) Berpakaian berbelah / membuka bahagian-bahagian tertentu " Hai nabi-nabi katakanalah kepada isteri-isterimu , anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan loggar ) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali . Lantaran itu mereka tidak diganggu . Allah maha pengampun lagi maha penyayang " Al Ahzab : 59
13 . Rambut - " Wahai anakku Fatimah ! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya " Riwayat Bukhari dan Muslim.
14 . " Bagi wanita-wanita yang memelihara dirinya dan menta'ati suaminya, segala makhluk , burung yang terbang , ikan dilaut , malaikat dilangit , matahari dan bulan dan lain-lain memohon keampunan Allah untuknya " - Wassalam..

Imam Min
~~~~~~~~~~~~~~~~

(Terima kasih atas kiriman email dari pengirim di atas. Saya paparkan risalah berguna ini untuk tatapan semua pengunjung laman saya.. semoga banyak manfaatnya... InsyaAllah.)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Subject: * FW: Hakikat Perkahwinan Date: Sun, 14 Jun 1998 15:06:46 +0800 From: mana *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*

Amalan suami semasa isteri mengandung

Perkara-perkara yang perlu diamalkan oleh suami ketika isteri mengandung : a. Suami hendaklah banyak bertaubat kepada Allah SWT b. Banyak membaca Al-Quran dan mengharapkan agar anak yang ada dalam kandungan isteri akan memahami keinginan baik yang terkandung dalam Al-Quran tersebut. c. Suami hendaklah banyak berpuasa sunat, Isnin dan Khamis dll. d. Suami hendaklah rajin mengerjakan solah berjemaah. e. Elakkan pergi ke tempat yang tidak dibenarkan syarak. f. Rajin menghadiri majlis ilmu dan orang-orang soleh. g. Suami hendaklah banyak bersabar dalam menjalin hubungan dengan isteri h. Dilarang memakan benda-beda haram, begitu juga dilarang memberi isteri rezeki yang tidak halal serta wang riba. i. Banyak membaca doa keselamatan isteri yang sedang mengandung dan keselamatan anak dalam kandungan. j. Dilarang membuka aurat kerana dikuatiri mempengaruhi akhlak anak yang akan lahir nanti. k. Suami hendaklah menjauhi diri daripada marah dan benci pada isteri. l. Banyak membaca surah Al Fatihah, Luqman, Yasin, Yusuf, Surah An Nahl ayat 78, surah Al A'raf ayat 189 dan ayat Kursi.

Adab suami ketika isteri sedang mengandung.

Ketika isteri mengandung, suami hendaklah benar-benar bertanggungjawab terhadap isteri kerana perasaan isteri sangat sensitif pada saat itu. Ia sangat memerlukan perhatian daripada suami yang disayanginya. Ada beberapa perkara yang perlu suami lakukan terhadap isteri yang sedang mengandung : a. Suami hendaklah menunjukkan rasa kasih sayang terhadap isteri, sebagai teman hidup yang paling dekat. b. Hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri serta hindari daripada bersikap kejam terhadap isteri. c. Selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang berlaku dengan isteri sebelum masuk tidur.

d. Jangan mudah mengeluarkan perkataan talaq kepada isteri. e. Ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa berikut, " La ila ha illa anta subha naka inni kun tuminadzolimin " maksudnya " Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Maha Suci. Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang yang zalim. "

f. Suami hendaklah kerap solat sunat dan mendoakan agar isteri dan anak dalam kandungan selamat.

Dorongan Suami semasa isteri bersalin

Suami yang soleh akan turut merasakan penderitaan isterinya walaupun tidak secara langsung. Suami harus banyak terlibat dalam proses jagaan kehamilan, kelahiran bayi dan perhatian terhadap isteri. Suami hendaklah memberi motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan bersabar, di samping itu suami harus banyakkan berdoa dan beristigfar dan selawat. Dengan cara ini perasaan isteri akan menjadi tenang dan mudah bersalin. Mengandung merupakan beban dan tekanan terhadap wanita. Dari segi fizikal, ia harus menampung kandungannya, tubuh badannya bekerja lebih kuat. Jantungnya mengepan darah 40% lebih daripada keadaan biasa. Buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan kotoran bayinya. Wanita mengandung juga mengalami perubahan emosi Waktu pantang dan selepas kelahiran, bayi juga dapat menimbulkan tekanan jiwa dan emosi isteri kerana ia harus menyusu dan membersihkan bayi antara 2-3 jam setiap malam. Suami yang baik akan berusaha mengurangi beban isteri dan turut menjaga bayi di waktu malam.

Begitu seterusnya perhatian dan tanggungjawab suami terhadap isteri itu berterusan, semenjak hamil sehinggalah menjaga anak adalah pekerjaan yang harus dibantu oleh suami agar isteri dapat merasakan kebahagiaan dan keringanan dalam menjalankan tanggung-jawab yang berat itu.

Mengapa bayi lahir menjadi kenan

Kelahiran bayi cacat atau kenan mempunyai kesan dalam hati ibu bapa, saudara mara dan juga masyarakat.

Reaksi pertama ibu adalah kesedihan dan kepiluan. Ia merasa hampa kerana anak yang dikandungnya selama 9 bulan itu cacat atau kenan. Kecacatan ini timbul dari berbagai gejala. Puncanya mungkin disebabkan oleh baka dan keturunan, jangkitan kuman, pendedahan kepada ubatan dan bahan kimia, masalah pemakanan, dadah, arak dan sebagainya.

Ramai orang percaya bahawa wanita yang kenan melahirkan bayi yang cacat. Seringkali kelahiran cacat dikaitkan dengan kejadian ketika isteri mengandung seperti suami membunuh binatang dll. Kejadian itu dikaitkan bila bayi lahir cacat, tapi tidak bila bayi dilahirkan normal.

Islam menganjurkan umatnya melakukan kebaikan dan menjauhi kejahatan. Begitu juga dengan kenan dan kecacatan ini, jika suami isteri melakukan kebaikan, Tuhan akan membalas dengan kebaikan dan begitu sebaliknya.

Tanggungjawab bapa terhadap kelahiran anak

1. Menanam uri

Kebanyakan daripada kita tidak menghiraukan tentang kepentingan uri. Di saat-saat kegembiraan menerima ahli baru, seringkali uri dilupakan. Jika pihak keluaga tidak mengambil uri, klinik atau hospital mengumpulkan uri-uri itu dan didermakan kepada syarikat swasta. Kemudian uri itu diproses bagi memperolehi hormon yang terkandung di dalamnya. Hormon-hormon ini banyak digunakan dalam alat-alat kecantikan dan solekan. Sebahagian ibu bapa cuma membuang uri dalam tong sampah tanpa memikirkan uri adalah teman rapat bayi didalam kandungan. Uri amat penting kepada bayi. Orang tua dahulu mengamalkan cara menanam uri dengan baik. Mereka mencuci dan membalutnya dengan kain dan ditanam. Adab ini adalah baik kerana menghargai sesuatu.

2. Mengazan dan mengqamatkan anak

Bayi yang baru lahir, telinganya berfungsi dengan baik. Islam menganjurkan diazankan di telinga kanan dan diqamatkan di telinga kiri. Tujuannya ialah untuk mengingatkan kembali anak tentang perjanjian yang pernah dikaitkan dengan Tuhan di alam Rohani.

3. Mendoakan anak

Usaha membesarkan dan mendidik anak supaya menjadi manusia berguna bukanlah suatu yang dapat dipastikan kejayaanya. Doa Berdoa adalah satu usaha. Doa merupakan usaha meminta pertolongan kepada Allah.

Lima perkara yang memepengaruhi jiwa dan harapan orang yang berdoa:- a. Dengan berdoa, maka semakin tumbuh subur keyakinan bahawa Allah SWT itu dekat. b. Segala permohonan dari hamba-Nya akan mendapat perhatian sepenuhnya daripada Allah SWT. c. Supaya doa itu diterima Allah SWT, maka orang yang berdoa terlebih dahulu menjalankan petunjuk dan anjuran Allah. d. Hendaklah percaya dengan kesungguhan hati dan keimanan kepada Allah SWT. e. Dengan menjalankan seruan Allah dan percaya kepada-Nya maka Allah akan memberikan petunjuk dan ilmu pengetahuan agar tidak tersesat dan berputus asa. Antara doa-doa yang patut diamalkan oleh orang tua agar anak- anak mereka menjadi orang yang diredhai Allah iaitu :

a) Doa agar anak patuh kepada Allah - Al Bagarah : 128 b) Doa agar diberi anak yang baik - Al Imran : 38 c) Doa agar diberi zuriat yang menyenangkan hati - Furqan : 74 d) Doa agar anak tetap mengerjakan solat - Ibrahim : 40 e) Doa ketika memberi nama anak

4. Panduan menamakan anak

Sunat memilih nama yang baik kepada anak. Memberikan nama kepada anak merupakan cermin keperibadian dan kefahaman orang tua, kerana nama yang diberikan menggambarkan harapan hati dan harapan orang yang memberikannya.

Masa memberikan nama dan orang yang berhak memberikan nama.

Berdasarkan kepada beberapa hadis Rasulullah SAW, maka memberikan nama bagi bayi dapat dilakukan pada hari lahirnya ataupun 3 hari sesudah kelahiran. Jika belum, boleh ditunda hingga sampai perlaksanaan aqiqah.

Siapa yang berhak, ayah atau ibu.

Sebenarnya ianya boleh dibincang antara suami dan isteri ketika ingin memberi nama. Menurut Nasya'at Al-Masri, hak memberi nama diberikan pada ayah, kerana dalam Al-Quran menjelaskan supaya anak dinasabkan kepada ayah bukan ibu.

Pemilihan nama yang utama

Syariat Islam menganjurkan supaya nama yang baik kerana nama tersebut akan dipanggil Allah pada hari Qiamat. Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya: "Namakan dengan nama para nabi, dan nama yang paling Allah suka ialah nama Abdullah dan Abdurrahman dan nama yang paling benar ialah Harits dan Humaam dan nama yang paling buruk ialah Harb dan Murrah. " (HR. Abi Wahab Al-Jasyimi) Para ulama sepakat mengharamkan semua nama yang mengabdikan selain dari Allah SWT seperti Abdul Uzza, Abdul Ka'abah dan lain-lain. Nama yang makrikh yang perlu dihindari iaitu Yasar, Rabah, Najah, Aflah dan Barakah. Nabi SAW melarang umatnya menamakan anak dengan nama-nama tersebut. Nama seperti nama malaikat seperti Mikail dan sebagainya. Ada 2 pendapat ulama, sebahagiannya membolehkan manakala sebahagian lagi melarang. Tidak boleh menamakan dengan nama-nama yang buruk yang akan menggambarkan corak kehidupan yang tidak dapat diterima oleh fitrah manusia. Tidak boleh menamakan dengan nama daripada surah dalam Al-Quran seperti Thaha, Yasin dan sebagainya. Ibnul Qayyim menjelaskan, nama Yasin dan Thaha adalah salah satu nama nabi adalah tidak benar. Imam Malik mengatakan bahawa nama-nama tersebut makruh dipakai untuk nama anak. Rasulullah menganjurkan kepada seseorang yang mempunyai cita-cita yang baik untuk diharapkan melalui nama anak-anak.

Memberi gelaran kepada anak

Adalah sangat terpuji memberi gelaran yang baik kepada bayi semenjak kecil lagi bagi memberikan motivasi anak. Namun begitu, biarlah gelaran yang baik dan jauhi gelaran yang boleh memalukannya.

5. Penyembelihan aqiqah

Untuk mensyukuri kelahiran anak, agama menganjurkan untuk mengadakan acara kesyukuran. Menyembelihkan kambing bagi anak lelaki, 2 ekor dan seekor bagi anak perempuan. Acara tersebut sebaiknya dijalankan ketika anak berumur 7 hari. Aqiqah amat penting, menurut keterangan ulama, hukumnya adalah "Sunat Muakkad". Dengan aqiqah akan menjadikan anak dapat memberi pembelaan (syafaat) kepada orang tuanya pada hari qiamat. Hikmah aqiqah. a. Sebagai bukti dari perasaan gembira, kerana diberi kekuatan oleh Allah untuk menjalankan syariat Islam serta dianugerah anak, serta mempunyai harapan agar anak tersebut akan mengabdikan dirinya kepada Allah. b. Membiasakan berkorban bagi orang tua, demi kepentingan anak yang baru lahir. c. Melepaskan penghalang pada bayi dalam memberikan syafaat kepada orang tua mereka kelak. d. melindungi daripada syaitan sehingga setiap anggota tubuh aqiqah berguna untuk menebus seluruh anggota tubuh bayi. e. Pada waktu memotong aqiqah juga hendaklah diucapkan seperti pada waktu memotong korban iaitu membaca Bismillah. f. Lebih utama memasak aqiqah itu dan tidak diberikan dalam keadaan mentah. Untuk memudahkan para fakir miskin untuk menikmatinya dan ini lebih terpuji. g. Umur binatang aqiqah yang disembelih adalah sesuai dengan yang diperintahkan, sihat dan tidak cacat. h. Tidak sah apabila dilaksanakan secara bersama-sama oleh beberapa orang dengan seekor kambing. i. Sebaik aqiqah itu berbentuk kambing, walaupun ada juga yang menyembelih seekor unta, lembu atau kerbau. j. Diutamakan memotong aqiqah atas nama bayi. Rasulullah SAW bersabda, "Sembelihlah atas namanya. Ertinya diniatka atas nama bayi dengan mengucapkan nama Allah. k. Penyembelihan terbaik dilakukan sesudah matahari terbit. l. Sesuatu yang terpuji pada pemotong aqiqah adalah sama terpuji pada pemotong qorban iaitu, dagingnya disedekahkan. Yang baik ialah dibahagi 3 iaitu sebahagian dimasak sendiri sebahagian dihadiahkan dan sebahagian lagi disedekahkan. m. Tidak diperkenankan menjual kulit aqiqah atau dijadikan bayaran penyembelihan. Harus disedekahkan atau diambil untuk keperluan orang yang mengadakan aqiqah. n. Bagi seseorang yang mengetahui bahawa orang tuanya belum melakukan aqiqah untuknya, maka dianjurkan untuknya melakukan aqiqah, seperti Nabi telah melakukan aqiqah untuk dirinya setelah diangkat menjadi Rasul. o. Sebelum dilakukan penyembelihan aqiqah terlebih dahulu melakukan pencukuran rambut bayi. Kemudian rambut ditimbang dan nilai rambut disedekahkan pada fakir miskin.

6. Mengkhatankan anak

Berkhatan atau bersunat harus dilakukan untuk membersihkan anak-anak kerana kemaluan merupakan tempat najis yang harus dibersihkan.

Hukum berkhatan

Menurut Imam Shafie, Imam Malik dan Al-Auzai dan lain-lain, berkhatan hukumnya wajib. Khatan Nabi Ibrahim Dan Rasulullah SAW Nabi Ibrahim berkhatan ketika berusia 80 tahun. Beliau khatankan Nabi Ismail pada usia 13 dan Nabi Ishaq pada usia 7 tahun. Ada riwayat mengatakan Rasulullah dilahirkan sudah berkhatan dan ada juga riwayat mengatakan baginda dikhatan oleh Malaikat Jibrail.

Hikmah dan kelebihan berkhatan

a. Berkhatan merupakan asas daripada kebersihan dan merupakan syariat Islam yang perlu dikerjakan. b. Menyempurnakan tuntutan syara' yang sesuai dengan sunnah Nabi Ibrahim dan Rasulullah SAW. Sebagai usaha ke arah kebersihan diri untuk mengabdikan diri pada Allah SWT. c. Sering digunakan sebagai perbezaan antara orang Islam dan bukan Islam d. Dari aspek kesihatan, ia boleh mendatangkan kebersihan pada kemaluan, mencantikkan bentuk dan merangsang syahwat e. Menjaga kesihatan tenaga batin serta memelihara diri dari dihinggapi penyakit kelamin. f. Mengandungi hikmah yang besar di sebalik yang dilihat oleh mata kerana ajaran Islam yang lengkap dan murni, setiap yang disuruh pasti mengandung makna yang mendalam.

7. Mendidik moral anak

Memberikan pendidikan kepada anak adalah kewajipan ibubapa. Firman Allah dalam suruh Luqman ayat 12 - 19 memberi beberapa pokok ajaran Luqman, antaranya : a. Pendidikan supaya bersyukur b. Pendidikan supaya jangan mempersekutukan Allah c. Pendidikan supaya berbakti kepada orang tua d. Pendidikan tentang balasan dari hasil perbuatan yang baik dan sebaliknya. e. Pendidikan tentang soalt f. Pendidikan tentang amar makruf nahi mungkar g. Pendidikan supaya bersabar h. Pendidikan supaya jangan sombong dan angkuh i. Pendidikan kesederhanaan.

8. Erti anak bagi orang tua

Setiap orang akan merasa bahagia apabila dikurniakan anak. Namun disebalik kebahagiaan ini tersimpan tanggungjawab yang amat berat yang harus dipikul. Anak amat bererti pada ibubapa, antaranya: 1. Anak sebagai rahmat Allah SWT 2. Anak sebagai amanat Allah SWT 3. Anak sebagai harta yang tergadai 4. Anak sebagai penguji keimanan 5. Anak sebagai alat untuk beramal 6. Anak sebagai saham di akhirat 7. Anak sebagai sumber kebahagiaan 8. Anak sebagai tempat bergantung di hari tua 9. Anak sebagai penyambung cita-cita 10. Anak sebagai makhluk yang harus diberi pendidikan
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

(Terima kasih atas kiriman email dari pengirim di atas. Saya paparkan risalah berguna ini untuk tatapan semua pengunjung laman saya.. semoga banyak manfaatnya... InsyaAllah.)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Subject: MOTIVASI Date: Tue, 09 Jun 1998 17:57:31 PDT From: "muzir muzir"

Assalaamualaikum:

Untuk rencana kali ini saya akan menulis mengenai motivasi. Tajuk tulisan saya ialah Anda boleh mendapat apa saja yang anda mahu dengan menggunakan kuasa TANYA ATAU MINTA

Kita dilahirkan untuk berjaya maka sifat tabii manusia dan makhluk Tuhan di muka bumi ini adalah untuk meraih kejayaan. Tiada satupun makhluk Tuhan di muka bumi ini yang mendapat kegagalan, malah kejayaanlah yang ditempuh sepanjang masa. Sebatang pokok juga berjaya mendapat apa yang dikehendaki, seekor binatang berusaha untuk meraih kejayaan dan akhirnya kejayaan diperolehi. Tapi manusia sering menyataan kejayaan amat sukar dicapai, walhal hakikatbnya kegagalan amat sukar untuk diraih berbading dengan kejayaan.

Seseorang yang dikatakan gagal sebenarnya telah meraih 1000 kejayaan. Sekurang-kurangnya ia telah berjaya mencuba, seribu kali lebih baik dari gagal mencuba. Setidak-setidaknya dia telah mendapat pengalaman yang amat berharga untuk dijadikan asas dalam usaha selanjutnya. Malah mereka itu telah memulakan tapak usaha, yang boleh diteruskasn untuk kejayaan seterusnya. Mereka telah berjaya memulakan sesuatu dalam hidupnya. Sesiapa yang menyatakan kegagalan itu lebih mudah, adalah orang yang bertentangan dengan sifat tabiinya dan bertentangan dengan fitrah kejadiannya.

Untuk mendapat apa saja yang anda inginkan bukanlah suatu yang sukar, kalau kita semua tahu caranya dan sanggup membayar harganya, yang bukan semata-mata berbentuk material/wang. Satu kaedah untuk mendapat apa yang anda idamkan ialah dengan bertanya atau meminta. Sebenarnya manusia lebih senang memberi daripada meminta. Kita semua lebih mudah menjawab daripada menyoal. Maka gunakan kesempatan ini untuk mendapat apa saja yang anda ingini.

Anda boleh menggunakan kuasa tanya dan kuasa minta yang sememangnya anda boleh gunakan tanpa sebarang syak dan keraguan untuk mendapat apa yang ada mahu. Tetapi mesti tahu teknik-teknik bertanya dan meminta agar hajat anda menjadi kenyataan. Kaedah bertanya/meminta:

1. Tanya pada orang tahu, minta pada orang yang mampu. 2. Bina hubungan terlebih dahulu sebelum melakukannya 3. Bertanya dengan suara yang lembut, meminta dengan belas kasihan 4. jangan mendesak. 5. Tanya dan minta kepada seseorang yang wajar
6. Permintaan dan pertanyaan yang wajar akan mendapat hasil yang wajar 7. Minta dan tanya dengan positif. 8. Tanamkan dalam hati dengan penuh keyakinan bahawa dia boleh memberi. Tahap yakin bukan sekadar percaya (ada bezanya lain rencana saya terangkan) 9. Beri arahan kepada minda orang berkenaan supaya memenuhi apa yang anda mahu minta atau tanyakan (cara beri arahan lain kali saya terangkan) 10. Tahap-tahap minta atau tanya:

a. Minta/tanya dengan seperti biasa b. Minta/tanya dengan memujuk c. Minta/tanya dengan merayu d. Minta/tanya dengan belas kasihan e. Minta/tanya dengan kesabaran.

Sekiranya kita merasa malu untuk melakukan permintaan dan pertanyaan maka kita putus asa daripada nmeneruskannya, maka kita tidak sabar, bermakna tidak sanggup membayar harganya Kalau kita meminta pada orang yang kita tahu tidak mampu memberi atau menjawab soalan kita bermakna kita sama dengan tidak melakukan usaha Jika kita meminta atau bertanya kepada orang yang kita tidak kenal atau tiada hubungan bermakna kita akan mendapat hasil yang negatif. Jikalau kita meminta atau bertanya berkenaan perkara yang tidak wajar kita akan mendapat hasil yang tidak wajar. Tahap hubungan menentukan hasil yang kita perolehi. Gunakanlah kuasa minta atau tanya pasti anda akan dapat apa yang anda ingini tanpa ragu-ragu. Sekian wassalam.

*****************************************************
ARTIKEL DARI EN. MUZIR.

Assalamualaikum: Tajuk Psikologi Marah

Marah adalah satu tindakan yang kita lakukan akibat daripada rangsangan-rangsangan yang tertentu dari luar. Apabila kita marah kita akan merasakan diri kita lebih besar, lebih kuat daripada orang lain dan lebih berani dalam melakukan tindakan. Orang yang marah sering akan melakukan tindakan yang negatif sekiranya rasa marah itu tidak di kawal dengan akal yang berteraskan ilmu yang didasari dengan iman.

Ketika marah edaran darah dalm tubuh kita akan kuat, jantung akan mengepam darah dengan kuat dan pinggang akan bekerja dengan lebih kuat. Akibatnya akan berlaku kelemahan pada jantung dan buah pinggang yang melayakkan seseorang itu mendapat pelbagai penyakit yang kronik, diluar jangkaan kita bahawa akibat daeripada marah

Marah merupakan satu daripada stress, tekanan pada perasaan. Tekanan perasaan ini mengakibatkan kita melakukan tindakan diluar batas atau abnormal. Oleh sebab itu orang yang sedang marah sering melakukan apa saja untuk memenuhi kehendak emosi marahnya. Tindakannya pasti mengakibatkan akibat yang buruk kepada kedua-dua pihak.

Adakah perlu marah:

Marah memang perlu ada dalam kehidupan kita. Mengikut pandangan Islam marah perlu mengikut peraturan dan hukum-hukum tertentu. Marah mesti berpandu arah yang sah supaya kemarahan itu tidak membawa akibat yang buruk. Kalau tidak ada perasaan marah, maka segala kemungkaran akan kita senangi, dan tidak dicegah.

Syarat-syarat Marah: 1. Marah tidak melampau, tidak bertindak yang boleh mengakibatkan keburukan dan melanggar batas hukum 2. Marah kepada perkara-perkara yang mungkar, batil, dan lain-lain yang dibolehkan. 3. Haram marah kepada perkara-perkara yang halal/baik. 4. Perasaan marah mestilah sentiasa dikawal dengan pertimbangan akal, ilmu dan iman

Cara Marah: 1. kalau kita tidak suka atau benci akan sesuatu perkara kita boleh bertindak marah dengan menunjukkan keberangan, selagi keberangan itu dapat kita kawal, tapi kalau keberangan itu kita rasa tidak mampu kita nak kawal kita tunjukkan marah dengan : 2. Berdiam diri, jangan sebut, tenguk atau ulang perkara itu, kalau boleh 3. Tinggalkannya dan jauhkan diri daripadanya

Bagaimana untuk meredakan Marah: 1. Kalau sedang berdiri kita duduk 2. kalau sedang duduk kita baring 3. kalau sedang baring kita sujud 4. Mandi/ ambil air sembahyang 5. Beristigfar sebanyak-banyaknya 6. Tinggalkan tempat tersebut untuk meredakan kemaran 7. Bersembahyang sunat

Mengapa orang sering marah: 1. Ada masalah yang tidak mampu diselesaikan terpendam di dalam hati, atau sedang m,enghadpi stress, banyak sebab steress nanti boleh diterangkan kemudian. 2. Makan makanan yang haram, mudah untuknya menjadi marah dan hilang pertimbangan 3. Kurang melakukan sujud (beribadat) kepada Allah - sembahyang, puasa,zikir dll 4. Keremahan saraf pada otak 5. Sering diorentasikan dengan kemarahan, mengkondisikan dirinya dalam keadaan marah, dididik dalam suasaan marah melahirkan generasi yang pemarah.

Ketika kita marah, dalam tubuh kita akan mengularkan enzim-enzim tertentu yang negatif dan ini menjadikan seseorang itu lebih terangsang dan bertenaga untuk bertindak, kadang-kadang diluar kesedarannya kerana terlalu banyak enzim tersebut keluar dalam dirinya. Enzim itu bergantung kepada jenis makanan (halal/haram) dan nilai punca makanan itu didapat walaupun halal tapi kalau hasil curian juga boleh mengakibatkan perkara tersebut.

Di manakah Syaitan ketika marah?

Syaitan adalah sejenis tenaga negatif yang mendorong ke arah tindakan yang negatif. Syaitan boleh masuk melalui reranbut darah yang paling halus dan menggerakkan tenaga untuk bertindak ketika marah. Marah sebagai sal

ah satu jalan untuk syaitan masuk menghasut di dalam hati-hati seseorang (hati yang seni). Marah adalah dorongan emosi/perasaan/nafsu. Oleh sebab itu perlu diberi kawalan

Bagaimana untuk mengawal marah: 1. Beri makanan fizikal dengan seimbang (halal) 2. Beri makanan emosi seperti kasih sayang,dll 3. Beri makanan rohani yang baik - peribadatan khusus 4. Beri makanan mental - ilmu pengetahuan

Keseimbangan ini akan melahirkan peribadi yang seimbang dan kalau marahpun seimbang/berpada mengikut panduan yang sebenar-benarnya. Rasulullah pun ada ketikanya marah, tetapi marah baginda berpanduan. Jadi contohi marah baginda.

wassalam.

(Terima kasih atas kiriman email dari pengirim di atas (EN. MUZIR). Saya paparkan risalah berguna ini untuk tatapan semua pengunjung laman saya.. semoga banyak manfaatnya... InsyaAllah.)
__________________________________________________________________________

DIPETIK DARI HALAMAN MAJALAH HALUAN

RABI'AH AL ADAWIYAH Perindu Cinta Allah

Rabi’ah binti Ismail al-Adawiyah tergolong wanita sufi yang terkenal dalam sejarah Islam. Dia dilahirkan sekitar awal kurun kedua Hijrah berhampiran kota Basrah di Iraq. Dia lahir dalam sebuah keluarga yang miskin dari segi kebendaan namun kaya dengan peribadatan kepada Allah. Ayahnya pula hanya bekerja mengangkut penumpang menyeberangi Sungai Dijlah dengan menggunakan sampan.

Pada akhir kurun pertama Hijrah, keadaan hidup masyarakat Islam dalam pemerintahan Bani Umaiyah yang sebelumnya terkenal dengan ketaqwaan telah mulai berubah. Pergaulan semakin bebas dan orang ramai berlumba-lumba mencari kekayaan. Justeru itu kejahatan dan maksiat tersebar luas. Pekerjaan menyanyi, menari dan berhibur semakin diagung-agungkan. Maka ketajaman iman mulai tumpul dan zaman hidup wara’ serta zuhud hampir lenyap sama sekali.

Namun begitu, Allah telah memelihara sebilangan kaum Muslimin agar tidak terjerumus ke dalam fitnah tersebut. Pada masa itulah muncul satu gerakan baru yang dinamakan Tasawuf Islami yang dipimpin oleh Hasan al-Bashri. Pengikutnya terdiri daripada lelaki dan wanita. Mereka menghabiskan masa dan tenaga untuk mendidik jiwa dan rohani mengatasi segala tuntutan hawa nafu demi mendekatkan diri kepada Allah sebagai hamba yang benar-benar taat.

Bapa Rabi’ah merupakan hamba yang sangat bertaqwa, tersingkir daripada kemewahan dunia dan tidak pernah letih bersyukur kepada Allah. Dia mendidik anak perempuannya menjadi muslimah yang berjiwa bersih. Pendidikan yang diberikannya bersumberkan al-Quran semata-mata. Natijahnya Rabi’ah sendiri begitu gemar membaca dan menghayati isi al-Quran sehigga berjaya menghafal kandungan al-Quran. Sejak kecil lagi Rabi’ah sememangnya berjiwa halus, mempunyai keyakinan yang tinggi serta keimanan yang mendalam.

Menjelang kedewasaannya, kehidupannya menjadi serba sempit. Keadaan itu semakin buruk setelah beliau ditinggalkan ayah dan ibunya. Rabi’ah juga tidak terkecuali daripada ujian yang bertujuan membuktikan keteguhan iman. Ada riwayat yang mengatakan beliau telah terjebak dalam kancah maksiat. Namun dengan limpah hidayah Allah, dengan asas keimanan yang belum padam di hatinya, dia dipermudahkan oleh Allah untuk kembali bertaubat. Babak-babak taubat inilah yang mungkin dapat menyedar serta mendorong hati kita merasai cara yang sepatutnya seorang hamba brgantung harap kepada belas ihsan Tuhannya.

Marilah kita teliti ucapan Rabi’ah sewaktu kesunyian di ketenangan malam ketika bermunajat kepada Allah:

“Ya Allah, ya Tuhanku. Aku berlindung diri kepada Engkau daripada segala yang ada yang boleh memesongkan diri daripada-Mu, daripada segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau!

“Tuhanku! bintang-bintang telah menjelma indah, mata telah tidur nyenyak, semua pemilik telah menutup pintunya dan inilah dudukku di hadapan-Mu.

“Tuhanku! Tiada kudengar suara binatang yang mengaum, tiada desiran pohon yang bergeser, tiada desiran air yang mengalir, tiada siulan burung yang menyanyi, tiada nikmatnya teduhan yang melindungi, tiada tiupan angin yang nyaman, tiada dentuman guruh yang menakutkan melainkan aku dapati semua itu menjadi bukti keEsaan-Mu dan menunjukkan tiada sesuatu yang menyamai-Mu.

“Sekelian manusia telah tidur dan semua orang telah lalai dengan asyik maksyuknya. Yang tinggal hanya Rabi’ah yang banyak kesalahan di hadapan-Mu. Maka moga-moga Engkau berikan suatu pandangan kepadanya yang akan menahannya daripada tidur supaya dia dapat berkhidmat kepada-Mu.”

Rabi’ah juga pernah meraung memohon belas ihsan Allah SWT:

“Tuhanku! Engkau akan mendekatkan orang yang dekat di dalam kesunyian kepada keagungan-Mu. Semua ikan di laut bertasbih di dalam lautan yang mendalam dan kerana kebesaran kesucian-Mu, ombak di laut bertepukan. Engkaulah Tuhan yang sujud kepada-Nya malam yang gelap, siang yang terang, falak yang bulat, bulan yang menerangi, bintang yang berkerdipan dan setiap sesuatu di sisi-Mu dengan takdir sebab Engkaulah Tuhan Yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa.”

Setiap malam begitulah keadaan Rabi’ah. Apabila fajar menyinsing, Rabi’ah terus juga bermunajat dengan ungkapan seperti:

“Wahai Tuhanku! Malam yang akan pergi dan siang pula akan mengganti. Wahai malangnya diri! Apakah Engkau akan menerima malamku ini supaya aku berasa bahagia ataupun Engkau akan menolaknya maka aku diberikan takziah? Demi kemuliaan-Mu, jadikanlah caraku ini kekal selama Engkau menghidupkan aku dan bantulah aku di atasnya. Demi kemuliaan-Mu, jika Engkau menghalauku daripada pintu-Mu itu, nescaya aku akan tetap tidak bergerak juga dari situ disebabkan hatiku sangat cinta kepada-Mu.”

Seperkara menarik tentang diri Rabi’ah ialah dia menolak lamaran untuk berkahwin dengan alasan:

“Perkahwinan itu memang perlu bagi sesiapa yang mempunyai pilihan. Adapun aku tiada mempunyai pilihan untuk diriku. Aku adalah milik Tuhanku dan di bawah perintah-Nya. Aku tidak mempunyai apa-apa pun.”

Rabi’ah seolah-olah tidak mengenali yang lain daripada Allah. Oleh itu dia terus-menerus mencintai Allah semata-mata. Dia tidak mempunyai tujuan lain kecuali untuk mencapai keredaan Allah. Rabi’ah telah mempertalikan akalnya, pemikirannya dan perasaannya hanya kepada akhirat semata-mata. Dia sentiasa meletakkan kain kapannya di hadapannya dan sentiasa membelek-beleknya setiap hari.

Selama 30 tahun dia terus-menerus mengulangi kata-kata ini dalam sembahyangnya:

“Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiada suatupun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu.”

Antara syairnya yang masyhur berbunyi:

“Kekasihku tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun, Tiada selain Dia di dalam hatiku mempunyai tempat manapun, Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekalipun, Akan tetapi Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun.”

Rabi’ah telah membentuk satu cara yang luar biasa di dalam mencintai Allah. Dia menjadikan kecintaan pada Ilahi itu sebagai satu cara untuk membersihkan hati dan jiwa. Dia memulakan fahaman sufinya dengan menanamkan rasa takut kepada kemurkaan Allah seperti yang pernah diluahkannya:

“Wahai Tuhanku! Apakah Engkau akan membakar dengan api hati yang mencintai-Mu dan lisan yang menyebut-Mu dan hamba yang takut kepada-Mu?”

Kecintaan Rabi’ah kepada Allah berjaya melewati pengharapan untuk beroleh syurga Allah semata-mata.

“Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak kepada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu.”

Begitulah keadaan kehidupan Rabi’ah yang ditakdirkan Allah untuk diuji dengan keimanan serta kecintaan kepada-Nya. Rabi’ah meninggal dunia pada 135 Hijrah iaitu ketika usianya menjangkau 80 tahun. Moga-moga Allah meredainya, amin!

Sekarang mari kita tinjau diri sendiri pula. Adakah kita menyedari satu hakikat yang disebut oleh Allah di dalam Surah Ali Imran, ayat 142 yang bermaksud:

“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum nyata bagi Allah orang yang berjihad di antaramu dan belum nyata orang yang sabar.”

Bagaimana perasaan kita apabila insan yang kita kasihi menyinggung perasaan kita? Adakah kita terus berkecil hati dan meletakkan kesalahan kepada insan berkenaan? Tidak terlintaskah untuk merasakan di dalam hati seumpama ini:

“Ya Allah! Ampunilah aku. Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Hanya kasih-Mu yang abadi dan hanya hidup di sisi-Mu sahaja yang berkekalan. Selamatkanlah aku daripada tipu daya yang mengasyikkan.”

Sesungguhnya apa juga lintasan hati dan luahan rasa yang tercetus daripada kita bergantung kepada cara hati kita berhubung dengan Allah. Semakin kita kenali keluhuran cinta kepada Allah, maka bertambah erat pergantungan hati kita kepada Allah serta melahirkan keyakinan cinta dan kasih yang sentiasa subur.

Lanjutan itu jiwa kita tidak mudah berasa kecewa dengan gelagat sesama insan yang pelbagai ragam. Keadaan begini sebenarnya terlebih dahulu perlu dipupuk dengan melihat serta merenungi alam yang terbentang luas ini sebagai anugerah besar daripada Allah untuk maslahat kehidupan manusia. Kemudian cubalah hitung betapa banyaknya nikmat Allah kepada kita.

Dengan itu kita akan sedar bahawa kita sebenarnya hanya bergantung kepada Allah. Bermula dari sini kita akan mampu membina perasaan cinta terhadap Allah yang kemudian mesti diperkukuhkan dengan mencintai titah perintah Allah. Mudah-mudahan nanti kita juga akan menjadi perindu cinta Allah yang kekal abadi_______________________________________________________________________