Dasar penempatan pegawai PTD telah diperbaharui dan didokumenkan di bawah Pelan Komprehensif Pengurusan Sumber Manusia Pegawai PTD Abad Ke-21. Pelan ini telah diluluskan dalam Mesyuarat Khas Antara Ketua Setiausaha Negara Dengan Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian dan Setiausaha- Setiausaha Kerajaan Negeri pada bulan Jun 1999 di Pulau Tioman. Objektif dasar penempatan adalah:

bullet

pengisian jawatan bersesuaian antara kompetensi pegawai dan jawatan

bullet

meningkat dan mempelbagaikan kemahiran, pengalaman dan kepakaran pegawai

bullet

peningkatan motivasi pegawa

 

Bagi mencapai objektif tersebut strategi berikut dilaksanakan:

bullet

Pada peringkat Gred M41, sekurang-kurangnya tiga penempatan dalam core-business PTD dan di beberapa peringkat: Agensi Pusat, Kementerian, Jabatan, Negeri, Daerah.

bullet

Tiga hingga empat tahun pada sesuatu penempatan

bullet

Penempatan pada Gred M41, M48 dan M54 dilaksanakan oleh Ketua Jabatan

bullet

Mengenalpasti pegawai untuk perancangan penggantian dan memberi pendedahan yang sesuai

bullet

Mengutamakan kepentingan perkhidmatan lebih dari kepentingan individu

bullet

Premium posting perlu diagihkan dengan adil

 

Dari segi pelaksanaannya, pegawai PTD telah ditempatkan di pelbagai peringkat perkhidmatan awam dari agensi pusat, kementerian, jabatan hinggalah ke peringkat kerajaan negeri dan juga daerah  bagi mengisi jawatan-jawatan yang dikhaskan untuk PTD. Bagi pegawai di sektor luar negeri mereka boleh ditempatkan di perwakilan Malaysia di luar negeri sebagai duta dan lain-lain. Di samping itu, pegawai PTD juga boleh ditempatkan di pelbagai jabatan dan agensi kerajaan secara pinjaman atau tukar sementara umpamanya di Lembaga Kemajuan Wilayah seperti KESEDAR dan PERDA sebagai Pengurus Besar,  di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), di MIMOS, MDC, Perbadanan Putrajaya, Perbadanan Aset Keretapi Tanah Melayu, Universiti Malaya, Perbadanan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan lain-lain. Di peringkat antarabangsa pula terdapat pegawai PTD yang dipinjamkan ke badan antarabangsa seperti Bank Dunia, Bank Pembangunan Islam, Bank Pembangunan Asia, Commonwealth Secretariat, International Timber Trade Organization dan lain-lain lagi.

 

Penurunan kuasa dari Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam kepada Ketua Jabatan untuk membuat pertukaran pegawai PTD Gred M41 dan M48 telahpun dibuat. Bagi Gred M41 melalui Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil.3 Tahun 1987 dan bagi Gred M48 melalui Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil.3 Tahun 1999.